Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Wednesday, November 30, 2016

kerana PTPTN, ku hampir tak dapat pergi ke Bandung

Kat dalam post ni Shu ada mentioned kan yang Shu hampir2 tak dapat pergi holiday ke Bandung. Bayangkanlah, dah la Shu mastermindnye, yang usul idea nak gi holiday ni Shu, booking ticket, booking hotel, buat itinerary pon Shu juga. Tetiba tak dapat pergi, frust giler giler okay...

Nak tau punca segala kekusutan ni? PTPTN la yang telah menghantui diri Shu dalam beberapa bulan sebelum dijadualkan berangkat ke Bandung.

Kisahnya begini, Plan ke Bandung dalam mid of September. Masa beli tix tu, dah check status perjalanan, "Tiada Halangan". So, dalam bulan 5 tu time orang kecoh2 nama kene block kat Immigresen, Shu pun re-check status perjalanan ke luar negara melalui website Immigresen, masuk je no IC, sekali keputusan amat mengecewakan dan negatif, "Sila rujuk ke pejabat Immigresen berhampiran". Kalau ikut history payment Shu kat PTPTN, bukan lah Shu tak pernah bayar langsung, tapi tak konsisten tu ye. Tapi since beginning of this year, Shu dah berazam tak mau skip bayar PTPTN walau sesak macam mana sekali pun. Ape2 hal hutang kene dahulu kan. Shu tau beberapa tahun sebelum ni mmg Shu banyak skip bayar PTPTN ni sebab keadaan kewangan yang tak stabil, walau bagaimanapun, kalau Shu dapat duit lebih like bonus ke atau duit refund tax, Shu mmg akan bayar lebih dari biasa.

Since this year PTPTN dah mula masukkan semua peminjam dalam CCRIS, dan kalau ada pending bayaran untuk tempoh2 tertentu, terus tindakan akan diambil. I don't want to argue more about this matter, malah Shu setuju dengan langkah ni bagi memastikan peminjam PTPTN membayar semula pinjaman yang telah dibuat. This is my mistake, I admit it.

Jadi bermulalah perjalanan Shu untuk keluar dari belenggu ini. Firstly, Shu pergi ke Jabatan Immigresen untuk tahu reason kenapa nama Shu di block untuk keluar negara. Saja la nak kan kepastian, mana tau ada sebab lain, at least kita cari jalan penyelesaian yang tepat. So, tak di sangkal lagi memang PTPTN puncanya.

Then second step, Shu call pegawai PTPTN yang tertera di website PTPTN untuk tau outstanding amount tak berbayar untuk release nama dari keluar negara. Wah.. it's a huge amount for me, definitely I'm not afford to pay it lump sum at this moment. Try negotiate untuk kurangkan amount. Jawapan daripada pegawai tu, kalau dengan dia hanya boleh kurangkan setakat separuh sahaja daripada amount tu. Walaupon separuh, still banyak juga, time tu, Shu belum ada cash amount banyak tu. Tapi kata pegawai tu lagi, kalau nak kurang lagi, kene pergi ke HQ, diaorang boleh pertimbangkan.

So, Shu pun meneruskan langkah seterusya, google cari maklumat dari blog2 yg pernah ada pengalaman dengan PTPTN. Masuk website PTPTN lagi, take note checklist apa yang diperlukan untuk buat rayuan. As usual kene la sediakan surat rasmi dan beberapa supporting document. Dah ready semua, Shu pergi ke bangunan HQ yang baru terletak di Jalan Yap Kuan Seng. Bila tiba giliran Shu, di kaunter Shu bagi tau nak buat rayuan pengurangan bayaran dan release nama di Immigresen, Kasi no IC, the same paid off amount macam yg diberikan pegawai sebelum ini. Kalau nak release nama Shu kene bayar at least 7k which is half of the full amount. Shu cakap Shu datang sini nak buat kurang pembayaran, tapi di tolak mentah2. Kene bayar separuh jugak. Surat yang Shu buat tu pon dia tak tengok pon. Time ni dah rasa hopeless dah.  Lepas tu Shu pon mengadu la kat group whatsapp SUKA-SUKA HATI @ geng2 yg bakal travel sama2 ke Bandung nanti. Diaorang pon dah rasa tak excited bila dengar berita yang not so positive ni. Then, Nurul kasi contact sorang pegawai PTPTN yang dia pernah berurusan untuk settlekan outstanding balance PTPTN dia. Time ni, memang emotionally down nak deal lagi setelah 2 kali berhubung dengan pegawai2 PTPTN. Tapi after give a thought, Shu cuba lagi.

Next, Shu cuba contact pegawai PTPTN yang Nurul bagi tu. Shu explain satu per satu masalah Shu. Surprisingly, cara pegawai ni sangat berhemah. Tak macam pegawai yang Shu deal kat HQ. Dia explain end to end issue Shu ni. Ape punca nama Shu kene block, bagaimana nak release nama dan macam2 lagi. Katanya kalau ikut payment 6 bulan sebelumnya, cantik, tak de skip. Memang la, kan tu azam Shu tahun ni, nak bayar PTPTN without skip mulai tahun ni. Tapi sebabkan ada outstanding amount yang banyak, tambah lagi nama Shu dah naik ke jabatan undang-undang, tu yang ada procedure nak release nama. Shu pon bagi tau dia berapa amount yg ada masa tu. Tapi, katanya tak mencukupi, at least memang kene separuh. Shu pon cuba merayu kat dia, tolong consider payment history untuk tahun ni, separuh amount tu memang Shu tak mampu. Dapat duit gaji pon, memang full dah dengan macam2 komitmen. Memang tak de extra allocation. At least dapat release nama dari immigresen untuk tempoh Shu travel tu pon tak pe la, balik dari tu nak block pon, block la. sob..sob..sob..

Finally, pegawai ni cakap, dia akan cuba tolong berbincang dengan pegawai atasan untuk release nama dengan kurangkan  amount pembayaran. Ok, I have to agree, serahkan segala2nya dan tawakal, ni je usaha yang Shu mampu buat masa ni. So, from time to time Shu follow up dengan pegawai ni, memang ada delay, walaupon kalau boleh Shu nak jawapan segera, tapi Shu faham, dia pun depend kat pegawai atasan. Lagi satu, padan la muka Shu kan, sape suruh skip2 bayar kan. Sekarang ni bertabah jela.

Lebih kurang 2 minggu, Pegawai tu hubungi Shu semula. Shu still kene buat pembayaran tapi pembayaran tu sudah dikurangkan. Shu agree dengan amount tu, tapi minta tempoh hingga hujung bulan untuk buat payment. Time tu dah mid of August, Shu ada sebulan lagi untuk ke Bandung. Hujung bulan dapat je duit gaji campur dengan saving yang ada, Shu terus buat pembayaran melalui FPX PTPTN. Lepas tu whatsapp receipt pembayaran kepada pegawai PTPTN. Dia kata dia akan proceed ke bahagian undang2 untuk release nama dan process unblock nama amik masa dalam 1-2 hari.

Selang beberapa hari, pegawai tu hubungi Shu beritahu nama Shu dah release Immigresen dan suruh Shu re-check kat website Immigresen. Ahhhh leganya... Tambahnya lagi, dia akan proceed untuk satukan account Diploma & Degree kepada satu account supaya Shu tak menghadapi outstanding payment lagi in future. Katanya, selama ni, payment yang Shu buat hanya masuk ke account Diploma sahaja, so kat account Degree tiada rekod bayaran diterima, tu yang boleh jadi outstanding payment. Shu, setuju dengan cadangan ini, better kot, tu yang selama ni nampak amount tak kurang2.

Beberapa minggu lepas balik dari Bandung, pegawai ni hubungi semula beritahu, penyelarasan sudah dibuat. Dah boleh buat pembayaran as agreed amount. Tambahnya lagi, selepas penyelarasan ni, berdasarkan jadual pembayaran, Shu tak perlu buat pembayaran selama 20 bulan. Erkkkk pulak dah... sebelum ni tak cukup bayar, sekarang ni dah terlebih bayar ke ape? hahahaha... tapi InshaAllah, Shu akan bayar seperti biasa tiap-tiap bulan, nak habis cepat.

Bersyukur Shu dapat berurusan dengan pegawai ni, dia dah memudahkan urusan Shu. Shu doakan urusan hidupnya juga dipermudahkan, berjaya dunia dan akhirat. Memang Shu recommend sangat2 pegawai ni untuk issue2 berkaitan pembayaran balik PTPTN. Kalau nak berurusan dengan dia untuk issue PTPTN, sila PM Shu ok.


Thursday, November 17, 2016

Minor Operation pada Mata Ajwa

14th September 2016, Jumaat

Ajwa dijadualkan untuk menjalani minor operation akibat jangkitan kuman pada mata. Jangkitan ni berupa ketumbit yang berulang-ulang. Asalkan pecah, tak lama lepas tu akan tumbuh balik. Actually ada 2 tempat benjolan pada mata kirinya dan 1 tempat pada mata belah kanan. Exactly kat atas sikit daripada bulu mata kirinya ada satu ketumbit kecil yang sentiasa tumbuh dan pecah. Lagi satu tempat ada benjolan yang semakin lama semakin besar.

Shu dah pernah bawa ke Klinik harian dan Dr. kasi antibiotik, tapi tiada perubahan. Then, Shu cuba bawa ke klinik kerajaan, tapi this time doktor tak kasi apa-apa ubat dan terus kasi surat refer pakar. Tapi... doktor refer kat pakar Hospital Serdang. Aduhai... dah la Mr. Hubby nak balik Pakistan, nak Shu pergi sorang2, dengan si kenit ni, parking payah, menunggu lama. So, Shu hold dulu for sometimes. Tapi benjolan kat mata dia makin lama makin besar dan tak pecah2 amat merisaukan.

Bengkak pada kelopak mata

Finally, Shu decided nak bawa Ajwa ke KPJ Kajang since itu hospital terdekat dan Ajwa ada Insurance coverage. Without appointment,  Shu terus ke bahagian pakar, kat kaunter bagi tau apa masalah, nurse assign kepada Dr. Balbir. Selepas, pemeriksaan and based on history Shu dah pernah bagi antibiotik tapi tidak berkesan, Dr. cadangkan pembedahan untuk buang ketumbit tu. Doktor terangkan benda ni terjadi disebabkan liang pada kelopak mata tersumbat dan tak merbahaya pon. Tapi kalau dibiarkan, mungkin boleh mengganggu keselesaan penglihatan. Masa consultation doktor ada buat test tahap penglihatan Ajwa masa tu, and everything seems good. Tambahan pula, doktor cakap pembedahan akan dilakukkan pada kulit bawah kelopak mata, jadi tidak akan menjejas rupa luaran kelopak mata selepas pembedahan. Shu pon tak nak delay lama2, jadi proceed je dengan pembedahan yang dijadualkan 2 hari selepasnya.

Bermula tengah malam sebelum pembedahan, Ajwa dah mula berpuasa. Bangun pagi, Shu suruh dia minum air sebab last boleh minum air pukul 8 pagi, tu pon hanya air putih sahaja yang dibenarkan. 

Sebelum pembedahan. Focus pada mata Kiri.
Sampai hospital dalam pukul 8 pagi, nasib boleh dapat parking lagi. Terus register dan nurse bawa ke day care ward. Ajwa nampak tenang je sepanjang berada dalam ward, tak buat perangai. Maybe dia kecil lagi, tak paham erti gentar, takut atau seangkatan dengannya. 



Agak lama juga kitaorang lepak dalam ward, jenuh pujuk Ajwa suruh tido, nak elakkan dia dari ingat nak makan. Shu dan mak Shu pon keluar paginya tu dengan perut kosong. Nak makan pon kene sorok2 dari Ajwa. Botol air yang selalu diangkutya kehulu ke hilir pon Shu sorokkkan, jangan nampakkan kat dia. Akhirnya, lebih kurang sejam sebelum operation, tumbang juga.



Lebih kurang pukul 11 pagi, (awal dari masa yang dijadualkan), nurse datang untuk bawa Ajwa ke OT room. Untuk procedure bius Shu dibenarkan masuk. Kene bantu doktor untuk tenangkan Ajwa. Alhamdulillah... Ajwa sangat berkerjasama, tenang-setenangnya. Masa doktor nak lepaskan gas bius, Shu borak2 dengan dia sampai dia tertidur dan lepas tu Shu keluar dari OT room. Tak sempat Shu panas bontot duduk menunggu, nurse keluar, bagi tau operation dah selesai dan Ajwa dah pon terjaga. Nurse suruh masuk segara, sebelum dia nangis.


Shu masuk je, nampak dia kemamaian. Lagi satu yang Mama bangga dengan anak manja Mama ni, dia tak nangis pon masa terjaga daripada pembedahan. Temankan  dia kat dalam bilik OT sebelum di pindahkan ke day care ward. Menurut nurse yang ada semasa operasi pembedahan, banyak cecair kuning (nanah) yang dikeluarkan daripada kelopak matanya.

Lepas masuk day care, nurse sediakan roti, dan air coklat. Tapi Ajwa tak nak jamah pon, dia cuma nak air kosong. Time ni, kene pujuk dia makan pulak, kesian dari malamnya tak makan. Tanya macam2, akhirya dia cakap dia nak cookies. Turun lah Shu beli kat kedai bawah.

Masih boleh tersenyum

Kene stay sampai petang. Dia rehat, Shu pon rehat. Sunyi je day care ward tu walaupon ada beberapa orang lagi dalam tu.


Bila dah letih, Ajwa sambung tido.


Dah lewat petang, Doktor datang  bukakan balutan matanya. Nampak bengkak kesan daripada pembedahan. Doktor cakap amik masa 2-3 hari nak surut dan perlu monitor kalau2 keadaan bertambah teruk.. Doktor highlight ada 2 spot yg  berkemungkinan boleh membesar, 1 kat bawah mata, dan lagi satu mata belah kanan tapi kedua2nya masih kecik. Boleh jadi akan membesar dan boleh jadi mengecut.


As of now, nampak OK je. Mudah2an ia nya tak berulang lagi especially pada tempat yang sama.

Wednesday, October 26, 2016

Cuti-cuti Bandung : Day 5

Uwarghhhh dah hari ke-5... dah kene balik.. sob.. sob... kenapa la cepat sangat masa berlalu. Nak cuti lagi... tapi duit dah pokai ni acaner? Cerita perihal flight balik ni, initial itinerary, flight kitaorang sepatutnya dijadualkan pada 22 Sept 2016, 11:45 pagi. Tetapi pada bulan Februari dapat notification waktu penerbangan dilewatkan kepada 17:20. Not bad, kitaorang fine je coz still in the same day. Lagi bagus, tak la rush nak check-out dan nak ke airport hari last day tu.

Breakfast @ Sindang Reret

Breakfast hari last ni, kitaorang claim free breakfast compensation dari Pihak hotel sebab tukarkan kitaorang dari hotel yang kitaorang book awalnya, Hotel Vio Cimanuk. Tengok pada gambar, Hotel Vio Cimanuk nampak lagi best, lagi besar. Tapi sayang under renovation pulak.

Hotel Vio Surapati ni tidak mempunyai in house cafe. So, breakfast di-sub ke Restoran Sindang Reret yang terletak di sebelah kiri hotel. Dari hotel ni ada laluan khas disediakan untuk ke restoran ni. Menu yang disediakan pagi tu ada nasi putih, sayur campur, meatball masak gulai, bubur, omelette, roti and its condiments. Bagi Shu, pilihannya sangat limited, nasib baik free, no complaint at all. Kalau memang amik pakej hotel sekali breakfast, mesti agak kecewa la.



Interior Restoran ni pun cantik, tenang je seperti kebanyakan restoran yang lain, tak lari daripada mempunyai kolam yang dipenuhi ikan serta desiran air terjun buatan. Kitaorang ni pantang sampai kat tempat cantik, mesti nak bergambar.



Memang nak diabadikan sebanyak gambar yang mungkin, firstly sebab ini trip international pertama buat kami semua. Setahun kitaorang plan trip dengan pelbagai dugaan yang datang sebelum nak berangkat ke Bandung ni. Lagi best trip ni, all ladies only yang terdiri dari mak2 orang. Dapatlah chance ber-"ME" time. Memang kitaorang enjoy to the fullest, kalau ada juta2 lagi rupiah, pasti lagi enjoy.

Dah puas bergambar, Nurul & my SIL balik hotel dulu, Shu & Alang nak singgah mini mart nak beli roti cheese bawak balik. Sedap roti krim cheese. Sekali perasan ada kedai bakery sederet dengan mini mart. Sebelum ni tak perasan ada, sebab datang sii tempoh hari pun waktu malam. Tengok ramai orang, singgah sekejap nak tengok2. Wow! menarik, ada banyak kuih muih tempatan, sangat pelbagai, macam2. Alahai... nak beli, perut dah kenyang pulak, cuci mata je la. Alang dapat beli kek Surabaya kat sini dengan harga yang lebih murah daripada Kartika Sari. Alang cakap rasanya sedap, ok la buat ole2.


Check-out Hotel Vio Surapati

Seperti dijanjikan, sebelum pukul 11 pagi Agus sudah tiba untuk pick-up kitaorang. So, lebih kurang pukul 10.30 pagi kitaorang dah siap-siap untuk turun untuk check-out. Masa keluar bilik, staff hotel nampak kitaorg keluarkan luggages dan kotak2, terus datang kat kitaorang dan offer untuk bawa trolley dan bawakan bag2 kitaorang ke bawah. Senang keje kitaorang tak susah2 nak bawa.

Proses checkout pun sangat cepat, pulangkan kad bilik, staff pulangkan deposit yang dibayar masa check-in tempoh hari.

Kenang2an no bilik Shu di Hotel vio Surapati
Sebelum gerak, Agus issue receipt untuk perkhidmatan supir selama 5 hari ni. Duit supir my SIL dah siap2 asingkan. Tapi ada slightly different amount yang perlu dibayar dengan amount yang ditawarkan sebelum ini. Then, Agus jelaskan masa hari ke-4, kalau kitaorang ke area Lembang sahaja, memang harga biasa yang akan ada dicharge, tapi disebabkan kami ke area Cikole untuk minum kopi, which areanya ke dalam sikit, so ada charge tambahan untuk itu sebanyak 50000Rp. Begitu rupanya, duit supir ngam2 je my SIL ada, sebab extra allocation dah digunakan untuk tips. Nasib baik duit hotel ada lebihan sikit, so dapat la top-up extra charge tu. Settled.

Gedung Sate

Tak lengkap rasanya lawatan ke Bandung ni tanpa melawat monumen bersejarah atau mercu tanda Bandung. Lepas check-out dan sebelum ke airport, kitaorang minta Agus bawakan kitaorang ke Gedung Sate. Agus drop kitaorang kat tempat yang dia boleh park kereta, sebab depan kawasan Gedung Sate tidak dibenarkan parking walaupun haya untuk menunggu. So, kitaorang kene jalan sikit la. Actually, hari-hari lalu (by car) depan Gedung Sate ni sepanjang berada di Bandung sebab lokasinya cuma 5 mins walking distance dari hotel kami menginap. Tapi last day baru ambil peluang untuk drop by dan bergambar di sini. Secara ringkasnya Gedung Sate merupakan bangunan yang bersejarah yang menjadi kebanggaan Bandung yang kini turut dijadikan pejabat urusan kerajaan. Uniknya bangunan Gedung Sate yang siap dibina pada tahun 1920 ini, mempunyai ornamen 6 cucuk sate di tengah2 bangunan. 


Berlatar belakangkan Bangunan Gedung Sate

Bertepatan di hadapan bangunan Gedung Sate ni terletaknya kompleks sukan yang Shu lupa nak periksa nama tepat bagi tempat ni. So kene menyeberang jalan untuk ke sini. Jangan risau, ada polis bantuan yang akan bantu orang awam menyeberang jalan.

Memandangkan masa kitaorang pergi tu berlangsungnya acara PON,  maskot kebanggaan PON berdiri megah di hadapan Gedung Sate.


Masuk ke kawasan Kompleks Sukan, pada pandangan mata Shu kompleks ni cantik sebab mempunyai track larian yang cantik membiru. Barangkali tempat ni baru dibina, sebab tu masih nampak cantik lagi, harap-harap dapat dikekalkan. 


Tiap-tiap pagi lalu sini mesti nampak ramai orang beriadah di sini. Kagum la sikit, hari biasa pun ramai orang bersukan. Kalau ikut timezone Bandung yang pukul 5.30 pagi pun dah terang benderang, walhal diaorang masuk keje sama juga macam kita dalam pukul 7-8 pagi, memang sempat la pagi2 nak beriadah. Kita ni celik mata pukul 6 pagi pun, masih gelap lagi, gelap2 nak berjogging, memang tak la kan.
Pose atas track larian, mestilah acah2 nak berlari

Luar Kawasan track, di belakang kitaorang terdapatnya potret pemerintah2 kerajaan sebelum ini
Dah puas bergambar, kitaorang berjalan kaki ke kereta di mana Agus turunkan kami. masa on the way balik tu baru perasan, di atas track laluan pejalan kaki di hadapan Gedung Sate terdapat pelbagai motif corak batik. Boleh tengok pada label untuk mengetahui jenis motif. Interesting!


Next, kitaorang tak tau nak pergi mana lagi walaupun punyai banyak masa lagi. Finally decided minta Agus terus bawa kami ke airport, nak lunch pun kitaorg masih kenyang lagi. On the way to airport, rasa sayu je. Tak dinafikan, I fall in love with bandung, 1st time visit negara orang, banyak benda baru yang Shu tahu, banyak benda yang membuka mata. Especially pandangan mata Shu pada orang2 Indonesia ni. Bila kat Bandung ni, baru kenal mereka secara dekat, baik budi pekerti mereka, sopan sahaja bila berbicara, peramah. Judgement ni berdasarkan orang-orang yang kami berhubung. Contoh terdekat, Agus selaku supir kitaorang selama 5 hari di sini, Disimpulkan, kitaorang senang sangat dengan dia, yang ambil berat, ambil tahu, yang melayan perangai hantu kitaorang, boleh bawa bergurau. Staf-staf hotel juga begitu, lelaki mahupun perempuan, mereka merendahkan suara mereka ketika berbicara, tidak lekang senyuman dibibir, suka membantu.

Perjalanan kitaorang menuju ke airport diiringi dengan hujan rintik-rintik. Radio pulak back to back mainkan lagu-lagu sedih bekisarkan perpisahan. Ish... touching tau seakan mengerti dan terpaksa merelakan kitaorang melangkah pergi. Padahal, 4 hari kitaorang kat sini, bila masa dalam kereta, tak henti-henti lagu dangdut diputarkan. 

Hujan rintik-rintik
On the way to airport, Agus siap2 minta maaf kalau ada salah silap dan kekurangan. Kitaorang pun sama jugak. Siap dipesan, recommend dia pada kenalan kitaorang kalau mau datang Bandung.

Wefie with Agus
Bandara Husein Sastranegara

Sesampai di Airport, Agus menurunkan luggage kitaorang dengan kadar segera. Tak boleh tunggu katanya dan kemudian terus beredar selepas selesai. Shu mula melilau mencari penimbang berjalan dari hujung ke hujung bangunan. Rupanya penimbang ada kat dalam. Shu ingat cuma orang yang dah ready for boarding je boleh masuk, sebab nampak ada mak guard periksa tiket flight, lagi pun lambat lagi departure kitaorang. Rupenye, boleh je masuk asalkan ada tiket flight. Masing2 first time katekan, mana la tau kan, kat KLIA 2 nak masuk airport tak check tiket flight pun.

Masuk dalam, terus ke section penimbang. Nasib tak sibuk sangat time tu. Mulalah kitaorang buat perkiraan. Nasib baik situ ada staff airport yang guide kitaorang bagaimana perkiraan dibuat. Bersungguh staff tu bantu kitaorang denga penuh sopan santun, dia sangat membantu. Bila timbang semua, memang ada slightly overweight. So, kitaorang ke tepi tapi masih berdekatan dengan penimbang dan re-adjust muatan kitaorang. Nasib ada ruang lagi yang boleh dimasukkan untuk hand carry.  Sekejap2 kitaorang timbang luggage kitaorang, sampai lah kitaorang dapat berat luggage yang kitaorang beli sebelum ni. Tu pun, nasib baik 2 hari sebelumnya, Shu dah top up lagi 25kg. Kalo tak top up, memang pokai la nak bayo sebab banyak sangat terlebihnya. Sebab tu pentingya datang airport awal, antara perkara yang kita boleh check sebelum check-in luggage.

Yang banyak2 luggage kat bawah ni kitaorang punya semua, total semua 85kg tak termasuk hand carry yang kitaorang boleh bawak sebanyak 7kg. Semua maximum dah.


Bila luggage dah settle, baru perut rasa lapar.  My SIL volunteer nak jaga luggage, the rest cari makan. Kat airport ada food court, tapi macam tak berapa berkenan la, so kitaorang keluar dari Airport kat depannya ada deretan kedai makan. Beli nasi goreng sebungkus, 4 ketul rotiboy dan air untuk 4 orang.

Elok je kitaorang masuk airport, kaunter AirAsia pun dibuka, ada 3 kaunter masa tu. Staf airport yang entertained kitaorang masa menimbang barang tadi, inform kitaorang dah boleh beratur di mana2 kaunter pun. Ikutkan masa tu, no. flight kitaorang tak appear pun lagi kat screen. Tapi tengok queue pun dah sampai kebelakang, Shu beratur je la dulu ngan Alang, nak sampai ke depan pun amik masa gak. Sementara tu, Nurul & my SIL duduk makan dulu, gilir2 take turn, dah habis makan pun, kitaorang masih dalam queue.

time ni kaunter belum buka lagi, masih tenang

Sampai kat kaunter, sebelum letak luggage Shu confirmkan dulu boleh ke kitaorang check-in luggage walaupun flight kitaorang tak appear lagi kat screen. Balasnya, boleh je, so kitaorang proceed hantar barang2 kitaorang yang nak masuk kargo.

Settled kat kaunter check-in, kitaorang terus meuju ke Balai Pelepasan, pergi ke kaunter Imigresen dan custom check. Masa kat kaunter Imigresen, boleh plak Shu tak perasan Shu tertukar passport dengan kakak Shu. Slumber je proceed ke kaunter Imigresen, Alang masa tu kat toilet, lepas plak tu kat kaunter Imigresen dapat cop. Bila turn Alang nak amik cop, baru la pegawai Imigresen perasan, muka lain. Nasib baik, Shu masih kat situ lagi dan terus ke kaunter buat pengesahan. Adoi... boleh pulak la pegawai Imigresen tu tak verify muka Shu masa Shu nak amik cop.

Since kitaorang check-in awal, bermula lah episode kitaorang melangok kat airport, find our own activities, layan lagu, fb, movies,ulan- alik toilet sampai la flight kitaorang sampai.


Macam yang shu cerita kat entry bandung Day 1, airport Bandung dah baru, jadi agak selesa la nak duduk lama pon. Kalau nak tido ada sudut dan beberapa tempat disediakan. Kalau nak bunuh masa dengan surfing internet, ada beberapa komputer disediakan. Nak charge phone pun ada beberapa sudut sediakan. Sapa2 yang ada bawak anak kecil, boleh biarkan anak-anak main kat playground. Kedai buku pun ada, kalau nak minum kopi pun boleh didapati di kiosk Mayasari. Those yang tak sempat nak beli ole2 atau masih ada balance rupiah, boleh la dibelanjakan di sini. Tak la besar macam KLIA2 tu, tapi ok la dengan apa yang ada.


Tengah tunggu Nurul keluar toilet pun sempat lagi nak selfie degan potret kat belakang ni. Di dinding2 balai pelepasan ni tergantung beberapa lukisan seni.


Sampai hari last day kat Bandung ni, Shu masih ada balance Rupiah, termasuk notes selit2 untuk dibuat kenang2an setiap satu. tak tahu nak belanja apa lagi. Sayang nak tinggalkan Bandung dan bertemu ke dunia reality. Mana taknya, 5 hari tak payah fikir pasal kerja, hal rumah. Yang pening sikit bila fiir duit makin susut je. hahahaha

Kitaorang dah jatuh hati dengan Bandung ni. Belum balik lagi, dah ada plan nak datang lagi. Mudah2 ada kesempatan lagi untuk kitaorang ke sini, tapi bukan lah dalam masa terdekat dalam keadaan Bandung yang under renovation. Tunggu la Bandung yang baru, then boleh plan datang Bandung lagi.

 More entries on Bandung 2016 Trip

Tuesday, October 25, 2016

Cuti-cuti Bandung : Day 4

Hari Ke-4 di Bandung, baru lah Agus bawa actual mobil yang kitaorang pilih masa booking, jenis Suzuki APV kaler Maroon. Merasa 3 jenis kete kitaorang kat sini, tapi MPV yang kitaorang guna untuk 2 hari sebelum ni lagi best. Tapi hari ni punya pun not bad gak.

Seperti yang dipesan, Agus belikan Lontong 4 bungkus untuk kitaorang. Jadi makan dululah dalam kereta. Lupa nak snap, tapi memang superb rasanya, semestinya lain daripada lontong kita, kuahnya rasa manis2 lemak, ada pedas sikit. I like it. Settle makan, baru start jalan2.

Hari ke-4 ni, tempat utama untuk dilawati adalah ke area Lembang. Biasaya, traveller kalau ke sini, mesti akan tuju ke Tangkuban Perahu. Memang kitaorang teringin sangat nak ke sini, tapi bila dapat tahu tiket masuk yang agak mahal untuk foreigner, dan tak berapa berbaloi, kitaorang decided not to go. Dengan nilai tiket tu bagi Shu, masuk TransStudio lagi murah & berbaloi. Tak ralat sangat la, sebab kitaorang dah visit Kawah Putih yang mempesonakan itu pun dah beruntung. Walaubagaimanapun, masih banyak lagi tourist attraction kat Lembang ni kalau tak ke Tangkuban Perahu. Jom! teruskan membaca.

Kedai Kain M Collection

Sebelum ke Lembang, kitaorang singgah ke Kedai Kain M Collection. Ini lah kedai yang Agus recommend tu. Mulanya memang cancel plan nak ke sini since dah memborong kat Jalan Kopo. Tapi last minute Mr. Hubby kirim kain Telekung Sulam beberapa pasang untuk dibawa balik visit keluarga dia di Pakistan nanti, singgah jugala. Lokasi kedai ni sejalan dengan ke arah Lembang. So, sebelum jalan2, singgah shopping dulu pagi2, we all 1st customer hari tu, haruslah claim harga pecah telur...

Kedainya 2 tingkat, tingkat bawah ada pelbagai pilihan kain pasang sulam dan kain telekong. Shu lupa nak tengok kat atas, tapi kakak Shu jengah, katanya kat atas ada kain batik dan barangan lelaki.


Stick to the plan, kain telekong sahaja dan add-on kebaya top untuk Ajwa material Prada. Time Shu pergi ni, kain pasang Sulam jenis Prada yang latest kataye. Shu tak arif nak terangkan bagaimana materialnya, but nice la kainnya. Pada pendapat Shu, bandingkan dengan Kedai Kain Jalan Kopo, dari segi harga, murah lagi kat Jalan Kopo. Shu ada gak beli kain pasang sulam Prada kat Jalan Kopo dengan harga cuma 130000Rp tapi kalau kat sini harga letak, 170000Rp. Nasib kitaorang hari tu, dapat discount lebih sikit, sebab harga pecah telor kot. Tapi kalau dari segi pilihan, kat sini lagi banyak banyak pilihan. Additional information, kalau datang awal, boleh beli kain kat sini dan tempah terus, dalam sehari dua boleh siap.

Sementara memilih tu, kitaorang dijamukan dengan minuman yang kitaorang boleh pilih. Sebelum berangkat, bergambo dengan owner kedai yang sangat peramah & mesra pelanggan.


Farmhouse Susu Lembang

Masa kitaorang sampai, elok2 je tempat baru dibuka waktu operasinya. Jadi berpusu2 la orang masuk. Walaupun hari berkerja, tetap menerima ramai kunjungan tak kira dari orang tempatan mahupun luar. Secara ringkasnya, tempat ini merupakan sebuah taman yang bercirikan binaan Eropah (ala2 Bukit Tinggi di Malaysia). Terdapatnya petting Zoo, taman Arnab, pelbagai ternakan seperti lembu, kambing. Boleh cuba susukan lembu disini. Specialnya disini ada rumah Hobit macam dalam filem Lord of The Rings. Kalau nak lebih feel Eropah, boleh sewa Traditional costume wanita Eropah. Masa kitaorang visit ni, ada sekumpulan makcik yang sewa costume ni, cantik kitaorang tengok. Disebabkan yang pakai tu ramai, terasa macam betul2 kat Eropah, tambah lagi dengan suasananya yang sejuk dan kehijauan disekitarnya.

Dengan gambaran diatas, this is consider one of the best place for photoshoot. Sebelum masuk, awal2 Agus dah pesan suruh masuk 1 jam sahaja, takut tak sempat ke tempat lain. Hahahahaha... dia dah faham kitaorang yang suka bergambar. So... seterusnya, biar la gambar2 yang berbicara.








Rombongan kanak-kanak sekolah
Sebelum keluar, tukar tiket masuk dengan secawan susu di kaunter khas yang disediakan. Agak besar cawannya, amik masa nak habiskannya. Ada 3 pilihan perisa; Original, strawberry & coklat. Shu pilih Strawberry, sedap, tak manis tak likat, My SIL yang tak berapa minum susu pun boleh terima. Rasa berbaloi dengan system ni, bayar tiket masuk, dapat percuma air. Just like what you give, you get back.


Kopi Luwak Cikole

Next kita visit Kilang Pemprosesan Kopi Luwak. Asalnya tak de plan pun nak datang sini. Shu saje tanye, nak minum kopi sedap kat Bandung ni, terus dia bawak kitaorang ke sini. Sesampai je sini, akan ada seorang jurucakap yang akan sambut kita dan seterusnya menjadi tour guide. Adi jurucakap kitaorang, katanya rules kat sini, kalau nak minum kopi kene tengok dulu bagaimana kopi Luwak ini diproses. Okay... layankan je.. 

Sangat mudah nak faham penerangan si Adi ni ada juga diselitkan unsur2 humor, so tak boring la nak dengar penerangan dia. Panjang step pemprosesannya dan banyak khasiatnya. Jadi tak mustahil la dikatakan kopi paling mahal di dunia. 


Shu berpeluang mendokong musang Luwak yang digunakan untuk menghasilkan kopi Luwak ni. Shu cuma depakan lengan Shu, then Adi letak je musang tu kat lengan Shu, belai2 tu memang idak la kan, takut2 berani je Shu time tu. Tapi Shu sentuh la bulunya, memang lebut dan bersih. Menurut Adi, musang jantan lebih wangi yang berfungsi untuk attract musang betina. yang Shu dokong tu harus lah musang jantan, tak kuasa nak dokong musang betina yang busuk itu. hahahaha..


Finally, baru la dapat duduk nak merasa Kopi Luwak tu. Jap, belum dapat minum lagi, ada lagi explanation, jenis2 peminum kopi bagaimana gaya minum kopi dan selit2 gak ayat marketing. Shu macam pernah rasa sebelum ni, tapi bukan yang pure kopi luwak, maksudnya bukan kopi hitam. Consider ni 1st time rasa real kopi Luwak la. Sepaket kopi tu boleh bancuh untuk 2 cawan. Kitaorang beli sepaket je, pahit sangat kopinya. Walaupun Shu ni peminat kopi, tapi kopi luwak ni, not really to my liking. Dijamukan dengan sejenis kuih traditional, lupa namanya tapi memang kitaorang nak boleh telan kuih tu, rasa rempahya too strong.


Floating Market

This another choice of place to visit bila ke Lembang. Shu memang aimed nak datang sini, yang pastinya nak makan2 lah. Since we had limited time to go for food hunting, let's have it all in here. Macam tempat yang sebelum ni, duit tiket masuk dan parking kitaorang kasi kat Agus tolong bayarkan.
Bergambar di replika Perahu di hadapan main enterance

FYI, tiket masuk tu boleh ditukar dengan secawan minuman. Shu ingat memula tu, kaunter penukaran di main entrance sahaja, tu yang tukar siap2. Kalau tau kat dalam kawasan floating market pun ada, baik tukar je kat situ. Tak perlu la nak bawak ke hulu kehilir cup tu.  Tenang sikit nak berphotoshoot.

Pelbagai pilihan air yang boleh dipilih


Masuk ke kawasan ini, kita boleh expect bukan hanya sekadar floating market semata-mata. Masuk sahaja boleh lihat tasik yang terbentang dan tenang mata memandang dengan susunan lanskap yang menarik. Malangnya, Shu tak mampu nak jejak keseluruhan taman ini sebab floating market tu dah memanggil2, perut pun dah berkeroncong, penat nak jalan pun ye. So kitaorang bergambar kat mana yang kitaorang lalu je.





Agak lama kitaorang singgah ke sini, terus sekali lunch. FYI, urusan jual beli di sini menggunkan token, wang tunai tak diterima. Tapi kalau nak tukar token tu, pandai2 la estimate, sebab lebihan token yang tak digunakan, tidak boleh ditukar semula kepada wang tunai. So, I suggest, round2 dulu visit setiap gerai sampan, pilih apa yang berkenan nak makan, take note of the price per meal, then change coins accordingly. So untuk permulaan, Shu tukar 50000 Rupiah sahaja share dengan Nurul.

Token untuk urusan jual beli
Boleh dikatakan, konsepnya serupa dengan system food court, di sediakan tempat duduk yang banyak. Uniknya, gerai mereka berupa sampan tersusun di atas tasik. Segala penyediakan makanan disediakan di atas sampan. 


Antara makanan-makanan yang kitaorang cuba

Sengaja memilih tempat duduk betul-betul sebelah tasik untuk menikmati panorama yang indah. Lagi2 sebelah tempat duduk kitaorang dipenuhi dengan sekumpulan ikan kaloi yang besar2. Kalau nak kasi makan kat ikan-ikan ni, makanannya boleh di beli dengan harga 5000 Rp sahaja. Kalau ada balance token tu dan dah tak tau nak beli makanan apa, boleh la kasi makan ikan2 ni. 


Rumah Mode (Repeat) - Kartika Sari - Amanda Brownies

Once again, kitaorang visit Rumah Mode sebab Nurul nak beli bag tangan buat hantaran. Semalam dia pegi tengah sakit, so otak tak leh nak fikir betul, masih ragu2. Lepas2 tu baru dia decide nak beli tapi malangnya kaler beg yang dia berkenan tu dah sold out. Alternatively, beli yang same design but different pattern and color.

Then gerak ke Kartika Sari untuk belikan kiriman kawan. Sampai 3 bungkus kawan Shu kirim Bagelan Cheese ni. Shu pun beli gak la satu. Bila dah rasa, sedap okay... rasa rugi plak beli satu. patut pun la masa balik nampak orang2 malaysia berbeg2 bagelan cheese diaorang angkut.


Orang kata brownies Amanda lagi sedap. Tapi bagi Shu lepas dah rasa kedua2nya, brownies Kartika Sari lagi win. Ini merujuk kepada Choc Brownies Bakar. Tapi menariknya, Kat Amanda Brownies ni ada pelbagai pilihan flavour dan harganya yang lebih murah berbanding Kartika Sari. Sebagai contoh brownies kat Kartika Sari berharga 80000Rp, tapi kat Amanda cuma 40000Rp. Bila hujung2 ni, duit dah tinggal tunggu masa nak balik je, haruslah beli yang murah. Brownies kat Amanda ni, better beli nak dekat2 balik, sebab cepat berkulat.


Paskal Food Market

Cawangan Amanda Brownies yang Agus bawa kitaorang ni berhampiran sangat dengan Paskal food Market. Alang2, makan dinner terus lah kat sini. Agak besar kawasannya, kebanyakan tempat duduk under open air, bawah bumbung pun ada tapi limited, ada juga bawah pondok2. Memang betul, sini ada pelbagai pilihan makanan tempatan, tapi kene sangat berhati2 untuk kita yang sebagai muslim, sebab kat sini pun ada jual makanan non-halal. So baca menu elok-elok, tak paham tanye, ragu2 pun tanye. So, disebabkan dah tersampai kat sini, maka kita cari makanan yang selamat lah ye.

Dinner of the day

Water fountain at the entrance of Pascal Food Market

Masa kitaorang datang sini, waktu lewat petang. Orang kata kalau pergi waktu malam lagi happening, ada live band. Lepas makan, terus balik. Plan nak ke Paris Van Java pun cancel. Bila dah kering ni, mood nak jalan2 dah out. Marilah balik dan berkemas untuk pulang esok.

Damage of the day (Tak termasuk Shopping)

Brekafast : 10,000Rp
Ticket masuk Farmhouse Susu Lembang : 20,000 Rp
Parking kereta  : 10,000 Rp
Kopi Luwak secawan : 50,000 Rp / 2 = 25,000 Rp
Ticket masuk Floating Market : 20,000 Rp
Parking kereta  : 10,000 Rp
Belanja makan @ Floating Market : 50,000 Rp
Bagelan Cheese @ Kartika Sari (1) : 46,000 Rp
Amanda Brownies : 65,000 Rp
Dinner @ Paskal Food Market : 48,200 Rp (termasuk minuman utk 2 org)

Total = 304,200 Rp

More entries on Bandung 2016 Trip