Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Saturday, July 2, 2011

Breastfeeding tak sesenang yang di sangka 1

"Susu ada ke?"
Mestila ada, kalau tak de susu, tak de nye anak aku kencing sampai penuh diaper, berak 2-3 kali sehari. 

"Kene ajar baby ni pakai botol, nanti bila dah satu bulan minum guna botol. Beli je susu Lactogen".
Bengang betul dengan statement ni, siap bagi suggestion susu formula mana yang perlu di beli. Eh, susu formula je ke yang boleh kalau nak ajar anak munum guna botol. Susu ibu pun boleh la. buat je la EBM.

"Ada ke simpan susu ibu lama2 dalam fridge. Tak fresh la, baik minum susu tepung".
Ni lagi satu statement orang2 tak de ilmu breastfeeding. Walaupun khasiat frozen atau chilled EBM tak sebaik susu direct feeding tapi khasiatnya masih lebih baik daripada susu formula.

"Anak ko ni minum kuat, mesti cepat kering susu ko".
Suka hati je nak jadi ahli nujum cakap susu aku cepat kering. Eh, susu ibu ni guna konsep demand and supply. Lagi banyak baby hisap (demand), lagi banyak susu akan dihasilkan. Kalau susu merudum, masih ada cara untuk kembalikan susu.

"Anak ko asyik nangis je. Dia tak kenyang ni. Kene minum susu tepung".
Bayi menangis tak semestinya lapar. Bayi menangis mungkin tidak selesa kerana diaper penuh, perut kembung atau mahukan perhatian dan belaian. Lagi pun perlu ke bagi susu tepung kalau dia lapar lagi, bagi je la susu ibu yang lebih berkhasiat daripada susu tepung.

"Anak jiran sebelah rumah tu pun sebaya macam anak ko jugak, asyik melalak je. Sumbat dengan nestum, nyenyak tido. Anak aku dulu pun macam tu jugak".
Kesiannya baby jiran rumah kau, baru sebulan dah kene sumbat nestum. Patutla pun anak ko sekarang ni obesiti, perut tak ready lagi nak makan dah sumbat dengan makanan. Anyway, Perut bayi yang baru lahir hanya memerlukan empat sudu kecil kolosterum (2ml) dan jumlah ini akan meningkat kepada 40 sudu (200ml) hanya setelah bayi menjangkau umur setahun. Jadi susu ibu adalah yang terbaik dan berilah makanan mengikut peringkat umurnya dan keperluannya.

"Asyik minum je anak ko ni, tak cukup susu ke"?
Bayi yang minum susu ibu cepat berasa lapar kerana susu ibu mudah dihadam. Jadi adalah normal jika bayi kerap meminta untuk disusukan.

"Eh... kene sulam anak ko dengan air, kering nanti tekak dia. Nurse kat hospital memang la tak bagi".
Bila nurse kat hospital bagi nasihat jangan bagi air pada baby, mesti la ada sebabnya kan. Sebabnya ialah air mungkin akan mendatangkan bahaya bayi di mana pemberian air pada bayi mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik. Air juga boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit. Air juga akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan. Peratus kandungan air dalam susu ibu ialah 88%.


"Nanti nak belikan baby susu ape?"
Soalan ni lagi hampeh. Shu tak pernah terfikir pun nak beli susu formula untuk Saqlain. 

Pernyataan2 diatas (font color orange) ada benar belaka, ditujukan secara live pada Shu. Tadah je telinga2 bila kenyataan2 tersebut keluar daripada mulut2 orang yang datang melawat kita masa berpantang. Tak kuasa nak melawan, nanti cakap memandai pulak. Ye la diaorang kan lebih makan garam. Dah ada anak 4-5 orang. So diaorang je la yang betul. Lebih sedih lagi bila family sendiri tak support breastfeeding. Lebih percaya pada susu formula hanya kerana ianya lebih mudah.

Inilah cabaran yang paling besar dalam breastfeeding ni iaitu pandangan masyarakat yang masih memegang mitos2 orang2 tua dulu. Nasib baik Shu dah prepare mental dengan penuhkan ilmu sepanjang shu mengandung. Sampai sekarang masih mendalami ilmu breasfeeding ni. Jadi Shu ada jawapan bagi setiap soalan2 dan kenyataan2 yang ditembak pada Shu. Tak melatah dengan kata2 diaorang yang tak sekolah.

Saqlain membesar dengan susu ibu,
berat masa lahir = 3.2kg
berat 46 hari selepas lahir = 4.6kg
Shu bersyukur, sebab Mr. Hubby adalah satu2 insan yang sepenuhnya menyokong usaha Shu untuk menyusukan Saqlain dengan hanya susu ibu. Selagi mampu, selagi shu boleh usahakan untuk beri susu ibu, Shu akan laksanakan pemberian susu ibu ini.

Dalam Al-Quran juga ada menyebut :-

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233

Jadi kepada mommy to be yang berhasrat untuk memberi susu ibu, sila sediakan diri anda dengan ilmu breastfeeding ni.  Susu ibu adalah susu yang terbaik dan berilah HANYA susu ibu sekurang-kurangnya 6 bulan selepas kelahiran bayi tanpa sebarang makanan tambahan/pelengkap. Percayalah, setiap ibu pasti ada susu ibu, bezanya cuma banyak atau sikit. Kalau sikit pun masih ada cara untuk tambah susu. Benda yang bagus takkan datang dengan mudah. Dan nak dapat yang terbaik kita kene berusaha dengan bersungguh2.

Ada lagi cabaran2 yang Shu hadapi sepanjang menepuhi perjalanan breastfeed my baby. Nanti Shu share lagi kat next entry ye. Mommy2 yang alami pengalaman macam shu, meh la citer kat sini.

11 comments:

  1. hehehe.. aha, mesti macam2 org ckp kann.. saba je laa.. diorg xfhm, stp org ade cara sendiri.. nawa pn nti nk BF gak.. :D

    ReplyDelete
  2. my mom pn awal2 dl mcm nk kasi susu botol tp i berkeras ckp nk kasi susu badan.. ckp mmg dh plan, siap beli pump ratus2 lg kalo kasi FM rugi laaa.. plus sus ibu senang, takyah sediakn, baby nk je boleh terus sumbat.. alhamdulillah, skrg bila org dtg melawat, dia pulak dok promot susu ibu.. hehe..


    iqbal pn dh naik .55kg dl masa 12hari :D

    ReplyDelete
  3. setuju kata2x syu ni..bagus..suke dgn semangat syu utk susuakn anak..mmg itu yg terbaik pun..

    ReplyDelete
  4. caiyokkkk shu! sama2 kita sahut cabaran utk fully bf anak kesygn... :)

    ReplyDelete
  5. shu!!!! dun stop..aku support ko 120% BF plis......

    ReplyDelete
  6. shu.. mmg betul pun apa yg shu ckp.. wani masa nk beli pump pun.. org dh berkata bukan-bukan, ada yg ckp " bukan mati pun klu anak di beri susu formula semasa umur sebulan".. mmg la tp penyakit yg dtg mendadak....

    Bagus shu usaha shu nk susukan anak.. teruskan usaha shu, mudah-mudahkan wani pun blh ikut jejak langkah shu..

    ReplyDelete
  7. shu, mmg org2 tua xnak support sgt...kita yg educated ni buat jela ape yg kita tau...sbb mmg susah nk meyakinkan diorg...janji ko and hubby sama2 saling support...

    keep it up the good work!

    ReplyDelete
  8. Shu... bykkan sabar ya.. Leo tau Shu ni penyabar org nya... kalo Leo.. kita bako je kita bako!!!! ahahhaha...

    yes.. fully breastfeed at least for 6 mths.. only introduce solid after 6 mths, i.e. on the 7th month.. tapi siyes.. ramai gila org ckp, suh sumbat makanan, pastu baby senyap and tido lama.. hmmmm.... kalo org besar pun makan byk tido lama kan? kurang sihat le perangai tu.. hehe... water? kalau sesudu dua tu boleyla.. utk kasik hilang hiccups... ehehh.. Armand marah kalo dia hiccup.. hish..

    ReplyDelete
  9. aduhhh mmg besar kan cabaran nie.. ain tgh tggu giliran plak nie.. risau pon ada jugak.. berdebar2 ajerk di buatnya..

    ReplyDelete
  10. teruskan bf dear...wat pekak jekk kata2 org keliling ni...

    ReplyDelete
  11. shu.. effa pun fully bf.. tapi mmg baby bgn sejam sekali.. bile effa baca dlm tenet susu ibu mudah hadam rupenye.. effa takut die tak cukup susu.. shu ok lagi husband support.. ni husband effa tak paham.. jenuh nak terang.. tp effa tetap tekad nak fully bf.. ;)

    ReplyDelete