Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, September 20, 2012

Anak2 disuruh kutip derma untuk maraton sekolah. Masih Relevankah?

Malam tadi masa facebooking, satu status (seperti gambar di bawah) telah menarik perhatian Shu dan tertarik pulak untuk shu komen pada status tersebut. Seorang ibu mengeluh kerana anaknya disuruh meminta derma untuk maraton sekolah.

Credit to Facebook

Shu faham dengan keluhan si ibu itu since I am now a mother, sooner or later bila anak Shu dah bersekolah, and this method still apply in every school, surely, shu akan mengeluh benda yang sama.

Rupanya tradisi ini masih kekal hingga kini, budak2 sekolah sekarang masih dikehendaki mengutip derma untuk marathon sekolah. Ingatkan dah tak de. Ingat beberapa tahun lepas, ada jugak anak2 buah minta derma untuk marathon ni. Tapi dah beberapa tahun kebelakangan ini diaorang tak minta pun. Tu yang ingat dah tak de.

Ingat lagi, dulu masa sekolah pun pernah kene buat aktiviti kutip derma ni. Shu ni pemalu orangnye (dulu2 la), jadi kad shu tu memang tak penuh macam kawan2 yang lain. Ada kawan2 shu rajin pergi kutip derma dari rumah ke rumah. Yer la, masing2 ada target, kalau dapat mebuat kutipan terbanyak akan dapat reward. Tapi malu la shu nak minta duit kat orang yang tak kenal. Shu mintak kat abang dan kakak Shu aje.

But look at the sitution now, dengan pelbagai jenis kejadian jenayah berlaku pada kanak2, pada pendapat shu method mengutip derma melalui para pelajar lebih2 lagi pada mereka yang berada diperingkat sekolah redah adalah tidak sesuai lagi. Lebih lama kanak2 ini berada di luar, lebih tinggi kebarangkalian sesuatu yang buruk boleh berlaku pada anak2 kita ini. Hampir setiap hari, kanak2 dilaporkan hilang, diculik, tidak kurang jugak kes rogol dan ragut. Jadi, keselamatan anak2 adalah lebih diutamakan.

If this method still apply to my kids in future, tentu2 Shu takkan benarkan diaorang keluar kutip derma kat public. Kalau betul2 diaorang nak kutip pun, mungkin boleh cuba inisitif berikut:-

  1. Minta daripada kalangan saudara mara sendiri, atau orang2 yang bertandang ke rumah atau jiran sebelah rumah aje. 
  2. Kalau waktu itu, Shu masih bekerja, shu akan tolong bawakan kad itu kat opis, dan minta daripada kawan2 opis. Kalau tak cukup lagi, suruh babanya minta dari kawan2 baba plak.
  3. Last option, keluarkan duit sendiri, then pecahkan jumlah duit tu dan letak nama lain2. (if berkemampuan)
  4. Kalau tak berkemampuan, pulangkan aje kad kosong kat cikgu. Aktiviti ini bukan masuk dalam sukatan pelajaran kan? Harap2 cikgu memahami lah ye.
Namun.....  nak bagi keluar ikut kawan2 yang lain kutip derma, memang tak akan.

Pada pendapat Shu, sudah tiba masanya pihak2 berkenan memikirkan cara lain untuk menjana pendapatan sekolah. Shu tengok senario sekolah sekarang ni, terlalu kerap minta duit daripada ibubapa (Shu beri kenyataan berdasarkan pengalaman keluarga sendiri). Walaupun yuran wajib sudah ditanggung oleh pihak kerajaan (Terima kasih kerajaan Malaysia) tetapi, ibu bapa masih dibebani dengan yuran2 tambahan daripada pihak sekolah. Kalau murid2 itu daripada kalangan keluarga berkemampuan, ini bukan 1 satu isu. Tapi macam mana pula kalau murid2 itu datang daripada keluarga tak berkemampuan? lebih sedih lagi, punyai anak2 yang ramai yang masih di peringkat sekolah.

Instead of minta duit saje2, why not pihak sekolah buat festival jualan amal, jemput penduduk setempat menghadiri festival tersebut. Ini cuma salah satu contoh je. Anjurkan aktiviti yang tidak memerlukan kos yang tinggi tapi boleh mendapatkan pulangan untuk dimasukkan ke dalam tabung sekolah supaya boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.

Dan kita sebagai Ibubapa, jangan hanya berbunyi menimbulkan isu dan menunding jari. Tapi marilah kita fikirkan cara serta berikan idea untuk membantu menyelesaikan masalah pihak sekolah. Shu yakin, kebanyakan ibu bapa sekarang sudah berpelajaran tinggi dan masing2 mahukan yang terbaik untuk anak2. Jangan campakkan semuanya kepada guru2. Sebab itulah bila ada jemputan untuk mesyuarat PIBG, cuba luangkan masa dan hadirkan diri untuk mengetahui isu2 yang dialami oleh pihak sekolah dimana anak2 kita ini belajar. (Ek eh! dah macam nak promote mesyuarat PIBG pun ada)

 p.s: Ini ingatan untuk Shu jugak

Thursday, September 6, 2012

Breastfeeding tak sesenang yang disangka - END of Series 1

Dah lama tak story pasal my breastfeeding journey. I tell you, to breastfeed your baby up untill 2 years is not an easy job. A mother must has a strong determination, need a lot of support and of course never ever skip pumping. 
Sad to tell, shu dah packed up my breastpump and all related gadgets. Sedih ok.... sangat sedih... salahkan diri sendiri, Mama Saqlain tak berusaha bersungguh2. 

Actually before 1 tahun pun dia dah memang minum formula milk, tapi time tu Shu masih pengepam tegar. Saqlain cuma minum formula milk bila stock susu tak cukup, dalam 1 atau 2 botol 5oz je dlm sehari. Kiranya on that time susu badan masih penyumbang besar dalam pertumbuhannya. Bila satu persatu cabaran menimpa. Mamanya dah mula give up nak pumping. Banyaknye lah alasan mama saqlain ni. Mula2 tu....

1- Bulan Feb, Pindah ke port klang. Production masih OK lagi. Tapi masa kat diluar rumah lebih lama. tu yang jadi stock susu badan tak cukup. Nak tak nak kene gak top up formula milk sementara nak balik dari opis. Time tu pulak very stressful, nak cari rumah dan uruskan pembelian rumah, financial arrangement lagi. Milk production terganggu tau. routine pumping pun dah berubah. Biasa pump 2 kali dalam office hour, then cuma sekali je. Tapi balik rumah terus pump la. This time still manage to get around 10oz per day.

2- Bulan May, Start job baru. Hari pertama, bawak gak la breastpump. Tapi clueless, tak tau nak cari port mengepam kat mana. Surau kat bangunan tu kecik. Pastu, power supply kat area mengadap kiblat, takkan la  time orang sembahyang nak ngadap Shu kot. Sudahnye, kat opis tak mengepam langsung. Bila balik rumah, terus pump. Kalau Saqlain tak mintak, boleh la dapat dalam 7-8 oz. Tapi kalau Saqlain merengek nak susu, terpaksa la buat tandem nursing. Kalau macam ni leh la dapat dalam 4-5 oz. 

3- Bulan Jun, Breastpump Modu buat hal. Bila pump, asyik back flow je. bila tengok je back flow, terus stress. Valve head kene tukar tapi susah nak dapat supply. At this time, hanya boleh buat single pumping. Kebiasaannya buat double pumping coz dari pemerhatian Shu, buat double pumping leh dapat lebih banyak hasil dan cepat. Tapi kalau buat single je, walau pun pump kedua2 belah, hasil tak sebanyak macam double pumping. Time ni shu masih pumping dan berusaha cari supplier yang jual part yang diperlukan. Tapi gagal (later on shu akan buat entry review breastpump ni). Sehinggalah pertengahan bulan July, I give up on pumping. PACKED UP.

Walaupun dah stop pumping, Saqlain masih menyusu badan sehingga kini. Bezanya kini, ianya hanya sekadar part time, especially pada waktu malam untuk tidurkan Saqlain. Kalau dulu standby hanya 1 kotak susu Formula. Tapi sekarang up jadi 4 kotak. Maksudnye kos perbelanjaan pun bertambah. And I would very thanksful that Saqlain memang tak banyak karenah, dengan sekali percubaan, Susu anmum sesuai dengannya. 

Segak tak saya???

Selagi masih ada susu badan, Shu akan terus bagi seadanya. Dah la budak kenit ni very close to his father. Serba serbi "Baba baba baba" (Mode jealous). 

I'm baba's boy
At least bila masih bagi susu badan ni, I can feel the bonding between a mother and son. That's the best time i can make for him.

and I'm mama's boy too
Dulu time ngandungkan Saqlain, memang niat nak bagi susu badan, tapi niat dalam hati at least setahun. Time tu tak de pengetahuan langsung pasal breastfeeding ni. Bila dah buat self explore baru la tau kepentingan memberikan susu badan dan di dalam Al-Quran pun ada menyetuh perihal susu badan dan disuruh menyusukan sehingga 2 tahun. Sekarang ni, dah tanam niat, for the next baby Shu nak susukan my baby sehingga at least 2 tahun. Hopefully i can make it.