Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, September 6, 2013

Rindu Ramadan

Ramadan sudah berlalu pergi, 
Syawal pula kini melabuhkan tirainya,
Dan Zukaedah bakal bertandang. 

Betapa diri ini sangat merindui Ramadan. Sungguh... Ramadan itu terlalu istimewa. Bila tiba 1 Ramadan, automatik rutin harian berubah, sukar nak digambarkan, yang pasti Shu sangat sukakan keadaan itu.

Pagi-pagi ketika masih sedap tidur kita tapi kita bangun dan tinggalkan kesedapan tidur itu untuk menyediakan juadah untuk bersahur. Bersahur & seterusnya melaksanakan kewajipan solat Subuh berjemaah dan seterusnya membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Petang pula, sedaya upaya menyediakan sendiri juadah berbuka puasa. Istimewanya, Shu tak sendirian menyediakan juadah berbuka puasa, tetapi Mr. Hubby dan mak juga sama2 bekerja di dapur.

Juadah 28 Ramadan 1434H
Ringkas tapi Istimewa. Hanya disediakan sepanjang bulan Ramadhan.

Setelah juadah untuk berbuka puasa siap sedia dihidangkan. Seisi keluarga menunggu turut bersama-sama menunggu waktu berbuka sambil menadah tangan memanjatkan kesyukuran dan berdoa, minta apa sahaja daripada Allah yang maha Esa, kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab untuk berdoa.


Menunggu Waktu berbuka puasa

Benarlah apa yang dijanjikan Allah, ketika berbuka terdapatnya 1001 kegembiraan buat mereka yang melaksanakan rukun Islam yang ke-3 ini. Insan sekecil Saqlain turut merasainya. Sehingga kini, tatkala menjelmanya waktu Maghrib pasti Saqlain akan bersuara, "Buka puasa time". Berkali-kali akan disebutnya seakan-akan menyuruh kita bersiap sedia seperti mana di bulan Ramadan.

Waktu solat maghrib tidak akan menunggu sehingga perut kami penuh-sepenuhnya. Maka, kami berbuka cuma makan sekadarnya. 

Serba-serbi sederhana dan sangat mudah untuk melakukan ibadah serta amalan kebaikan tanpa dipaksa. Tetapi kenapa agak sukar untuk melakukan perkara yang sama di bulan-bulan yang lain. Ku akui kelemahan ini.

Moga dapat bertemu dengan Ramadan dan banyak2 Ramadan lagi dan sentiasa akan cuba memperbaiki diri ini. Insya Allah...

1 comment:

  1. btol shu, bulan ramadhan mmg lain kan. semua teratur & menyenangkan.

    ReplyDelete