Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, October 21, 2010

2nd Check up: Ambil Sample Darah

Hari ni ada clinic appointment, awal2 lagi cik shu dah apply medical leave. Last round pergi kan lama, so this round pun apply la cuti. Hari ni, awal2 pagi dah bangun, dan awal2 pagi dah sampai di KK. Bila melangkah, tak ramai orang, bagi buku check up kat kaunter dan ambil nombor. Uhhhh... no yang pertama, terus di suruh ke bilik 12. Tunggu lebih kurang 10 mins, sekejap je orang dah ramai. Fuhhh... nasib baik datang awal, lewat sikit ntah no berapa la dapat.

So, pergi 2nd check up ni untuk ambil sample darah. Untuk apa sample darah ni?. Nurse tu cakap untuk mengetahui kumpulan darah, kepekatan darah merah dan mengesan jika menghidap sebarang penyakit kelamin. owh... baru tahu motif.

Macam mana sample darah diambil? Nurse tu ambil darah kat lengan belah kanan. Sebelum tu kene bukakan tangan dan genggam kuat2 biar timbul urat. Besar gak jarum injection tu, ala2 jarum nak amil darah untuk orang2 yang derma darah. Kalau tak berani, jangan tgk k. Sakit ke? Sakit la sikit, tapi sakit yang boleh ditahan. Nasib baik tak de masalah, sekali sedutan sahaja. lepas tu selesai dan boleh balik.

Huh, kejap nye, jam kat tangan pun belum kul 8. Kalau g keje pun kul 8 baru bangun. Macam mana ek, So decide, cancel leave dan masuk keje. Next check-up lagi 2 minggu.

1st Check Up : Buat buku Pink


Cik Shu dah buat buku pink. Maka bermula penjagaan kehamilan secara teratur. Macam lambat pulak buat buku pink ni sebab dah nak masuk minggu ke 11 baru nak buat. Rasanya bakal2 ibu yang lain, dah buat cepat2 sebaik sahaja mereka dapat tahu yang diaorang sudah mengandung. Buku ni dibuat last week, 12/10/10 tapi baru hari ni nak masuk entry. hihihi... mood nak update blog baru datang.

Buku pink ni boleh la dibuat di Klinik kesihatan yang berhampiran dengan rumah. Cik Shu buat kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Sentul. Datang pagi2, cik shu sampai klinik seawal 7.30 pagi dan di temani Mr. Hubby. Walaupun kami datang awal2 pagi, sudah ramai ibu2 dan bakal2 ibu yang sudah berada di dalam klinik tu. Untuk pendaftaran, hendaklah dibawa bersama Kad pengenalan, Salinan Kad Pengenalan, salinan kad pengenalan Suami, bil api/air dan sijil nikah yang original. Tapi that day, cik shu bawa salinan sijil nikah, mereka tak terima, nasib baik ada kad nikah kat dalam purse, kalau tak, tak pasal2 kene patah balik rumah amik sijil nikah. Bila dah bagi semu dokumen2 tu, nurse kat kaunter pendaftaran bagi nombor giliran. Masa tu nurse dah pesan, pendaftaran baru akan amil masa yang lama lebih kurang 2 jam. Amboi... lamanyer. Tunggu je la.

Untuk 1st check-up ni, nurse akan buat interview skit, tanya sejarah perubatan diri, sama ada menghidap penyakit kritikal atau ada apa2 alahan. Then ambil darah untuk HIV test. Kemudian amik ukuran berat, tinggi, urine test dan tekanan darah. Then consultation again, check keadaan badan, ambil ubat dan date untuk next check-up.... Done. Kenapa kene amik masa 2 jam? Sebab.... tiap-tiap part tu diambil dibilik yang berlainan. So setiap kali tu kene tunggu angka giliran. Makanya, lebih kurang pukul 11 baru la habis.

Di bilik yang terakhir tu, cik shu mintak surat MC. yahooo.... MC 1 hari. Boleh je masuk keje after lunch tu . tapi penat la. dah la bangun dan keluar awal2 pagi. Biasanya kalau keje pun, kul 8 baru bangun. Balik rumah keletihan, terus tidur sampai 3 petang.

Wednesday, October 20, 2010

Minggu ke 12 sudah

Cukup rasanya cerita pasal perkahwinan. Next time, kalau tiba2 terimbas kenangan perkahwinan, akan dimasukkan disini. I have moved to the new phase in life. I'm pregnant ya. Pregnancy ticker pun sudah dinaikkan, dan minggu ini sudah masuk 12 minggu kehamilan.
Actually cik shu sendiri tak expect rezeki nak datang secepat ini. Seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ini (di sini), lepas kahwin, perancangan cik shu nak cari kerja baru. Jadi harap2 biarlah at least habis probation kat tempat baru baru pregnant. Tapi my hubby nak ada baby secepat mungkin, tak bagi buat family planning. Sebab dia takut jadi macam kawan2 dia, planning punya planning, bila tiba waktu planning nak baby, tak dapat2. Rata2 kawan2 dia pun advice yang sama. Kiranya, jangan tolak ketentuan Allah. Kalau rezeki nak ada anak tu cepat, redhakan saje. Cik Shu pun risau jugak, yer la sebab kan baru kahwin, financial tak berapa baik. Tapi my hubby cakap, jangan risau dengan rezeki anak. Itu bukan kerja kita, itu kerja Allah. Rezeki anak tu mesti ada.

Nak dijadikan cerita, period cik shu sudah lewat 2 minggu. Tapi tak suspect pun pregnant, sebab jadual memang selalunye tak tepat. Lagi pun tak de pening2 dan muntah2 pun. Seronok la period tak datang2, waktu tu bulan puasa. Harap2 sangat period tak datang sampai ke hujung Ramadhan, tak yah la ganti puasa. Leh puasa penuh. Tapi sepanjang bulan puasa tu mata ni asyik mengantuk je. Keje bukan banyak pun. Tapi letih tu macam orang keje setahun tak henti2. Pantang ada free, memang nak tido je. Perut pulak menggelodak macam nak datang period, tapi tak period2 pun. Orang2 keliling pun dah ada yang tegur, cik shu ni pregnant ke? tapi cik shu mengidakkan aje. Sebab tak expect pun.

Sampai la satu hari ni buka puasa kat rumah x-housemate. Kat rumah tu ada kakak tukang urut, Kak Anda namanya. So tanya la, "Kak anda, sue ni ada rupa macam orang mengandung ke?". Di tiliknya muka cik shu. Jawabnya, " Ada la dik sue, mari sini nak rasa perut". Jadi kak anda pun rasa la perut cik shu dan respond nyer lagi, "kalau ikut ketulan sudah 2 minggu". Memang period dah lewat 2 minggu pun. So balik tu pun bagi tau la kat mr. Hubby.

Then the next day, my hubby beli lah pregnancy test kit kat guardian. So test la dan inilah keputusannya.....


Haaaa.... nampak tu ada 2 line merah. Positif mengandung. My Hubby la orang yang paling happy. Alhamdulillah.

Eh... tapi kene confirmkan dengan doc dulu. Few days after that, pergila ke 1 klinik ni dekat dengan rumah. Boleh plak doctor tu tanya, ape bukti yang menyatakan cik shu mengandung???? then cik shu cakap la buat test sendiri. Masa tu cik shu bawak sekali hasil test tu dan tunjuk kat dia. Doc tu tanya bila last period then bagi tau expectation date. After that, bagi ubat Folic Acid. Test susulan tak de, scan tak de, macam tu je sahkan kita mengandung. Biar betul doc ni. memang tak puas hati. Memandangkan masa tu lagi beberapa hari ni raya, dan sibuk dengan persiapan raya, jadi terpaksala postpone utk check up kat klinik lain.

Seminggu selepas raya, pergi ke klinik yang di syorkan oleh kawan my hubby untuk wat check up verify pregnancy. Kat situ, doc tu test air kencing dan buat scan. Sah, cik shu sudah mengandung dan keadaan janin adalah normal. Alhamdulillah... Tapi doc tu cakap, kalau ikut perkiraan first day last period, usia janin sudah masuk minggu ke-8, tapi hasil scan, baru 5 minggu. Macam mana tu ek. Doc tu cakap masih baru lagi, dan dia suruh datang lagi sebulan untuk confirmkan expectation due date. Insyallah, next month baru nak pergi.

Tuesday, October 19, 2010

Mereka yang bertungkus lumus

My family tak la besar mana. berapa kerat ni je la yang ada. Emak, kakak2, abang, abang2 ipar, kakak ipar dan anak2 buahku. They are awesome dan saya amat hargai bantuan yang mereka berikan. Dari awal persiapan hingga ke akhir majlis, mereka la yang bertungkus lumus membantu. Mereka benar2 menjayakannya. I love my Family.

bersama emak dan adik beradik. Patutnye alang ada dalam pic ni tapi di sibuk berkaraoke.
Dari kiri:- Along, Abang, My hubby, Me, emak dan SIL.

Family Along

Family Alang

Family Abang

Semuanya berusaha untuk meraikan.....

Pasangan ini.

Thank You so much.
Muah....

Outdoor Photoshoot

Outdoor photoshoot ni dibuat dekat taman permainan bersebelahan bulatan simpang lima di Klang, Jalan menuju ke istana. Ini photoshoot terakhir dibuat pada hari yang sama dengan hari pernikahan. Waktu ni memang panas terik. lebih kurang kul 5 petang. Kesian my hubby, dia mana leh tahan panas. Tapi dia sangat2 sporting that day. Asalnyer nak buat kat taman botanic, bukit tinggi kat Klang tapi bila sampai je kat taman tu macam tak menarik je. Yang ada tasik, pokok2 dan jambatan. Bosan. Kat dalam otak ni memang dah idea nak buat kat taman permainan simpang 5 nih. Penuh warna warni, barulah fun. So, lepas tengok panorama yang tak menarik tu, terus gerak ke simpang 5. So layan kan je ye.








Ni pose request daripada isteri tercinta.
Cian hubby kene paksa angkat isterinyer yang berat ni.



Tengok gambar yang last tu, dua2 pun tak mampu nak buka mata besar2. Sebabnyer, panas sangat2. Nak bagi tau ni, photoshoot dari pagi hingga ke petang, rasanya adalah sangat3x penat. Tapi tak pelah, sebab bukannye selalu pun kan.

Friday, October 1, 2010

Indoor Photoshoot

Seperti yang dijanjikan, i uploadkan gambar2 dari OP untuk indoor Photoshoot. Semua gambar2 ni diambil pada waktu tengah hari selepas majlis pernikahan. Photoshoot ni tak payah masuk studio pun sebab OP bawa semua kelengkapan photoshoot ke rumah. Senang kan? memang senang pun, tak payah bazir2 masa nak g studio, tukar baju pun kat bilik sendiri dan mak andam pun standby je kat rumah. Semua baju2 yang dipakai ini sudah termasuk dalam pakej dari butik Cinta2Collection

Persalinan Songket Biru

Persalinan ni sepatunya untuk Majlis malam berinai, since for my wedding tiada malam berinai, so gunala baju ni untuk photoshoot.







Persalinan Lengha Pendek

Planning asal, untuk majlis besar nak pakai baju ni, tapi tak jadi sebab buat tempahan last minute, takut tak sempat siap. Lagipun aksesori untuk dikenakan dengan baju ni tak de dan tak lengkap. Nak beli sendiri mahal oooo. Baju ni sebanarnya, awal2 lagi dia dah beli sebelum dia kenal i. Memang niat dia belikan untuk pengantin dia.





Persalinan Lengha Merah Labuh

Ini baju last minute, sebabnye beberapa minggu sebelum majlis, kawan my hubby dari Pakistan datang Malaysia, jadi my hubby kirim persalinan warna merah, sebab i suka merah. From my hubby feedback, dalam banyak2 baju yang i pakai, dia paling suka lengha warna merah ini.