Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Saturday, February 19, 2011

Linda, Meatball, Ikea, Tutti Frutti

Masa public holiday Maulidur Rasul, hubby kene kerja dan Mr. Hubby gi keje tak bawak kete Apa lagi amik peluang la panjang langkah hang out dengan Linda (ex-colleagues at Nexbis). lama tak jumpa linda. Linda ni kawan baik masa kat nexbis, ajak lagi sorang kawan baik, Suhada tapi dia tak dapat join. Jadi kami berdua saje.

Finally, buat pertama kalinya merasa jugak makan Beef Meatball dari Ikea ni. Daripada dulu teringin nak cuba. Not bad dan berbaloi2. Lagi syok hari tu adalah hari Selasa dan harganya hanya RM8 untuk 10 biji meatball. Normal price RM10 ye kawan2. Lama gak la lepak2 kat food court tu.

Then bergerak masuk ke shoroom Ikea. Konon2 tak nak beli apa2, bila masuk, melilau je mata ni, grab gak la 2-3 barang keperluan rumah. Sambil2 tu survey storage untuk letak barang2 baby. So, dah aim beberapa barang, lepas pantang nanti baru beli. Seronok jalan kat Ikea ni, sumber inspirasi untuk decorate rumah, tunggula bila ada rumah sendiri, mahu jugak shu memborong kat Ikea ni.

Dah habis round ikea sampai lenguh kaki ni dibuatnya, kitaorg lepak pulak kat Tutti Frutti. Ni pun 1st time jugak jejakkan kaki di sini. Selalu dengar kawan2 update pasal Tutti Frutti kat fb. Kali ni biar Shu sendiri yang cuba. Tutti Frutti ialah Frozen yougart dan harganya mengikut berat, rm5.30 per 100 gram (No fixed price).
Untuk percubaan pertama kali, kitaorang pilih perisa Tutti Frutti dan Vanilla, letak topping buah peach, kiwi dan nata de coco. Topping pun boleh pilih sendiri dan amik la berapa banyak yang korang suka tapi nanti tunngu je la harganya macam mana. Oh my god, untuk 1 cup kecil ni harganya 23 hengget. Nasib baik share dengan Linda. Flavor Tutti Frutti sedap, tapi vanilla tu tak rasa macam yougart pun (no taste).


Thanks to Linda untuk Tutti Frutti ni dan menemankan ibu mengandung ini daripada kesunyian sorang2 di rumah ;)

3 comments:

  1. wah tutti fruti..tersgtlah sedap..escpecially blueberry..huhuhu..nk mkn lg xtau bile..hahahaha

    ReplyDelete
  2. memang sedap kecuali vanila flavor. Meh kita lepak ramai2 makan Tutti frutti.

    ReplyDelete