Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, May 6, 2011

3 hadiah cabutan bertuah setiap hari selama 30 hari!!!


STICKY MODE ENTRY 
Sila scroll ke bawah untuk entry yang baru. Kalau belum join, klik link pada entry ni ;)


hi kawan2!!

nak share dengan korang, dalam bulan April ni, says.akan buat 3 cabutan bertuah setiap hari selama 30 hari!!!  Sempena 3rd aniversary says.my 




Apa yang anda perlu lakukan adalah:
1. Pastikan anda pengguna Facebook atau Twitter.
2. Klik link ni says.my
3. Pilih hadiah yang korang suka (best kan boleh pilih2 hadiah). Shu pilih yang kat bawah ni.

4. Submit
5. Share any of the campaign dengan rakan2, setiap unik klik daripada kawan2 akan menambahkan peluang untuk menang. Shu promote kempen yang ni. Sila klik pada image ye kawan2 =)


Setiap hari pada pukul 6, Says.my akan buat cabutan bertuah. Tapi bukan semua hadiah yang kita pilih tu, leh dapat ye.

sape2 yang belum join,  . 

cepat2 join. Klik link bawah ni ye.


Cuba aje. 

03.05.11

Alhamdulillah. Our Little prince in the house. Now, I am a mother to ....

 محمد ثقلین 
 
Day 1: Fresh from mama's womb
Full Name: Mohammad Saqlain bin Hamid Mehmood
D.O.B: 3rd May 2011 (delayed 2 days from EDD)
Time: 10 am
Gender: Male
Weight: 3.216 kg
Length: 48 cm
Head measurement: 33 cm
Delivery mothod: SVD (Normal)

Monday, May 2, 2011

Baby Stuff: Wish List

Barang2 baby yang ada sekarang ni cuma keperluan asas je. Kalau nak beli semuanya serentak, memang budget tak de. So, kumpul2 duit dulu, lepas pantang nanti sambung shopping lengkapkan apa yang tak de dan memenuhi keinginan mummy ni. As usual, kene ada list dulu, 



1. Baby Rocker
Adore sangat dengan SKEP Baby Rocker ni. It's colorful with canopy and looks cute too. The cheapest yang pernah Shu survey dari Baby World dengan harga hanya RM125. Biasanya kalau design macam ni mesti above RM200++.
2. MAM - Ultivent Anti-Colic Feeding Bottle (5oz /160ml) and (9oz/260ml). Semestinya free BPA.
Hold dulu buat sementara waktu. Dah ada 4 botol dah.
3. Home and Car Bottle warmer (kalau travel dengan kereta senang nak panaskan EBM).
4. Sterilizer 
5.Munckin Deluxe Bottle Drying Rack / The First Years: Spinning Drying Rack and Organizer ( Suka yang spinning tu tapi mahal sikit. Maybe go for Munckin tu.)
6. Safety 1st - Hospital Choice 1st Health Care Set yang mengandungi:-
  • Digital thermometer
  • Nasal aspirator
  • Medicine spoon
  • Medicine dropper
  • Fold-up nail clipper
7. Cloth Diaper (langkah penjimatan jangka masa panjang)
8. Pillow & Bolsters Set Cover + Playpen Fitted Sheet (yang ada sekarang ni serba satu je. Cover mestila kene tukar2 kan. Kebersihan tempat beradu baby harus dijaga. )
9. Pillow & Bolsters Set (buat masa ni ada 1 je, tu pun untuk baby cot)
10. Baby Carrier / Baby Sling (ni tak decide lagi nak beli yang mana 1. Still surveying lagi. Mana yang bagus ek?)
11. Simple Dimple Shield Bug Diaper Bag (Back pack senang nak bawa gi jalan2. Maybe redeem dari Bonuslink point) 
12. Milk Storage Organizer (this one tak sure  nak beli ke tak sebab price quite expensive. Tapi macam teratur je bila EBM letak dalam organizer ni).


Sunday, May 1, 2011

Baby's Gift:1st Baby Hamper

Hari Rabu lepas adalah hari terakhir Shu bekerja di office. Petang tu, join con call, adalah lebih kurang 1 jam. Selesai con call, balik ke cubicle, Shu nampak sesuatu di atas meja.

Jeng! Jeng! Jeng

My 1st baby's hamper dan New Born diapers.

Mestilah terkejut, sebab tiba2 hamper atas meja, pastu tak de kad pulak tu daripada siapa.
Rupa2nya hamper ni daripada my team members. Menurut cerita mereka, mereka beli gift ni cepat2 sebab takut tak sempat nak bagi kat Shu memandang hari tu adalah hari terakhir Shu bekerja di office. Tambah pulak Shu buat last minute notice. Oh! so sweet, love all of u guys.

Cerita pasal team member dalam projek, Shu sangat suka bekerja dengan team sekarang ni. Mereka suka tolong menolong antara satu sama lain. Kalau ada masalah dengan kerja, tanya je dengan orang yang berkenaan, pasti akan dibantu, benda yang susah pun jadi senang. Bila masa kerja, masing2 kerja sungguh2. Ada masa2 gak kitaorang main2. hehehe.... 2 bulan bercuti, pasti Shu akan rindukan suasana office, lebih2 lagi team Shu.

Anyway, This is my 1st baby hamper consists of  baby clothes set, baby wipes and 3 feeding bottles with different sizes. I love it so much and can't wait to put on my baby. Nampaknya feeding bottle kene keluarkan daripada list shopping lepas pantang la ye. Dah ada 4 la sekarang ni.

My Dear baby, say thank you to Aunty Janet, Aunty Ayu, Aunty Yuzreen, Aunty Recco, Aunty Sophia, Aunty LuPinn and Uncle Lawrence (the only guy in my team) ok =)


Saturday, April 30, 2011

My last day working before maternity leave

Helloooo.... Baby still inside mummy's womb ;)

Ni baru lepas siapkan kerja yang terakhir. Lega rasanya tapi terpaksa lepaskan kerja2 di office dengan rasa SANGAT berat hati. Kerja terakhir handover pada Ms. Ayu. Harap2 dia faham la script yang Shu buat. Alaaa.. senang je ayu. Kalau ade problem buzz je Shu kat YM ye.

Then, sempat lagi check email keje. Ada new email, then forwardkan kepada relevant team member. Oh! tak lupa juga setkan Automatic Reply - Out of Office untuk email office.

Cerita Rabu lepas, balik office selepas check up, terus apply maternity leave, gara2 doc cakap dah buka 2 cm. Takut pulak terberanak dalam office. Then, run mana2 instances yang belum execute lagi, sempat lagi join con call. Sebelum balik, kasi clear cubicle, tanggalkan apa2 kertas yang bertepek kat wall cubicle, simpan semuanya dalam pedestal. Khamis dan semalam, Shu work from home. Minggu depan dah start maternity leave.

Ikutkan hati ni, Shu nak keje lagi seminggu, tapi keadaan tak mengizinkan. Mesti orang cakap Shu gila kan?. Ye, memang Shu gila, Gila KERJA..... hahahaha. Entahla, tak tau nak cakap macam mana. Shu memang suka bekerja ok. I LOVE my JOB so much....Walaupun sekarang Shu bekerja dalam bidang yang bukan passion Shu, tapi Shu sentiasa pujuk hati Shu, ini yang terbaik yang telah ditentukan untuk Shu. Shu sedang berusaha untuk mencapai kepuasan dalam bekerja dan Shu harap boleh dapatkannya di tempat Shu bekerja sekarang. Masa Shu join company ni, Shu tengah mengandung, so Shu kerja pun biasa2 je, dan pastikan Shu tak berada dalam keadaan tertekan.  Alhamdulillah, Shu bekerja dalam projek yang Shu masih boleh kawal paras tekanannya. Bila bakal menimang cahaya ni, passion terhadap kerja makin membuak2. Shu dan Mr. Hubby kene kerja rajin2, kukuhkan financial family bagi menjamin masa depan kehidupan kami sekeluarga. Hidup kat KL ni, mana boleh harapkan 1 sumber pendapatan sahaja. Shu harap, bila balik ke office setelah habis cuti bersalin nanti, Shu dapat teruskan keinginan Shu dan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Tak dapat bayangkan la 2 bulan tak pergi kerja nanti macam mana la keadaan Shu. Maybe next 2 months is another story kan? bila dah 24/7 mengadap si kecik nanti ;)

Tapi, walau hebat dan suka macam mana pun terhadap kerja, Shu selalu ingatkan diri ini yang "Shu adalah seorang isteri, ada SUAMI yang perlu dijaga, tak lama nanti jadi Ibu, ada ANAK yang perlu diberi perhatian".

Anyway, i got surprised on my last day in office. Nanti Shu share kat next entry k.

p.s: Malam tadi mimpi pergi London. Apakah?