Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Tuesday, October 30, 2012

Home progess #2: Red Apple Voucher

Hi peeps, Shu dah discharge dari hospital last week a day before Raya Haji. Doctor bagi MC 2 minggu. Next week baru kembali bekerja. Bila dok kat rumah, barulah dapat peluang nak update blog.

Now, nak citer pasal furniture yang kitaorang order dari REd Apple untuk unit kami. Rumah masih belum ready lagi, sikit je lagi. 3 minggu lepas kitaorang pergi Red apple untuk redeem voucher yang developer bagi. 

Ni la voucher yang kitaorang dapat seperti yang dijanjikan oleh developer semasa pembelian rumah. 

5k Red Apple voucher gifted by developer
Nampak je macam banyak je nilainye, tapi  barang yang kitaorang boleh amik tak lah banyak mana. Lagi pulak, diaorang charge item yang kami pilih dengan harga jualan. Walaupun during that period, item yang yang dipilih itu ada diskaun, tapi original selling price yang akan diambil kira. Dah la time kitaorg pergi tu tengah ada sales dan harga after discount was much lower. Those yang pernah survey furniture kat Red Apple ni mesti tau range harga produknye. Katenye rekaan dari Europe..... BUT still made in China anyway. Mahal pada design la.

But, memang not bad la design furniture yang ditawarkan kat Red Apple ni. Those yang sukakan modern and stylist concept may opt for this furniture shop. Lebih-lebih buat kami yang bakal menetap di apartment unit dengan keluasan yang tak berapa mengiznkan, pi mai pi mai tang tu gak kan, better we keep our house simple bagi menyedapkan mata kami yang dok  memandang rumah itu hari-hari nanti.

Display unit in Red Apple outlet which mostly come in white color. Nampak sangatlah bersihnye 

So, what we had choose for our house? Dengan nilai 5k ni, kami hanya dapat pilih 3 items je. Salah satu item yang kami pilih ada dalam gambar bawah ni. Tapi yang pasti BUKAN meja tu la. Meja tu mahal bebenau la untuk kami.

Kitaorang pilih Decorative Glass Rack yang terselit di sebelah devider rack. Tapinye.... macam Dining Table yang menjadi tajuk utama gambar ini. hehehehe...
Cer close up sikit kalau nak tau harga meja ni.

Dining table yang mahal
(
Harga yang dipaparkan pada pink paper adalah harga setelah discount.)
Haaaa kauuuuu.... Meja je lagi 20 hengget 2k. tu meja aje, kerusi plak charge harga lain-lain. satu bijik dah 4 ratus lebih, dah kalau meja tu untuk 6 seater, tak ke dah 2k lebih. 1 set dining table je dah 5k. Kalau redeem guna voucher tu, hmmm semata-mata 1 dining table set je la yg kitaorang boleh pilih. Tak berbaloi buat kami. 

Anyway, awal-awal lagi Shu dah aim set sofa. Nak beli sofa yang berkualiti, memang harganya mahal. Kalau nak keluar duit sendiri, memang fikir 1000 kali la gamaknye. Dah alang- alang dapat voucher, amik je la set sofa.  

Lama gak la, kitaorang nak buat pilihan untuk next item. Kalau fikirkan keperluan, memang kitaorang nak TV kabinet. Tapi round punya round, Shu terpandang dan terpesona dengan decorative glass rack kat satu penjuru kedai tu. Bila tunjuk kat Mr. Hubby, dia pun berkenan gak. fikir punya fikir, sebab kalau keluar duit sendiri, memang tak tau bilenye la ada kan. So, kitaorang pun pilih la Decorative Glass Rack tu. Mr. Hubby cakap, TV kabinet leh dapat kat kedai lain dengan harga yang lagi murah. 

Then, kitaorang ada balance lagi RM400 dan tak banyak pilihan yang kitaorang ade. Kitaorang nak pilih item yang memang ngam-ngam dengan balance value yang ada, tak mo keluar cash. Finally, kitaorang pilih wall kabinet macam kat pic bawah ni. 

Wall cabinet ni boleh suruh diaorang pasangkan nanti


Mission completed, tapi tak complete untuk our living area, kene cari lagi TV kabinet. Dah order barang siap2, bila rumah ready baru bagi instruction untuk delivery. Actually elok gak pilih barang awal-awal sebelum masuk rumah ni. At least kalau barang yang kita nak tu tak de stock, orang kedai boleh tolong orderkan untuk kita. Nak order barang pun amik masa gak. Macam kat Red Apple ni, kalau stock tak de, amik masa sebulan lebih gak untuk order yang dibuat tu siap. Sebab tu la, kaler sofa Shu tak pilih kaler lain, walaupun tak berkenan sangat dengan kaler ready stock. Nak cepat punya pasal, rembat je ape yang ada, tapi tak la buruk sangat kalernye pun.

Settle redeem furniture, singgah sekejap kat unit rumah kitaorang untuk tengok progress rumah.


Table top dah naik tapi tiles belum pasang lagi
Rangka plaster siling dah pasang
Tuan kecik pun nak buat inspection jugak

Ini untuk progress rumah 3 minggu lepas, last week Mr. Hubby received call daripada contractor bagitau rumah dah siap. Tapi that time, Mr. Hubby busy dan tak sempat nak tengok the final outcome. Atas dasar kepercayaan, Mr. Hubby, terus buat remaining payment. Bila dah free, baru Mr. Hubby ada kesempatan tengok rumah dan ada beberapa perkara yang tak puas hati. So sekarang tunggu contractor datang untuk buat adjustment. Planning nak pindah sebelum raya haji pun tak jadi. Kene postpone lagi, hopefully can make it dalam seminggu dua lagi. 

Thursday, October 25, 2012

Mari Mencanai by Chef Saqlain

Salam sejahtera puan-puan, ibu-ibu, mak-mak dan kakak-kakak, Hari ni Chef Saqlain nak tunjukkan cara-cara untuk mencanai chapati. 

"Mula2 tebarkan sedikit dough attar dan gelekkan secara perlahan-lahan" 

"Ops! terlurut pulak kopiah kat kepala ni...
Pastikan ada memakai topi ketika memasak bagi mengelakkan rambut terjatuh ke dalam makanan ye".

"betulkan semula  kopiah atas kepala ni dan sambung menggelek. 
Gelekkan dough pada semua arah untuk kedua-dua bahagian dough"

"Meh close up sikit untuk melihat cara menggelek dengan betul"

"Sekian untuk pelajaran kelas mencanai hari ini :) "

Itulah dia kerenah Masterchef junior kami. Pagi2 kalau babanya pergi ke dapur, dah tau ape yg babanya nak buat. At the momment kerje mencanai ni memang keje Mr. Hubby, Shu tak expert lagi dan kalau buat pun, sangatlah lembapnye nak siapkan 1 keping chapati. Jadi kalau pagi2 kan nak cepat, so biar Mr. Hubby je lah yg buat. Hehehehe, saje alasan nak ngelat kan.

Our masterchef junior ni pulak sentiasa la menolong babanya mencanai chapati. Tak sempat babanya nak amik equipments untuk mencanai, dia dah sibuk2 tunjuk kat dulang dan amik penggelek bagi kat babanya. Nasib baik la dulang tu besar dan berat, kalau tak itu pun dia nak angkat siap2. Babanya tinggal nak mencanai je. Alahai... anak mama nih, keep up the good work :)





Monday, October 15, 2012

Rumah Kami: Renovation in progress

Dah lama tak de entry pasal rumah, tak de entry sebab memang tak de cerita. Tapi sekarang dah ada cerita boleh la buat entry pasal progress rumah. 

Walaupun Shu dapat kunci rumah bulan 6 yang lalu (klik untuk entry Kunci rumah dan....), kitaorang sampai sekarang masih belum pindah masuk rumah tu. Kalau ikutkan perancangan, sebelum raya Aidilfitri kitaorang nak pindah. Tapi nama pun perancangan. Nak masuk rumah ni, bukannye nak pakai duit sikit2. Lagi pulak kalau rumah tu rumah sendiri, sudah tentu masing2 ada angan2 untuk renovate atau decorate rumah tu mengikut citarasa sendiri. Maka sebab itula kitaorang postpone untuk masuk rumah kitaorg tu.

Masa kitaorang booking rumah ni, selain dapat 10% diskaun which kitaorang tak payah deposit untuk rumah ni dan Agreement fees ditanggung oleh developer, kitaorang dapat hadiah sampingan jugak yang sangat menggembirakan kami.
1. Voucher berupa barangan Perabot Red Apple bernilai RM5000
2. TV LCD Panasonic 42" dan;
3. Maintenance fees for 2 years covered by developer 

But then all those things kitaorang tak dapat lagi masa amik kunci tu disebabkan bank belum release duit lagi. Tapi developer being very nice bagi kunci awal kat kitaorang. Konon2 kitoarang boleh la buat ape2 yg patut kat rumah tu sebelum pindah masuk. Tapi apakan daya halangan bajet menimpa kitaorg untuk move in. After 3 months dapat kunci, baru wakil developer panggil untuk collect cheque duit yang kitaorang bayar untuk booking sebelum proses loan. Yes, for my case, developer returned the booking fees. Ada sesetengah developer akan include duit booking dalam harga rumah.

Lega sikit bila developer nak pulangkan duit booking. Not only that, the developer also gave another cheque  with quite big amount. Maintenance fees yang sepatutnye kitaorang dapat, ditukarkan kepada CASH. Developer sudah bayarkan maintenance fees 6 bulan untuk rumah kami itu dan selebihnya untuk bayaran 18 bulan diberikan kepada Shu. Mr. Hubby pun cakap, baiknye developer ni, kan elok gak kalau voucher RM5k tu boleh ditukarkan kepada cash. hehehehe..... Bagai pucuk dicita ulam mendatang dan bagai Bulan jatuh ke riba la jadinya kitaorang. Dan at the same time hubby pun dah dapat income yang boleh dibuat bajet untuk rumah kami itu. Syukur sangat2.

Dan sekarang.... renovation in progress :)


Tak de la nak renovate besar2an mana pun sebab bajet kitaorang pun sikit je. Things yang kitaorang boleh buat lepas masuk rumah, kitaorang letak tepi dulu. Now, benda2 yang boleh mengecahkan rumah, pecah memecah, bancuh membancuh simen, tu yang kitaorang buat dulu. Macam pasang plaster siling, kalau buat kemudian... berhabuk pulak rumah nanti, habis kotor langsir dan segala perabut kene bersihkan. Satu keje plak nak bersih2kan tu. So, ape yang Shu buat dulu, pasang plaster siling, tambah wiring, buat concrete table top, install grill dan pecah dinding....

Owh.... shu sangat suka dengan kitchen yang ada counter table. Kitchen dah la tak besar mana pun. But since first time tengok rumah pun, kepala otak Shu dah survey kat mana shu boleh buat counter/bar table and I got the idea but keep to myself. Bila hubby mula survey contractor untuk dapatkan quotation, baru request dan bagi tau Mr. Hubby plan yang ada dalam kepala otak ni. Tapi Mr. Hubby tak respond sangat masa tu. I understand, our budjet is VERY limited. Sampai la Mr. Hubby jumpa contractor yang menepati bajet ciput kitaorang. And Me, sangat happy bila Mr. Hubby bagi tau dinding akan dipecahkan. Dan dah pecah pun sekarang.....hehehehehe



Eh... nanti la dulu, ni tak siap lagi. Bila dah siap Shu update ye.

Tuesday, October 9, 2012

Driver yang ada smartphone memang macam tu ek?

Hari2 Shu travel dari Port Klang ke KL untuk bekerja. Bukan satu jarak yang dekat, ditambah lagi dengan perjalanan yang tak berapa lancar. Dari rumah nak sampai ke highway pun dah amik masa at least 20 minit. Shu biasanya guna NKVE dan exit kat tol Damansara. Dari Shah alam nak ke Subang memang akan jam with slow moving. Sampai subang, traffic OK sekejap, then bila nak exit kat tol Damansara traffic kembali super slow. Kadang2 kat tol plaza tu je bertapa kat setengah jam. This is what i face every morning in weekdays. Belum sampai opis dah stresssss!!!!!! grrrrrrrrr!!!!!! 

Dalam mengharungi kesesakan lalu lintas, macam2 karenah driver shu tengok. Tapi ada satu attitude driver ni yang shu tak berapa nak gemar. Mr. Hubby pun angin gak dengan driver species ni. 

Jalan dah sememangnye jam, traffic slow. Ada pulak driver species ni drive kete tak ikut flow traffic, kita kat belakang terpaksa ikut bontot dia, kete dari lane sebelah senang2 je masuk kat depan dia, pastu dia buat slumber je. Setakat 1 atau 2 kete boleh tahan lagi la. Kata orang, berhemah di jalan raya, jadi kasi la laluan (tu pun kalau bagi signal la, kalau main masuk, jangan harap la). Tapi dah 5-6 kete dah masuk, satu persatu, memang melampau la. Orang lain dah boleh beransur ke depan, kita yang dok kat belakang dia ni tak gerak2. Ade pulak sesetengah pemandu yang drive auto car memang saje tak nak tekan minyak, biar kete jalan sendiri. Kita faham, kalau tengah jam memang takleh nak bawak laju mana. Tapi boleh tak bergerak ikut flow traffic. Kadang2 tu, jam ni bukan sebab ape pun, tapi adanya pemandu selfish bawak macam kura2, sedangkan driver2 lain berasak2 nak cepat sampai opis. Kereta berderet2 beratur belakang bontot  kete dia. Lane yang sepatutnye bergerak laju pun boleh jadi slow pergerakannye. 

Worse lagi, dah la drive kete slow, bila kita nak potong dia, bila kita ke kiri dia ke kiri, bila nak ke kanan tak de chance nak potong plak. Pastu bergerak tak ikut lane, kadang2 tu kat tengah2 antara 2 lane. Bawak kete terhuyung hayang macam orang mabuk. 

Aduhai..... driver kete depan, kita kat belakang ni dah la nak cepat. Bila ada peluang memotong kete driver yang species macam ni, Mr. hubby memang akan pandang slack je la bila lalu sebelah kete tu. Hati lagi angin bila tengok driver tu dengan senang lenangnye main handphone. Wahhhhh sesedap rasa ko main phone time tengah jam, tak de waktu lain ke nak main phone. Time2 jam jugak dia nak main phone. 

Bukan nak cakap ape la, kitaorang yang alami situasi macam ni almost everyday dan most of the time kitaorg jumpa driver yang buat perangai amcam ni disebabkan main handphone. Yerla, sekarang kan telepon dah canggih manggih, sambil2 drive update status, liking2, tangging2, tweeting2. Irritating tau dengan orang macam ni!!!. Bukan sorang dua driver macam ni but majority of it. It does not happen to ladies driver only but men driver did the same thing too. Haishhhhhhh 

Sampai kitaorang rasa, penguatkuasa perlu buat sesuatu mengenai hal ini. Hubby pernah bagi idea, suruh letak jammer dalam kete, bila masuk kete, phone tak berfungsi. Tapi macam tak praktikal la pulak kan, kot2 memang ade emergency, susah plak nak dihubungi. But for me, it’s all about the driver’s attitude. Cuma orang yang selfish je yang buat tindakan macam budak2 yang tak tahu undang2. Buat ikut suka rasa dia je, macam dia sorang je yang memandu kat jalan tu. 

Bukan jealous sebab kitaorang tak de smartphone. Tapi tolong la, perbuatan macam tu boleh mengundang bahaya. Kot ko biarkan kete ko jalan sendiri tanpa kawalan, tiba2 kete depan break tanpa ko sedari, tak ke tak pasal2 terlanggar bontot kete depan. Melayang duit. Orang selalu cakap, "Malang tak berbau", tapi dalam situasi ini, “Malang dialu2kan” plak dah.

p.s: Korang pernah alami situasi macam ni tak? cer share skit.