Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, November 16, 2012

Salam Maal Hijrah & Menu

Salam Maal Hijrah 1434, 2012/2013 Masihi. Shu tak de apa azam khas untuk tahun baru ini. Cuma... Shu selalu berdoa supaya tahun ini adalah lebih baik daripada tahun yang lalu dan menambahkan ketaqwaan dalam diri.

Pada awal tahun, Shu dan Mr. Hubby telah diberikan dugaan. Namun dugaan yang diberikan telah kami lalui dengan kesabaran. Sabar itu nikmat. Alhamdulillah nikmat itu kami rasai kini. Sentiasa ingatkan diri untuk memperbetulkan niat dalam apa jua perkara yang hendak dilaksanakan. 

Cuti hari ini, ambil peluang untuk kemaskan rumah baru kami. Walau sibuk mengemas, aktiviti memasak pun kene buat jugak. So, menu Maal Hijrah kali ini simple aje.

Nasi tumis, Kuftay curry, bayam goreng dan papadom

Kombinasi sayur yang tak berapa nak kena. Since hubby jarang makan sayur and he did mention that he needs vege.... stock bayam dalam fridge banyak lagi...so, di gorengkan aje. 

First time masak Kuftay (meatball) curry and it turned good walaupun guna instant meetball. Shu guna meatball daging Ramly. Kalau original Kuftay resipi, meatball tu kene buat sendiri which mixed with variety of spices. Shu masak ni pun gunakan apa yang ada rumah. Next time memang nak cuba jugak masak kuftay guna meatball buatan sendiri.

Haip... menu ini untuk makan sendiri.... aktiviti makan-makan perlu ditangguhkan buat sementara waktu ;)

No comments:

Post a Comment