Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Wednesday, December 29, 2010

BOY or GIRL

20.12.2010

Scan kandungan buat kali ke-2. Nak jengah keadaan baby, dah nampak kepala dan badannya, Nampak jugak jantung baby sedang berdegup . Alhamdulillah, doc Andy cakap baby normal.
Tu scan image pada minggu ke 21. Doc cakap baby tengah bersujud.Ada juga tanya pasal Detail scanning dan doc Andy cakap sekarang masa yang sesuai nak buat detail scanning sebab sudah minggu ke-21. Range yang sesuai adalah minggu ke 19-23. Lepas tu tak boleh sebab baby sudah membesar dan tulang2 baby sudah melindungi organ2 baby. So, dah set appointment on 6th January 2011, 8.30 p.m.

Fetal Anomaly Scan atau lebih dikenali sebagai detail scan ni bertujuan untuk melihat anatomi bayi dengan lebih terperinci, mengenal pasti ketidaknormalan pembesaran dan struktur bayi serta menentukan kedudukan ari-ari. Untuk maklumat lanjut mengenai detail scan ni boleh rujuk website Malaysia Gynaecologist, Malaysia Paediatrics, Klang Maternity Hospital

Another news, Mr. hubby paling excited dan happy bila dapat tahu gender baby. Keluar dari klinik terus cakap, "
After this can start shopping for baby". Tu yang syok dengar, heheheh...

Agak2nya baby ape ek? Cuba teka. Anyway, let me keep it secret first. Nak double confirm dulu, sebab one of my fren cerita pengalaman masa diaorang scan their 1st baby, the doctor said it was Boy. During scanning, it was clearly can see the 'bebird'. Tup!tup, bila keluar, gegirl la pulak. Maybe lepas Detail scan baru cik shu share ye.


Tuesday, December 28, 2010

Maternity Pants

Finally, sudah ada maternity jeans. Beli kat Jaya Jusco (JJ) masa jualan J-card day kat Mid Valley beberapa minggu lalu. Minggu sebelum tu dah survey kat JJ Wangsa Maju, tapi tak de diskaun. Bila tengok time J-card day ada diskaun 20% terus rembat 2 pasang, kaler biru dan hitam. Boring la asyik pakai slack, dah la kat office boleh pakai kasual, haruslah ada jeans.

Walaupun perut belum membolat, tapi dah tak boleh pakai jeans yang selalu pakai tu, jeans lama saiz 34 masih boleh pakai lagi, tapi tak selesa. Rasa macam sempit je perut ni, cian kat baby dalam perut ni, lagi pulak material jeans yg kasar dan keras. Memang selesa pakai maternity pant ni.


Kat bahagian perut tu boleh adjust nak besar atau kecik. Rasanya lepas bersalin pun boleh pakai lagi kot.

Sunday, December 26, 2010

3rd Check Up: Meal Glucose Tolerance Test (MGTT)

14.12.2010

Last week, minggu ke-20 pregnancy buat check up kat KKIB Sentul. Check up kali ni kene buat MGT a.k.a minum air gula. Cik Shu kene buat test ni sebab keturunan memang ada diabetis. Sebelum ni, macam2 Cik Shu dengar pasal minum air gula, sampai cik shu pun scary nak minum air gula tu. Bila diri sendiri kene hadapi, telankan aje la. So masa nak minum tu fikiran cik shu tak fokus akan kemanisan air gula tu (
yang hakikatnya memang manis), tapi fokus nak habiskan segelas air gula tu. Lagi pun cik shu antara terawal, so air gula tu masih suam2 lagi. Jadi rasanya macam minum air suam yang likat. Alhamdulillah, cik shu tak dipengaruhi oleh ibu mengandung sebelum giliran cik shu. Ibu mengandung sebelum cik shu amik masa lama gak nak habiskan air gula tu, sampai keluar air mata. kesian tengok dia. Done 1st part, kene tunggu 2 jam sebelum darah diambil. Sementara tu, pergi ambil lain2 bacaan seperti check up yang lalu.

Tekanan Darah --> OK
Berat --> Naik 2.5 kg (kira ok kot, sebab bulan sebelumnya berat tak naik pun)
HB --> turun lagi, 9.6

Disebabkan HB turun, nurse amik darah lebih sikit untuk diuji selain untuk uji kencing manis. Harap2 takde ape2 la.

Check-up kali ni gak cik shu dapat dengar degupan jantung baby. Masyaallah, terasa kebesaran Allah s.w.t. bahawa ada nyawa dalam perut aku. Alhamdulillah, keadaan baby adalah normal.

Lagi satu yang cik shu risau, perut ni kecik je, tak nampak macam ngandung pun, padahal dah 5 bulan pun. Ramai yang tegur tak nampak perut. Tapi, nurse cakap tak payah risau pasal perut ni. Nanti2 besar la. Pastu, pandai pulak perut ni main nyorok2, bila kat rumah, nampak gak perut ni, tapi bila kat office, tak nampak perut pun. Masa kat KK, excited tengok perut ibu2 mengandung membulat ;).
Tak sabar2 nak tunggu perut besar. Hehehe...

Cik Shu pun dah bagi tau dengan manager akan keadaan diri ini yang sedang mengandung. Rasa lega bila dah bagi tau. Ye lah, cik shu keje based on project, memang patut pun bagi tau supaya senang manager nak plan resources. Ni pun atas nasihat Kak Zura, kalau tak... sampai sekarang la cik shu rahsiakan.

Thursday, December 23, 2010

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

Kene tag dengan blogger Cuna lagi untuk giveaway MAMA KEMBAR 3. Giveaway ni adalah anjuran blog MAMA KEMBAR 3 tapi penaja hadiah adalah daripada blog Itsy Bitsy Secrets...
Jadi, haruslah kene jadi follower untuk kedua2 blog ni kan. I'm done.


follower blog "Mama Kembar 3" --> 1150
follower "Itsy Bitsy Secrets" -->
400

Cik Shu dah pun berblog walking kedua-dua blog ni. Kak Nani ni adalah pemilik kepada blog MAMA KEMBAR 3 dan memiliki 3 orang cahaya mata kembar 3. Kebanyakan entry kak nani ni berkisarkan anak-anak kembarnya.
Manakala blog itsybitsysecrets pula merupakan blogshop yang menjual barang2 wangian, telekong dan aksesori wanita. berkenan gak cik shu dengan telekong2 daripada itsybitsysecrets.


3 lucky blogger yang cik shu nak invite untuk join blog ni adalah...

1. GathiS AYU
2.
ColoURful JOurneY
3.
AIN NAZRI

Aduhai, asyik tag orang yang sama je, kesian korang. Lepas ni kene tambah banyak gang2 blogger la nampaknya.
So korang boleh pergi ke link ni untuk dapatkan details giveaway ni anjuran MAMA KEMBAR 3 ni.

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

Dan, tarikh tutupnya adalah 6 Januari 2011, So sempat lagi ni. kalau tak menang pun, maybe boleh tambah kenalan :)

Monday, December 20, 2010

Tempat keje baru

Sudah 1 bulan Cik Shu di tempat keje baru, baru sekarang nak masuk entry. Sekejap je masa berlalu kan? Kalau buat masa awal2 join, macam awal sangat lak nak buat judgement. So, tunggu dah start running project baru leh story. Ok, mulakan dengan ....

1-
Perasaan pada company. Mula2 tu memang berbelah bahagi nak masuk company ni, sebab banyak dengar benda yang buruk daripada yang baik. Tapi bila dah masuk, semuanya jadi terbalik. So, pada blogger2, jangan terlalu dengar dengan khabar angin daripada 1 pihak saja lebih2 lagi kalau dia cuma keje 2-3 bulan kat situ je. Cuba dapatkan maklumat daripada orang yang dah keje bertahun2 kat company, so barula opinion dia dikira valid.

2-
Belajar benda baru dan proper testing process - Cik Shu rasa macam fresh grad je kat sini. Walaupun dah ada experience kerja 3 tahun, tapi banyak benda yang cik shu missed. Environment and working style is totally different. Kat sini, kene guna tool (QC), belajar SAP. Diaorang dah ada proper process, so kerja tersusun. Kalau company lama, process tak establish, banyak stage skipped, so walaupun cik shu tahu process2 yang sepatutnya tu tapi cik shu tak de peluang nak adapt knowledge yang pernah belajar masa training. Basically, cik shu keje dalam software testing. Kalau dulu buat testing ikut suka hati, tapi bila masuk sini barula cik shu kenal apa itu testing scope. Dulu masa training ada belajar, tapi tak pernah apply pun kat previous company. Buat testing suka2 hati, buta2. Hopefully, kat sini cik shu dapatla experience yang diidam2kan.

3-
Company benefit - Benefit offered by current company is far better than the previous company. Annual leave lebih, medical claim and insurans cover spouse sekali, ada optical dan dental claim. Paling best, kalau public holiday jatuh pada hari Sabtu, hari Jumaat tu akan cuti. Pendek kata serba serbi lebih la. Gaji for sure la lebih... Alhamdulillah. Hmmmm... bagi orang lain ni mungkin benefit2 biasa yang pernah diaorg dapat tapi cik shu tak pernah dapat benefit macam ni kat previous company.

4-
Time flexibility - Boleh dikatakan kat sini, waktu kerja adalah flexible walaupun official office hour adalah 9am - 6pm. Normally, waktu kerja based on project, ada yang masuk kul 9, 10, 11,12, depend on project dan tempoh bekerja tetap 8 jam sehari. Ada jugak yang boleh kerja dari rumah (Work from Home - WFH). Tapi cik shu belum cuba lagi la WFH ni, kalau ada keperluan je boleh buat macam ni.

5-
Unlimited internet access - Nak kate unlimited, ada gak site yang kene block macam social networking website for sure kene block. Tapi website lain2 so far semua leh masuk. Bukannya apa, senang nak buat research pasal keje. Compare ngan company dulu, mood untuk belajar terus turun merudum lepas internet access kene sekat.

6-
Orang2 sekeliling - Sangat peramah dan very helpful. Tak terasa pun diri ni macam orang baru.

7-
Social Club - Rasanya kelab ni memang dah biasa bagi mana2 company. Kelab ni akan susun aktiviti2 sosial untuk staf untuk merapatkan ukhwah antara pekerja. Setakat ni diaorang ada buat bowling tournament, bagi breakfast free (1 hari aje) dan banyak lagi la dalam perancangan. Bezanya, kat company dulu pun ada kelab macam ni tapi setiap bulan kene potong RM5 daripada gaji. Kat sini tak payah potong pun.

8- Lokasi - Office kat bangunan The Gardens, Mid Valley. Tak berapa jauh dengan rumah, lebih kurang 10-15 minit perjalanan je. Nak gi keje tak jam, balik keje jam skit. Tapi yang syoknye dengan shopping mall, cepat je dapat informasi kalau ada sale, j-card day atau free stuff. hehehe...

Overall, Alhamdulillah, cik shu happy dengan apa yang ada sekarang ni. Waktu2 terakhir masa kat previous company, my manager ada gak macam psyco cik shu, sebab cik excited nak masuk company baru, siap cakap
'The grass is not always greener on the other side'. Tapi nampaknya the grass over here is greener than the previous side.

Wednesday, December 15, 2010

Saman oh Saman

Sudahkah anda menjalankan tanggungjawab anda (untuk sesiapa yang berkenaan aje).
Tengok tu, ada 5 saman. Yang paling mahal tu, cik shu punya angkara, bawak kete macam peleset kat area tanjung karang. Luper plak kat situ ada speed trap. Habis budjet bulan ni, dah lari. Planning nak shopping pun dah tak dapat, gara2 kene bayar saman ni. Tak patut betul la diaorang buat diskaun time2 macam ni. Dah la bulan 12 ni, bulan sales, parents plak nak budjet perbelanjaan buka tahun baru sekolah anak2, ada yang nak gi holiday lagi. Tapi nak buat macam mana, dah PDRM open diskaun bulan ni, bayar je la. Anyway hari ni last day untuk 50% diskaun. Mulai esok dan 15 hari seterusnya, hanya 30% diskaun je.

Cik Shu dah bayar, tapi bayar yang dapat diskaun je dulu. Kalau tak bayar, tak pasal2 tak leh renew road tax. Bayar secara online di website MYEG. Owh, nampak tak ada extra 6 hengget tu. Setiap saman dikenakan charge rm2. Maybe charge untuk MYEG. Nak buat mcm mana, bayar je la, nak gi balai macam tak sempat, malas pun ada. Hehehe...

p.s: Hari ni ada J-card day kat mid valley :)

Friday, December 10, 2010

Salam Perkenalan from Ibusyiranina


Cik shu di tag lagi oleh Cuna
, kene cepat ni sebab tarikh tutup nak dekat dah, mana la tau2 kot2 bertuah ;)

Syarat2 giveaway adalah:-

1) Mesti jd follower qaisarahanina (tak paksa tapi wajib heheheh :)) maybe ade hadiah untuk follower tertentu.
--> DONE
Follower ke-104
DAN
juga mesti follow blog miezaniera.blogspot.com as penaja hadiah --> DONE
Follower ke-351

2) buat entry about this giveaway tajuknya ialah (
salam perkenalan from ibusyiranina) --> DONE

3) sila tag kat kawan2 anda tak kira berapa orang lagi ramai lagi bagus...(pastikan mereka tahu yek)
--> DONE

Memandangkan antara hadiahnya adalah dari produk 'Anakku', haruslah cik shu tag blogger2 yang ada anak kecik. Dipersilakan ye MrsYusofhussain dan S.U.R.I.A.T.I

4) last sila tinggalkan entry anda pada entry giveaway supaya peserta giveaway boleh dicari --> DONE

5) jgn lupa masukkan banner ibusyiranina di side bar anda yekkk dan masukkan juga link blog ibusyiranina di dalam entry anda.
--> DONE


Tarikh tutup penyertaan adalah pada
15 dec 2010.
Pemenang akan dipilih berdasarkan lucky draw 3 pemenang utama & 3 hadiah saguhati. (bergantung kepada keadaan)

Tuesday, December 7, 2010

Turn to 27 on 1 Muharram 1432H

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


Salam Maal Hijrah buat semua blogger. Alhamdulillah kita sudah masuh ke tahun 1432 Hijrah. Alhamdulillah, Bersyukur atas kurniaan dan nikmat yang Allah berikan kepada Cik Shu buat tahun lalu. Awal tahun lalu Cik Shu diduga bertalu-talu, tapi janji Allah itu pasti selepas itu Allah berikan kegembiraan yang teramat sangat buat Cik Shu.

Pastinya, hari ini bukan setakat menyambut Tahun Baru Hijrah, tetapi hari ini tambah bermakna kerana Allah telah memanjang usia Cik Shu. Tahun pertama menyambut hari lahir sebagai seorang isteri. Sangat gembira bila kita disamping orang tercinta ketika menanti detik 7 disember, 00:00.


Monday, December 6, 2010

Cool Blogger Award

Eh! Cool ke? segan pulak nak amik award ni. Tapi orang dah bagi, amik saje la. Big Thanks to Mas Ayu yang sudi bagi award ni dan ini adalah award kedua yang cik shu terima. Disebabkan dah dapat award ni, lepas ni kene la rajin2 update blog ciptaan ini untuk menunjukkan ke'cool'an blog ni.

Ewah... cik mas ayu kite ni sejak dua menjak sangat ligat berblogging, macam2 dia buat kat blog dia dan memang patut pun dia dapat award ni. Patutnya kene tag 3 orang lepas accept award ni, tapi semua blog yang cik shu follow semuanyer cool2, kalau tak takkan la cik shu follow kan.

So, saper2 yang rasa blog dia tu cool, sudi2kanlah amik award ni yer.



Tip untuk ibu bapa

Just nak share the info yang cik shu jumpa dengan bakal2 ibu bapa atau yang sudah pun bergelar ibu bapa.

  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

  • 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  • 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  • 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  • 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Sumber:- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Anakpintar/Article/index