Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, March 31, 2011

Dodol! oh Dodol!

Ingat tak entry ini?

Yeah!!! Dodol yang didambakan akhirnya sudah ku rasai. Macam2 perisa pulak tu, Gula Melaka, pandan, durian, jagung, Strawberry pun ada. Kenyal2 je rasanya. I like...Best! Best! Best!



Thanks to Ebah yang memenuhi permintaan kawannya ini. Memang dah rezeki Shu, last weekend Ebah balik kampung husband nye kat Melaka. 

Actually, Kakak ipar pun ada belikan dodol untuk Shu jugak, tapi tak amik2 lagi. Tunggu weekend nanti la.

Semoga Allah murahkan rezeki Ebah dan Kakak Iparku. Amin....

Week 35


Sekarang kandungan Shu dah masuk minggu ke-35. Tak lama je lagi. Mr. Hubby asyik cakap, baby macam akan keluar awal. Oh nooooo.... walaupun tak sabar nak jumpa baby, tapi biarla baby ni keluar ikut jadual. Jangan bikin mamanya panic. Bila dah masuk minggu ke-35 ni, apa yang berlaku pada Shu?
  • Perut makin membesar, badan semakin memberat, berjalan pun dah tak boleh laju2.
  • Sakit2 bahagian bawah makin terasa. Last 3 days, tengah duduk buat keje kat office, tiba2 terasa pressure kat bahagian bawah and it was quite painful.
  • Selera makan bertambah-tambah. Pantang dengar orang sebut pasal makanan, mesti terasa nak makan ;)
  • Solat pun dah dilakukan secara duduk macam dalam pic kat bawah ni. Tak larat nak angkat badan, kaki pun terasa sakit dengan tekanan badan yg memberat ni. 
Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar
Apa-apa pun, ini bukan alasan untuk bermalas2an. Shu cuba juga buat keje rumah sikit2. Cuba2 bawak bergerak. Tak nak manjakan diri. Kalau nak bermanja2, tunggu la waktu pantang nanti ye.

Monday, March 21, 2011

Craving for Dodol


Tak tau kenapa tiba2 lepas lunch tadi terasa nak makan dodol. Nak dodol segitiga macam kat dalam gambar tu. Ada perisa original, pandan dan durian. Dulu masa study kat terengganu selalu makan. Kat pasar Payang banyak jual macam tu. Pernah beli dodol macam tu kat sini, tapi tak sesedap macam dari Melaka, Kelantan atau Terengganu. 

YM dengan member (Ebah), kot2 dia nak balik melaka ke, nak kirim. Pastu mesej ngan kakak ipar gak,  kalau2 dia tau sape2 yang nak ke Melaka. Then kakak Ipar tanya, "Kalau tak dapat yang segitiga, yang paket 1 kg pun boleh yea. Yang penting bila si kecik keluar, air liur tak meleleh".

grrrrr... tapi seboleh2nya nak yang segitiga tu. Sedapnya kalau dapat makan, Teringat-ingat kelembutannya dalam keliatannya. Nyum!Nyum!Nyum! YUMMY..

p.s: Ni kire mengidam ke?


Friday, March 18, 2011

Shooping at 2nd Motherhood Expo, Midvalley

18.03.2011

Mummy2  and mum2b, you all pergi expo ni tak? Shu pergi, barang2 di cari ada di sana. Mujurla building office sebelah je. Waktu lunch semalam, pergi usha2 je untuk compare harga, lagipun sesak sangat. Tak dapat memilih. Habis keje, pergi balik, terus ke tempat yang di tuju.So, inilah hasilnya,


1) Madela Harmony Manual Breastpump - RM209 (normal price: RM269)
FREE 2 Bumble Bee storage bottles 
Sebelum ni terfikir nak beli Spectra-3, tapi spectra-3 adalah jenis electric. Finally decide beli manual breastpump je dulu. Senang nak bawa ke mana2 dan boleh digunakan di mana2. 
Actually, FirstFewYears tengah sale, kat situ harganya cuma RM199. Lagi murah RM10, tapi campur kos tol, minyak, parking dan masa, macam sama je harganya. So beli je la kat expo ni.

2) Autumnz Cooler Tote - RM 32 (normal price: RM 46.90)
Since beli manual breaspump, beli Tote bag pun dah cukup, muat untuk letak breastpump dalam tu sekali. Stok dah habis, tapi boleh order. Nanti diaorang hantar ke rumah tanpa charge penghantaran.

3) 8 bottles of Autumnz PP Breastmilk Storage Bottles - RM29 (normal price: RM 38.90)
FREE 2 bottles and 5pcs Autumnz Breastmilk Double Ziplock Storage Bags 
Rasanya cukuplah 10 botol ni, selebihnya guna double zip lock storage. Ni pun stock dah habis jugak. Diaorang akan hantar dengan Tote bag sekali. Cepat betul barang2 kat booth Autumz ni habis.

4) 3 packs of Autumnz reusable Ice Pack - RM 16 (normal price: RM 23.00) 
Murah kan?

5) Autumnz DOUBLE Zip Lock Breastmilk Storage Bag - RM9 (normal price: RM 12.90)
This item sangat laku, ada sorang kakak tu beli sampai 15 kotak. Daripada pengalamannya, storage bag ni sangat bagus sebab tak leakage walaupun dia stack banyak2, sebabnya double zip lock. Bagusnya storage bag ni, ia dapat menjimatkan ruang dalam fridge.

6) Autumnz  Nursing bra (2 helai)
Beli dua dulu, lepas habis pantang baru tambah lagi.

Untuk barang2 yang shu beli ni, mula2 planning nak beli kat OneBabyWorld, murah jugak dengan harga sale. Tapi semestinya kat expo ni lagi murah. Puas hati beli barang2 ini dengan harga yang sangat2 berpatutan.  Rasanya, expo macam ni diadakan 2 bulan sekali, sebelum ni bulan Jan pun ada jugak tapi ter'miss'. Nasib baik bulan 3 ni ada lagi, sempat la nak membeli. Dengar cerita bulan 5 punya lagi besar. Tapi time tu, Insyaallah shu dalam pantang. Jadi memang tak de peluang la nak pergi. Next time kalau nak stock up barang beli kat motherhood expo je la. Senang nak pergi =)

Ada juga singgah booth susuibu.com. Borak2 dengan Pn. NorZuhaila, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC). Roughly, dia ada bagi maklumat pasal breastfeeding. Dia bagi tau, lepas bersalin, kalau ada masalah dan tidak mempunyai support untuk breastfeeding, boleh contact MBFPC dan any available counselor boleh datang ke rumah untuk beri support. Ni contact number yang diberikan:-
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
TEL: 03-8925 4614

Sebelum balik, disebabkan pembelian melebihi RM100, Shu layak buat lucky draw. dapatla feeding cup daripada AVENT =)

Thursday, March 17, 2011

Week 33: Ultrasound at PPUM

33 week
Seronok dapat tengok baby semalam. Buat ultrasound kat PPUM tapi sonographer tak berapa friendly, kalau tak tanya, memang tak tau apa2 la. Macam baru belajar pun ye jugak, sebab ada doc lain kat sebelah yang tunjukkan dia. Lagi best sonongrapher masa buat detail scanning sebelum ni, sonographer tu pun dari PPUM jugak. Every details thing she explained to us, tak payah tanya. Pastu, tak dapat 1 pun printed copy scanned image. Sigh...

Anyway, baby sudah 2 kg. Hubby nak tau, berapa berat baby yang normal dan sihat. Owh oh.. tak pernah google pun pasal ni. Apa2 pun, Alhamdulillah, semuanya normal. Kepala baby ada kat bawah, tapi, sonographer tu cakap, baby masih boleh berpusing lagi. Mungkin next check up doctor akan beritahu lebih detail. Sepanjang hari baby sangat aktif bergerak dari pagi sampai la ke malam =)



Hubby pulak asyik cakap " I don't think baby can wait until my birthday, he maybe come out earlier". Huhuhuhu... kurang dari 2 bulan sahaja. "Baby... we are waiting for you dear".

Tuesday, March 15, 2011

6th & 7th Antenatal check up:

Dah lama tak buat entry pasal check up. Meh nak update skit.

16.2.2011: Booking bersalin di PPUM & 6th Antenatal Check up
* Hospital bersalin sudah booked. Insyaallah baby kami akan dilahirkan di PPUM. PPUM kira dalam kawasan selangor kan. Walaupun dok kat KL, Shu nak baby ni dilahirkan di Selangor dan hospital selangor yang terdekat ialah PPUM.
* Masa booking, file untuk simpan semua rekod si ibu akan dibuka. Memandangkan daftar beranak di PPUM, bermakna selepas ni kene la buat Antenatal check up di PPUM, no more KK Sentul. Kat PPUM dah tak guna buka pink tu, kita akan diberikan kad temujanji sahaja. Selepas file dibuka, terus buat rutin check up seperti biasa.
* Amik darah

9.3.2011: 7th Antenatal Check up
* Berat naik secara normal, kurang daripada 2 kg. Ingatkan akan naik mendadak sebab lately ni Shu banyak makan.
* Sementara tunggu nombor giliran, dengar ceramah penyusuan badan selama 1 jam. Amat berguna.
* Result ujian Pap Smear adalah negatif.
* Stok ubat dari KK masih ada lagi, rasanya cukup sampai next check up.

Doc tanya "Sekarang makan ubat apa?"
Shu jawab la, "Vitamin C, Iron, asid folic & Vitamin B Complex".
Reaksi Doc, "Banyaknya???, kalau dah amik OB min dah tak payah makan ubat2 yg lain. Vitamin2 lain boleh dapat dari sumber makanan. Banyakkan makan daging".
Sekarang ni masih makan lagi sebab nak habiskan stok. Lepas ni dah tak payah makan ubat 4 sekawan tu lagi
=)

Monday, March 14, 2011

Ada apa dengan Nama?

Jumaat lepas, masa on the way Mr.Hubby hantar shu ke tempat kerja, dengar la siaran radio IKIM. Ada talk dari seorang ustaz, Shu tak sure topik apa, tapi ustaz itu ade menyebut pasal "nama" dan Mr. hubby setuju dengan kenyataan ustaz tersebut. Kemudian Mr. hubby bersuara dan menyuarakan isi pandangannya.

Mr. Hubby hairan kenapa orang Melayu suka pendekkan nama sehingga ada yang nama dipendekkan itu membawa makna yang kelakar atau tidak baik.

Cerita Mr. Hubby lagi, satu masa dulu Mr. Hubby pernah berkenalan dengan seseorang;
Orang itu memperkenal diri, "Nama aku Muzammil, tapi ko boleh panggil aku 'Mil', ape nama ko?".
Mr. Hubby jawab, "Nama saya Hamid".
Orang tu, "Ok, aku panggil ko Mid ye".
Mr. Hubby membantah, "No no no, Call me Hamid, no Mid or whatsoever".

Mr. Hubby cakap, Muzammil tu adalah antara nama-nama Mulia Nabi Muhammad s.a.w, kenapa perlu pendekkan jadi 'Mil', apa maksud 'Mil' tu?

Shu pun kene tegur gak, sebab memanggil nama anak sedara Shu sebagai 'UL' yang disingkatkan daripada 'Nurul'. 'UL' tu ada makna ke?. 'Nurul' tu kan maknanya "Cahaya", cantikkan maknanya...

Kalau nama yang dipendekkan itu masih membawa makna yang baik, ianya tidak menjadi masalah. Tapi macam mana pula kalau membawa makna yang tidak baik atau hina?. Kalau nak bagi contoh nama2 yang dipendekkan dan tidak membawa makna apa2 terlalu banyak rasanya seperti Lan (Azlan), Mail (Ismail-Nama Nabi) etc.

Ada jugak Shu argue dengan Mr. Hubby, nama pendek tu senang nak panggil dan diingati atau lebih mesra. Tapi, bila fikir2 balik betul jugak. Susah2 ibubapa kita fikir nama kita sebelum lahir, bagi nama cantik2 serta indah maknanya. Tapi bila keluar kat dunia ni, orang panggil dengan panggilan yang tak bermakna. Shu pernah dengar, orang cakap nama tu umpama doa, sebab itu ibubapa perlu menamakan anak dengan yang membawa makna yang baik. Lagipun, nama yang diberikan oleh ibubapa kita yang akan dipanggil di padang Mashyar nanti.

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda’ r.a. katanya, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu.

Jadinya, Shu bersetuju dengan pendapat Mr. Hubby. Sebagai permulaan, kene betulkan diri sendiri dahulu. Lepas ni, kalau kenalkan diri dengan orang, kene la kenalkan diri sebagai "Shuhada" dan bukannya "Shu". Tapi "Shu" masih boleh digunakan sebagai nama pena dalam blog kan?.

Then, ini juga boleh dijadikan panduan untuk meletakkan nama anak Shu nanti. Biasanya nama yang mempunyai 2 suku kata lebih senang diingati dan disebut berbanding 3 suku kata.

Lagi satu info, not sure sama ada kita aware atau tidak mengenai isu ini. Sekarang dah tak dibenarkan untuk memendekkan ejaan "Muhammad" kepada 'Muhd' atau'Mohd'. Shu pun tak pasti bila arahan ini dikeluarkan.

Shu ada terjumpa artikle ni masa surf pasal nama. Insyaallah, ianya boleh dijadikan panduan untuk kita memilih nama2 anak2 kita kelak. (klik sini)

p.s: Jadinya, shu dengar talk dari Mr. Hubby sepanjang perjalanan ke tempat kerja jumaat minggu lepas.

Thursday, March 10, 2011

Att to all ladies: Adakah anda sudah melakukannya?


Ujian Pap Smear

Saya sudah =)

Shu buat ujian ni kat Klinik ibu mengandung di PPUM. Alhamdulillah, tiada sebarang sel2 kanser dikesan. Cuma ada bakteria.
Then doc tanya, "ada keputihan tak?".
Shu jawab, "Ada sikit".
Doc bagi ubat untuk hilangkan bakteria tu. Kene sentiasa jaga kebersihan kita punya V. Tapi tu la, kadang2 kita rasa dah bersih tapi bila jumpa doc, ada bakteria pulak.

Anyway, ujian Pap smear tu...

* ianya tidak menyakitkan
* Selamat untuk wanita mengandung

Anda bila lagi???

Untuk Maklumat lanjut lawati website ni 0r tanya uncle Google k.
Sayangilah diri sendiri.


Monday, March 7, 2011

Yeah!!! Giveaway JOM FOLLOW kainlampinsaya dah sampai


Ingat tak shu ada join Giveaway JOM FOLLOW kainlampinsaya. Shu antara peserta yang bertuah dan telah memenagi 1 pc CD Hello Kitty. CD tu dah sampai seminggu yang lepas, tapi baru weekend ni berkesempatan amik kat rumah mak.

Insyaallah, untuk baby nanti Shu memang planning nak pakaikan CD ni. Bila jalan2 baru pakai lampin pakai buang, kat rumah pakai CD aje. Lebih jimat rasanya kalau dibandingkan dengan menggunakan lampin pakai buang sepenuhnya.

Thanks to Elma as penaja giveaway ni and Congrats for 2nd ur pregnancy.

Wednesday, March 2, 2011

Week 31

Sudah masuk 3rd trimester, tengok gambar di atas, belly pun dah membesar bagai juara. Bila masuk fasa ni terasa macam2 perubahan, antaranya;

1. Paling ketara, badan ni rasa panas memanjang. Malam2 tido berpeluh, hari2 tido kalau boleh nak air cond. Time hujan turun pun nak beraircond jugak. Tapi hubby cakap tak panas pun.
2. Kaki selalu cramp bila bangun tidur, bangun je menjerit sebab sakit. So sekarang ni tido, hari2 pakai stokin. Dah tak de masalah cramp.
3. Disebabkan perut yang semakin membesar, jadi tidurnya pun dah kurang selesa. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Tidur terlentang tu sangat menyesakkan.
4. Last week, minggu ke 30, kaki membengkak. Shu harap sangat tak hadapi masalah ni, tapi terkena jugak. Sejak tu, tiap2 malam tidur tinggikan kedudukan kaki. Masalah kaki bengkak dah tak de lagi.