Hai peeps, Dah lama kan Shu tak bersiaran. Recently, mood blogging dah ke laut, blogwalking je yang mampu. Ni dah nak raya kene la bersihkan sawang2 dan habuk2 yang mula melekat kat blog ni. Hihihihihi
Eh! korang dah tengok ke iklan Raya tahun ni. Nak dekat2 raya ni ni, selain excited nak dengar lagu raya, Shu selalu tertunggu2 iklan raya yang bakal dimainkan di TV. Kebanyakan iklan2 ni mempunyai mesej yang terkesan dihati. Nak2 pulak kalau iklan hasil buah fikiran Arwah Yasmin Ahmad. Boleh nangis dibuatnye. Biasanya iklan2 Yasmin Ahmad ni, iklan daripada Petronas lah kan. Tapi apakan daya, kita sudah kehilangan seorang pengarah yang sangat kreatif, Al-fatihah buat Allahyarhamah Yasmin Ahmad.
Malam tadi Shu berpeluang tengok iklan raya dari Bernas. Terkesan gak la, tak expect pun endingnye macam tu. Ia mengisahkan cerita 2 orang kanak-kanak istimewa, Fizi dan Ahmad yang ingin pulang berhari raya di Kampung, melalui pelbagai rintangan untuk menuju ke destinasi dituju. Korang tontonlah video kat bawah ni, selamila perasaan 2 orang kanak-kanak istimewa ini dan lihat la di mana mereka di pengakhiran cerita ini.
Ihsan daripada YouTube
Kesian kat diaorang kan? Untunglah sape yang masih ada ibubapa. Untuk yang masih ada ibubapa, cuba tengok Iklan raya tahun 2006 daripada Petronas, of course ini adalah hasil Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Shu suka sangat sangat sangat... iklan ni (tengok tu berapa banyak SANGAT daaa..... memang suka sangat la kan.). Mula2 tengok, sentap gak la, terkesan sangat di jiwa dan buat Shu ingat, "What you give, You'll get back".
Ihsan daripada YouTube
No comments:
Post a Comment