Haishhhh... lambat betul nak update kan?. Baiklah, rentetan daripada entry sebelum ni (klik sini), dek kerana was2, shu buat test lagi. for second test, serta merta nampak double line dengan jelasnye.
Double line nampak dengan jelasnye. |
Tapi masih tak puas hati lagi. Pergi famasi beli digital pregnancy test plak. Keputusannye positive pregnant, dan indicate 2-3 week conceived.
3rd test |
Hamboi... dulu sekali test, terus confident, terus gi jumpa doctor untuk pengesahan. Kali ni sampai 3 kali buat test ko.....
Next step, pergi jumpa doctor buat ultrasound, dah nampak dah, tapi masih kecil lagi. baru 4 minggu time tu. Tapi kalau ikut entry ni ditulis, dah masuk 7 minggu sekarang.
Memandangkan Shu lupa tarikh last period, doc suruh datang buat ultrasound lagi on the following month untuk confirmkan EDD.
Pregnancy kali ini, Shu tak de la alami morning sickness yg teruk sangat. Bila petang je, kepala pusing2, badan rasa berat, sejuk2, dan mengantuk. Tekak dah tak leh terima Ayam. Padahal, ayam goreng memang favourite. Dulu pantang ade je drumstick ayam dalam fridge, mesti nak goreng. Makan dengan selera sekali, sekarang ni, pandang pun boleh mual tekak ni dibuatnye. Jadi, stock ayam pun dah kurang kat rumah ni. Bau2 masakan pun tak leh terima. Kali ni selera makan lain macam sikit. Tak suka makan lauk pauk berkuah,maybe sebab baunye kot. Bagi Shu sekarang ni, makan nasi dengan ikan bilis, dan kicap pun dah cukup. Mak masak lauk2 memang tak pandang dah. Dari segi makan, makin cerewet la. Tu yg jadi masalah bila nak kuar lunch pada hari bekerja. Tak tahu nak makan ape??? last2 telan subway je :(