Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Tuesday, April 12, 2011

Nak hadiah tak bila give birth kat hospital nanti?


Apa yang ada dalam kotak ni Pink ni?
Sample barangan bayi, maklumat2 penting dan voucher diskaun barangan baby.

Suka tak? 

Nak tak?

Register je kat baiboo.com.my. Klik link bawah ni.



Monday, April 11, 2011

Baby Stuff: Completed

Cukup setakat ni hunting for baby's stuff. Semua barang2 basic dah ada. Consider preparation untuk menyambut kedatangan baby dah ready. Semua ni beli dari Jusco midvalley setelah menunggu warehouse sale yang tak kunjung tiba. Kalau ada pun hujung bulan 4 ni. Time tu tengah menunggu hari je, silap2 hari bulan dah terberanak. So, grab je kat JJ sebelum megasale habis, Still ada diskaun walaupun tak banyak.

Checklist memang ada, tapi banyak dah kene discard dengan Mr. hubby. Kalau ikut list, nak beli itu ini, tapi Mr. hubby akan tanya setiap kegunaan barang2 tu. Kalau tak perlu, dia tak bagi amik. Contohnya, cecair pencuci pakaian bayi, Mr. hubby suruh guna je sabun biasa, dulu2 tak de pun sabun pencuci bayi ni. .Mr. hubby cakap, tu semua taktik2 pengeluar produk untuk jual product diaorang.

Akhirnya, ni je yang beli. 

Semuanya serba satu. Lepas pantang nanti sambung shopping keinginan mummy untukk baby pulak.

Friday, April 8, 2011

8th Antenatal check up

30.03.2011


  • Surprisingly berat naik tak sampai 2 kg. Makan boleh tahan banyak gak. So far, belum diarahkan untuk buat MGTT sekali lagi. 
  • Suntikan Kancing gigi kali ke-2. Nurse cakap, anak pertama kene 2 kali. Kalau mengandung lagi sebelum 5 tahun, kene 1 suntikan. Tapi kalau mengandung sekali lagi selepas 5 tahun, kene 2 kali suntikan. 
  • The best part, Doc cakap baby dah nak dengan pintu =)

Check-up kali ni tak berapa nak suka sebab ada budak praktikal yang assist doc. Tak selesa sebab budak praktikal tu adalah lelaki =(

Semakin hari, semakin terasa debarannya. Doakan Shu dan baby sihat dan selamat ye.

Thursday, April 7, 2011

Tak muat! tak muat! tak muat!


Tu semua sandal2 yang Shu biasa pakai sepanjang tempoh pregnancy ni. Tapi sekarang...
semua tu dah tak muat


Selipar je la yang paling sesuai buat masa ni. Nak beli sandal yang cantik2 pun tinggal beberapa minggu je lagi. Lagi pun kalau nak beli, saiz apa yang sesuai kalau dah biasanya pakai saiz 8???

Jadilah... Selipar pun selipar la...

Wednesday, April 6, 2011

Kenduri Doa Selamat - Done

03.04.2011

Alhamdulillah, selesai sudah kenduri doa selamat dan tahlil pada ahad yang lalu. Kenduri untuk Shu jugak   Sejak mengandung 7 bulan lagi mak dah suruh buat kenduri ni, tapi dah nak masuk 9 bulan baru sempat nak buat. Alaa... kenduri ni buat kecil2an aje kat rumah mak di Port Klang. Lepaskan niat mak dan Mr. hubby. Ramai gak tetamu datang memenuhi undangan. Lauk pauk habis, tak membazir pun.

Mulai hari Sabtu pagi, family semua bertungkus lumus menjayakan kenduri ni. Pagi2 lagi, Shu dan kakak ipar sudar ke pasar membeli barang. Berjalan ke hulur-hilir, beli barang2, amik perkakas untuk masak dan hidang lauk pauk. Angah tak henti2 tolong buat keje di dapur, Abang Lang tolong masak lauk pauk yang sedap tu. Thanks to all my family bertungkus lumus. Sangat korang semua.

Mak buyung ni pulak tak hengat diri. Mak sudah bilang jangan buat keje berat, Mr. Hubby suruh duduk je, jangan buat keje. Tapi mak buyung ni sangat degil, sudahnya lepas habis kenduri, kaki jadi macam ni.


Malamnya memang dah tak larat berdiri dan berjalan. Sebelum tidur suruh Mr. Hubby massage kaki ni. The Next day, tak larat nak g keje tapi masih bekerja. Apa lagi WFH la.