Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, October 10, 2013

Detik Kelahiran Noor Ajwa Shajan

Hari ni baby Ajwa sudah pun berumur 33 hari. Hari ni baru dapat Mama update detik-detik kelahiran puteri Mama ni.

7 September 2013: Daftar masuk Wad
Since doctor dah keluarkan surat untuk admit ke hospital jika sakit bersalin masih belum datang (baca di sini), akhirnya pada 07 September 2013, Sabtu, Mama terpaksa pasrah serah diri di wad O&G HUKM. Bangun awal-awal pagi dengan berat hati, breakfast then berangkat ke hospital.

Lapor diri di wad O&G, buat pembayaran, masuk ke wad dalam keadaan berkerusi roda disorong oleh nurse yang baik hati. Dalam wad nurse ambil bacaan BP dan buat CTG. Doc datang interview to gather necessary information, Tengah hari baru doc datang. Buat VE, bukaan baru 2 cm dan tiada tanda-tanda contraction. Doc beritahu kalau tak de rasa bersalin sehingga pagi esok, then induce procedure akan dijalankan. 

Ada pelbagai pendapat tentang induce ni, ada yang cakap sakit, ada yang cakap tak sakit. Tapi bila doctor beritahu procedure induce ni sikit sebanyak akan beri kesan pada baby. Ya Allah... Mama dah risau, mintak dijauhkan segala kesulitan. Dalam keadaan ini, kita tak boleh duga apa yang akan berlaku, sebab ia bukan kawalan kita.

Sehari suntuk dalam wad belum ada tanda2 bersalin lagi
Sepanjang hari keberadaan di wad, Mama cuma mampu tawakal tawakal dan bertawakal. Berzikir sebanyak yang boleh agar dipermudahkan segalanya, solat wajib juga disertakan dengan solat hajat dan berdoa dengan sepenuh hati. Kemudian sambung dengan bacaan yassin. Hanya ini sahaja usaha2 yang mampu Mama lakukan bagi mengurangkan rasa gementar dalam hati. Apa yang Mama minta, biarlah Mama bersalin sebelum keesokan paginya.

Sakit contraction datang sebelum induce
From time to time ada pegawai perubatan datang tanya sama ada rasa sakit contration. Sehingga tengah malam memang tiada sebarang rasa sakit. Tapi malam tu Mama tak dapat tidur selesa. Bahagian pinggang belakang rasa sakit, tapi sakit2 manja je. Anggaran 3 pagi lebih perut sakit rasa macam nak berak, tapi takut nak gi toilet, jadi tahankan je, baring diam2 atas katil (hihihihi penakut gak Mama ni). Bila pukul 4 pagi baru berani nak gi toilet, tapi tak berak pun, buang air kecil je. 2-3 kali gak ulang alik ke toilet, tapi tak terberak pun. Tak lama lepas tu, masa tengah duduk2 terasa air keluar dari bawah, tapi Mama tak rasa pun yang Mama kencing sebab baru je lepas kencing. Then panggil nurse dan inform pasal air tu. Mama suspect tu air ketuban. Nurse suruh tunggu doctor datang buat round check kul 6 pagi nanti. Mama pun OK kan je la, sebab time tu tak rasa sakit sangat pun. Tak lama lepas tu sakit sudah mari tapi masih cuba bertahan. 

Pukul 4.51 am, Mama whatsap Baba bagi tau dah rasa sakit. 
Pukul 5.06 am, Mama whatsap Baba suruh datang bila baca message tu sebab Mama rasa sakit tu datang makin kerap & mungkin sudah tiba masanya.

Tapi bila fikir2 balik, macam la baba baca message tu, tengah sedap2 tido kot. Then Mama terus call dan inform dia yang Mama dah mula sakit, datang je la. Elok je lepas tu, contraction datang makin sakit, Mama cuba tahan sakit tu. Orang cakap kalau duduk, sakit tak terasa sangat. So, Mama duduk je la menahan kesakitan dan ternyata Mama lebih selesa dalam keadaan duduk. Memang leh tahan sakit tu sampai lah tak tertahan.... 

Lebih kurang 5.15 am Mama panggil nurse. Nurse datang bawak ctg machine. Sebelum tu nurse buat VE, bukan sudah 8 cm. Dengan segera nurse tu panggil nurse2 yang lain untuk tolak katil Mama masuk labor room.

5.26 am, On the way ke labor room, Mama call Baba inform Mama nak masuk labor room.

Dalam Labor Room
Sesampai di labor room, doctor dan nurses bergegas prep untuk bersalin. They did very quickly. Bila semua dah ready, terus doctor bagi arahan untuk push. Mama masa tu like huh??? betul ke kene push ni, kan baru je masuk labor room ni. Tambah pulak keadaan Mama masa tu memang tak tentu arah, sakit sangat sangat. Nurse bagi arahan pun tak dapat nak ikut dengan baik. Mama lebih focus pada kesakitan yang sedang dilalui. Hmmm...my bad. Mama cuba untuk meneran semampu yang boleh tapi kederat tak terdaya. Sukar nak tarik nafas dalam2. Separuh jalan mesti dah lepaskan nafas. Memang kene la dengan nurse2 kat situ kan. Diaorang tak garang pun cuma terasa la ketegasan suara mereka. Sapa lagi yang mampu nak keluarkan baby dalam perut ni kalau bukan Mama sendiri kan? Dalam pada itu sempat gak berfikir, kalau kene operate pun redha je la. Mama betul2 tak larat sampaikan ada masa tu dah tak larat nak mengaduh kesakitan cuma tahankan je dan diam. Doctor tak bagi tahan sakit, sakit itu akan reda bila kita meneran. Nurses kat labor room tu betul2 beri sokongan padu.

Lahirnya Puteri Mama
Percubaan terakhir untuk meneran setelah beberapa kali percubaan yang tak berjaya, Mama tekad amik nafas sedalam dalamnya dan terus teran. Akhirnya pada 5.55 am, keluarlah puteri Mama dengan selamatnya. Sebaik sahaja puteri Mama keluar dan diputuskan tali pusatnya, nurse terus letak puteri Mama atas dada mama. Dalam keadaan yang teramat lemah, Mama biarkan baby tertiarap pada dada Mama. Sejurus itu, terdengan laungan azan subuh. Baba masih belum tiba pada waktu itu. Hajat Mama untuk Baba bersama-sama ketika melahirkan baby tak kesampaian. Alhamdulillah, atas Rahmat dari-Nya.


5 comments:

  1. Sama kes ngn aku xsempt nk tarik nafas dlm2..

    ReplyDelete
  2. wp x kesampaian babanya msk..akhirnya lahir jua.tahniah shu..pantang elok2x k

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan!
    Tahniah dah selamat.
    Skrg tgh baca experience ibu-ibu bersalin sb akan deliver 2nd baby bulan 12 ni. Selamat berpantang ek! :)

    http://suriscarfdheart.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. salam perkenalan.Saya saje browsing blogs baca pengalaman ibu bersalin and terbaca and then terbaca about Cikgu Baroza. Husband saya mengajar satu sekolah dgn beliau. Nak beritahu Cikgu Baroza telah pulang ke rahmatullah malam tadi (30/11/2013) pukul 9.30mlm.

    ReplyDelete