Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, August 23, 2012

1 Syawal 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

I guess it is not too late to greet to all of you. Dah raya ke-5 baru nak greet kan? Anyway I already back to office yesterday (raya day 4). Tak amik cuti extra pun sebab cuti Shu sikit je, baru join company baru kekdahnye. Lagi pun hujung tahun ni for X'mas celebration kene force leave, sia2 je tolak annual leave sendiri, kalau 1 hari je tak pe gakla ni 5 hari koooo.. banyak tuh!!!!!

By the way, this year raya celebration tak raya jauh mana pun. Raya pertama kat teratak bonda di Port Klang (The place where i stay right now). Kat teratak ni la semua adik beradik berkumpul dan meneruskan tradisi bermaaf-maafan.

Tahun ni, tahun ke-3 berturut2 dari sejak berkahwin Shu tak dapat menunaikan Solat Raya. Tahun pertama, Mr. hubby bersiap lambat sangat sampai termissed solat, bila sampai masjid je, orang dah selesai solat raya. Tahun ke-2 pulak, I have baby to be taken care and the same reason as well for this time Raya. However, Mr. Hubby went for solat raya with My Mak. I know, Solat Raya itu cuma sunat, but for me, Raya is incomplete without performing Solat Raya. 

For this year raya outfit, again we were in blue. Mr. hubby pakai baju yang ada je. While mine wore a dark blue embroidered salwar suits (hadiah daripada my sis in laws from pakistan). Untuk saqlain pulak, tahun pertama berbaju melayu. 2 hari sebelum raya baru gi keluar cari kat Klang. Susah betul nak cari baju melayu untuk si kecik ni, coz i opted for cotton plus nak cari cari warna yang sama dengan babanya. Kalau kain cotton terletak lama la sikit kat badannya sebab kain cotton kan sifatnye sejuk. At the end, rembat je ape yang ada. Mr Hubby dah rasa tak seronok sebab kaler baju tak sama dengan anaknye. Pagi raya tu pakaikan saqlain, nampak macam sama pulak. Excited giler Mr. Hubby. Biar tak sama dengan isteri, tapi dengan anak lelakinya seboleh2nye nak sama. Ape2 je lah kan.

Saqlain is looking so adorable in this pic.
Masa ni di pagi raya, mood Saqlain sangat baik and he's being camera friendly baby.
A small family of mine
Picture was taken in a lovely whether outside of the house.
But saqlain was not in a good mood this time. Drowsiness perhaps 
My sweethearts


Monday, August 13, 2012

My Childhood Is Made! The Spice Is Back

Untuk Olympic 2012, selain menantikan aksi Dato' Lee Chong Wei untuk mendapatkan emas secara live (walaupun tak dapat, you are still great DLCW!!!), another event that i waited for was Closing Ceremony.

Sebab??????? ---> Gadis2 gedik dibawah ini.

THE SPICE GIRLS



Tapi bila tiba masanya semalam, Damn!!!! i missed it. memang terlupa langsung semalam closing ceremony. Hmmmm tak payah la nak frust sangat la, You tube kan ada. Yes, memang you tube ada, tapi still gak frust. Lain tau perasannye tengok life and recorded. Kalau dapat tengok diaorang depan  mata lagi syok. Mau histeria fengsan dibuatnye 

Owhhhh... inilah kegilaan zaman remajaku. Shu minat sangat diaorang ni masa Shu form 2. Time tu dalam gang Shu kat sekolah siap chop sorang satu title diaorang ni. Paling cute dan paling diminati mesti la Emma @ Baby Spice. Tapi tak ingat sape yang pegang title ni, ke ko Suriati? hahahaha... Shu masa tu amik title Mel C @ Sporty Spice. Hmmm.. sporty la sangat kan, dengan badan yang gedempol masa tu. Tu la, nasib baik Shu gedempol time sekolah dulu (macam sekarang ni kurus sangat la...) kalau tidak... habis segala fesyen diaorang ku follow. Memang crazy sangat dengan diaorang time dolu2. Time diaorang ni la fames sandal tapak tebal2. Shu ada tau dulu, tapi tak la setebal macam diaorang pakai. Giler ape???? nanti jalan2 masing2 pandang semacam je.

Berbalik pada persembahan diaorang in London 2012 closing ceremony, diaorang masih sama macam dulu. Persembahan yang penuh bertenaga dan rupe mereka masih kekal seperti dulu walaupun masing sudah late 30's. Baby Spice is still Baby, comel2 gitu, Ginger dah tak chubby macam dulu, tak kira chubby or not, performance Ginger atas pentas tetap mantap. Posh Spice @ Victoria Beckham dengan muka yang tak de emosinye. Tapi imej Posh Spice  tu nampak macam kurang impaknya, tak macam Posh spice yang dulu, ladies sangat. Haaaa elok la tu, lakinya Beckham muncul masa opening ceremony, bininya pulak muncul time closing.

Anyway, kalau korang minat, layan la video performance diaorang on Olympic London 2012 closing ceremony.

Taken from YouTube

90's is the best EVER!!!!!!!!!

Friday, August 10, 2012

Iklan Raya yang best

Hai peeps, Dah lama kan Shu tak bersiaran. Recently, mood blogging dah ke laut, blogwalking je yang mampu. Ni dah nak raya kene la bersihkan sawang2 dan habuk2 yang mula melekat kat blog ni. Hihihihihi 

Eh! korang dah tengok ke iklan Raya tahun ni. Nak dekat2 raya ni ni, selain excited nak dengar lagu raya, Shu selalu tertunggu2 iklan raya yang bakal dimainkan di TV. Kebanyakan iklan2 ni mempunyai mesej yang terkesan dihati. Nak2 pulak kalau iklan hasil buah fikiran Arwah Yasmin Ahmad. Boleh nangis dibuatnye.  Biasanya iklan2 Yasmin Ahmad ni, iklan daripada Petronas lah kan. Tapi apakan daya, kita sudah kehilangan seorang pengarah yang sangat kreatif, Al-fatihah buat Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Malam tadi Shu berpeluang tengok iklan raya dari Bernas. Terkesan gak la, tak expect pun endingnye macam tu. Ia mengisahkan cerita 2 orang kanak-kanak istimewa, Fizi dan Ahmad yang ingin pulang berhari raya di Kampung, melalui pelbagai rintangan untuk menuju ke destinasi dituju. Korang tontonlah video kat bawah  ni, selamila perasaan 2 orang kanak-kanak istimewa ini dan lihat la di mana mereka di pengakhiran cerita ini.
Ihsan daripada YouTube

Kesian kat diaorang kan? Untunglah sape yang masih ada ibubapa. Untuk yang masih ada ibubapa, cuba tengok Iklan raya tahun 2006 daripada Petronas, of course ini adalah hasil Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Shu suka sangat sangat sangat... iklan ni (tengok tu berapa banyak SANGAT daaa..... memang suka sangat la kan.). Mula2 tengok, sentap gak la, terkesan sangat di jiwa dan buat Shu ingat, "What you give, You'll get back".

Ihsan daripada YouTube