Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Monday, August 22, 2011

Orang sibuk shopping raya, Aku???

Orang lain sibuk shopping untuk raya. Shu sibuk beli barang2 Nursing. Leh gitu?
Nursing wear, nursing tank, nursing bra & busha pant
Barang2 yang Shu beli ni pun keperluan juga. Nursing tank tu nak dipakai dengan baju kurung. Nanti tak de la nampak perut bila menyelak untuk menyusukan Saqlain. Lain2 tu, nak menambah koleksi yang ada. Dah lama tak beli shopping baju. sekarang ni kalau nak shopping, mesti fikir dan cari baju yang sesuai untuk nursing. Bukan senang nak cari baju nursing yang kene dengan keinginan hati ni. Shu prefer baju yang bercorak2 tapi baju nursing dalam pasaran kebanyakannya kosong dan tak bercorak.

OneBabyWorld shopping bag
Ni adalah shopping bag yang ke-4 dari OneBabyWorld. Suka sangat shopping kat OBW sebab banyak choice dan berbaloi2 harganya. Selalu ada promotion. The cheapest so far antara kedai2 online barangan bayi. Tapi shu tak beli online, gi direct kat premisnya di Taman Melawati. Tak jauh pun dari Sentul.


The next day, terus menggayakan baju baru, Saqlain pun pakai busha pant yang baru Shu beli ;)


Friday, August 19, 2011

Breastpump MODU vs. Madela Harmony

Hi Mommies, Shu dah ada breastpump baru, MODU you all!!! hehehe..
Dah pakai sebulan setengah pun, baru sekarang nak reveal dan review. Bp Modu ni Shu beli seminggu selepas Shu masuk kerja. So, sebelum ada bp Modu, Shu guna bp Manual Medela Harmony.
Madela Harmony

Fizikalnya pun Madela Harmony ni adalah manual, kalau memerah tu perlukan tenaga sendiri. Baiknya Manual bp ni kita sendiri boleh mengawal kelajuannya, nak laju ataupun perlahan. Tahap penyedutan (suction) agak lembut, jadi ianya tidak menyakitkan. Minggu pertama mengepam kat office, Shu guna Manual Madela Harmony, hasilnya tak berapa memberangsangkan. Adalah sekali tu pernah dapat 4oz tapi kebiasaanya 2-3oz dalam tempoh 30 min. Bagi Shu, tempohnya agak lama dan mengganggu waktu bekerja. Kalau tak bz, ok gak la. Kalau bz, selalu je skip mengepam. Tak bagus tu. belum lagi, kalau tengah stress, rasa lemah je tangan ni mak memerah. Dalam kepala otak ni dah ada fikiran2 nakal yang akan membunuh usaha untuk menyusukan Saqlain.


Jadi, sebelum usaha menyusukan anak dengan susu ibu terbantut, meh cuba usaha lain iaitu cari bp lain. Fizikalnya yang kecil dan ringan buat Shu tertawan untuk memilikinya. Double pumping, jadi masa memerah lebih singkat dan cepat dapat kosongkan cik B. Alhamdulillah, hasil memberangsangkan. Average 4-5oz sekali pump. But recently leh dapat 7-8oz. Tak meyakitkan kalau ikut cara penggunaan yang betul. Ada 6 level suction dan cara nak guna bp Modu ni, kene gunakan level 1/2 untuk stimulation, bila nampak susu mula keluar, tukar kepada level 3-6 untuk bp bekerja memerah. Biasanya Shu guna level 4/5 je untuk memerah. Level 6 macam kuat sangat suction nya. Kalau ikut cara penggunaan yang dinasihatkan, insyaallah boleh dapat hasil lebih.
Yang kurang bestnya, bp Modu ni cuma boleh guna elektrik je. So kalau tak de elektrik, pandai2 la guna bermanual atau bermarmet eh. Bunyinye pun memang tak boleh blah la. Agak bising macam bunyi mesin rumput, hehehehe. Biasanya Shu buat operasi mengepam ni kat surau. Mula2 susah hati gak sebab kacau orang tengah sembahyang. Tapi Shu fikir positif, memerah susu untuk anak pun dikira sebagai ibadah gak sebab memenuhi tuntutan anak. Boleh gitu?
Genap sebulan guna, bp Modu Shu buat hal. Tengah2 excited nak mengepam, bile ON je tak rasa suction. Try gi OneBabyWorld untuk betulkan, sebab Shu beli dari situ, diaorang cuba membantu, tapi masalah tak selesai. Solution terakhir, diaorang nasihat gi terus kepada pembekal sebab suspect problem dari dalam mesin. Terus Shu amik halfday emegency leave semata2 nak baiki pam ni. Tak senang duduk rasanya, bila bp tak sihat. Jadi Shu pergi Sarakids untuk betulkan bp. Alhamdulillah, sekejap je bp dah sihat. lega rasanya. Rupanya getah kat dalam machine dah terkoyak.
Tak terfikir pun beli bp elektrik Modu pada awalnya.Produk ni baru di pasaran Malaysia dan Shu amik risk jugak la beli bp Modu ni. Tapi Alhamdulillah, bp Modu sesuai dengan Shu dan sangat selesa menggunakannya. Overall Shu happy sangat2 dengan bp Modu.

Disebabkan dah melabur pada bp, haruslah tak bermalas2an mengepam untuk tingkatkan production susu.

Note:- Teringin sangat nak pandai bermarmet. Tapi tiap kali cuba, rasa sakit dan susu keluar macam malu2 :(



Tuesday, August 16, 2011

Sunat @ Berkhatan sudey =)

06.08.2011

Hari ini dalam sejarah.... sebabnya hari ini anak mama, Saqlain sudah jadi lelaki. Hoyeahhhh!!!!
Memang la Saqlain ni lelaki kan tapi sebelum ni dia budak lelaki, sekarang lelaki. boleh gitu?

Abaikan karutan mama Shu tu ye. Actually pada sabtu pertama bulan Ramadhan, Saqlain telah selamat di sunatkan di Hospital Tawakal. Alhamdulillah...

Saqlain plak macam tau2 je dia nak disunatkan, dari awal pagi tak de mood.
Serius je muka anak mama ni

Sampai je terus jumpa Dr. Al-Amin dan doc beri sedikit penerangan bagaimana circumcision akan dilakukan. Bagi baby macam Saqlain, gegelung kecil seperti cincin akan disarungkan pada alat sulit mengikut ukuran takat mana perlu dipotong. Alat sulit akan dibius terlebih dahulu, 2 kali Saqlain kene cucuk. Gegelung tu memang akan ada pada alat sulit selepas pemotongan dilakukan dan ianya akan jatuh sendiri dalam tempoh 10 hari atau kurang daripada itu.
Gegelung yang disarungkan pada alat sulit Saqlain

Tak lama pun proses berkhatan bagi baby ni, lebih kurang 10 minit aje. Tapi bermula daripada kene bius sehinnga la selesai berkhatan, Saqlain menangis tak henti2. Mr. Hubby tengok la sepanjang proses dilakukan sebab dia dah biasa. Shu pulak tak berani nak tengok masa alat sulit Saqlain tengah dipotong. Seriau rasanya, lebih2 lagi bila dengar dia nangis. Tapi tak leh nak buat apa2. Takkan nak dukung dia kot, nanti ganggu kerja doktor plak kan.So, let the doctor do their job. 

Dah lepas habis proses berkhatan dan Saqlain dipakaikan diaper, terus Shu ambil dan dukung sambil cakap kat dia, "Tak pe nak... 2-3 hari je sakit, lepas ni OK la". Then peluk2 dia, barula dia senyap. Meh tengok pictures budak baru lepas kene sunat.
Inilah gaya untuk dukung budak baru lepas sunat.
Baru lepas kene sunat masih boleh pose depan camera. Cayalah anak mama!!!

Dah mula rasa tak selesa
Dia start merengek dah
Melalak dah anak mama ni.
Alalalala... ciiiiianNN anak mama. Sakit ye sayang
Memang 2-3 hari lepas tu, Saqlain meragam je. Bila dia nak kencing je mesti dia akan nanges sekuat2nya. Sakit kot. Kalau nak dukung pun tak leh mengadap kita, takut akan beri tekanan pada ala sulit dia. But since doc cakap boleh pakai diaper macam biasa, so pakaikan je la diaper pada Saqlain, tapi longgarkan. Pada hari ke-5, gegelung kat alat sulit Saqlain dah tertanggal. Lebuh kurang seminggu, luka operation dah sembuh. tu pun bubuh ubat gamat. Doctor tak bagi ubat untuk sapu2 pun, doc cakap tak perlu.

Mesti ramai yang tertanya2 kenapa awal sangat Saqlain disunatkan. Actually, memang dah ada plan nak sunatkan Saqlain semasa bayi lagi. Mr. Hubby dah plan sebelum kitaorang kahwin lagi. Hahaha.. sebab budaya di Pakistan, bayi disunatkan seawal 7 hari. So, dia nak the same thing apply to his son. 

Selepas Saqlain dilahirkan, asyik tertunda je nak menyunatkan Saqlain ni sampaila dalam pertengahan bulan lepas dia terkena demam on and off. Bila dah beberapa hari dia deman on & off, bawa gi klinik Kishore kat Hospital Tawakal. Doc Kishore sahkan Saqlain ada Infection dalam air kencing. Untuk kes yang macam ni, penyelesaian adalah circumcision. Due to that reason, kitaorang cepatkan2 untuk sunatkan Saqlain. 

Doc jugak advice, kalau ada next baby boy, sunatkan cepat2. Dan from my opinion, elok gak sunat awal2 ni demi kesihatan Saqlain, lebih terjamin. Secondly, bila dah besar Saqlain tak yah nak takut2 bersunat, tak yah pantang2.

Friday, August 5, 2011

1st time dapat EBM banyak ni

7.5++ oz

Biasanya mengepam 1 sesi adalah dalam range 2.5oz  ke 5 oz je. 6 oz sekali pam pernah gak dapat tapi jarang2 sangat, adalah sekali dua. Memang tak meriah macam ibu2 yang lain. Tapi semalam, rasa sangat2 teruja, sangat gembira sebab dapat 7.5++ oz, dalam bulan puasa pulak tu. Jadi, ini adalah pencapaian terbaik setakat ini. Sebelum ni shu ada gak terpikir, kantung aku ni cuma muat banyak ni je kot, tak boleh lebih2. Rupanya, salah tafsiran tu apabila hari ni dapat hasil EBM sebanyak ni sekali pam. 

Mungkin selama ini ada kurang di mana2, sebab tu tak dapat susu banyak. Terpikir jugak, apa yang menyebabkan kali ini boleh dapat banyak. Lepas ni Shu takkan buat andaian bukan2 lagi. Betullah orang cakap, menyusukan badan ni kene banyak2 bersabar dan konsisten. Insyaallah, Shu takkan berputus asa dan berhenti untuk menghasilkan susu terbaik untuk Saqlain. Walaupun sikit, Shu tetap bersyukur, sekurang2nya setiap hari Saqlain minum susu ibunya. Tapi kalau setiap kali pam boleh dapat banyak macam ni, Gembiranya lah hati ini =).

p/s: Mommy2 yang bekerja, meh la share story ngan Shu pasal pemerahan susu ibu ni. Excited nak tau cerita mommy2 semua sebagai penambah semangat.

Thursday, August 4, 2011

3 Ramadhan, 3 Ogos

**Backdated Entry**

Buat masa ni, memang kesuntukan waktu, tapi kene jugak buat entry ni yang sepatutnya publish semalam.

3 Ramadhan3 Ogos >>>> Saqlain sudah 3 bulan. Alhamdulillah



Bila Saqlain sudah 3 bulan:-
* Beratnya 6 kg
* Sudah bergerak aktif, tangan dan kaki tak boleh dok diam
* Sudah pandai senyum2
* Suara makin kuat
* Pandai marah kalau tak suka
* Suka masuk tangan dalam mulut
* Main-main air liur
* Pandai main sorang2 tapi lagi suka kalau orang layan dia bercakap atau main2 dengan dia.
* Sangat kenal mamanya, patang nampak, mula buat perangai nak raih perhatian
* Asyik nak berdiri (dengan bantuan), tak sedar diri baru 3 bulan. Sabar la ye nak.
* Semakin kurang menangis
* TAPI, perangai tak menyempat2 tu, masih tak berubah. Bila waktu dia nak susu, tak boleh tunggu2. Dia akan nanges sekuat2nya selagi tak dapat susu

p.s:-Hujung minggu ni, ada agenda besar untuk Saqlain. Be Strong mama's boy.

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum...
Gambar ihsan daripada ILuvIslam

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat kalian semua 
:). 

Ramadhan pertama buat puteraku, Mohammad Saqlain.
Ramadhan pertama buat mama menyahut cabaran menyusukan Saqlain. Moga2 segalanya dipermudahkan.

p.s:- to breast feeding mommy, ada tips nak maintain atau tambah susu ketika berpuasa tak?