Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Tuesday, March 15, 2011

6th & 7th Antenatal check up:

Dah lama tak buat entry pasal check up. Meh nak update skit.

16.2.2011: Booking bersalin di PPUM & 6th Antenatal Check up
* Hospital bersalin sudah booked. Insyaallah baby kami akan dilahirkan di PPUM. PPUM kira dalam kawasan selangor kan. Walaupun dok kat KL, Shu nak baby ni dilahirkan di Selangor dan hospital selangor yang terdekat ialah PPUM.
* Masa booking, file untuk simpan semua rekod si ibu akan dibuka. Memandangkan daftar beranak di PPUM, bermakna selepas ni kene la buat Antenatal check up di PPUM, no more KK Sentul. Kat PPUM dah tak guna buka pink tu, kita akan diberikan kad temujanji sahaja. Selepas file dibuka, terus buat rutin check up seperti biasa.
* Amik darah

9.3.2011: 7th Antenatal Check up
* Berat naik secara normal, kurang daripada 2 kg. Ingatkan akan naik mendadak sebab lately ni Shu banyak makan.
* Sementara tunggu nombor giliran, dengar ceramah penyusuan badan selama 1 jam. Amat berguna.
* Result ujian Pap Smear adalah negatif.
* Stok ubat dari KK masih ada lagi, rasanya cukup sampai next check up.

Doc tanya "Sekarang makan ubat apa?"
Shu jawab la, "Vitamin C, Iron, asid folic & Vitamin B Complex".
Reaksi Doc, "Banyaknya???, kalau dah amik OB min dah tak payah makan ubat2 yg lain. Vitamin2 lain boleh dapat dari sumber makanan. Banyakkan makan daging".
Sekarang ni masih makan lagi sebab nak habiskan stok. Lepas ni dah tak payah makan ubat 4 sekawan tu lagi
=)

Monday, March 14, 2011

Ada apa dengan Nama?

Jumaat lepas, masa on the way Mr.Hubby hantar shu ke tempat kerja, dengar la siaran radio IKIM. Ada talk dari seorang ustaz, Shu tak sure topik apa, tapi ustaz itu ade menyebut pasal "nama" dan Mr. hubby setuju dengan kenyataan ustaz tersebut. Kemudian Mr. hubby bersuara dan menyuarakan isi pandangannya.

Mr. Hubby hairan kenapa orang Melayu suka pendekkan nama sehingga ada yang nama dipendekkan itu membawa makna yang kelakar atau tidak baik.

Cerita Mr. Hubby lagi, satu masa dulu Mr. Hubby pernah berkenalan dengan seseorang;
Orang itu memperkenal diri, "Nama aku Muzammil, tapi ko boleh panggil aku 'Mil', ape nama ko?".
Mr. Hubby jawab, "Nama saya Hamid".
Orang tu, "Ok, aku panggil ko Mid ye".
Mr. Hubby membantah, "No no no, Call me Hamid, no Mid or whatsoever".

Mr. Hubby cakap, Muzammil tu adalah antara nama-nama Mulia Nabi Muhammad s.a.w, kenapa perlu pendekkan jadi 'Mil', apa maksud 'Mil' tu?

Shu pun kene tegur gak, sebab memanggil nama anak sedara Shu sebagai 'UL' yang disingkatkan daripada 'Nurul'. 'UL' tu ada makna ke?. 'Nurul' tu kan maknanya "Cahaya", cantikkan maknanya...

Kalau nama yang dipendekkan itu masih membawa makna yang baik, ianya tidak menjadi masalah. Tapi macam mana pula kalau membawa makna yang tidak baik atau hina?. Kalau nak bagi contoh nama2 yang dipendekkan dan tidak membawa makna apa2 terlalu banyak rasanya seperti Lan (Azlan), Mail (Ismail-Nama Nabi) etc.

Ada jugak Shu argue dengan Mr. Hubby, nama pendek tu senang nak panggil dan diingati atau lebih mesra. Tapi, bila fikir2 balik betul jugak. Susah2 ibubapa kita fikir nama kita sebelum lahir, bagi nama cantik2 serta indah maknanya. Tapi bila keluar kat dunia ni, orang panggil dengan panggilan yang tak bermakna. Shu pernah dengar, orang cakap nama tu umpama doa, sebab itu ibubapa perlu menamakan anak dengan yang membawa makna yang baik. Lagipun, nama yang diberikan oleh ibubapa kita yang akan dipanggil di padang Mashyar nanti.

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda’ r.a. katanya, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu.”

Jadinya, Shu bersetuju dengan pendapat Mr. Hubby. Sebagai permulaan, kene betulkan diri sendiri dahulu. Lepas ni, kalau kenalkan diri dengan orang, kene la kenalkan diri sebagai "Shuhada" dan bukannya "Shu". Tapi "Shu" masih boleh digunakan sebagai nama pena dalam blog kan?.

Then, ini juga boleh dijadikan panduan untuk meletakkan nama anak Shu nanti. Biasanya nama yang mempunyai 2 suku kata lebih senang diingati dan disebut berbanding 3 suku kata.

Lagi satu info, not sure sama ada kita aware atau tidak mengenai isu ini. Sekarang dah tak dibenarkan untuk memendekkan ejaan "Muhammad" kepada 'Muhd' atau'Mohd'. Shu pun tak pasti bila arahan ini dikeluarkan.

Shu ada terjumpa artikle ni masa surf pasal nama. Insyaallah, ianya boleh dijadikan panduan untuk kita memilih nama2 anak2 kita kelak. (klik sini)

p.s: Jadinya, shu dengar talk dari Mr. Hubby sepanjang perjalanan ke tempat kerja jumaat minggu lepas.

Thursday, March 10, 2011

Att to all ladies: Adakah anda sudah melakukannya?


Ujian Pap Smear

Saya sudah =)

Shu buat ujian ni kat Klinik ibu mengandung di PPUM. Alhamdulillah, tiada sebarang sel2 kanser dikesan. Cuma ada bakteria.
Then doc tanya, "ada keputihan tak?".
Shu jawab, "Ada sikit".
Doc bagi ubat untuk hilangkan bakteria tu. Kene sentiasa jaga kebersihan kita punya V. Tapi tu la, kadang2 kita rasa dah bersih tapi bila jumpa doc, ada bakteria pulak.

Anyway, ujian Pap smear tu...

* ianya tidak menyakitkan
* Selamat untuk wanita mengandung

Anda bila lagi???

Untuk Maklumat lanjut lawati website ni 0r tanya uncle Google k.
Sayangilah diri sendiri.


Monday, March 7, 2011

Yeah!!! Giveaway JOM FOLLOW kainlampinsaya dah sampai


Ingat tak shu ada join Giveaway JOM FOLLOW kainlampinsaya. Shu antara peserta yang bertuah dan telah memenagi 1 pc CD Hello Kitty. CD tu dah sampai seminggu yang lepas, tapi baru weekend ni berkesempatan amik kat rumah mak.

Insyaallah, untuk baby nanti Shu memang planning nak pakaikan CD ni. Bila jalan2 baru pakai lampin pakai buang, kat rumah pakai CD aje. Lebih jimat rasanya kalau dibandingkan dengan menggunakan lampin pakai buang sepenuhnya.

Thanks to Elma as penaja giveaway ni and Congrats for 2nd ur pregnancy.

Wednesday, March 2, 2011

Week 31

Sudah masuk 3rd trimester, tengok gambar di atas, belly pun dah membesar bagai juara. Bila masuk fasa ni terasa macam2 perubahan, antaranya;

1. Paling ketara, badan ni rasa panas memanjang. Malam2 tido berpeluh, hari2 tido kalau boleh nak air cond. Time hujan turun pun nak beraircond jugak. Tapi hubby cakap tak panas pun.
2. Kaki selalu cramp bila bangun tidur, bangun je menjerit sebab sakit. So sekarang ni tido, hari2 pakai stokin. Dah tak de masalah cramp.
3. Disebabkan perut yang semakin membesar, jadi tidurnya pun dah kurang selesa. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Tidur terlentang tu sangat menyesakkan.
4. Last week, minggu ke 30, kaki membengkak. Shu harap sangat tak hadapi masalah ni, tapi terkena jugak. Sejak tu, tiap2 malam tidur tinggikan kedudukan kaki. Masalah kaki bengkak dah tak de lagi.