Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, November 26, 2010

Kasih seorang bakal ayah


Alhamdulillah, I'm getting more comfortable with my new life, happy and happier. Keadaan sekarang ini sangat membahagiakan. Kurang stress berbanding waktu sebelum kahwin. Bersyukur sangat2 dengan anugerah ini dan akan cik shu hargainya.

Mr. Hubby semakin concern dengan bayi dalam kandungan ini. Last week dia ada tanya, "How to make baby to be genius?".

Balas Cik Shu, "I had read about Jewish formula where once a lady get to know that she is pregnant, they will start practice few routine such as singing, playing piano, solve the mathematical problems in order to develop the baby's brain to be genius".
Cik Shu tambah lagi, "But we're as muslim, on top of that we are advised to always read the Quran in this period".

Sudah menjadi rutin harian, lepas solat subuh, hubby mengaji Quran. Cik Shu sambung tido lepas solat Subuh. Eeeee, buruknye perangai. Hari biasa tak mampu la nak ngaji lepas Subuh, ngantuk sangat tapi Cik Shu akan pastikan untuk ngaji lepas solat Maghrib. Sabtu Ahad baru join Mr. Hubby ngaji sama2.

So, dalam minggu ni, Cik Shu hairan sebab, lepas solat subuh Mr. hubby masuk bilik bawak Quran (biasanya mengaji kat ruang solat berjemaah @ kat luar). Pastu pandang Cik Shu yang nak sambung tidur, then keluar dari bilik.

Semalam, hubby bersuara, "Ve, after this, after Subuh prayer, you don't switch off the light because I want to read the Quran for baby. I want to touch your stomach while reading the Quran. But everytime i want to do that, you switch off the light".

Cik Shu: "Oh, really ar?. Ok, tomorrow i won't switch off the light. But... I want to sleep, I still can sleep right?".

Mr. Hubby: "Ok, you just sleep la."

Maka, hari ini Cik Shu tidur selepas Subuh sambil diiringi bacaan Quran daripada Mr. hubby. Inilah kasih sayang seorang bapa sebelum anaknya dilahirkan dimuka bumi ini. Moga2 baby dengar bacaan Quran itu dan melonjak2 keriangan sebab tak sabar2 nak berjumpa dengan mama dan babanye.

"Baby... mama dan baba love baby so much, we will do the best that we can. Jadi anak yang soleh/solehah yer sayang".


Wednesday, November 24, 2010

My Farewell lunch @ Nandos, Tropicana City Mall

Sehari sebelum my last day, my department (SS) ada arrange my farewell lunch. Yeahhhh... finally, ada jugak farewell lunch untuk Cik Shu. Memang kebiasaan department SS akan buat farewell lunch untuk orang yang dah resign. Everybody akan belanja that person for lunch. Dulu berangan-angan bila la my turn, nanti nak makan2 kat mana ek?. Ceh, belum resign lagi dah pikir macam tu, nampak sangat dah simpan niat nak resign dari awal2 lagi. Hehehehe...

Nandos ni, cik shu yang pilih sebab ada kat Tropicana City Mall. Dari office dekat sikit nak gi sana.

Nandos pilihan yang sihat.

From left Mila, Azreen, Juliet, Suhada and Me

Choosing the meal, most of us go for quarter set meal

This group had their meal first

From left Kai Jiet, Jean Ming, Kia Peng @ KP and Julyana

KP is not from the same department tapi dia join this farewell sebab dia nak belanja me too. Anyway, he is very nice and helpful person.

me with Suhada and Meor

Me with the appetizer

Juliet with Angry Mango Burger

My meal of the day


Thanks for all my ex-team members for paying my lunch on that day. Even though we are not colleague anymore but we are still friends because......

"Once we become a friend, forever we will be friend."

Tuesday, November 23, 2010

Semoga berjaya menjawab soalan SPM

Tahukah wahai blogger sekalian, hari ini sudah bermulanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Cik Shu amik tahu pun sebab anak buah cik Shu amik SPM tahun ni. Pagi2 subuh dia dah call, nak bagi tau yang dah rasa getaran nak masuk dewan peperiksaan. Tapi Cik Shu tak angkat pun panggilan tu. Tengah mamai, memag tak akan angkat tepon. Tapi dia ada tinggalkan sms. So, masa solat subuh tadi, sempat la doakan dia. Cik Shu doakan dia agar dia diterangkan hati ketika menjawab soalan peperiksaan dan Allah permudahkan segalanya untuk anak buah Cik Shu tu. Cik Shu tau, dia akan buat semampu yang dia boleh.

Nurul Atiqah, Good Luck in your SPM ya!

Teringat pula Cik Shu kepada 2 orang yang memainkan peranan penting sebelum Cik Shu menghadapi SPM. Dulu masa PMR, Cik Shu dapat keputusan yang memberangsangkan. Kalau nak masuk SBP atau MRSM tu memang layak la. Tapi tak de rezeki, sebab tak de sape yang guide Cik Shu ke arah itu. Memang tekad PMR nak belajar betul2 sebab tak nak duduk kat rumah dah. Tapi bila fikir balik, kalau dapat pun sape nak tanggung?. BUkan ke nak masuk sekolah macam tu kene pakai duit banyak. Mak pun jual kuih je, berapa sangat la pendapatannya.Makanya, stay aje la kat sekolah tu.

Masa awal2 form 4, Cik Shu dapat tamparan hebat dalam hidup Cik Shu. Memang frust giler time tu, rasanya dekat setahun cik Shu tak belajar. Masuk kelas pun fikiran melayang je. Bayangkan la subjek kegemaran Matematik, biasanya memang A la, tapi masa form 4 tu leh gagal. Nampak sangat tak study. Macam mana nak study, memang down giler2 dan tak de motivasi nak belajar.

Masa hujung2 form 4, ada kaunselor baru kat sekolah tu iaitu Cikgu Baroza. Cik Shu yang masa tu adalah PRS sekolah dah memang buat bilik kaunseling tu macam rumah ke-2. Lepas habis sesi persekolahan akan lepak kat bilik kat kaunseling, siapkan keje solah atau apa2 aktiviti. Masa form 5 plak isterinya Cikgu Azizah masuk sekolah tu. Cik Shu makin rapat dengan Cikgu Baroza dan Cikgu Azizah ni. Segala masalah yang terbuku, akan Cik Shu ceritakan dengan mereka. Mereka lah yang memberi motivasi dan Cik Shu mula memberi perhatian pada pelajaran dan kembali kepada track. Kami seperti sebuah keluarga. Alhamdulillah, Cik Shu dapat catch up semula pelajaran Cik Shu tapi memang untuk round SPM ni Cik Shu tak harap dapat result secemerlang PMR setelah apa yang telah Cik Shu lalui pada tahun sebelumnya. Dengan result SPM tu, melayakkan Cik Shu memasuki UiTM untuk intake November.
Cikgu Azizah at my right side and Cikgu Baroza at my left side on my wedding day

Cikgu Baroza dan Cikgu Azizah, Shuhada akan kenang jasa cikgu hingga akhir hayat. Cikgu tahu tak, hadiah yang cikgu bagi masa saya nak masuk UiTM dulu, masih elok dan masih saya gunakan. Di UiTM Dungun, UiTM Shah Alam, rumah sewa masa keje, rumah sewa masa keje dan sampai dah kahwin ni, masih saya guna :)

Wednesday, November 17, 2010

Selamat AidilAdha

"Eid Al Adha"
Mean festifal of Sacrifice for Brother's
Sacrifice for Neighbour's
Sacrife for Muslim Ummah
Sacrife like Nabi Ibrahim a.s and Nabi Muhammad s.a.w

Just see our life is it we sacrifice for anyone?

Thursday, November 11, 2010

HEMOGLOBIN

APA ITU HEMOGLOBIN?

HEMOGLOBIN ialah molekul protein yang terdapat di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa gas oksigen (O2) daripada organ paru-paru ke seluruh tubuh manusia dan kembali semula ke paru-paru dengan membawa gas karbon dioksida (CO2) setelah diambil daripada semua jaringan tubuh manusia.

HEMOGLOBIN terdiri daripada gabungan empat molekul protein (rantai globulin) yang berkaitan bersama-sama. Setiap rantai globulin mengandungi struktur penting disebut molekul heme. Terdapat molekul heme besi yang berfungsi untuk mengangkut gas oksigen dan gas karbon dioksida dalam darah. Besi (Iron) terkandung dalam Hemoglobin yang juga berfungsi untuk mewarna merah darah.

HEMOGLOBIN turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan bentuk sel darah merah. Struktur Hemoglobin yang tidak normal akan menggangu pembentukan sel darah merah dan seterusnya menghalang pengaliran melalui pembuluh darah.

BAGAIMANAKAH HEMOGLOBIN DIUKUR?

Hemoglobin diukur sebagai sebahagian daripada hitung darah lengkap (CBC-complete blood count) daripada sampel darah. Terdapat beberapa kaedah untuk mengukur hemoglobin yang kebanyakan dilakukan pada masa kini oleh mesin elektronik yang direka khas untuk menguji kadar hemoglobin darah manusia. Menerusi alat ini, sel darah merah dipecahkan untuk mendapatkan hemoglobin. Hemoglobin bebas boleh terdedah pada bahan kimia yang mengandungi cyanide yang mengikat erat dengan molekul hemoglobin untuk membentuk cyanmethemoglobin. Jumlah Hemoglobin dapat ditentukan dengan menghalakan cahaya melalui solusi dan mengukur seberapa banyak cahaya yang diserap (khususnya pada panjang gelombang 540 nanometer).

BERAPAKAH PARAS NORMAL HEMOGLOBIN?

Paras Hemoglobin dinyatakan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) per desiliter (dl) daripada darah, sebuah desiliter menjadi 100 mililiter. Julat normal hemoglobin bergantung pada usia dan jantina manusia. Julat normal adalah:
  1. bayi baru lahir = 17-22gm/dl
  2. berusia 1 minggu = 15-20gm/dl
  3. berusia 1 bulan = 11-15gm/dl
  4. kanak-kanak = 11-13gm/dl
  5. lelaki dewasa = 14-18gm/dl
  6. perempuan dewasa = 12-16gm/dl
  7. lelaki berusia = 12.4-14.9 gm/dl
  8. perempuan berusia =11.7-13.8 gm/dl
* Semua nilai ini akan terdapat perbezaan bergantung penggunaan jenis alat dan makmal.


APAKAH SUMBER YANG BOLEH MENINGKATKAN HEMOGLOBIN?
  1. Sayur-Sayuran berdaun Hijau seperti Bayam.
  2. Buah-Buahan seperti Pisang, Anggur Hitam, Oren, Plum, Strawberi & etc.
  3. Sumber-sumber protein seperti Telur, Ikan, Daging,Hati, Limpa, Paru & Makanan Laut
  4. Tomato
  5. Jus Limau atau Jus buah-buahan
  6. Susu
  7. Buah Kurma
  8. Purne, kismis dan Dry Figs

3rd Check Up: HB Low

Untuk check up kali ni nurse dah mula amik ukur lilit perut dan ada beberapa perkara yang di periksa seperti berikut:-
  1. Timbang Berat --> OK
  2. Urine Test --> OK
  3. Blood Presure --> OK
  4. HB --> NOT OK, bacaan 10.7
Tengok tu, kan dah kene tepek sticker warna hijau dan remark "HB low".


Aduh, risaunya. Nurse cakap kalau HB low ni ada potensi kelahiran bayi pra matang, bayi kecil atau keguguran. Patutla tengok perut ni kecik je.

Mungkin sebab sejak minggu lepas Cik Shu minum coffee beberapa cawan kot, sampai pagi semalam pun minum lagi.

Ok la, demi baby kesayangan mama dan baba, lepas ni

  • "NO! NO! NO! to Coffee".
  • Gandakan pengambilan protein.
  • Banyakkan makan sayur hijau.

Wednesday, November 10, 2010

Give Away Nazz@Purple

  1. Tajuk entry mestilah ' Give Away Nazz@Purple ' --> DONE
  2. Letak banner giveaway seperti diatas di dalam entry --> DONE
  3. Follow blog ' http://pinkpurplecraft.blogspot.com/ ' (Follower yang ke 90) --> DONE
  4. Promote atau ajak la yang lain join juga eh.. --> DONE
So, kepada Kawan2 bloger ku, sempat lagi nak join contest ni, Jangan malu jangan segan ye

************** IsTaNa CiNTa SuRiaTi **************
******************** GathiS AYU ******************
******************* Ain Nazri *******************
**************** ColoURful JOurneY ***************

Dan yang terakhir sekali, Jangan lupa tinggalkan link entry korang pada komen giveaway entry ini ya;) --> DONE
iaitu disini
*
*
*
*
*


MISSION ACCOMPLISH

Saje2 je join. First time join contest. Ramai gak yang join contest ni. Kira luck la kalau menang. Thanks CUNA for inviting me to join this contest.

Monday, November 8, 2010

Picnic tak sengaja di Hutan Lipur Kanching

Pagi Sabtu, masih di rumah Abang di Rawang. Mak2 orang dan anak2 orang semua bangun awal. Perut lapar punya pasal, semua orang mandi awal, kalau tak mandi tak boleh makan. Mak2 orang tolong buat breakfast. Owh.. sangat awal makan breakfast. dalam pukul 10, semua dah settle. Aduh... boringnye tak de aktiviti. Mari kita fikirkan aktiviti.

"Aktiviti.. oh.. Aktiviti..."

Abang kene keje hari ni dan pergi kerja membawa keretanya. Maknanya ada 1 kereta sahaja di rumah. Kalau ada 2 kete leh gak gerak mana2. Kemudian cik shu pun mengeluarkan idea yang bernas.

"Jom la g sungai, kita buat lah 2 trip. Hmmm... jom la siap, boring ar dok rumah".

Anak2 orang semua menjerit keriangan. Bukan anak2 orang je. Mak2 orang pun. Ha... jadi jugak aktiviti picnic.

Kat level 1 saje, tak leh panjat tinggi2. So tak de waterfall kat sini.
Hutan Lipur Kanching ni ada 7 tingkat.


Mak2 orang tak mandi, dok kat atas saje tengok2 anak2 orang berkubang

Tau tak, monyet ni curi makanan kitaorang, 1 balang biskut. Along punya pasal la ni, ramah sangat ngan monyet tu. Sikit2 nyet2 tu datang masuk kawasan kitaorang dan dengan tangkasnye mencuri choc roll 1 balang. Tu la nyet2 ni, dah bagi betis nak peha.

Jieha merajuk sebab tak dapat main kamera

Sesi berfoto gedik


Budak baju merah tu namanya 'Nurul'. Dia memang pantang nampak kamera.

Syoknyer budak2 ni main air. Nasib baik la maksunye ni preggy. Kalau tak memang jin sekali.

Yeah! Peace no war!!!

Nak jugak bergambar walaupun tak leh mandi

Jieha merajuk lagi

beraksi di batang pokok tanpa jieha

Mr hubby marah tgk pic ni. Dia tanya kalau jatuh macam mana?

Sebab takut jatuh la maka dok kat hujung2 je

Seronok lepak2 dan melayan anak2 buah.
Seronok la bila diaorang tak bergaduh.


Jieha baru reda merajuk


Berfoto gedik sekali lagi untuk jieha

Sementara anak2 orang berfoto gedik,
mak orang pulak sedang melayang di ulit mimpi

BBQ di Malam Deepavali

Last week on Deepavali holiday, cik shu pergi ke rumah abang cik shu di Rawang. Overnite kat sana. Saje2 planning nak buat BBQ sebagai aktiviti cuti panjang di hujung minggu. Patutnya, nak buat BBQ di sungai, tapi sabtu tu, abang keje, tak cukup transport, jadi tukar la planning buat BBQ di rumah. Konon2nya, cik shu tengah preggy, tak payah ngade2 nakpanjat bukit, gi mandi sungai. Begitu la al-kisahnya.

Jumaat tu, cik shu ngan kakak ipar gi beli bahan2 untuk BBQ. murah gak barang2 kat rawang ni. Along sampai lewat skit, jadi kitaorang berdua je la yang melakukan aktiviti memerap. Then seawal pukul 6 petang, sudah mula hidupkan bara. Rupanye lama gak nak tunggu arang tu membara, patut ar kene buat awal2.

Along dan abang, tunggak utama dalam misi ber BBQ.

Dan kitaorang hanya menunggu untuk makan sahaja. Sampai je kat kitaorang terus licin. Lagi pulak kalau ayam, tak sempat letak dah habis.

Ikan cencaru

Aku menyibuk, konon2 nak sumbangkan tenaga.

Chop! jom bergambar

Bahan2 untuk BBQ

Makan dan makan lagi

The last trip, baru la abang dapat makan.huhuhu

Aktiviti menyusun kerang

Alamak! kerang dah jatuh. Amik... jangan tak amik...

Bukan selalu kitaorang satu family ada aktiviti macam ni. Ni pun family Alang ngan Angah tak de. Kalau boleh nak selalu ada aktiviti macam ni, boleh rapatkan ikatan kekeluargaan. Family cik Shu tak la besar mana, so yang tak besar ni la kene rapat2kan. Lepas ni nak try arrange outing family gathering la.

Wednesday, November 3, 2010

Online Best Friend Award (check it out whether you are awarded)

Terujanya... first time dapat award selepas 7 bulan berblogging. Ada jugak orang yang sudi bagi award kat cik shu ye.

1) Write 5 interesting facts about the person who gave u this award.....

1. Kawan 1 sekolah di SMKTAJ, then jumpa lagi di UiTM Dungun, then sekarang jumpa kat blog.
2. Dari dulu sampai sekarang maintain je badan nyer (nak kene korek rahsia daripada dia nih)
3. Last jumpa dia masa kenduri kahwin di Port Klang, tiba2 beberapa bulan lepas terserempak kat Wangsa Walk and staying somewhere near by (rupenyer takla jauh kita tinggal).
4. Baru lepas bersalin baby girl yang ke-2 dan Seorang wanita bekerjaya.
5. Membahasakan dirinya "HAKAK" dalam blognye.

2) Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby

1. Sekarang saya tengah pregnant. Morning sickness tak de tapi sekarang ni alah dengan bau2 gulai, mual rasanya tekak ni.
2. Saya punya mata besar. Mr. Hubby suka tenung dan cakap "Mata besar-besar".
3. Ramai yang cakap saya mix macam-macam dan majoriti teka saya berketurunan india. Tapi hakikatnya, parents saya dua2nya melayu.
4. Addicted to Farmville.
5. Dari dulu sampai sekarang sentiasa cuba try untuk kdapatkan berat badan ideal dan akan terus berusaha bila dah habis pantang nanti.
6. Die hard fan Back Street Boys(BSB) dan Sheila on 7 satu ketika dahulu. Sampai sekarang masih simpan koleksi poster2 BSB.
7. Mencuba untuk belajar bahasa Urdu, senang skit nak berkomunikasi dengan hubby's family members.
8. Suka makan coklat, satu bar besar coklat cadbury tu boleh hadap sorang2 dalam 1 masa.
9. Tak suka keje IT tapi itulah keje yang di buat sekarang ni. Berangan2 nak jadi Personaliti TV. Kalau la boleh turn back time... haih.....
10.Cik Shu rindu dengan kenangan2 di UiTM Dungun. Had so much unforgettable memories.

3) Pick your most 10 deserving recipients and describe them...

1. Cuna - wife to my team mate in current office
2. Mia-Ina - gang diet dan tengah sibuk dengan preparation kahwin
3. MsYuYu - ex-officemate, dalam hatinya berbunga-bunga di taman sekarang ni
4. Irwana - kawan 1 kolej Redang 4 di UiTM Dungun, Independent person
5. myoliza - berjaya menurunkan berat badannya dan sekarang masih berusaha meneruskan berat badan
6. AIN NAZRI - pernah komen previous entry cik shu and has my link in her blog.
7, 8, 9 dan 10 minta maaflah, cik shu baru je berblogging, belum ramai gang blogger

** Tiada paksaan dalam tag menTag. you can answer it or leave it. But if you answer it, it's double happiness for me. Leave your comment here when you are done.