Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Wednesday, January 26, 2011

Baby's stuff 1: From BabyLove warehouse sale

Seperti yang diwar2kan sebelum ni (klik untuk lihat entry), pergi masa first day opening, memang sesak sangat2, susah nak pilih2 barang. Masa tengah2 shopping, terjumpa dengan blogger Cuna, dia pun tak nak melepaskan peluang untuk grab baby's stuff dari jualan gudang ni.

Shu sudah pun mula membeli barang2 baby. Ini baru 1st phase shop for baby's stuffs. Tak semua barang dalam ada kat warehouse sale tu. Sebelum shopping memang dah buat survey market price untuk barang2 yang hendak dibeli. So, agak murahla barang2 kat warehouse tu.


Bath tub


Towel & 6 pieces washcloths


Baby cot bedding set (7 in 1) & Pinholes synthetic mattress


Rompers set (4 helai romper dan 6 helai sapu tangan)
Mula2 ingatkan yang gulung2 tu socks, bila buka rupa2nya washcloths. So total sekarang ada 12 helai washcloths. Banyaknyer...


Baju tidur baby 3 helai dan sehelai jumpsuit
Baju nak kene tambah lagi sikit, tapi untuk baju lengan panjang dan seluar panjang dah cukup la kot.

Mittens & Bootees (2 sets) + 1 cap
Agak2 cukup tak ni. Orang pesan jangan beli banyak2, nanti ada orang bagi. Tapi ada ke orang nak bagi hadiah kat baby kitaorang ni?

Adjustable Infant Wrap @ Bedung bayi moden, RM28


2 helai blanket (with and without hood each)


Baby's traveling bag
Beg ni untuk letak barang2 baby untuk dibawa ke hospital bila hendak bersalin nanti.

Ni actually tak de pun dalam list, tapi macam cute je benda alah. Try beli, mana tau dengan mainan ni boleh buat baby leka kan.
Play Gym


Bukan sekali je pergi warehouse sale ni, hari Sabtunye kitaorang datang lagi untuk beli baby cot dan stroller. Konon nak beli lepas habis berpantang nanti, tapi Mr. Hubby cakap, alang2 dah murah ni, beli aje la. Tapi kali ni pergi, tak sesak pun macam 1st day kitaorang pergi. Nak pilih2 barang pun senang sangat, tak payah beratur panjang nak bayar. Kalau tau, datang je hari sabtu. Lupa nak snap gambar untuk stroller dan baby cot yang dibeli, tapi lebih kurang macam kat bawah ni la.


Baby Cot warna putih
Harga baby cot ni cuma RM150, tu yang grab terus walaupun rancangan asal nak beli lepas deliver nanti. Baby cot ni pilih warna putih sebab nak padankan dengan set bilik tidur kitaorg ;)

Sekarang ni tinggal nak beli baby's toiletries. Bila la Pureen atau Anakku nak buat warehouse sale ni. Lepas tu cukup dah barang baby. Kalau ada info, bagi tau k.


Tuesday, January 25, 2011

"JOM FOLLOW kainlampinsaya"


Kene tag dengan blogger Cuna lagi untuk GA

Follower kainlampinsaya --> 85
Follower adeliadamia --> 161

2 orang yang nak di Tag adalah
1. Mommy 2 B --> Leonora
2. Mommy to 2 daughters -->

Sape2 nak join lagi, klik link ni untuk maklumat lanjut yer

JOM FOLLOW kainlampinsaya

Eh korang, sempat lagi tau, ada 5 hari lagi dari tarikh entry ni.

Tarikh tutup: 30 Januari 2011

Monday, January 24, 2011

Announcement: BOY or GIRL 2

Baby dalam perut ini sudah 6 bulan usianya. Dengan sukacitanya, Cik shu nak mengumumkan, My baby's gender...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Baba said, "My buddy is coming soon".
Mama said, "My hero is coming to protect me".
and we said, "He is our joy and prosperity".

Sunday, January 23, 2011

4th Check up: Suntikan Kancing Gigi

13.1.2011

Check up ke-4 rutin macam biasa, tapi kali ni check-up dengan doc. Doc check badan, tengok keadaan kaki sama ada bengkak atau tak. Kali ni jugak kene injection kancing gigi. Doc inject kat lengan belah kiri. Doc cakap lagi at this period baby belum banyak gerak lagi, tapi hari2 rasa baby gerak sampai dah tau waktu2 dia bergerak aktif. Kadang2 tu sampai terangkat tangan bila sentuh perut untuk rasa gerakan baby.

So, untuk check up kali ni:-

Tekanan Darah --> OK
Berat --> Naik 2.5 kg
HB --> masih rendah 9.7 (cuma naik 0.1 daripada bulan lepas)

Result MGTT dan ujian darah untuk siasat HB low masih belum dapat. Risau betul la dengan HB low ni :(

Thursday, January 20, 2011

Detail scan + 3D/4D

6.1.2011

Detail scan is done on 23rd week of my pregnancy. Cik Shu buat detail scan kat tempat biasa buat scanning, Klinik Subasri & Gan di Setapak. Kene buat appointment, sebab bukan doctor di klinik tu yang buat job ni.

Menurut sonographer, pembesaran baby mengikut jadual, tiada masalah pada baby. Physically nampak semua sudah terbentuk sempurna. Alhamdulillah.

Berikut adalah antara hasil laporan daripada detail scan yang dibuat:-

Fetus Maturity: Single, 23 weeks 4 days by dates, 22 weeks 2 days by ultrasound
EDD: 10.5.2010
Presentation: Cephalic
Placenta: Posterior upper
Nasal bone: Present
Cord insertion to placenta: Central
BPD: 53 mm
HC: 216 mm
AC: 174 mm
FL: 37 mm
Humerus: 35 mm
EFBW (weights): 488 grams
Face seen: Yes
Cleft Lip: No
Palate (Premaxillary Triangle seen: Yes
Spine: Intact
Stomach: Seen
Bladder: Seen
Left Kidney: Seen
Right Kidney: Seen
Diaphragm: Intact
Umbilical Cord: 2 arteries 1 vein
Gender: ? (cuba tengok muka baby tu, Boy or Girl?).

Ini adalah imej tulang belakang baby dan ianya terbentuk dengan baik

Mula2 ingatkan detail scan ni guna 2D je, rupanya ada 3D/4D sekali. Masyaallah, menitik airmata cik shu bila tengok wajah baby melalui video 3D/4D. Doc cakap figure baby looks similar to father. Hmm... mr. Hubby senyum memanjang je.

Masyallah, anak mama dan baba

Oh my gosh!

Enough... baby dah malu. Tengok tangan baby, besar kan ;)

Insyaallah, lebih kurang 4 bulan lagi kita akan berjumpa ye sayang. Membesarlah seperti yang sepatutnya dalam perut mama k.

Total kos untuk detail scan ni RM230, adakah ia mahal atau harga untuk detail scan mcm tu?
Tak sempat nak survey tempat2 yang bagus dan murah. Tak pe la mahal skit pun, asalkan kami tau condition baby.

Annoucement in next entry k.


Tuesday, January 18, 2011

BabyLove warehouse sale

Sape2 yang belum beli baby's stuff lagi macam cik shu atau nak tambah barang baby, weekend ni Baby love ada buat warehouse sale starting from 20-23 Jan 2011.

Walaupun tanpa sales, this shop still jual barang2 baby dengan reasonable price. Furthur info boleh masuk website BabyLove.

Ingat cuti thaipusam khamis ni nak g la.

Sunday, January 9, 2011

Week 23

Sekarang ni semakin terasa pergerakan baby dan tau waktu2 baby aktif bergerak. Biasanya our junior banyak bergerak lepas lunch, petang lepas balik keje dan malam sebelum cik shu tido. Betul ke baby boleh respond kalau kita berinteraksi dengan baby sebab cik shu notice baby bergerak bila babanya baca Quran untuk dia. Tapi apa yang cik shu rasa cuma pergerakan baby je. Macam mana nak tau baby menendang ek?

Sebelum2 ni asyik complain kan perut tak nampak ? sekarang dah 5 bulan, perut dah nampak la skit.Tu pun sebab pakai T-shirt, kalau pakai baju blouse orang still tak boleh teka yang cik shu ni preggy. hehehe

My belly @ week 23

Dan apabila perut sudah membesar dan mengembang, dah tentu akan ada stretch mark. Jadi cik shu dah beli krim untuk mengtasi masalah ni iaitu produk dari Palmer's Cocoa Butter. Baru nak cuba, so tak tau lagi keberkesanannya. Tengok review ada yang feedback OK dan KO. So, cuba je la.



Saturday, January 8, 2011

Bye bye 2010, Welcome 2011


Ha... baru hari ni dapat publish entry dan entry ni actually mula ditulis sebelum tahun 2011 lagi. Sepanjang minggu ni sibuk fokus dengan kerja, memang tak sempat nak update blog dan blogwalking. Tahun 2011 sudah pun membuka tirainya. Alhamdulillah, tahun 2010 telah meninggalkan pelbagai terindah walaupun padanya awal tahun 2010, terlalu banyak duka lara yang perlu ditempuhi. Cik shu memang tak de azam ape2 pun, tiap2 tahun tak pernah nak set azam sebab bagi cik shu azam a.k.a objektif hidup itu boleh dicipta pada bila2 masa je. Ni awal2 tahun je bersemangat buat azam, tapi tak dilaksanakan dengan kesungguhan, tak de gunanya. So, apa dah jadi pada tahun 2010 ye?, let's recap

April 2010
- Memulakan diet atkin untuk turunkan berat badan dan kuruskan berat badan.

--> Turunkan tu berjaya tapi kuruskan badan tu tak berjaya lagi. Sekarang misi ini kene put on hold dan di bawa ke tahun ini hanya selepas berpantang. Based on experience, dah macam2 kaedah diet pernah cuba, dan Atkin diet is the best way to lose weight.

03 Jun 2010 - Selamat diijabkabulkan dengan Mr. Hubby
--> Akhirnya kami disatukan setelah melalui pelbagai onak dan ranjau berduri. Selepas nikah, masih tinggal berasingan, tambahan pula selepas nikah sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan. Tak banyak masa dapat diluangkan bersama.

04 July 2010 - Walimatul Urus di Port Klang
--> Majlis berjalan dengan lancar, walaupun hujan turun dengan lebatnya pada waktu pagi. Sangat puas hati sebab kebanyakan persediaan diuruskan sendiri dengan bantuan keluarga tercinta. 2 hari selepas majlis, pindah masuk rumah Mr. Hubby dan bermulalah kehidupan sebagai suami isteri. Isyaallah, cik shu akan buat yang terbaik untuk menjaga keharmonian rumah tangga kami.

September 2010 - Disahkan mengandung 6 minggu dan dapat tawaran kerja
--> Satu nikmat yang tak terhingga, rezeki bertimpa2. Semuanya dapat tahu dalam masa dekat2. Sangat2 gembira.

15 November 2010 - Kerja di Company baru
--> Memang aim tahun 2010 nak tukar keje baru sebab nak cari experience baru dan mahukan lebih benefit. So far, tak de masalah dengan kerja baru.

So, apa pulak resolusi atau yang bakal berlaku pada tahun 2011 ini...

1) Berdebar2 untuk menghadapi kelahiran orang baru yang dijangka pada awal bulan 5.

--> Insyaallah, sudah bersedia jadi Ibu. Dan hopefully, bila dah jadi Ibu, tak lupa jadi Isteri. Doakan semuanya selamat ye.

2) Kuruskan badan
--> masih mahu meneruskan misi ini tapi hanya selepas pantang baru boleh dilaksanakan. Kurus itu

3) Kasi clear hutang piutang yang membebabkan kewangan dan kepala otak.
--> Memandangkan tahun lepas sudah buat hutang dan terasa sangat hutang2 tu sangat membebankan, jadi tahun ini kene fikir cara macam mana nak kurangkan beban hutang2 yang ada ni.

4) Lawat family hubby di Pakistan.
--> Hubby selalu cerita pasal kampung halamannya yang cantik dan setiap ahli keluarganya. Walaupun jauh, kitaorang selalu berhubung melaui Skype. Nak sangat jumpa dengan keluarga Mr. hubby, especially Abaji (Father in law). Tapi haruslah kene faham bahasa urdu dulu. So, tambah satu lagi keazaman untuk belajar memahami bahasa urdu.

5) Kurangkan main 'Farmville' dan 'Cafe World' dab berhenti bermain game2 ini.
--> Hahaha... jangan tak tau, cik shu ni Farmville addicted, dah setahun lebih bekecimpung dalam arena game Farmville ni. Actually sedar gak, banyak guna masa main farmville, tapi insyaallah akan cuba kurangkan dan terus berhenti. Tak senang nak berhenti tau bila dah addicted ni because i love all my neighbors as all of them are very cooperative. Tapi demi menguruskan hidup dengan baik, cik Shu akan cuba ;)


Anyway, Malam tahun 2011 kitaorang suami isteri sambut tahun baru kat Dataran Merdeka. Pergi sana just nak tengok bunga api, sebelum tu ada konsert ka sana tapi tak tengok pun. Memang ramai giler manusia. First time tengok bunga api dengan dekatnya dan bunyinya sangat kuat. Tahun ni je la boleh tengok, kalau ada baby dah tak leh tengok dari dekat dah sebab bunyinye terlalu kuat. Bila tengok dari dekat, terasa bintang2 jatuh dari langit. Memang cantik. Lampu di Bangunan Sultan Abdul Samad pun bertukar2.


SELAMAT MENEMPUHI TAHUN 2011
GOOD LUCK EVERYBODY