Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, August 29, 2013

Persediaan bersalin kali ke-2

Minggu ke-38 dan memasuki minggu ke-39, persediaan untuk bersalin, berpantang & kelengkapan baby pada Shu sudah cukup seadanya. 

Untuk berpantang kali ini Shu memilih produk Nona Roguy. Masa berpantang anak pertama Shu mengalami sembelit yang sungguh menyeksakan. So Shu baca review, rata2 pengguna Nona Roguy tak mengalami masalah sembelit. On top of that, ramai yang berjaya menurunkan berat badan, tu la sebabnya Shu pilih NR untuk berpantang kali ni. Harap NR sesuai untuk Shu. Set NR ni shu beli secara online dengan harga RM285 1set (tak termasuk postage) dari SET Bersalin Mall. kira murah gak la, sebab dapat free gifts dan ada options plak gifts yang diberikan.

Set berpantang NR + free gifts, Maternity Pad, Pilis & Param
Dengan pembelian lengkap Set NR ni, shu pilih free gift pilihan 2 yang mengandungi:-
1) Kapsul haruan (60 biji)
2) Minyak telon
3) Tungku bayi 
4) Barut bayi (1 helai)
5) Pilis (1 paket)
6) Param (1 ketul)

Shu tambah lagi item berikut:-
1) Pilis Air Mancur - 5 paket
2) Param - 5 ketul
3) Maternity Pad (untuk digunakan masa heavy flow, beli juga pack kecil untuk dibawa ke hospital nanti)

Items berikut Shu dah ada:-
1) Bengkung bertali ( tapi macam nak beli bengkup berzip tu la, sebab bengkung bertali tu cuma boleh balut half part je)
2) Stokin
3) Krim Kurus ?????

Krim Felinna InchLoss

Ek eh!!!! terselit plak krim buang lemak ni. Al-kisah krim Felinna Incloss ni, Shu beli masa hujung tahun lepas, kononnye time tu nak apply untuk buang lemak2 jahat dalam badan ni. Elok je dah order, pi buat pregnancy test, positive plak. Makanya, simpan aje lah niat nak membuang lemak, Shu guna lepas bersalin nanti. Dalam set NR pun dah disertakan dengan Krim barut, so habiskan dulu yang tu, then baru guna krim Inchloss.

Keperluan baby pun sudah disediakan seadanya. Mostly memang recycle Saqlain punya... baju2, kain lampin, barut, kain bedung, blanket... semua ni telah dikeluarkan darip kotak simpanan, dipilih, dicuci dan diletakkan dalam baby's box. Barang baru, Shu beli 4 set baju, set mandian/wangian Pureen & newborn diapers. Shu masih tak confident dengan gender baby, tu yang tak shopping banyak2. Lepas berpantang baru gi shopping.

Tak lupa juga persediaan breastfeed. Ni pun kene buat persediaan jugak. Last time Shu dah ada 2 breast pump (bp) manual & electric. Patutnye, bp electric tu kene hantar gi service since dah lama  x guna tapi Shu betul2 frustrated dengan supplier bp Modu. Nanti Shu citer kat entry lain la ye. Buat sementara dalam pantang nanti, Shu guna manual dulu la. Lepas habis berpantang baru beli bp electric bagi menggantikan bp Modu. 

Ini je persediaan fizikal yang Shu buat, selebihnya tengah buat persediaan mental untuk menghadapi proses bersalin, tempoh berpantang 44 hari, bagaimana nak handle Saqlain dan adiknye nanti. Walaupun sudah pernah menghadapinya sebelum ini, tetap rasa berdebar. It's just like a new story to begin.

9 comments:

  1. waaahh nk msuk 2nd bby da..lama xborak ngn akak...Selamat hari raya kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, very soon, doakan akak ye. Selamat hari raya. Nak senang borak, you are welcome to add me in fb.

      Delete
  2. wahh..tak lama dah...semoga dipermudahkan semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ily... tengah menunggu masa je ni.

      Delete
  3. semoga Allah permudahkan urusan bersalin shu... tahniah...

    ReplyDelete
  4. Semoga selamat smuanyer kak..ape fb akk...nnti sy add

    ReplyDelete
  5. Asna pula barg baby dah settle. Barg ibu belum. Masa pantg dlu guna nona roguy mmg best tp ada few brg asna xguna. So later nk beli yg akan guna saja. Pape pun bila mkn pylnatal tue makesure minum air ckup tau. Klu kurg air bleh jd sembelit juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asna 2 bulan lagi kan, ada masa nak prepare dan survey2. Shu berdebar2 sgt ni. By the way, thanks for the tips. shu akan pastikan utk minum air yg cukup.

      Delete
  6. tumpang lalu ye blog owner... just nak share, kalu ade kawan² yang mencari set bersalin Nona Roguy, jemput jenguk page facebook saya... ada offer harga murah dari market... :)

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1374836606083521&set=a.1374836602750188.1073741829.1374501876116994&type=1&relevant_count=1

    ReplyDelete