Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Monday, June 3, 2013

Saqlain's 2nd Birthday Party

18 May 2013

Alhamdulillah, Birthday party Saqlain sudah dilaksanakan dengan jayanya. Tak buat besar-besaran pun sebab mamanye pun bajet gak. Jadilah.... dulu masa 1st year tak sambut. So niat nak sambut birthday untuk 2 tahun kene teruskan. Masa majlis berjalan, Shu memang bz layan tetamu, jadi memang tak pegang kamera pun. Ni pun nasib baik kakak ipar banyak amik gambar, amik dari tab dia je ni. Padahal dalam otak memang dah plan nak amik gambar ape2 yg patut untuk dimuat naik kat blog ni. Tapi bila tiba masanya, jadi blur plak. Hmmmm my bad.

Majlis Sambutan Hari Jadi Saqlain ni berlangsung di rumah mak Shu di Port Klang. Senang adik beradik lain berkumpul kat rumah mak. Kerje masak memasak pun jadi lebih senang sebab kakak2 ada yang tinggal berdekatan. Nak buat kat rumah sendiri, tak cukup peralatan memasak.
Simple Stage background
Untuk majlis ni Shu tak la bertema sangat. But since Saqlain suka sangat dengan Upin Ipin, ada gak elemen upin Ipin yang Shu masukkan serta dipadankan dengan warna Biru dan Kuning. Shu rasa warna biru dan kuning ni ideal untuk Upin dan Ipin.

Entrance deco - Pintu gerbang loaded with balloons

Sebelum Majlis sambutan Birthday Saqlain, Majlis doa tahlil untuk arwah atuk & nenek telah berlangsung, dan tengah2 berwirid, boleh plak birthday Boy tido.... Plan asal lepas habis bacaan doa, nak potong kek, then makan2. Makanya, sesi potong kek terpaksa ditunda buat sementara waktu.
Birthday Boy Tido
Menu of the day... Nasi minyak, Rendang Ayam, Kuah Dalca, Jelatah Nenas, Papedom, Pulut Kuning, Kari Telur, Karipap, Nuggets Ayam, Cheesy Wedges, Agar2 Santan, Buah Tembikai, Air buah & Air Kopi.
Terima kasih sangat2 kat Abang Ipar yang sudi masakkan Nasi minyak dan my sisters yang banyak menolong kerja2 dapur bagi menyiapkan menu yang telah dirancang.
The foodies

Birthday cake Saqlain adalah Carrot Walnut Cake, order daripada Lynda, jiran sebelah rumah.  Citer pasal cake ni, Shu cuma sempat tgk rupa cake ni masa sessi tiup lilin. Lepas sesi tiup lilin, potong sikit bagi kat kawan yang datang, selang beberapa minit, kakak ipar bg tau kek dah habissss... Me like what????. Tak sempat nak rasa lagi okay. Laku macam goreng pisang panas. Then cuit sikit dari mangkuk my niece, Hmmmm... this cake memang yummylicious. My sisters pun puji kek ni sangat sedap, siap mintak tolong orderkan kalau ada apa2 family event.
Saqlain's Birthday Cake

Aksi2 Birthday baru bangun tidur

Aksi-aksi Birthday Boy potong cake

Tetamu
Ishhhh.... rasa rugi plak tak snap picture dengan kawan2 yang datang. Memang blur la time tu.

Baba, Birthday Boy & Mama
Macam-macam Aksi

Thank you very much to everyone yang bagi hadiah kat Saqlain. He was very happy seeing those presents especially the cars, bus & truck.
The presents

Note: Entry dibuat ketika sedang menunggu built to Production ready. Jenuh menunggu... baik update blog to kill the time. hihihihihihi

2 comments:

  1. Happy belated besday Saqlain..semangt bdan Saqlain...kalah Aqeef...

    ReplyDelete