Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Monday, January 23, 2012

Bad news, house hunting

Sad to say, we have to move out from the house in nearest time. The house owner is planning to rent out the house with price 2k per month which that is not a price that we are afford to pay. 2k tu buat bayar rumah sendiri lagi bagus kot. He won't consider to let us stay longer until we get a house. He doesn't care, what he knows, we have to leave the house by end of this month. maybe we don't pay for the house rental as he never ask for that, but we still pay the maintenance fees which is approximately RM500 every month. 

Last week, my stress level went to the max. The news that we have to the leave the house immediately comes so sudden. Plus with workload in office, a bundle of work comes one and after.Everything have to do in one shot. Have to find a house and view, have to arrange money  for house deposit, pack up our stuffs. Aduh... serabut dibuatnya.

So now, we are struggling to find a house to rent temporarily. Why temporary? Meh nak citer ni...

Dalam sibuk2 nak siapkan kerja kat office, Shu curi2 masa gak cari rumah sewa kat mudah.com. At this moment with financial yang very2 tight. haruslah cari rumah yang murah2 aje kan. So last Thursday, I made appointment with 2 house owners.

Rumah 1: Flat Sri Malaysia, Kampung Malaysia Tambahan.
Korang pernah dengar nama tempat ni? Anyway, first time shu tau kat KL ada tempat nama ni. Tau tak tak tahu... terjah je la. Katenye dah terdesakkan. Saje suruh mr. hubby amik lambat dari office sebab nak terus pergi tengok rumah after work. Tinggalkan office kul 7 tapi tiba destinasi dituju pukul 9.30 mlm. Amik ko,macam jauh je kan. Tak sebenarnya, kitaorang sesat, pi mai pi mai tang tu. Mr. hubby yang familiar dengan area bandar tasik selatan pun dah lost. Memang susah nak cari rumah ni. Sampai kitaorang fikir, kalau ada guest nak datang rumah nanti, mesti susah cari. Belum tengok rumah lagi, kitaorang dah decide tak nak rumah ni. tapi disebabkan dah janji, kitaorang masuk jugak tengok rumah. Masuk kawasan rumah ni, kitaorang survey parking, OK, macam senang nak dapat parking walaupun tak de reserved parking. Depan lift, dinding conteng2. masuk dalam lift, banyak button dah tertanggal. nampak sangat tak well maintained. Keluar lift, budak2 main kejar2. Riuh di situ ye. 
Rumahnye pulak, luar rumah nampak je flat, tapi dalam rumah condo okay. Dah siap built in kitchen cabinet, built in wardrobe. dalam rumah pun terjaga. Dah tu kalau semua dah built in, mana kitaorang nak campakkan kitaorang punya barang2, set bilik tidur, kitchen kabinet, almari 2 pintu 2 bijik????. rumah bukannya besar. Looking at the price offered, it's an apartment price but the building and the environment is a flat standart. Maybe the price is a bit higher because of the furnishing but we don't need it. Makanya, its totally out. It's suit more to newly wed couple. Then, we moved to 2nd house. Time tu dah pukul 10 malam. Shu memang dah nak collapse. tapi janji punya pasal, proceed aje.

Rumah 2: Kondo Rakyat, Pantai Dalam
Area ni yang Shu minat nak view sebab 10 minit je ke office. Tak susah nak cari rumah ni, dari Kampung Malaysia Tambahan tadi, amik masa 20 minit je. Nak cari rumah memang tak susah tapi nak cari parking..... teramatnye la susah. Kiri kanan bahu jalan penuh, double triple plak tu. Tu la, nama je "Kondo" tapi standard flat jugak. Again, belum view rumah, kitaorang dah decide tak rumah ni. Tapi kerana janji, naik gak. Naik lif ke tingkat 16, lif adalah bersih. keluar dari lif, tak de hiruk pikuk. Rumah ni pun sama jugak macam rumah sebelum ni. Luar je flat, tapi interior rumah.... condo babe. Siap ada CCTV tuuuu... The best part is the house owner yang sangat berterus terang dengan keadaan persekitaran rumah tu. Sampaikan Mr. Hubby tanya, "Kakak nak sewakan rumah ke tak nak?". hihiihhi, Thanks to very honest house owner.
Since we already decided earlier, rumah ni pun out of the list.

Turun je dari rumah tadi, terus shu tanya Mr. Hubby, "How much is your budget actually?" and I continued, "Hubby, i can top up few more hundreds as long as we get proper house to stay".
Then hubby replied me, "Haaaa tu la kan, dah biasa duduk dekat condo kan?". Hamik ko sebijik.

Yes, maybe shu dah manja duduk di apartment dan condo but it doesn't mean that I want to have the type of house we are staying right now. I realize that we have small amount of budget but at least, biarlah rumah tu proper sikit dan bukan tangkap muat. Kene la korbankan duit lebih.

Looking a proper house in short period is not easy either. Further more, in Chinese New Year holiday right now as most of the house agent are Chinese. Haishhhh...

Bersabar setakat yang mampu. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Tuesday, January 17, 2012

Siapa kata MASA tak boleh dibeli?

Hari ni Mr. Hubby outstation ke Penang, tapi kali ni di bawak kereta. Jadi hari ni kene la gi keje awal. Tapi memang pun kene datang awal, sebab ada training. Penang tu bukannya dekat okay ... ini bermakna, kene la cari alternatif lain untuk balik rumah. Tak boleh la nak feeling2 bagaikan tuan permaisuri. hihihi...

The best alternatif mesti la komuter. murah pun murah, dekat pun dekat, jalan kaki dari stesen ke rumah, baru 5 minit je. Best tak best, meh nak story sikit.

Shu keluar office pukul 1910. Bila sampai kat stesen, nampak dah lengang. Maksudnya, tren baru lepas. Aduh, terlepas la plak. Kene menunggu la nampak nya. OK, fine, cari tempat duduk. Nasib baik ada kawan opis yang sama2 naik tren. Boleh la borak2 nak membunuh masa. Borak punya borak, ada pulak announcement. Tren ke yang aku nak naik dibatalkan dan kene tunggu next tren yang dijadualkan pada pukul 2010. Cuba korang kira, berapa lama aku kena menunggu?

1 jam ko...... 

Ni baru satu tren. Lepas ni kene transit lagi untuk menuju destinasi ke rumah ku, kene menunggu gak tu. Tapi nak buat macam mana kan. Hanya kerana nak jimat dengan bayar harga tiket hanya RM1 je.

So tunggu lagi... sehingga lah tren datang. Berjanggut la gak menunggu. Dalam pukul 2020 baru lah tren datang.

Dalam tren, tak yah citer la, cukup la dengan kesimpulannya, ia bagaikan sardin2 di dalam tin. Tu nasib baik masuk lady's coach. berhimpit2 pun tak risau sangat. Tapi ada hati pulak lelaki2 yang tak paham bahasa nak masuk gak lady's coach. nasib baik lah ada guard yang jaga kat station tu. Siap kene tarik baju lagi tu, nak tahan lelaki tu daripada masuk lady's coach. Bila sampai KL sentral, lagi lah bertambah sempit. nasib baik ada orang yang duduk depan shu berdiri tu nak keluar. dapat lah duduk lepas tu. disebabkan dah ada pengalaman sebelum ni, sebelum tren berhenti kat stesen putra untuk transit, awal2 shu dah stand by kat depan pintu. kalau tak stand by awal2, alamatnye memang kene tolak ke belakang la gamaknya.

Tiba kat stesen putra pada pukul 2030. Tengok jam kat stesen putra, pukul 2040 next tren akan sampai. Makanya, tunggu lagi. Tapi bila tiba 2030, tak sampai2 pun trennye. ketapi barang ada la lalu. pastu waktu baru plak appear, next tren adalah pukul 2050. owh.... agaknya tren yang patut sampai 2040 tu dah lalu terlebih awal. Memang betul la sangkaan Shu, sebelum 2050, tren ke Batu caves pun sampai.

Tiba di stesen sentral pukul 2100. Then jalan kaki ke rumah. Akhirnya, tepat 2110, Shu sampai rumah.
Cuba korang kira, perjalanan Shu dari mid valley ke Sentul berapa jam?

2 jam okay....

Perjalanan yang biasanya mengambil masa 10 minit je (kalau tak jam).

Sangat2 letih hari ini. sampai rumah letak beg, simpan susu perahan dalam fridge. Alamak, susu hari ni habis langsung. biasanya ada gak balance sebotol dua. saqlain baru terjaga dari tido, tapi tak dapat nak amik dia sebab kene pam susu, kalau tak, tak cukup susu untuk dia esok hari. dah la balik lambat, pastu kene curi masa main2 dengan saqlain 1/2 jam sebab nak pam susu. kesian anak mama.
Lepas selesai apa2 yang patut baru dapat amik Saqlain. Saqlain tak pernah merajuk dengan shu okay... hari ni lah first time dia merajuk dengan shu, bila shu amik dia, pandang muka shu pun dia tak nak, monyok je. Alaaaa... tapi tak lama pun, 10 minit je. Lama atau sekejap, ada mesej yang harus shu ambil iktibar daripada reaction putera yang Shu sayang ni.

Kalau naik teksi, sebelum pukul 2000 Shu boleh sampai rumah, tak perlu berhimpit-himpit. Jimat 1 jam 10 minit, tak payah nak qada' maghrib, leh manja-manja lama sikit dengan Saqlain, prepare untuk dinner pun sempat gak... Tapi.... kene bayar tak kurang 10 hengget la. 

So... cer citer, sape kate masa tak boleh beli? (as for my case la ;)

moral of the story, kalau nak murah, bayar la dengan MASA. Tapi, kalau sayangkan masa, kene la bayar dengan DUIT lebih, nama pun MASA itu EMAS kan.

Friday, January 13, 2012

Siaran tergendala, Saqlain demam

Sorry peeps, siaran tergendala. Putera kesayangan Shu tak sihat sejak weekend lepas. Sekarang ni demam dah kebah, tapi still batuk2 dan selsema. Tambah pulak, minggu ni kat office sangat busy, bila balik rumah plak, melayan putera kesayangan yang mahu bermanja-manja. Memang laptop kat rumah tu off je sepanjang minggu ni.
This is the second time, maybe berjangkit dengan my mom yang juga demam. Last Saqlain kene demam pun masa umur 2 bulan. Dah bawak gi jumpa doktor, ada jangkitan kat tekak dia. Doktor bagi ubat demam dan antibiotik.
kat Emergency clinic, Hospital Tawakal
Saqlain ni sayang nenek...
nenek demam, dia pun ikut demam gak.
Walaupun demam still boleh senyum2 kalau kitaorang agah2 dia

Be strong my beta. Mama, Baba and nenek love you so much.

Thursday, January 5, 2012

Hukum Akaun pelaburan emas Bank di Malaysia

Sebelum membuat keputusan untuk memiliki akaun pelaburan emas, eloklah kita selidik dulu, hukum pelaburan yang bakal dilaksanakan, adakah ianya benar2 mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam islam. Maklumlah, bila dah bersangut paut dengan urusan jual beli, mesti ada garis panduan yang perlu kita ikuti bagi memastikan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Apa guna senang di dunia tapi bahana pulak yang akan kita dapat di akhirat kelak.

So, kat sini Shu nak share respond yang dibuat oleh Ustaz Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman tentang hukum Akaun pelaburan emas di Bank Malaysia beserta dengan panduan yang boleh kita ikut untuk membeli emas.

Soalan 1
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?
Soalan 2
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.
JAWAPAN
Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-
Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-
• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.
• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
 Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf'(hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).
• HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191).
DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :
1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.
2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.
3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuksettlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.
4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.Untuk kira-kira buka di sini. 
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.
KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.
Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman


Wednesday, January 4, 2012

Pelaburan Emas, sudahkah anda?

Gold Picture ihsan from Mr. Google

Sana sini sibuk orang citer pasal emas. Dalam keadaan nilai matawang yang tidak menentu sekarang ni, emas dikatakan boleh menjadi option terbaik untuk pelaburan masa panjang dan akan memberi pulangan yang tinggi. Ini dikukuhkan dengan nilai emas yang sentiasa meningkat.

Kalau fikir logik, betul jugak, dulu RM300 dapat gak beli seutuas gelang tangan yang lebar sikit dan agak2 berat. Tapi sekarang dengan nilai macam tu, jangan harap la kan. Beli gelang 1k pun, gelangnya alahai.... halus je, senang citer bak kata kakak Shu yang giler beli barang kemas ni, "Emas sekarang ni, emas kosong".

Katenye, azam baru ni nak buat pelaburan. So, shu ada terfikir jugak nak buat pelaburan emas ni. So far yang Shu tau, ada beberapa bank yang menawarkan skim pelaburan emas seperti Maybank, Kuwait finance dan Public Mutual. Pelaburan yang ditawarkan adalah dalam bentuk buku pelaburan atau fizikal emas itu sendiri.

Which one is the best? I am investigating on this matter? Anyone who has idea on this Gold investment, do not hesitate to inform me. Or maybe you guys have options for better investment, please share with me. Kan sharing is caring gitew!!!!