Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Wednesday, July 4, 2012

Future Ferrari Racer

Tempat kejadian: Jusco Bukit Tinggi, Klang

"tengok kanan"
"tengok kiri"
"pandang hadapan" dan......
"Vroommmmmm Vroommmm Vroommmmm"
berikan sepenuh tumpuan
Amacam?
ada macam Fernando Alonso atau Lewis Hamilton tak?
boleh jadi Formula 1 racer tak?

Suka betul anak mama main benda alah ni, sampai tak mo kuar. Memang Shu selalu perhatikan, kalau dalam kereta, saqlain ni suka tengok stering masa babanya tengah memandu. Bila dapat masuk kete olok2 ni..boleh la apply apa yang dia tengok. Serius, macam real je masa dia handle stering tu.

Kalau kereta tu suka la Saqlain. Cuba bagi dia masuk yang kat bawah ni.... muka macam merayu mintak di keluar kan.
"Pleaseeee bring me out from here"

Monday, July 2, 2012

I'm the re-Atkiner


Sekarang Shu dah jadi Atkiner semula yang tertangguh sejak hari itu (Sila klik kalau nak baca celoteh sebelum ini). Berat semakin bertambah dan terus tak bertambah. tak leh jadi ni. kene diet gak. Shu ada 5 pasang baju yang di tempah tapi tak muat okay... sebab ikut ukuran lepas bersalin. Perkara yang sepatutnya dilaksanakan pada awal tahun 2012, tapi cuma minggu lepas dapat dilaksanakan dan moga berjaya diteruskan hingga mendapat berat ideal.

Perempuan GEMOK
Shu tak suka tengok gambar atas tu. Obviously memang gemok, muka tu membolat. Lengan tu dah terkeluar terkeluar dah. Muka kusam. Tak leh jadi ni... kene diet jugak. 

Untuk journal diet last week:-

Day 1 - 25/6 /2012 (Isnin)
Initially memang follow atkins rules tapi lepas lunch tu kepada dah start pusing. Tapi masih cuba bertahan sehingga balik office dan apabila sampai dirumah terus menelan 1 cawan milo panas. Yes I broke the rules. Pening kepala sampai ke malam tau. Tak pasti sama ada ada kaitan dengan atkin atau tidak.

Day 2 - 26/6 /2012 (Selasa)
Bangun pagi pening kepala macam dah hilang tapi decide tak nak buat atkins strictly. Breakfast macam biasa. Tengah hari makan Soy mee wantan. kat office still minum 2 liter air kosong. Balik rumah makan lauk2 je. no rice. Malamnya sebelum tidur tekun membaca status di wall Kelab Diet Atkins Malaysia. Ramai yag sudah berjaya dengan diet ni. Tidur dengan semangat membara, harus melaksanakan misi diet ini esok hari.

Day 3 - 27/6 /2012 (Rabu)
Bangun dengan semangat membara untuk follow atkins rules. Jadi, hari ini dikira Re-Induction la...sebab semalamnye dah kantoi. Isnin hari tu lupa nak amik initial weight before diet. So, pagi sebelum gi keje sempat naik penimbang untuk amik berat. Dah lama tak naik penimbang rumah ni, sebab takut nak tengok jarum penunjuk berat. Tapi pagi ni kene hadapi jugak dan hamikkkkkk ko.... 74 Kg. Tak pe I will work on this.
Alhamdulilah berjaya dilaksanakan with 3 meals tanpa pening kepala. Yeahhhhh, I just fine.

Day 4 - 28/6 /2012 (Khamis)
Since tak de apa2 yang berlaku, semangat berdiet diteruskan with no cheating. 
Balik ke rumah petangnya, mak cuma masak sup leher dan kaki ayam which it definitely not enough to full fill my tummy. Nasib baik ada pasar malam, beli ayam percik for dinner, of course with no sauce. Sebab sos ayam percik ada rasa manis, sure ada gula. 

Day 5 - 29/6 /2012 (Jumaat)
Semalam beli ayam percik extra, memang niat beli extra untuk breakfast. Dalam atkins sangat mementingkan breakfast and please never skip the breakfast. 
Lunch time member ajak makan kat BSC foodcourt. Ingatkan ada western food tapi nan ado. Fikir punya fikir, order chicken black pepper dari sizzling stall tapi pesan tak nak nasi. So the girl extrakan ayam but still it was not a big portion. Kalau ikutkan perut, portion sebegitu rupa, tanpa nasi pulak tu, memang tak cukup, tapi bila berdiet, minda memainkan peranan penting. Selalu kene fikirkan, apa yang ada didepan mata itu cukup untuk perut ini. Bila otak menghantar signal kepada perut menyatakan makanan itu cukup kita, perut akan menerima signal itu dan memproses sebagaimana yang diarahkan oleh otak. Yes, it worked. kenyang sampai ke petang. Anyway, ini cuma pandangan shu je ye. tak tau whether it works for you peeps.

Janji dengan diri nak naik penimbang setiap pagi isnin tapi Sabtu pagi... kaki ni gatal nak naik penimbang berat. Naik je dua2 kaki.... jarum menunjukkan.....71 Kg. Maknanya 3 Kg hilang dalam 3 hari dieting!!!!!!! Tahniah untuk diri sendiri.

Weekend tak yah citer la ek. Sebab diet dah ke laut. Susah nak kawal kalau weekend sebab ada kat rumah.  Semalam pergi kenduri kahwin, ada bubur jagung. Jagungnye sangat banyak dalam bubur tu. Tak leh tahan, Shu bedal 5-6 sudu. But still no rice, no bread. I guess it still not overloaded.

Pagi ni naik penimbang. Takut okay sebab memang banyak sangat langgar rules atkins.

Perghhhhhh.... nasib baik maintain. So, total lost weight untuk diet last week adalah 3 Kg without exercise. kalau weekend tak cheat, mesti banyak lagi pengurangan KG tu.