6 months on 3 Nov 2011
Alhamdulillah, my baby, Mohammad Saqlain sudah cukup 6 bulan. Rasa cepat sangat masa berlalu. Masa lahir dulu, pegang sebelah tangan pun bole, tapi sekarang, 2 tangan pun dah lenguh.
Pencapaian Saqlain setakat ini:-
- Pantang nampak benda depan mata, mesti nak dicapainya dan masuk ke mulut. Lebih2 lagi kalau nampak wayar, laju je nak dicapainya.
- Tangan kiri lebih aktif berbanding tangan kanan.
- Kenal nama sendiri. Kalau panggi Mohammad Salain, dia mesti toleh pada orang yang memanggilnya.
- Sangat suka membebel, tak kira dirumah ataupun dalam kereta. Ni la yang buatkan mama dan babanya asyik tergelak. Ape lah yang dibebelkannya.
- Boleh duduk, tapi kene la letak bantal disekeliling. Kadang2 dia tak boleh control.
- Laju bergerak di dalam walker dan menjelajah isi rumah. barang2 dah tak boleh letak atas meja TV. lapik meja kopi pun boleh ditariknya.
Tapi;
- Belum pandai meniarap lagi. Shu tak risau pun kalau biarkan dia tido atas sofa. Saqlain macam tak suka je nak bergolek. Bila cuba tolak sisi dia supaya pengiring, mesti dia lawan balik. Surprisingly, pagi ni Saqlain nak cuba capai mama Shu yang sedang mengepam dan dia termeniarap dengan sendirinya buat pertama kali. Kene bagi banyak galakan untuk dia.
Bila sudah masuk 6, maksudnya anak mama sudah pun ready untuk SOLID FOOD. yeahhhh..
wahh dah 6 bulan ye shu.. anak aku dah masuk 13 month hari ni. kejap je masa berlalu kan.. huhu.. dah boleh start makan la saqlain :)
ReplyDeleteok jugak Shu kalo tak meniarap lagi...mcm Shu ckp.. tak runsing sgt dia akan jatuh sbb tergolek.. huhu... epi makan ye Saqlain... celak jgn tinggal tau...aunty leo sukerrrrrrr!!!! :)
ReplyDeleteYati, betul tu, kejap je masa berlalu. setahun dah anak ko.
ReplyDeleteMommy Leo, saqlain tak suka pakai celak, tapi baba saqlain suka pakaikan saqlain celak.
cepat je dah 6 bulan kan..my baby pun dah 9 bulan..yupp, dah start solid food..nanti lagi bambam la saqlain bila dah makan..huhu
ReplyDeleteshu,baby memang suka masuk bende dlm mulut kan?hehe
ReplyDelete