Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Wednesday, December 19, 2012

Tak boleh LIKE, Share, comment kat FB

Hari ni, masa browsing through FB shu noticed, Shu tak boleh View others comment, LIKE, share dan jugak update status. Nak edit profile atau configure setting pun tak boleh. 

Then Shu google issue ni dan jumpa jalan penyelesaiannya.

Caranya --> kat URL, buang apa sahaja sebelum facebook.com. Then gantikan dengan https://

Selesai!

Then, korang boleh lihat wall fb uols macam biasa.

Issue ni jadi mungkin semalam shu login fb guna tab yang baru Shu beli. But before that shu access fb through my laptop tapi tak logout. So bila shu nak browse fb guna laptop semula, shu menghadapi masalah ni. FB detect insecure browsing.

Monday, December 17, 2012

X'mas Gift exchange event

Kat opis korang ada main tak X'mas gift exchange atau nama lainnye Secret Santa? Rasanya biasa kot bila hujung2 tahun ni kat opis buat X'mas gift. Sebab mana2 company yang Shu pernah keje mesti ada main game ni. 

Cara mainnye... Sape2 yang terlibat dalam game ini, namanya akan ditulis di atas sekeping kertas kecil dan kertas itu kemudiannya akan dilipat/digulungkan. Semua gulungan kertas yang mengandungi nama pemain akan diletakkan di dalam sebuah balang. Then, setiap orang dikehendaki mengambil satu gulungan kertas tersebut dan perlu membeli hadiah untuk orang tersebut. Biasanya organizer akan tetapkan berapa nilai minimum hadiah yang perlu diberi. Pada hari gift exchange, hadiah perlulah diletakkan di tempat yang ditetapkan. Pada hadiah itu hanya diletakkan nama penerima. Setiap orang perlu mencari hadiah mereka sendiri dan cuba meneka siapakah yang pemberi hadiah tersebut. Fun kan?

This time organizer dah tetapkan kene beli gift minimum RM20. Hmmmm... bukan senang nak beli hadiah untuk orang ni, lebih2 lagi kalau kita tak kenal orang tu. But luckily Shu dapat nama seorang  perempuan yang simple sifatnya. Tapi shu cerewet gak nak pilih hadiah. Shu kalau beli hadiah, mesti nak cari sesuatu yang akan disukai oleh penerimanya. Biarlah kene berbelanja lebih sikit. Tak susah2 fikir, cari gift kat body shop je la.

Dah lama rasanya tak shopping kat Body Shop. Dulu2 rajin gak beli barangan kecantikan ni. Sekarang ni kalau nak beli pun kene pk 10 kali. 

Hati kate nak, tapi duit cakap... "tak usah la beli benda ni, banyak lagi benda yang perlu boleh digunakan untuk duit ni, beli lain kali lah...kat rumah tu banyak nak guna duit Oi!!!".  Itu kate duit ye. hehehehe... Lain kali tu makneye tak ade lah. Huahahahahahuahahahah

Langkah kanan masa Shu pergi that day, Body Shop ada buat promotion sempena ulangtahun yang ke-28. So ada selected item yang dijual dengan harga hanya RM28. Cantik sangat la tu.

Body Polish, Body Lotion, Perfume ni... Shu punya... beli untuk diri sendiri. Item untuk gift dah balut daaaa...

Setiap barang diatas bernilai RM28. Paling berbaloi perfume Moroccan Rose tu. Harga asal RM79 tapi Shu beli dengan harga 28 hengget je. Tapi semua tu Shu punye. Tengok tu, hajat dihati nak beli gift je...kan dah terbeli untuk diri sendiri. Alaaa...ok je sekali sekala. Beli time promotion tak de la ralat sangat.

Untuk gift pulak shu beli shower gel pek kembar... pun dengan harga yang sama. sangat2 worth it dan berbaloi. Harap2 penerima hadiah tu suka dengan hadiah yang Shu belikan untuk dia.

Main game ni ada pros and cons nye. Yang bestnye kalau kita dapat hadiah yang best. Tak best plak bila kita bagi hadiah yang best tapi dapat hadiah yg tak best. Ada kawan Shu, hadiah dia tak berbalut pun, pastu hadiah yang dia dapat pun macam tak sampai pun nilai yang sepatutnye. Sedih giler dia. Sebab tu la biasanya orang akan beli hadiah yg bajet2 je. Tak nak kecewa kekdahnye.   Tapi ade je yang sangat baik hati, tak berkira dengan memberikan hadiah yang WOW!!! Sape lah... the lucky one tu kan?

Untuk exchange gift game ni...lagi elok kalau kita boleh risik2 apa minat orang tersebut dan beli something yang kene dengan minatnya supaya dia suka. Risik2 je tau, jangan sampai terbocor plak. Nanti no more fun.

Kalau Shu, tak kisah apa pun asalkan meaningful. Tapi shu tak berkenan kalau dapat voucher. Kalau untuk game ni lah. Rasa macam tak fun. Membuka hadiah adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Bila dapat sampul je, hmmm macam dah dapat agak ape dalamnye. Tak seronok dah :(

Ok..hadiah untuk Shu dari Secret Santa adalah.... seperti gambar di bawah....

Present from my Santa

See, what I've got? Beli BodyShop item dapat bodyshop items balik. But this one lagi special, limited edition dan siap ada box ginger bread man. This gift is definitely unexpected. Masa hadiah ni ada kat bawah X'mas tree... hati shu dok berkata2... "sapelah bertuah dapat hadiah ni, mesti tak murah ni". Manakan tidak, dah la wrapper guna bodyshop, dah tentulah barang body shop kat dalamnye, agak besar plak tu. Sedangkan items yang shu beli tu pun guna wrapper kecik je, harganya pun dah RM50++ without discount. 

Sangat2 happy okay.... masa gift exchange session tu patutnye kene teka sape secret santa kita, tapi organizer cakap tak payah. Tapi Shu nak tau jugak sape pemberi hadiah ni. So, shu pergi jumpa organizer, tanye sape yang bagi Shu gift ni sebab shu sangat2 suka gift dan nak ucap terima kasih. Rupenye... team manager daaaaa... and already said Thank You to him ;)

Friday, December 14, 2012

Turned to 29, My Birthday Cake

Sebelum cerita lebih2... hari ni bukan birthday Shu. Birthday Shu Jumaat lepas k. Kalau nak wish... include "Belated" please. Tapi ok je tanpa "Belated". Hari2 pun birthday shu jugak. Setiap hari usia bertambah 1 hari kan. So, today Shu 29 tahun 8 hari.

Alhamdulillah... 7 december 2012, hari Jumaat lepas, genaplah umur Shu 29 tahun. Maknanya, kalau dipanjangkan hayat Shu ini (dengan izinNya), Shu kene say bye2 to 2 series and welcome to 3 series. 

Shu bukan jenis yang kisah sangat pasal sambutan hari jadi ni. Kalau ada, memang sangat Shu hargai, tapi kalau tak de tak pe la. Pada hari tu, mak la yang sibuk tanya apa yang Shu nak. Hmmm ... maksud mak tu, apa Shu nak makan hari tu.. Memang tak de apa2 dalam fikiran ni. Lagi pun on that day mak nak balik port klang. Tak nak lah susahkan mak. nanti mak sibuk nak kemas barang2 mak. Kalau mak masak sedap2 pun, makanan yang sedap pun jadi tak sedap bila mak tak de kat rumah. So, no special request.

Sabtu dan Ahad, mak kat Port Klang. Sempat plak dia mak order kek daripada kawan dia. Isnin petang baru Mr. Hubby ambil mak dari port Klang, then terus amik Shu dari office. Masuk je kete, nampak kotak kat sebelah mak. Wahhh... mak nak buat surprise untuk anakmak ni. Sangat2 appreciate it. Here we go with my birthday cake and cake cutting.


My Birthday cake
Salah ejaan nama Shu tu. Sepatutnya, Noor Shuhada.

Tak sangka dah tua2 ni pun dapat Birthday cake sebijik

Thanks mak for the Birthday cake. Mak, you are the Best in my world.

VVIPs in my life.
Ada lagi sorang VVIP, definitely my lovely son, Saqlain. Tapi dia tengah tido masa ni.

Cutting the cake

A slice of cake. Yummy!!!

Great moments of the day

Chocolate + Strawberry sponge cake

Mak belikan kek 1 kg, kat rumah ni kitaorang berempat je. Nak elakkan pembaziran... agih-agihkan kat jiran sebelah dan depan rumah ;)



Tuesday, December 11, 2012

Sedara rapat Mr. Hubby yang pertama melawat rumah kami

Teruja sangat bila dapat tahu hubby's cousin coming to Malaysia. Setakat ni Shu belum pernah jumpa saudara mara rapat Mr. Hubby yang menetap di Pakistan. Bila dah sampai KL ni, sure la Mr, Hubby invite datang rumah. Nasib baiklah rumah kitaorang ni dah senonoh sikit.

Hari Sabtu lepas, pada asalnye Mr. Hubby cakap cousin dia singgah sekejap je. Jadi Mr. hubby suruh buat dessert je, Seviyan (Pakistani sweet dish). That's easy for me. Masak awal-awal, sejukkan dalam fridge, makan sejuk-sejuk memang nyum nyum... dah siap, kemas-kemas rumah and house is ready for our guests. Tengah-tengah syok terlelap dengan Saqlain, Mr. Hubby call suruh masak untuk dinner.

What?????? dinner??? masak untuk cousin dia????

Wooo wooo woooo... Shu bukan tak pandai masak, tapi boleh la, so so je... setakat untuk isi perut sendiri dan seisi keluarga. Nama nak serve kat orang.... memang tak confident. Baik selera tempatan, mahupun selera pakistan. Tapi Mr. Hubby confident yang Shu boleh masak, dan dia suruh masak Pulao (flavoured rice) dan chicken Karahi. Hurmmm ok la, nasib baik time tu Saqlain tengah tido... dapat lah Shu berperang dengan lesung batu dan kuali kat dapur. Ish... takkan 2 hidangan je... malu weiiiii. As far as I know, diaorang sangat mengalu-alukan kedatangan tetamu, dan mereka memang akan melayan tetamu dengan cara yang paling terbaik, malah akan pastikan tetamu pulang dengan perut yang penuh. Shu ulang lagi sekali ye bukan setakat perut berisi... tapi perut mesti penuh. And I wish i could treat my guests in the same way too. Korek-korek dalam fridge tengok apa yang boleh dibuat. Dapatlah buat vege salad dan spiced fish nuggets. 2 jam siap 4 dishes..... ye Shu tau, shu buat keje dapur memang tak laju. Alhamdulillah sempat siap sebelum guests sampai rumah.

Cousin Mr. Hubby, Ihsan bhai (Abang) datang dengan kawan dia. Tak banyak yang dapat Shu borak sebab most of the time, i just stayed in the kitchen. Tapi sempat juga, family dari pakistan call Ihsan Bhai and her sister in law wanted to talk with me. Since ada lelaki yang bukan dikalangan ahli keluarga, Mr. Hubby was not welcome me to join them for the dinner. Yes, this is their style, even kalau ada acara makan-makan/majlis kat rumah yang melibatkan ramai orang dan juga bukan ahli keluarga, diaorang akan allocate 2 kawasan yang mana kaum lelaki dan perempuan di asingkan. 

Mr. Hubby's feedback the foodies, it was OK. That's good enough for me. Surely, i'll improve my cooking. Anyway, No foodies picture. Sorry tak sempat nak capture.

Paling kanan adalah Ihsan bhai, sepupu Mr. Hubby. Dah nama sedara, mestilah ada similarity kan...

Sangat gembira dapat berjumpa dengan ahli keluarga Mr. Hubby. Ihsan bhai cakap, dia akan datang semula melawat kami di Malaysia bersama keluarganya pula, since dia sukakan Malaysia. Tapi, dia nak kitaorang datang ke rumah dia di Pakistan dahulu. Ye, kami faham... saat ini seluruh ahli keluarga menantikan kedatangan kami. In Shaa Allah, kami sedang usahakan... doakan kami sekeluarga murah rezeki.