Hari ni Mr. Hubby outstation ke Penang, tapi kali ni di bawak kereta. Jadi hari ni kene la gi keje awal. Tapi memang pun kene datang awal, sebab ada training. Penang tu bukannya dekat okay ... ini bermakna, kene la cari alternatif lain untuk balik rumah. Tak boleh la nak feeling2 bagaikan tuan permaisuri. hihihi...
The best alternatif mesti la komuter. murah pun murah, dekat pun dekat, jalan kaki dari stesen ke rumah, baru 5 minit je. Best tak best, meh nak story sikit.
Shu keluar office pukul 1910. Bila sampai kat stesen, nampak dah lengang. Maksudnya, tren baru lepas. Aduh, terlepas la plak. Kene menunggu la nampak nya. OK, fine, cari tempat duduk. Nasib baik ada kawan opis yang sama2 naik tren. Boleh la borak2 nak membunuh masa. Borak punya borak, ada pulak announcement. Tren ke yang aku nak naik dibatalkan dan kene tunggu next tren yang dijadualkan pada pukul 2010. Cuba korang kira, berapa lama aku kena menunggu?
1 jam ko......
Ni baru satu tren. Lepas ni kene transit lagi untuk menuju destinasi ke rumah ku, kene menunggu gak tu. Tapi nak buat macam mana kan. Hanya kerana nak jimat dengan bayar harga tiket hanya RM1 je.
So tunggu lagi... sehingga lah tren datang. Berjanggut la gak menunggu. Dalam pukul 2020 baru lah tren datang.
Dalam tren, tak yah citer la, cukup la dengan kesimpulannya, ia bagaikan sardin2 di dalam tin. Tu nasib baik masuk lady's coach. berhimpit2 pun tak risau sangat. Tapi ada hati pulak lelaki2 yang tak paham bahasa nak masuk gak lady's coach. nasib baik lah ada guard yang jaga kat station tu. Siap kene tarik baju lagi tu, nak tahan lelaki tu daripada masuk lady's coach. Bila sampai KL sentral, lagi lah bertambah sempit. nasib baik ada orang yang duduk depan shu berdiri tu nak keluar. dapat lah duduk lepas tu. disebabkan dah ada pengalaman sebelum ni, sebelum tren berhenti kat stesen putra untuk transit, awal2 shu dah stand by kat depan pintu. kalau tak stand by awal2, alamatnye memang kene tolak ke belakang la gamaknya.
Tiba kat stesen putra pada pukul 2030. Tengok jam kat stesen putra, pukul 2040 next tren akan sampai. Makanya, tunggu lagi. Tapi bila tiba 2030, tak sampai2 pun trennye. ketapi barang ada la lalu. pastu waktu baru plak appear, next tren adalah pukul 2050. owh.... agaknya tren yang patut sampai 2040 tu dah lalu terlebih awal. Memang betul la sangkaan Shu, sebelum 2050, tren ke Batu caves pun sampai.
Tiba di stesen sentral pukul 2100. Then jalan kaki ke rumah. Akhirnya, tepat 2110, Shu sampai rumah.
Cuba korang kira, perjalanan Shu dari mid valley ke Sentul berapa jam?
2 jam okay....
Perjalanan yang biasanya mengambil masa 10 minit je (kalau tak jam).
Sangat2 letih hari ini. sampai rumah letak beg, simpan susu perahan dalam fridge. Alamak, susu hari ni habis langsung. biasanya ada gak balance sebotol dua. saqlain baru terjaga dari tido, tapi tak dapat nak amik dia sebab kene pam susu, kalau tak, tak cukup susu untuk dia esok hari. dah la balik lambat, pastu kene curi masa main2 dengan saqlain 1/2 jam sebab nak pam susu. kesian anak mama.
Lepas selesai apa2 yang patut baru dapat amik Saqlain. Saqlain tak pernah merajuk dengan shu okay... hari ni lah first time dia merajuk dengan shu, bila shu amik dia, pandang muka shu pun dia tak nak, monyok je. Alaaaa... tapi tak lama pun, 10 minit je. Lama atau sekejap, ada mesej yang harus shu ambil iktibar daripada reaction putera yang Shu sayang ni.
Kalau naik teksi, sebelum pukul 2000 Shu boleh sampai rumah, tak perlu berhimpit-himpit. Jimat 1 jam 10 minit, tak payah nak qada' maghrib, leh manja-manja lama sikit dengan Saqlain, prepare untuk dinner pun sempat gak... Tapi.... kene bayar tak kurang 10 hengget la.
So... cer citer, sape kate masa tak boleh beli? (as for my case la ;)
moral of the story, kalau nak murah, bayar la dengan MASA. Tapi, kalau sayangkan masa, kene la bayar dengan DUIT lebih, nama pun MASA itu EMAS kan.
aku sayangkan masa lebih dari wang :). tapi kalo kita ketandusan wang, masa lah terpaksa dikorbankan.. kan?
ReplyDeletegigihnya shu.. kalau ain.. rela buang duit naik teksi yang tambangnya kurang 10 hengget tu.. lain laa klu ain dr bangsar balik ke puchong.. tambang teksi 20 +++ which akan di konsiderkan tuk naik bas sbb nak jimat.. hehehe
ReplyDeletehuhu...betoi gak...
ReplyDelete