Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, September 20, 2012

Anak2 disuruh kutip derma untuk maraton sekolah. Masih Relevankah?

Malam tadi masa facebooking, satu status (seperti gambar di bawah) telah menarik perhatian Shu dan tertarik pulak untuk shu komen pada status tersebut. Seorang ibu mengeluh kerana anaknya disuruh meminta derma untuk maraton sekolah.

Credit to Facebook

Shu faham dengan keluhan si ibu itu since I am now a mother, sooner or later bila anak Shu dah bersekolah, and this method still apply in every school, surely, shu akan mengeluh benda yang sama.

Rupanya tradisi ini masih kekal hingga kini, budak2 sekolah sekarang masih dikehendaki mengutip derma untuk marathon sekolah. Ingatkan dah tak de. Ingat beberapa tahun lepas, ada jugak anak2 buah minta derma untuk marathon ni. Tapi dah beberapa tahun kebelakangan ini diaorang tak minta pun. Tu yang ingat dah tak de.

Ingat lagi, dulu masa sekolah pun pernah kene buat aktiviti kutip derma ni. Shu ni pemalu orangnye (dulu2 la), jadi kad shu tu memang tak penuh macam kawan2 yang lain. Ada kawan2 shu rajin pergi kutip derma dari rumah ke rumah. Yer la, masing2 ada target, kalau dapat mebuat kutipan terbanyak akan dapat reward. Tapi malu la shu nak minta duit kat orang yang tak kenal. Shu mintak kat abang dan kakak Shu aje.

But look at the sitution now, dengan pelbagai jenis kejadian jenayah berlaku pada kanak2, pada pendapat shu method mengutip derma melalui para pelajar lebih2 lagi pada mereka yang berada diperingkat sekolah redah adalah tidak sesuai lagi. Lebih lama kanak2 ini berada di luar, lebih tinggi kebarangkalian sesuatu yang buruk boleh berlaku pada anak2 kita ini. Hampir setiap hari, kanak2 dilaporkan hilang, diculik, tidak kurang jugak kes rogol dan ragut. Jadi, keselamatan anak2 adalah lebih diutamakan.

If this method still apply to my kids in future, tentu2 Shu takkan benarkan diaorang keluar kutip derma kat public. Kalau betul2 diaorang nak kutip pun, mungkin boleh cuba inisitif berikut:-

  1. Minta daripada kalangan saudara mara sendiri, atau orang2 yang bertandang ke rumah atau jiran sebelah rumah aje. 
  2. Kalau waktu itu, Shu masih bekerja, shu akan tolong bawakan kad itu kat opis, dan minta daripada kawan2 opis. Kalau tak cukup lagi, suruh babanya minta dari kawan2 baba plak.
  3. Last option, keluarkan duit sendiri, then pecahkan jumlah duit tu dan letak nama lain2. (if berkemampuan)
  4. Kalau tak berkemampuan, pulangkan aje kad kosong kat cikgu. Aktiviti ini bukan masuk dalam sukatan pelajaran kan? Harap2 cikgu memahami lah ye.
Namun.....  nak bagi keluar ikut kawan2 yang lain kutip derma, memang tak akan.

Pada pendapat Shu, sudah tiba masanya pihak2 berkenan memikirkan cara lain untuk menjana pendapatan sekolah. Shu tengok senario sekolah sekarang ni, terlalu kerap minta duit daripada ibubapa (Shu beri kenyataan berdasarkan pengalaman keluarga sendiri). Walaupun yuran wajib sudah ditanggung oleh pihak kerajaan (Terima kasih kerajaan Malaysia) tetapi, ibu bapa masih dibebani dengan yuran2 tambahan daripada pihak sekolah. Kalau murid2 itu daripada kalangan keluarga berkemampuan, ini bukan 1 satu isu. Tapi macam mana pula kalau murid2 itu datang daripada keluarga tak berkemampuan? lebih sedih lagi, punyai anak2 yang ramai yang masih di peringkat sekolah.

Instead of minta duit saje2, why not pihak sekolah buat festival jualan amal, jemput penduduk setempat menghadiri festival tersebut. Ini cuma salah satu contoh je. Anjurkan aktiviti yang tidak memerlukan kos yang tinggi tapi boleh mendapatkan pulangan untuk dimasukkan ke dalam tabung sekolah supaya boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.

Dan kita sebagai Ibubapa, jangan hanya berbunyi menimbulkan isu dan menunding jari. Tapi marilah kita fikirkan cara serta berikan idea untuk membantu menyelesaikan masalah pihak sekolah. Shu yakin, kebanyakan ibu bapa sekarang sudah berpelajaran tinggi dan masing2 mahukan yang terbaik untuk anak2. Jangan campakkan semuanya kepada guru2. Sebab itulah bila ada jemputan untuk mesyuarat PIBG, cuba luangkan masa dan hadirkan diri untuk mengetahui isu2 yang dialami oleh pihak sekolah dimana anak2 kita ini belajar. (Ek eh! dah macam nak promote mesyuarat PIBG pun ada)

 p.s: Ini ingatan untuk Shu jugak

2 comments:

  1. aku dulu xpenah kutip pon... :P hahaha... aku suka cadangan yg no 4 tu lagi above the other option...

    * lagi bagus xyah g kutip... pegi sekolah utk belajar... bukan belajar jadi pengutip sedekah...apaa daaaa...

    ReplyDelete