Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Tuesday, November 23, 2010

Semoga berjaya menjawab soalan SPM

Tahukah wahai blogger sekalian, hari ini sudah bermulanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Cik Shu amik tahu pun sebab anak buah cik Shu amik SPM tahun ni. Pagi2 subuh dia dah call, nak bagi tau yang dah rasa getaran nak masuk dewan peperiksaan. Tapi Cik Shu tak angkat pun panggilan tu. Tengah mamai, memag tak akan angkat tepon. Tapi dia ada tinggalkan sms. So, masa solat subuh tadi, sempat la doakan dia. Cik Shu doakan dia agar dia diterangkan hati ketika menjawab soalan peperiksaan dan Allah permudahkan segalanya untuk anak buah Cik Shu tu. Cik Shu tau, dia akan buat semampu yang dia boleh.

Nurul Atiqah, Good Luck in your SPM ya!

Teringat pula Cik Shu kepada 2 orang yang memainkan peranan penting sebelum Cik Shu menghadapi SPM. Dulu masa PMR, Cik Shu dapat keputusan yang memberangsangkan. Kalau nak masuk SBP atau MRSM tu memang layak la. Tapi tak de rezeki, sebab tak de sape yang guide Cik Shu ke arah itu. Memang tekad PMR nak belajar betul2 sebab tak nak duduk kat rumah dah. Tapi bila fikir balik, kalau dapat pun sape nak tanggung?. BUkan ke nak masuk sekolah macam tu kene pakai duit banyak. Mak pun jual kuih je, berapa sangat la pendapatannya.Makanya, stay aje la kat sekolah tu.

Masa awal2 form 4, Cik Shu dapat tamparan hebat dalam hidup Cik Shu. Memang frust giler time tu, rasanya dekat setahun cik Shu tak belajar. Masuk kelas pun fikiran melayang je. Bayangkan la subjek kegemaran Matematik, biasanya memang A la, tapi masa form 4 tu leh gagal. Nampak sangat tak study. Macam mana nak study, memang down giler2 dan tak de motivasi nak belajar.

Masa hujung2 form 4, ada kaunselor baru kat sekolah tu iaitu Cikgu Baroza. Cik Shu yang masa tu adalah PRS sekolah dah memang buat bilik kaunseling tu macam rumah ke-2. Lepas habis sesi persekolahan akan lepak kat bilik kat kaunseling, siapkan keje solah atau apa2 aktiviti. Masa form 5 plak isterinya Cikgu Azizah masuk sekolah tu. Cik Shu makin rapat dengan Cikgu Baroza dan Cikgu Azizah ni. Segala masalah yang terbuku, akan Cik Shu ceritakan dengan mereka. Mereka lah yang memberi motivasi dan Cik Shu mula memberi perhatian pada pelajaran dan kembali kepada track. Kami seperti sebuah keluarga. Alhamdulillah, Cik Shu dapat catch up semula pelajaran Cik Shu tapi memang untuk round SPM ni Cik Shu tak harap dapat result secemerlang PMR setelah apa yang telah Cik Shu lalui pada tahun sebelumnya. Dengan result SPM tu, melayakkan Cik Shu memasuki UiTM untuk intake November.
Cikgu Azizah at my right side and Cikgu Baroza at my left side on my wedding day

Cikgu Baroza dan Cikgu Azizah, Shuhada akan kenang jasa cikgu hingga akhir hayat. Cikgu tahu tak, hadiah yang cikgu bagi masa saya nak masuk UiTM dulu, masih elok dan masih saya gunakan. Di UiTM Dungun, UiTM Shah Alam, rumah sewa masa keje, rumah sewa masa keje dan sampai dah kahwin ni, masih saya guna :)

3 comments:

  1. wahhh..shu, ko ni betol2 la pandai mghargai pemberian org....sampai btahun2 ko guna...xrugi bg ko adiah kan?

    ReplyDelete
  2. masing2 ade cite tersendiri time nak amik spm kan....cikgu baroza tu dh nmpk kurus dan tua sket...cepat tul masa berlalu..

    eh, anak buah ko tu sebijik muka ko kan?

    ReplyDelete
  3. atie: Orang dah bagi, kene la hargai, baru lepas tu kita dihargai.
    Dahlia: Dia memag copycat muka aku, paling rapat ngan aku,sikt2 'maksu', sikit2 'maksu'.

    ReplyDelete