Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Tuesday, October 25, 2016

Cuti-cuti Bandung : Day 4

Hari Ke-4 di Bandung, baru lah Agus bawa actual mobil yang kitaorang pilih masa booking, jenis Suzuki APV kaler Maroon. Merasa 3 jenis kete kitaorang kat sini, tapi MPV yang kitaorang guna untuk 2 hari sebelum ni lagi best. Tapi hari ni punya pun not bad gak.

Seperti yang dipesan, Agus belikan Lontong 4 bungkus untuk kitaorang. Jadi makan dululah dalam kereta. Lupa nak snap, tapi memang superb rasanya, semestinya lain daripada lontong kita, kuahnya rasa manis2 lemak, ada pedas sikit. I like it. Settle makan, baru start jalan2.

Hari ke-4 ni, tempat utama untuk dilawati adalah ke area Lembang. Biasaya, traveller kalau ke sini, mesti akan tuju ke Tangkuban Perahu. Memang kitaorang teringin sangat nak ke sini, tapi bila dapat tahu tiket masuk yang agak mahal untuk foreigner, dan tak berapa berbaloi, kitaorang decided not to go. Dengan nilai tiket tu bagi Shu, masuk TransStudio lagi murah & berbaloi. Tak ralat sangat la, sebab kitaorang dah visit Kawah Putih yang mempesonakan itu pun dah beruntung. Walaubagaimanapun, masih banyak lagi tourist attraction kat Lembang ni kalau tak ke Tangkuban Perahu. Jom! teruskan membaca.

Kedai Kain M Collection

Sebelum ke Lembang, kitaorang singgah ke Kedai Kain M Collection. Ini lah kedai yang Agus recommend tu. Mulanya memang cancel plan nak ke sini since dah memborong kat Jalan Kopo. Tapi last minute Mr. Hubby kirim kain Telekung Sulam beberapa pasang untuk dibawa balik visit keluarga dia di Pakistan nanti, singgah jugala. Lokasi kedai ni sejalan dengan ke arah Lembang. So, sebelum jalan2, singgah shopping dulu pagi2, we all 1st customer hari tu, haruslah claim harga pecah telur...

Kedainya 2 tingkat, tingkat bawah ada pelbagai pilihan kain pasang sulam dan kain telekong. Shu lupa nak tengok kat atas, tapi kakak Shu jengah, katanya kat atas ada kain batik dan barangan lelaki.


Stick to the plan, kain telekong sahaja dan add-on kebaya top untuk Ajwa material Prada. Time Shu pergi ni, kain pasang Sulam jenis Prada yang latest kataye. Shu tak arif nak terangkan bagaimana materialnya, but nice la kainnya. Pada pendapat Shu, bandingkan dengan Kedai Kain Jalan Kopo, dari segi harga, murah lagi kat Jalan Kopo. Shu ada gak beli kain pasang sulam Prada kat Jalan Kopo dengan harga cuma 130000Rp tapi kalau kat sini harga letak, 170000Rp. Nasib kitaorang hari tu, dapat discount lebih sikit, sebab harga pecah telor kot. Tapi kalau dari segi pilihan, kat sini lagi banyak banyak pilihan. Additional information, kalau datang awal, boleh beli kain kat sini dan tempah terus, dalam sehari dua boleh siap.

Sementara memilih tu, kitaorang dijamukan dengan minuman yang kitaorang boleh pilih. Sebelum berangkat, bergambo dengan owner kedai yang sangat peramah & mesra pelanggan.


Farmhouse Susu Lembang

Masa kitaorang sampai, elok2 je tempat baru dibuka waktu operasinya. Jadi berpusu2 la orang masuk. Walaupun hari berkerja, tetap menerima ramai kunjungan tak kira dari orang tempatan mahupun luar. Secara ringkasnya, tempat ini merupakan sebuah taman yang bercirikan binaan Eropah (ala2 Bukit Tinggi di Malaysia). Terdapatnya petting Zoo, taman Arnab, pelbagai ternakan seperti lembu, kambing. Boleh cuba susukan lembu disini. Specialnya disini ada rumah Hobit macam dalam filem Lord of The Rings. Kalau nak lebih feel Eropah, boleh sewa Traditional costume wanita Eropah. Masa kitaorang visit ni, ada sekumpulan makcik yang sewa costume ni, cantik kitaorang tengok. Disebabkan yang pakai tu ramai, terasa macam betul2 kat Eropah, tambah lagi dengan suasananya yang sejuk dan kehijauan disekitarnya.

Dengan gambaran diatas, this is consider one of the best place for photoshoot. Sebelum masuk, awal2 Agus dah pesan suruh masuk 1 jam sahaja, takut tak sempat ke tempat lain. Hahahahaha... dia dah faham kitaorang yang suka bergambar. So... seterusnya, biar la gambar2 yang berbicara.








Rombongan kanak-kanak sekolah
Sebelum keluar, tukar tiket masuk dengan secawan susu di kaunter khas yang disediakan. Agak besar cawannya, amik masa nak habiskannya. Ada 3 pilihan perisa; Original, strawberry & coklat. Shu pilih Strawberry, sedap, tak manis tak likat, My SIL yang tak berapa minum susu pun boleh terima. Rasa berbaloi dengan system ni, bayar tiket masuk, dapat percuma air. Just like what you give, you get back.


Kopi Luwak Cikole

Next kita visit Kilang Pemprosesan Kopi Luwak. Asalnya tak de plan pun nak datang sini. Shu saje tanye, nak minum kopi sedap kat Bandung ni, terus dia bawak kitaorang ke sini. Sesampai je sini, akan ada seorang jurucakap yang akan sambut kita dan seterusnya menjadi tour guide. Adi jurucakap kitaorang, katanya rules kat sini, kalau nak minum kopi kene tengok dulu bagaimana kopi Luwak ini diproses. Okay... layankan je.. 

Sangat mudah nak faham penerangan si Adi ni ada juga diselitkan unsur2 humor, so tak boring la nak dengar penerangan dia. Panjang step pemprosesannya dan banyak khasiatnya. Jadi tak mustahil la dikatakan kopi paling mahal di dunia. 


Shu berpeluang mendokong musang Luwak yang digunakan untuk menghasilkan kopi Luwak ni. Shu cuma depakan lengan Shu, then Adi letak je musang tu kat lengan Shu, belai2 tu memang idak la kan, takut2 berani je Shu time tu. Tapi Shu sentuh la bulunya, memang lebut dan bersih. Menurut Adi, musang jantan lebih wangi yang berfungsi untuk attract musang betina. yang Shu dokong tu harus lah musang jantan, tak kuasa nak dokong musang betina yang busuk itu. hahahaha..


Finally, baru la dapat duduk nak merasa Kopi Luwak tu. Jap, belum dapat minum lagi, ada lagi explanation, jenis2 peminum kopi bagaimana gaya minum kopi dan selit2 gak ayat marketing. Shu macam pernah rasa sebelum ni, tapi bukan yang pure kopi luwak, maksudnya bukan kopi hitam. Consider ni 1st time rasa real kopi Luwak la. Sepaket kopi tu boleh bancuh untuk 2 cawan. Kitaorang beli sepaket je, pahit sangat kopinya. Walaupun Shu ni peminat kopi, tapi kopi luwak ni, not really to my liking. Dijamukan dengan sejenis kuih traditional, lupa namanya tapi memang kitaorang nak boleh telan kuih tu, rasa rempahya too strong.


Floating Market

This another choice of place to visit bila ke Lembang. Shu memang aimed nak datang sini, yang pastinya nak makan2 lah. Since we had limited time to go for food hunting, let's have it all in here. Macam tempat yang sebelum ni, duit tiket masuk dan parking kitaorang kasi kat Agus tolong bayarkan.
Bergambar di replika Perahu di hadapan main enterance

FYI, tiket masuk tu boleh ditukar dengan secawan minuman. Shu ingat memula tu, kaunter penukaran di main entrance sahaja, tu yang tukar siap2. Kalau tau kat dalam kawasan floating market pun ada, baik tukar je kat situ. Tak perlu la nak bawak ke hulu kehilir cup tu.  Tenang sikit nak berphotoshoot.

Pelbagai pilihan air yang boleh dipilih


Masuk ke kawasan ini, kita boleh expect bukan hanya sekadar floating market semata-mata. Masuk sahaja boleh lihat tasik yang terbentang dan tenang mata memandang dengan susunan lanskap yang menarik. Malangnya, Shu tak mampu nak jejak keseluruhan taman ini sebab floating market tu dah memanggil2, perut pun dah berkeroncong, penat nak jalan pun ye. So kitaorang bergambar kat mana yang kitaorang lalu je.





Agak lama kitaorang singgah ke sini, terus sekali lunch. FYI, urusan jual beli di sini menggunkan token, wang tunai tak diterima. Tapi kalau nak tukar token tu, pandai2 la estimate, sebab lebihan token yang tak digunakan, tidak boleh ditukar semula kepada wang tunai. So, I suggest, round2 dulu visit setiap gerai sampan, pilih apa yang berkenan nak makan, take note of the price per meal, then change coins accordingly. So untuk permulaan, Shu tukar 50000 Rupiah sahaja share dengan Nurul.

Token untuk urusan jual beli
Boleh dikatakan, konsepnya serupa dengan system food court, di sediakan tempat duduk yang banyak. Uniknya, gerai mereka berupa sampan tersusun di atas tasik. Segala penyediakan makanan disediakan di atas sampan. 


Antara makanan-makanan yang kitaorang cuba

Sengaja memilih tempat duduk betul-betul sebelah tasik untuk menikmati panorama yang indah. Lagi2 sebelah tempat duduk kitaorang dipenuhi dengan sekumpulan ikan kaloi yang besar2. Kalau nak kasi makan kat ikan-ikan ni, makanannya boleh di beli dengan harga 5000 Rp sahaja. Kalau ada balance token tu dan dah tak tau nak beli makanan apa, boleh la kasi makan ikan2 ni. 


Rumah Mode (Repeat) - Kartika Sari - Amanda Brownies

Once again, kitaorang visit Rumah Mode sebab Nurul nak beli bag tangan buat hantaran. Semalam dia pegi tengah sakit, so otak tak leh nak fikir betul, masih ragu2. Lepas2 tu baru dia decide nak beli tapi malangnya kaler beg yang dia berkenan tu dah sold out. Alternatively, beli yang same design but different pattern and color.

Then gerak ke Kartika Sari untuk belikan kiriman kawan. Sampai 3 bungkus kawan Shu kirim Bagelan Cheese ni. Shu pun beli gak la satu. Bila dah rasa, sedap okay... rasa rugi plak beli satu. patut pun la masa balik nampak orang2 malaysia berbeg2 bagelan cheese diaorang angkut.


Orang kata brownies Amanda lagi sedap. Tapi bagi Shu lepas dah rasa kedua2nya, brownies Kartika Sari lagi win. Ini merujuk kepada Choc Brownies Bakar. Tapi menariknya, Kat Amanda Brownies ni ada pelbagai pilihan flavour dan harganya yang lebih murah berbanding Kartika Sari. Sebagai contoh brownies kat Kartika Sari berharga 80000Rp, tapi kat Amanda cuma 40000Rp. Bila hujung2 ni, duit dah tinggal tunggu masa nak balik je, haruslah beli yang murah. Brownies kat Amanda ni, better beli nak dekat2 balik, sebab cepat berkulat.


Paskal Food Market

Cawangan Amanda Brownies yang Agus bawa kitaorang ni berhampiran sangat dengan Paskal food Market. Alang2, makan dinner terus lah kat sini. Agak besar kawasannya, kebanyakan tempat duduk under open air, bawah bumbung pun ada tapi limited, ada juga bawah pondok2. Memang betul, sini ada pelbagai pilihan makanan tempatan, tapi kene sangat berhati2 untuk kita yang sebagai muslim, sebab kat sini pun ada jual makanan non-halal. So baca menu elok-elok, tak paham tanye, ragu2 pun tanye. So, disebabkan dah tersampai kat sini, maka kita cari makanan yang selamat lah ye.

Dinner of the day

Water fountain at the entrance of Pascal Food Market

Masa kitaorang datang sini, waktu lewat petang. Orang kata kalau pergi waktu malam lagi happening, ada live band. Lepas makan, terus balik. Plan nak ke Paris Van Java pun cancel. Bila dah kering ni, mood nak jalan2 dah out. Marilah balik dan berkemas untuk pulang esok.

Damage of the day (Tak termasuk Shopping)

Brekafast : 10,000Rp
Ticket masuk Farmhouse Susu Lembang : 20,000 Rp
Parking kereta  : 10,000 Rp
Kopi Luwak secawan : 50,000 Rp / 2 = 25,000 Rp
Ticket masuk Floating Market : 20,000 Rp
Parking kereta  : 10,000 Rp
Belanja makan @ Floating Market : 50,000 Rp
Bagelan Cheese @ Kartika Sari (1) : 46,000 Rp
Amanda Brownies : 65,000 Rp
Dinner @ Paskal Food Market : 48,200 Rp (termasuk minuman utk 2 org)

Total = 304,200 Rp

More entries on Bandung 2016 Trip



No comments:

Post a Comment