Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, August 23, 2013

The busy Friday

Hari jumaat yang sepatutnye leisure2 tetapi tidak untuk hari ini. Meeting, UAT.... rasa masa sangat singkat.
This week is 38th week of my pregnancy. Rasa macam nak beranak segera kerana Shu mahu rehat.
Pic bawah ni baru capture, tengah meeting. Huahahahaha....

Monday, August 5, 2013

Makanan wajib untuk berbuka puasa

27 Ramadhan  dah pun, baru nak up entry pasal menu buka puasa. Bukannye ape, selama ni tak sempat nak snap picture, makanan dah ngap dulu, nak amik gambar dah tak cantik dah. 

Sejak dah berkahwin ni, cara Shu berbuka puasa dah berubah disebakan hubby's influence. Dulu2 kalau buka puasa mesti nak kasi penuh meja, kuih-muih 2-3 jenis, air pun 2-3 jenis dan semuanya air sejuk. Pastu bila berbuka mesti minum air sejuk flavoured bergelen2 bergelas2. Duduk mengadap makan berjam2 pun masih mampu lagi. Pastunye amal ibadat ntah kemana (Ya Allah, ampunkan kekhilafan hambamu ini).

Tapi semunya berubah bila dah kahwin ni. Mr. Hubby corak pemakanannya lebih simple, makan apa yang perlu. Since he's Pakistani, so he prefer to have the ordinary pakistani dish for iftar. But definitely it's not ordinary for me but I love it. Sepanjang Ramadhan ni kitaorang ada menu wajib yang mesti ada tiap2 hari. Mr. Hubby memang takkan jemu to have it everyday. Dan untuk menggembirakan Mr. Hubby, isterinya ini pun cuba tak jemu-jemu menyediakan dan menikmati makanan yang sama tiap-tiap hari.

So hidangan wajib untuk berbuka puasa kami adalah :-

1) Fruit Chaat - Fruit salad sprinkled with chaat masala.
Kita biasa makan salad buah dengan mayonise kan? tapi pakistan style salad buah diaorang mixed with serbuk rempah. Frankly speaking I love this too much compare tu fruit salad with mayonise. Mr. Hubby suka sangat kalau shu yang prepare this dish for him. Dia cakap kalau dia yang buat tak sama sedap macam Shu buat (Owhhh... i feel blessed).

Fruit Chaat
2) Pakora - A deep-fried vegetable fritter made with a spiced chickpea-flour batter.
Erti kata lain, pakora adalah cucur pakistan, tapi instead of guna tepung gandum, pakora guna tepung kacang kuda & mixed with vegetables . This dish Mr. hubby yang prepare, as long as he's at home, he'll prepare for it without fail. Biasanya Mr. hubby mixed dengan ubi kentang, onion and spices je. I tell you, pakora ni sangat sedap tau dan makan panas2 sangat mengancam. Bagi other family member's yang pernah berbuka dengan kitaorang, diaorang pun cakap pakora ni sedap. I tak tipu tau.
Pakora
3) Chana chaat (White chickpeas / kacang kuda chaat) - Salad of boiled chickpeas and potatoes with tomato, onion and spices.
This dish tak de la buat hari2 sebab nak rebus kacang kuda ni amik masa yang lama. So, biasanya Kitaorang akan prepare dish ni on weekend je atau bila shu work from home. Kacang kuda ni mixed with yogurt, potato, onion, tomato & coriander leaves. Not my favorite but the taste not bad.

Chana Chaat (White chickpeas @ kacang kuda chaat)
Kalau tengok dishes kat atas ni cuma kategori Appertizer je, tapi sebenarnya mampu membuatkan perut Shu dan Mr. hubby penuh. 

Normally masa buka puasa, kitaorang akan makan sebiji kurma, Shu akan berbuka dengan secawan minuman panas (teh -o, kopi, coklat etc...), makan 3-4 biji pakora, semangkuk kecil fruit chaat, semangkuk kecil chana chaat, then kitaorang masuk solat. Lepas selesai solat baru sambung makan. Since mak tinggal dengan Shu, nasi dan lauk masih ada. Tapi shu akan makan nasi lambat sikit, tu pun kalau lapar, kalau tak lapar memang makan nasi masa bersahur je.

Sekarang ni, Shu prefer buka puasa kat rumah dan makan makanan yang disediakan sendiri. Boleh kira dengan sebelah jari berapa kali kaki Shu ni masuk Param. Tu pun sebab teringin nak makan murtabak, 2nd time sebab family kakak datang dan anak2 dia pun ada menu wajib, so cari kat param. 3rd time sebab berbuka kat rumah port klang, sampai je rumah mak, tak sempat nak masak banyak. Lagi pun Mr. hubby tak suka nak pergi tempat sesak2 ni. But, It's OK, change for good.

Shu expect perubahan yang seperti ini apabila Shu berkahwin dan Shu bersyukur dapat pasangan yang sentiasa bawa Shu supaya bersederhana dalam apa sahaja.

Friday, August 2, 2013

2nd MGTT

Week 34 - Tadi baru lepas minum air gula untuk yang kedua kalinya untuk 2nd pregnancy. 1st MGTT result 7.3 which very near to diabetic. Hmmm... so kene buat 2nd test. Hopefully this time result adalah normal.
Rumah dan klinik jaraknye sekangkang kera je. Balik dulu ar, tak kuasa nk bertapa lama2 kt klinik. Jap lagi pergi semula utk amik darah, then chow pergi kerje.
By the way, ini entry untuk test upload entry guna Blogger-droid.
Kt bawah ni latest pic ibu mengandung.

Friday, July 5, 2013

Nilai di sebalik ganjaran itu lebih penting

Jumaat yang penuh barakah, tiba-tiba didatangi rezeki yang bergolek. Ehhhh.... ini rezeki datang tak bergolek tau.... rezeki ini datang dengan melakukan kerja yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh dan ianya datang dari Allah.

Jusco Voucher RM10 x 10 with notes

Hari ni Shu dapat voucher Jusco RM100 daripada my test manager. Ini adalah hasil daripada the first project that I worked on after I joined this company. No need to mention what project it was, but this was the project that I worked alone, no teammate and only depend on the guidance from my Test Manager, Pam. Cabarannya, very very tight dateline, test manager yang perfectionist (just imagine what i mean is that there will be checkpoint meeting twice in a day, too much comments, work review everyday... blah... blah... blah...) and of course too much pressure. After all, I realized it gave so much benefits to me especially in delivering the project on time no matter what.

Alhamdulillah, we managed to deliver this project successfully. As a result, this project was announced  as one of the successful project after it's being implemented. The users are happy with the application and it give big impact to the company. Huh, puas hati.

Nilai voucher ni memang tak besar pun, Tapi besarnya NILAI itu bila kerja kita dihargai. Barulah motivasi bekerja itu akan meningkat. Bila motivasi kerja meningkat, kita akan sentiasa bekerja dengan penuh kesungguhan, dan kesungguhan itu yang memberikan keberkatan pada setiap sen gaji yang diterima pada setiap hujung bulan.

Ape2 pun Shu bersyukur, voucher ni boleh tambah2 untuk beli keperluan bagi menyambut baby ke-2 nanti :)

Monday, July 1, 2013

Detail scan @ week 21

Sewaktu kandungan  kedua berusia 21 minggu, Shu pergi buat Detail scan & 3D/4D scan. Masa 1st pregnacy pun Shu ada buat detail scan (entry di sini). Pada pandangan peribadi Shu, detail scan ni penting, bukan sahaja kita dapat lihat perkembangan bayi dalam kandungan secara terperinci, malah dapat mengesan sebarang ketidaknormalan pada fizikal bayi & tumbesaran.

Shu nak cerita terperinci hasil keputusan detail scan pun tak berapa ingat sebab shu buat ni dah lama. Sekarang shu dah 29 minggu pun. Tapi menurut sonographer Jezlyn, tumbesaran bayi adalah normal dan mengikut jadual. Alhamdulillah...

Kat bawah ni Shu upload imej yang telah diambil semasa detail scan berlangsung. Sesi detail scan hanya boleh dilakukan dengan paparan imej 2D.

Imej my 2nd baby

Imej Otak

Tak pasti imej apa ni, rasanya kedudukan buah pinggang kot.
Boleh nampak tulang kerangka bayi juga.

Detail scan report (1/4)

Detail scan report (2/4)

Nak tau jantina baby, tengok report berikutnya :)
Detail scan report (3/4)

Detail scan report (4/4)

Seterusnya, jom tengok hasil 3D/4D scan plak. Tak senang tau nak capture imej 3D/4D ni. Baby tak nak bagi kerjasama, leh tidur plak tu. Lepas habis detail scan, Ms. Jezzlyn suruh jalan-jalan 10 minit dulu dengan harapan baby akan jaga dan bergerak aktif. Tapi still baby tak bagi sepenuh kerjasama. So, ini je lah hasilnye..

Imej tangan tutup telinga

Imej tangan tutup telinga (2)

Kali ni angan dah tak tutup telinga
Bak kate hubby, nampak gayenye, gen mama lagi kuat, sama macam abangnye, hidung tak tinggi. Huh!. We will see soon anyway.

Untuk detail scan ni Shu booked online dari website BAYI-IBU.com. Ms. Jezzlyn buat detail scan ni di 3 tempat iaitu Shah Alam, Ampang dan Seri Kembangan. Shu pilih tempat yang paling dekat dengan rumah Shu kat Seri Kembangan di mana ia beroperasi di alamat yang berikut:-

Poliklinik An-Nisa'
No.5, Jalan BPP 8/1 Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor
43300, Malaysia

Berikut senarai harga bagi setiap pakej:-

3D/4D Scan Charges : RM120 ( include 3D picture and video in CD and 1 4R Colour Print Out)

2d Detail Scan Charges : RM150 ( Check for anomaly in 2D scan, for 20-24 weeks only! )
3D/4D Scan + 2d Detail Scan Package : RM220 --> Shu ambil pakej ni.

2D scan : RM50 (only for ampang and seri kembangan area)



For twin:

3D/4D Scan Charge : RM130 (include 3D picture and video in CD and 2 4R Colour Print Out)
2d detail scan : RM280
3D/4D Scan + 2d Detail Scan Package : RM320


Personally, I think it was a reasonable price for detail + 3D/4D scan which included 1 printed 3D/4D image and CD which consists of all captured images and videos.

For further info kindly visit their website or visit their facebook page.