Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Tuesday, March 15, 2011

6th & 7th Antenatal check up:

Dah lama tak buat entry pasal check up. Meh nak update skit.

16.2.2011: Booking bersalin di PPUM & 6th Antenatal Check up
* Hospital bersalin sudah booked. Insyaallah baby kami akan dilahirkan di PPUM. PPUM kira dalam kawasan selangor kan. Walaupun dok kat KL, Shu nak baby ni dilahirkan di Selangor dan hospital selangor yang terdekat ialah PPUM.
* Masa booking, file untuk simpan semua rekod si ibu akan dibuka. Memandangkan daftar beranak di PPUM, bermakna selepas ni kene la buat Antenatal check up di PPUM, no more KK Sentul. Kat PPUM dah tak guna buka pink tu, kita akan diberikan kad temujanji sahaja. Selepas file dibuka, terus buat rutin check up seperti biasa.
* Amik darah

9.3.2011: 7th Antenatal Check up
* Berat naik secara normal, kurang daripada 2 kg. Ingatkan akan naik mendadak sebab lately ni Shu banyak makan.
* Sementara tunggu nombor giliran, dengar ceramah penyusuan badan selama 1 jam. Amat berguna.
* Result ujian Pap Smear adalah negatif.
* Stok ubat dari KK masih ada lagi, rasanya cukup sampai next check up.

Doc tanya "Sekarang makan ubat apa?"
Shu jawab la, "Vitamin C, Iron, asid folic & Vitamin B Complex".
Reaksi Doc, "Banyaknya???, kalau dah amik OB min dah tak payah makan ubat2 yg lain. Vitamin2 lain boleh dapat dari sumber makanan. Banyakkan makan daging".
Sekarang ni masih makan lagi sebab nak habiskan stok. Lepas ni dah tak payah makan ubat 4 sekawan tu lagi
=)

3 comments:

  1. pas deliver pon kene mkn gk...sbb byk drh loss kn.

    ReplyDelete
  2. kalau doc suruh makan, makan je la.

    ReplyDelete
  3. oni lahir kat PPUM tahun 2009, tapi alamat tulis PPUM, KL. ;)

    ReplyDelete