Dah lama entry ni kat dalam draft. Mula2 rasa malas nak sambung tapi desebabkan ada kawan Shu yang sedang mengandung berminat dengan pengalaman Shu menyusukan anak Shu. Makanya, Shu teruskan penulisan tentang breasfeeding ni. Shu buat entry ini berdasarkan pengalaman yang shu hadapi.
Puting luka
Puting sudah mula luka2 seminggu selepas menyusukan baby. Rasanya memang pedih, lebih2 lagi bila baby mula nak menghisap. Saqlain pulak jenis yang kalau isap memang kuat. Ada pernah tu, baru mula nak mengepam, darah yang keluar, immediately berhenti mengepam.
So, bila tau nipple tengah luka, Shu hentikan sementara waktu aktiviti mengepam. Pam hanya pada breast yang tidak luka. Untuk mengatasi masalah ini, Shu sapukan nipple cream Madela Purelan pada luka setiap kali selepas menyusukan baby. Mengikut petua orang2 tua, boleh sapukan susu ibu setiap kali selepas menyusukan sebab susu ibu boleh bertindak sebagai antiseptik. Dua-dua pun Shu buat.
|
Imej ihsan daripada GOOGLE |
Puting melecet
Mula2 tu Shu ingat luka2 biasa je, tapi tak lama tu ada gelembung2 timbul kat nipple, dan makin lama makin membesar. Bila Saqlain baru mula menghisap, it was super duper sakit, kadang2 tu sampai meleleh air mata. Tapi bila melihatkan anak kita, ianya memberi kekuatan untuk Shu menahan kesakitan itu.
Shu sapu nipple cream pun tak de kesannya. Akhirnya, pergi jumpa doctor dan diberikan ubat sapu. Selang beberapa hari, kesan melecet pun sudah hilang. Tiada lagi rasa kesakitan.
Sejak melepasi kedua2 peristiwa ini, sampai sekarang masalah ini belum pernah berulang and I wanna say, I really enjoy breastfeeding.
Saluran susu tersumbat (Plugged duct)
I guess it was plugged duct sebab Shu terasa ada ketulan seperti bengkak pada payudara dan sakit apabila ditekan. Shu rasa tak selesa tapi Shu gunakan ilmu yang telah Shu kutip untuk mengatasi masalah ini. Shu tuam bahagian yang tersumbat itu dan meneruskan penyusuan pada bayi. It's worked out for me. Perlahan-lahan, bengkak tadi surut.
Since that, Shu akan pastikan untuk mengepam atau menyusukan bayi sekerap yang mungkin sebelum sebelum masalah ini berulang.
Nak tau lebih lanjut tentang Engorgement atau Plugged duct, sila visit link berikut:-
Banyak bakal2 ibu atau yang baru menjadi ibu takut untuk menyusukan bayi dan mengambil keputusan untuk berputus asa daripada menyusukan bayi disebabkan masalah2 yang diceritakan oleh rakan2 yang pernah mengalami pengalaman buruk ketika menyusukan bayi. Masalah memang tetap ada, tapi cuba fikirkan punca masalah dan perbetulkan keadaan. Sediakan diri dengan ilmu pengetahuan tentang breastfeeding. Percayalah, dengan adanya ilmu breastfeeding, anda akan berasa yakin untuk menyusukan bayi anda.
p.s:- I have a lots of fun with breastfeed my baby Saqlain