Hari ni genap Saqlain 2 tahun 4 bulan, dah lama tak update progress Saqlain, last cerita pasal saqlain pun sempena
Birthday Party dia.
Anyway, Shu dah start dengan free diaper training untuk Saqlain since 2 months ago. Sekarang ni kat rumah Saqlain dah tak pakai diaper. Saqlain cuma pakai diaper waktu tidur tengah hari (1 helai) dan malam hari (1 helai). So total 2 helai penggunaan diaper dalam sehari. Tu kalau kat rumah. Di luar rumah atau jalan2 time masih menggunakan diaper sepenuhnye. So memang kene beli diapers pack tiap2 bulan la, tapi kuantitinya dah dikurangkan. So, since bulan lepas, shu beli 2 pack diapers saiz XXL. Kalau tak sebelum ni memang guna 3 pack diapers saiz L. Since dah kene bertukar kepada saiz XXL ni, dan kuantiti per pack pun semakin sikit, tak bermakna kitaorang perlu tambah bilangan pack yg perlu dibeli. An action must be taken, so Shu dan hubby decide latih Saqlain free diaper. Lagipun soon ada baby baru, so mesti kene adjust bajet bulanan kan.... kalau tak, memang sentiasa kempis la poket mama & babanya.
Tak senang nak latih free diaper ni. Shu pun tak pernah baca article untuk free diapers atau potty training daripada mana2 sumber. By the time we decided to make him free diaper, we just trained him with our own way. Training ni meliputi pee & potty. Tapi potty lambat sikit la. Cuma dah 2 minggu kebelakangan ni baru saqlain pandai beritahu nak potty.
|
Taken masa 1st time Saqlain beritahu yang dia nak potty & dia potty kat toilet |
Let's check it out ape yang kitaorang buat.
1) Tell him that he needs to do potty & pee in the toilet.
2) Demonstrate to him. Bagi tau dia macam mana rasa nak terkencing / terberak.
3) Banyak2 bersabar. Bak kate Mr. Hubby teach him with love. Mula2 tu memang kencing merata-rata. Jangan sesekali give up, move on with the training day by day sampai dia pandai.
4) Kalau terkencing / terberak dalam seluar, jangan marah. Tapi senyumkan aje, at the same time beritahu kat mana sepatutnya dia pee / potty. Tapi bila dah berminggu2 latih tak de perubahan jugak, beri arahan dengan lebih tegas. Tegas tau.. bukan marah.
5) Keep asking him whether he wants to pee or potty from time to time.
6) Keep telling him that he is a Big Boy now and he doesn't need diaper.
7) Dalam tempoh ni, kalau ada karpet / tikar kene simpan, terkencing atas lantai pun senang nak bersihkan. We don't allow him to sit on sofa sebab sofa kat rumah tu sofa kain. Of course we did tell him why he can't sit on the sofa during that period, and Alhamdulillah, he can understand the reason why. Sekarang kitaorang dah percaya kan dia untuk duduk atas sofa walaupun tanpa diaper. Sebab dia dah pandai beritahu nak pee / potty.
8) Standby banyak2 seluar. Mula2 training memang kene guna berhelai2 seluar sebab asyik la TER....
9) For the 1st time dia dah boleh bagi tau yang dia nak pee/potty, jangan expect dia dah pandai. Still kene monitor, kalau tak jaga2, dia boleh terberak & terkencing merata2.
10) Latih secara berperingkat-peringkat. Mulakan dari selepas mandi pagi sehingga tengah hari. Bila ada improvement lanjutkan ke petang. Bila nampak improvement lagi lanjutkan hingga ke malam. Waktu tidur baru dipakaikan diaper.
I tell you what, masa 1st time saqlain bagi tau nak pee/potty, mama & babanya sangat excited, cepat2 bukakan seluar dia, bawa cepat ke toilet, sama2 kitaorang tengok dia pee / potty. Pictures yang Shu attached ni was the 1st time dia potty. Snap sebab babanya tak de kat rumah masa tu. So amik gambar bukti. hehehe... giler excited kan?. Tapi memang itu lah perasaannye... Super duper excited bila anak dah capai 1 milestone.
|
"Mama done, mama wash" |
Kitaorang masih berusaha untuk membolehkan Saqlain free diaper sepenuhnye.