Hari2 Shu travel dari Port Klang ke KL untuk bekerja. Bukan satu jarak yang dekat, ditambah lagi dengan perjalanan yang tak berapa lancar. Dari rumah nak sampai ke highway pun dah amik masa at least 20 minit. Shu biasanya guna NKVE dan exit kat tol Damansara. Dari Shah alam nak ke Subang memang akan jam with slow moving. Sampai subang, traffic OK sekejap, then bila nak exit kat tol Damansara traffic kembali super slow. Kadang2 kat tol plaza tu je bertapa kat setengah jam. This is what i face every morning in weekdays. Belum sampai opis dah stresssss!!!!!! grrrrrrrrr!!!!!!
Dalam mengharungi kesesakan lalu lintas, macam2 karenah driver shu tengok. Tapi ada satu attitude driver ni yang shu tak berapa nak gemar. Mr. Hubby pun angin gak dengan driver species ni.
Jalan dah sememangnye jam, traffic slow. Ada pulak driver species ni drive kete tak ikut flow traffic, kita kat belakang terpaksa ikut bontot dia, kete dari lane sebelah senang2 je masuk kat depan dia, pastu dia buat slumber je. Setakat 1 atau 2 kete boleh tahan lagi la. Kata orang, berhemah di jalan raya, jadi kasi la laluan (tu pun kalau bagi signal la, kalau main masuk, jangan harap la). Tapi dah 5-6 kete dah masuk, satu persatu, memang melampau la. Orang lain dah boleh beransur ke depan, kita yang dok kat belakang dia ni tak gerak2. Ade pulak sesetengah pemandu yang drive auto car memang saje tak nak tekan minyak, biar kete jalan sendiri. Kita faham, kalau tengah jam memang takleh nak bawak laju mana. Tapi boleh tak bergerak ikut flow traffic. Kadang2 tu, jam ni bukan sebab ape pun, tapi adanya pemandu selfish bawak macam kura2, sedangkan driver2 lain berasak2 nak cepat sampai opis. Kereta berderet2 beratur belakang bontot kete dia. Lane yang sepatutnye bergerak laju pun boleh jadi slow pergerakannye.
Worse lagi, dah la drive kete slow, bila kita nak potong dia, bila kita ke kiri dia ke kiri, bila nak ke kanan tak de chance nak potong plak. Pastu bergerak tak ikut lane, kadang2 tu kat tengah2 antara 2 lane. Bawak kete terhuyung hayang macam orang mabuk.
Aduhai..... driver kete depan, kita kat belakang ni dah la nak cepat. Bila ada peluang memotong kete driver yang species macam ni, Mr. hubby memang akan pandang slack je la bila lalu sebelah kete tu. Hati lagi angin bila tengok driver tu dengan senang lenangnye main handphone. Wahhhhh sesedap rasa ko main phone time tengah jam, tak de waktu lain ke nak main phone. Time2 jam jugak dia nak main phone.
Bukan nak cakap ape la, kitaorang yang alami situasi macam ni almost everyday dan most of the time kitaorg jumpa driver yang buat perangai amcam ni disebabkan main handphone. Yerla, sekarang kan telepon dah canggih manggih, sambil2 drive update status, liking2, tangging2, tweeting2. Irritating tau dengan orang macam ni!!!. Bukan sorang dua driver macam ni but majority of it. It does not happen to ladies driver only but men driver did the same thing too. Haishhhhhhh
Sampai kitaorang rasa, penguatkuasa perlu buat sesuatu mengenai hal ini. Hubby pernah bagi idea, suruh letak jammer dalam kete, bila masuk kete, phone tak berfungsi. Tapi macam tak praktikal la pulak kan, kot2 memang ade emergency, susah plak nak dihubungi. But for me, it’s all about the driver’s attitude. Cuma orang yang selfish je yang buat tindakan macam budak2 yang tak tahu undang2. Buat ikut suka rasa dia je, macam dia sorang je yang memandu kat jalan tu.
Bukan jealous sebab kitaorang tak de smartphone. Tapi tolong la, perbuatan macam tu boleh mengundang bahaya. Kot ko biarkan kete ko jalan sendiri tanpa kawalan, tiba2 kete depan break tanpa ko sedari, tak ke tak pasal2 terlanggar bontot kete depan. Melayang duit. Orang selalu cakap, "Malang tak berbau", tapi dalam situasi ini, “Malang dialu2kan” plak dah.
p.s: Korang pernah alami situasi macam ni tak? cer share skit.
shian kakak sy ni...sabar je la kak..biasalah orang malaysia kalau memandi sesetengah tu pentingkan diri je lebih..o berbanyak bersabar yea...trak mo la tension2 pepagi....senyummmmm....
ReplyDeleteAyu, mau tak stress pagi2. annoying tau. tapi untuk ayu, kak su SMILE.....
Deletepnah2. slalu sgt shu ktorg jmpa org cmtu. pastu bila dh pndg slack pn dia bole buat muka xtau je. muka xbsalah. gerammm je. cm shu lg la sian tiap2 pg kna ngadap org cmtu. time nk g keje plak tu...huhu...sbr ye shu =)
ReplyDeleteTul tu cuna, buat muka slumber tak bersalah tu yang tak tahan kan. Sakit jiwa dibuatnye.
Delete