Warghhhh.... Mr. Hubby dah bising. Bininya makin montel. Sekarang ni Mr. Hubby dah tak kuasa nak cakap apa2 lagi. Selama ni Mr. Hubby suka panggil isterinya kesayangannya ni "Moti" a.k.a GEMUK. Kononnye nak bakar hati motivate isterinya supaya menguruskan badan. Tapi macam tak lut je.
Tapi di suatu hari yang tak berapa nak indah Mr. Hubby cakap......
"You are looking no more attractive".
Aduhai.... sentap tak? agak sentap jugak dibuatnya. I know, he has right to say that. Sape tak nak bini cantik oiiiii.... bila badan dah besar, lemak terkeluar sana sini, shape pun dah out, nak berfesyen pun tak de mood. Bila dah tak bergaya, kalau hubby jeling2 perempuan lain, jangan nak salahkan dia pulak. Lagi pulak, bini kawan2 Mr. Hubby cantik2 gak. So, kalau boleh Mr. Hubby nak Shu nampak cantik dan presentable. So tak malu la bila tayang isterinya ni.
Yer, Shu tau, badan dah naik mendadak ni. Nafsu makan menjadi2. Orang cakap kalau breastfeed baby boleh kurus. Tapi apsal Shu gemuk plak????
Yer, betul tu, dah tu kalau makan lebih daripada keperluan. Kurus kebendanya. Jangan harap la kan. Badan ni ada limit makanan yang diperlukan. Ha... tau pun. Tapi nafsu makan mengatasi kewarasan akal fikiran. hihihihi.
Baju2 dah tak banyak pilihan. Baju2 saiz M dah tak muat. Sekarang ni dah macam kena pakai saiz XL balik je. Oh no.... i don't want to be
like this any more. Rasa macam selebet je. Satu lagi, Shu notice, Shu macam tak berapa endah dengan penampilan diri. Maybe sebab kegemukan ni la. Hmmm... my bad.
Recently gi keje, asyik pakai baju kurung je. Sebab tu pilihan yang selamat.
|
Latest pic. Gemokkan? Pakai baju hitam pun still nampak kembang.
Buruk beno la ghupenye |
Hari2 cakap nak diet, tapi asyik fail je. Actually, sebelum2 ni percubaan diet untuk mengumpul semangat, tapi asyik la tersasar. Now, no more excuse,disebabkan dah masuk dalam entry. Harus amik serius perkara ni. Dengan ini diisytiharkan, bermulanya minggu ini. Shu mahu mengawal pengambilan makanan.
Meh, imbas kembali berat Shu sebelum2 ni.
Sebelum mengandung = 65 kg
Berat terakhir sebelum bersalin = 83 kg
Lepas berpantang = 64 kg
Lepas Raya = 78 kg
Sekarang = 72 kg
Berat dah elok turun selepas berpantang, cuma tinggal lagi 2 kg je untuk dapatkan berat ideal. Tapi emosi tak terkawal, berat naik melampau2.
Kadang2 terasa nak preggy lagi sekali je, lepas tu jaga badan elok2. Aci tak? hihihi....
Kalau cakap macam tu kat mak, ada yang dapat pelempang sebijik.
Insyaallah, Setiap hari isnin, Shu akan buat entry tentang progress diet shu ye.
p/s: Anyone yang ada advice dan pendapat, dialu2kan.