27 Ramadhan dah pun, baru nak up entry pasal menu buka puasa. Bukannye ape, selama ni tak sempat nak snap picture, makanan dah ngap dulu, nak amik gambar dah tak cantik dah.
Sejak dah berkahwin ni, cara Shu berbuka puasa dah berubah disebakan hubby's influence. Dulu2 kalau buka puasa mesti nak kasi penuh meja, kuih-muih 2-3 jenis, air pun 2-3 jenis dan semuanya air sejuk. Pastu bila berbuka mesti minum air sejuk flavoured bergelen2 bergelas2. Duduk mengadap makan berjam2 pun masih mampu lagi. Pastunye amal ibadat ntah kemana (Ya Allah, ampunkan kekhilafan hambamu ini).
Tapi semunya berubah bila dah kahwin ni. Mr. Hubby corak pemakanannya lebih simple, makan apa yang perlu. Since he's Pakistani, so he prefer to have the ordinary pakistani dish for iftar. But definitely it's not ordinary for me but I love it. Sepanjang Ramadhan ni kitaorang ada menu wajib yang mesti ada tiap2 hari. Mr. Hubby memang takkan jemu to have it everyday. Dan untuk menggembirakan Mr. Hubby, isterinya ini pun cuba tak jemu-jemu menyediakan dan menikmati makanan yang sama tiap-tiap hari.
So hidangan wajib untuk berbuka puasa kami adalah :-
1) Fruit Chaat - Fruit salad sprinkled with chaat masala.
Kita biasa makan salad buah dengan mayonise kan? tapi pakistan style salad buah diaorang mixed with serbuk rempah. Frankly speaking I love this too much compare tu fruit salad with mayonise. Mr. Hubby suka sangat kalau shu yang prepare this dish for him. Dia cakap kalau dia yang buat tak sama sedap macam Shu buat (Owhhh... i feel blessed).
Fruit Chaat |
2) Pakora - A deep-fried vegetable fritter made with a spiced chickpea-flour batter.
Erti kata lain, pakora adalah cucur pakistan, tapi instead of guna tepung gandum, pakora guna tepung kacang kuda & mixed with vegetables . This dish Mr. hubby yang prepare, as long as he's at home, he'll prepare for it without fail. Biasanya Mr. hubby mixed dengan ubi kentang, onion and spices je. I tell you, pakora ni sangat sedap tau dan makan panas2 sangat mengancam. Bagi other family member's yang pernah berbuka dengan kitaorang, diaorang pun cakap pakora ni sedap. I tak tipu tau.
Pakora |
3) Chana chaat (White chickpeas / kacang kuda chaat) - Salad of boiled chickpeas and potatoes with tomato, onion and spices.
This dish tak de la buat hari2 sebab nak rebus kacang kuda ni amik masa yang lama. So, biasanya Kitaorang akan prepare dish ni on weekend je atau bila shu work from home. Kacang kuda ni mixed with yogurt, potato, onion, tomato & coriander leaves. Not my favorite but the taste not bad.
Chana Chaat (White chickpeas @ kacang kuda chaat) |
Kalau tengok dishes kat atas ni cuma kategori Appertizer je, tapi sebenarnya mampu membuatkan perut Shu dan Mr. hubby penuh.
Normally masa buka puasa, kitaorang akan makan sebiji kurma, Shu akan berbuka dengan secawan minuman panas (teh -o, kopi, coklat etc...), makan 3-4 biji pakora, semangkuk kecil fruit chaat, semangkuk kecil chana chaat, then kitaorang masuk solat. Lepas selesai solat baru sambung makan. Since mak tinggal dengan Shu, nasi dan lauk masih ada. Tapi shu akan makan nasi lambat sikit, tu pun kalau lapar, kalau tak lapar memang makan nasi masa bersahur je.
Sekarang ni, Shu prefer buka puasa kat rumah dan makan makanan yang disediakan sendiri. Boleh kira dengan sebelah jari berapa kali kaki Shu ni masuk Param. Tu pun sebab teringin nak makan murtabak, 2nd time sebab family kakak datang dan anak2 dia pun ada menu wajib, so cari kat param. 3rd time sebab berbuka kat rumah port klang, sampai je rumah mak, tak sempat nak masak banyak. Lagi pun Mr. hubby tak suka nak pergi tempat sesak2 ni. But, It's OK, change for good.
Shu expect perubahan yang seperti ini apabila Shu berkahwin dan Shu bersyukur dapat pasangan yang sentiasa bawa Shu supaya bersederhana dalam apa sahaja.
No comments:
Post a Comment