Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, April 21, 2011

10th Antenatal check up: Week 38

20.4.2011

Wahhhhh... dah 10 kali buat check up sepanjang 1st pregnancy ni. 

  • Berat naik 1 kg. Banyak pulak naik kali ni. Berat baby ke? Berat mummy ni?
  • Alhamdulillah, urine back to normal. No more air kencing kotor. walaupun ubat hanya makan sekali. Oh! shu memang suka ngelat makan ubat =)
  • Baby dah Engage. Yeah..... anytime mummy will see you, my dear baby.
  • Next appointment will be next week. Tapi jumaat ni kene datang utk buat OGTT. Oh! my god, again kene minum air gula. Last minum masa mengandung 5 bulan. Doc cakap kene buat lagi untuk pastikan betul2 tak de kencing manis. Maklumla, keturunan ada kencing manis.


Tuesday, April 19, 2011

Sample produk dari Pureen

Posto! Posto!

Yeahh!!! Sample produk dari Pureen dah sampai semalam. Dapat barang free =)
Baru minggu lepas hantar email kat pureen, minggu ni dah sampai. Baek punye service. Kebetulan semalam  WFH, maka barangan sampai terus sampai ke pintu. Tau2 je la, pos laju ni, kalau tak de orang kat rumah, kene la amik kat pejabat pos berhampiran.
Anyway, let see apa yang Shu dapat?

3 keping new born pampers, 5 paket stretch mark lotion dan pamplets.
Untuk dapatkan sample produk pureen ni, email ke...
customer_service@ussummit.com.my



Shu tau pasal nak dapatkan sample2 produk ni pun daripada blog mom 2 be Rosie. Mula2 cuba sample dulu, kalau ok, bole la beli. Selain Pureen, shu ada mintak sample daripada Pet pet, Seba med dan Carrie Junior. Tak tau la dapat ke tak.

Sunday, April 17, 2011

Say.my is giving away RM10,000 cash

Hi kawan2,

Selain hadiah yang best2 tu untuk 3 pemenang bertuah sempena birthday Says.my, mulai 08/04/2011 hingga 17/04/2011, Says.my jugak nak bagi RM1000 kepada pemenang bertuah selama 10 hari.

Tapi wang tunai ni untuk kepada sesiapa yang promoto kempen maybank.




Jom cuba lagi. Nak promote? Klik link bawah ni


Friday, April 15, 2011

9th Antenatal check up: Week 37

13.03.2011

  • Berat naik 200 gram je. Berat terkini 81.2 kg.
  • Tekanan darah normal.
Tapi....

Test urine, nurse cakap air kencing kotor. Doc suruh amik ujian urine lagi untuk buat pengesahan makmal. Dan memang betul pun air kecing kotor. Sebelum2 ni normal je, lagi pun tak de pun tanda2 kencing kotor. Maybe lately ni Shu tak minum air masak banyak. Biasanya bergalen2 minum, kalau kat office berkali top-up botol tu. Sekarang ni 1 botol pun belum tentu habis. Kalau habis pun malas nak top-up. Dah, pasni kene minum air masak banyak2.Tak pasal2 kene makan ubat tambahan :(

Tadi isi survey form. Baru tau kucing bahaya untuk wanita hamil kerana boleh menyebabkan Toxoplasmosis. Sumpah tak tau. Dah la Shu suka main2 dengan kucing. Tiap2 bulan sponsor makanan kucing kat rumah mak. Tiap kali balik pun main2 ngan kucing2. Aduhai... kenapa hujung2 pregnancy baru tau pasal ni. Balik office google jap pasal parasit ni. Tapi artikel 2 yang memaparkan tentang parasit ni banyak daripada website indonesia. Patutnya masa 1st meet up kat KK, nurse kene inform pasal bahaya parasit ni. At least dapat buat pencegahan awal.

Next week check up lagi. Lepas ni tiap2 minggu kene jumpa doctor hingga bersalin.

Kembang semacam je hidung ni =(


Wednesday, April 13, 2011

All my bag are packed and im ready to go

Barang2 baby dah complete.

Pakaian baby yang perlu dicuci pun dah cuci. 
Then semua barang2 yang perlu di bawa ke hospital pun dah pack. Apa yang shu bawa? check it out.



My baby's bag:
  • 1 helai Hooded blanket
  • 1 helai Baby blanket
  • Baby's clothes (2 pasang baju lengan panjang & seluar panjang,  1 pasang baju lengan pendek &  seluar pendek, 1 helai romper)
  • 3 helai Barut baby
  • 6 keping Newborn diapers
  • 3 helai kain Lampin (untuk bedung baby)
  • 1 set Mittens & Booties
  • 1 x Baby hat
  • 2 helai Washcloth
  • 1 helai Baby towel
  • Baby oil, Cologne (my fren cakap lain2 barang macam syampoo, bedak bayi & etc tak payah bawak. Nanti nurse akan mandikan baby).
  • 1 pek kecil Baby wipes
  • Minyak yuyi 
  • Plastic bag (untuk baju/kain yang kotor & basah)
Mummy's bag =):

My friend advice bawak baju untuk balik je. Bila kat hospital kene pakai baju pesakit.
  • 1 helai T-Shirt longgar
  • 1 helai kemeja butang depan 
  • 1 helai Kain batik
  • 1 helai Sweater
  • 1 helai Tudung
  • 1 pack disposable panties (5 helai)
  • 2 helai Nursing bra
  • 1o keping Maternity pad  (onee cakap bawak lebih sebab darah byk kuar nanti)
  • 1 pasang stokin
  • 1 helai Towel
  • 1 helai Shawl
  • 2 set Breastpad
  • Toiletries
  • Air zam-zam & minyak selusuh (to be packed later)
  • Madu for tahnik (to be packed later)
Lain2 dokumen dan barang2 yang perlu di bawa bersama:-
  • My IC, kad nikah (always in my purse)
  • Kad kehadiran PPUM & Buku Pink (always in my handbag)
  • Handphone & Camera (always in my handbag)
  • Buku Surah Yassin 
Barang2 baby selebihnya, simpan kat dalam polkat dot pink storage ni untuk di bawa ke rumah mak nanti. Beli dari COSWAY.