Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Monday, February 28, 2011

1st gift for baby from UK

Yeah.... Cik Natrah (ex-housemate) baru balik dari UK. Dia bawak ole2 untuk baby.


Set Romper, 7 helai kesemuanya. So cute, I like...
Mr. Hubby cakap, "Baby tak keluar lagi dah dapat hadiah =)".
Alhamdulillah, Inilah rezeki anak namanya.
Thank you so much Cik Natrah.
My Baby, say Thank You to Aunty Natrah ok.

Tuesday, February 22, 2011

Baby Stuff: Barut dan Tungku 7 herba

Barut dan Tungku bayi sudah ada, order online dari mybabycomel. Harganya yang berpatutan dan delivery yang sangat cepat. Lagi2 pulak beli pada bulan Februari ni dapat diskaun.



Shu order 2 set dan total semua adalah 10 helai. 1 set barut bertali kain cotton warna putih dan 1 set barut Zap On kain flannel macam2 kaler. Semuanya Medium saiz, bolehla baby pakai lama sikit. Puas hati dengan jahitannya, kemas dan cantik, mak pun cakap macam tu.



Tungku 7 herba ni pulak guna untuk tuam bayi bagi menghalang angin masuk ke badan bayi yg akan mengakibatkan kembung perut. Actually banyak je fungsinya. Kalau nak order dan mendapatkan maklumat lanjut boleh lawati website berikut dan berhubung dengan Kak Mazlin.




Saturday, February 19, 2011

Linda, Meatball, Ikea, Tutti Frutti

Masa public holiday Maulidur Rasul, hubby kene kerja dan Mr. Hubby gi keje tak bawak kete Apa lagi amik peluang la panjang langkah hang out dengan Linda (ex-colleagues at Nexbis). lama tak jumpa linda. Linda ni kawan baik masa kat nexbis, ajak lagi sorang kawan baik, Suhada tapi dia tak dapat join. Jadi kami berdua saje.

Finally, buat pertama kalinya merasa jugak makan Beef Meatball dari Ikea ni. Daripada dulu teringin nak cuba. Not bad dan berbaloi2. Lagi syok hari tu adalah hari Selasa dan harganya hanya RM8 untuk 10 biji meatball. Normal price RM10 ye kawan2. Lama gak la lepak2 kat food court tu.

Then bergerak masuk ke shoroom Ikea. Konon2 tak nak beli apa2, bila masuk, melilau je mata ni, grab gak la 2-3 barang keperluan rumah. Sambil2 tu survey storage untuk letak barang2 baby. So, dah aim beberapa barang, lepas pantang nanti baru beli. Seronok jalan kat Ikea ni, sumber inspirasi untuk decorate rumah, tunggula bila ada rumah sendiri, mahu jugak shu memborong kat Ikea ni.

Dah habis round ikea sampai lenguh kaki ni dibuatnya, kitaorg lepak pulak kat Tutti Frutti. Ni pun 1st time jugak jejakkan kaki di sini. Selalu dengar kawan2 update pasal Tutti Frutti kat fb. Kali ni biar Shu sendiri yang cuba. Tutti Frutti ialah Frozen yougart dan harganya mengikut berat, rm5.30 per 100 gram (No fixed price).
Untuk percubaan pertama kali, kitaorang pilih perisa Tutti Frutti dan Vanilla, letak topping buah peach, kiwi dan nata de coco. Topping pun boleh pilih sendiri dan amik la berapa banyak yang korang suka tapi nanti tunngu je la harganya macam mana. Oh my god, untuk 1 cup kecil ni harganya 23 hengget. Nasib baik share dengan Linda. Flavor Tutti Frutti sedap, tapi vanilla tu tak rasa macam yougart pun (no taste).


Thanks to Linda untuk Tutti Frutti ni dan menemankan ibu mengandung ini daripada kesunyian sorang2 di rumah ;)

Thursday, February 10, 2011

5th Checkup: MGTT result is OK

Rutin checkup adalah seperti biasa, kali ni tak tunggu lama sangat, jadi sempatla masuk kerja seperti biasa. MGGT result dah dapat, yeahh... alhamdulillah, Kandungan gula dalam darah adalah pada paras normal. Memang risau betullah dengan kencing manis ni. Maklumla.. dah memang ada keturunan kencing manis. Memang berhati2 dengan pengambilan gula dan makanan2 manis.

Keputusan checkup macam kat bawah ni:-
Urine --> OK
Tekanan Darah --> OK
Berat --> OK - Naik 2kg (berat naik ikut jadual)
HB --> NOK - 10.7 (Naik 1.1 daripada bulan lepas)
Denyutan Janin --> OK - Normal


Overall, checkup kali ni puas hati.
Walaupun HB belum mencapai paras selesa tapi Shu happy sebab naik banyak daripada bacaan bulan lepas. Ada perkembangan positif, lepas ni kene gigih makan pil iron tu.
Mulai hari ni jugak dah kene kira pergerakan baby. Nurse pesan kene bawa buku pink tu kemana2 saja. Asalkan baby gerak, terus tick. Dan selepas ni, mula la rutin checkup 2 minggu sekali. Mahu lenguh nak ulang alik ke KK pasni... huhuhuhu...

Wednesday, January 26, 2011

Baby's stuff 1: From BabyLove warehouse sale

Seperti yang diwar2kan sebelum ni (klik untuk lihat entry), pergi masa first day opening, memang sesak sangat2, susah nak pilih2 barang. Masa tengah2 shopping, terjumpa dengan blogger Cuna, dia pun tak nak melepaskan peluang untuk grab baby's stuff dari jualan gudang ni.

Shu sudah pun mula membeli barang2 baby. Ini baru 1st phase shop for baby's stuffs. Tak semua barang dalam ada kat warehouse sale tu. Sebelum shopping memang dah buat survey market price untuk barang2 yang hendak dibeli. So, agak murahla barang2 kat warehouse tu.


Bath tub


Towel & 6 pieces washcloths


Baby cot bedding set (7 in 1) & Pinholes synthetic mattress


Rompers set (4 helai romper dan 6 helai sapu tangan)
Mula2 ingatkan yang gulung2 tu socks, bila buka rupa2nya washcloths. So total sekarang ada 12 helai washcloths. Banyaknyer...


Baju tidur baby 3 helai dan sehelai jumpsuit
Baju nak kene tambah lagi sikit, tapi untuk baju lengan panjang dan seluar panjang dah cukup la kot.

Mittens & Bootees (2 sets) + 1 cap
Agak2 cukup tak ni. Orang pesan jangan beli banyak2, nanti ada orang bagi. Tapi ada ke orang nak bagi hadiah kat baby kitaorang ni?

Adjustable Infant Wrap @ Bedung bayi moden, RM28


2 helai blanket (with and without hood each)


Baby's traveling bag
Beg ni untuk letak barang2 baby untuk dibawa ke hospital bila hendak bersalin nanti.

Ni actually tak de pun dalam list, tapi macam cute je benda alah. Try beli, mana tau dengan mainan ni boleh buat baby leka kan.
Play Gym


Bukan sekali je pergi warehouse sale ni, hari Sabtunye kitaorang datang lagi untuk beli baby cot dan stroller. Konon nak beli lepas habis berpantang nanti, tapi Mr. Hubby cakap, alang2 dah murah ni, beli aje la. Tapi kali ni pergi, tak sesak pun macam 1st day kitaorang pergi. Nak pilih2 barang pun senang sangat, tak payah beratur panjang nak bayar. Kalau tau, datang je hari sabtu. Lupa nak snap gambar untuk stroller dan baby cot yang dibeli, tapi lebih kurang macam kat bawah ni la.


Baby Cot warna putih
Harga baby cot ni cuma RM150, tu yang grab terus walaupun rancangan asal nak beli lepas deliver nanti. Baby cot ni pilih warna putih sebab nak padankan dengan set bilik tidur kitaorg ;)

Sekarang ni tinggal nak beli baby's toiletries. Bila la Pureen atau Anakku nak buat warehouse sale ni. Lepas tu cukup dah barang baby. Kalau ada info, bagi tau k.