Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Tuesday, June 14, 2011

Bacaan ketika berpantang

Berpantang hari ke-43

"Berpantang Cara Alami" terbitan Karangkraf adalah bahan bacaan Shu sepanjang tempoh berpantang ni. Along Shu yang bagi buku ni. Dalam buku ini terkandung maklumat2 seperti Rahsia dan petua penjagaan ibu selepas bersalin, masalah waktu berpantang, panduan lengkap penyusuan susu ibu dan resipi2 untuk ibu berpantang. Daripada buku ni la Shu tahu kenapa amalan2 berpantang tradisional seperti bertunku , berurut, berparam dan lain2 perlu dilakukan.

Ada beberapa masalah yang berlaku pada Shu ketika pantang, Shu rujuk pada buku ini dan ikut panduan2 atau petua2 yang dinyatakan di dalam buku ini bagi mengatasi masalah yang Shu hadapi. Mak Shu rujuk pada buku ini dalam menyediakan makanan untuk shu. Jadi makan Shu ketika berpantang tak la boring sangat. 

Setelah khatam membaca buku ini, memang Shu sarankan untuk mommy to be memiliki buku ini. Buku ini juga sesuai untuk diberikan kepada ibu2 selepas bersalin. Selalu kita bagi hadiah kat baby je kan? meh kite bawakan buah tangan untuk si ibu juga.

Saturday, June 11, 2011

Sembelit oh Sembelit

Berpantang hari ke-40

Shu sekarang meghadapi masalah sembelit yang kritikal. Sembelit ni jadi sejak minggu ke-3 lepas bersalin. Masa awal2 berpantang, senang je nak membuang. Pastu susah betul nak membuang. Sekarang ni tiap kali sakit perut nak membuang, rasa macam mimpi ngeri je.  Takut sangat2. Berjam2 kat dalam toilet memerut. Pastu mula la aksi drama, jerit2 dan nangis2.

I tell you, sangat sakit wokey, nak beranak masa tu pun tak nangis2 bagai. Since hari Khamis terasa nak membuang, tapi tak kesampaian hingga la pagi tadi cuba lagi pun tak dapat gak. Tengah hari ni gi jumpa doc Andy, dia pam, immediately terasa nak membuang, gi masuk toilet kat klinik, keluar segala isi perut ni tanpa rasa sakit. Lega rasanya. Doc Andy bagi ubat untuk diminum supaya membuang tanpa rasa sakit. Harap2 masalah ni akan selesai la pasni.

Orang cakap, sembelit ni memang biasa terjadi dalam waktu2 pantang. Mommy2 kat sana, share la ngan Shu macam mana nak atasi masalah ni dalam tempoh berpantang? Apa makanan yang boleh menyebabkan sembelit? Apa makanan yang boleh atasi masalah sembelit ni?


Friday, June 10, 2011

1 tahun, 1 bulan

Short update. Actually banyak nak diceritakan tapi tak berkesempatan nak update dek penangan Saqlain yang sokmo nak bermanja2 dengan mamanya a.k.a mengempeng. Entry ni pun patutnya masuk minggu lepas tapi tak dapat nak update time tu sebab internet connection problem.


Alhamdulillah, 3 Jun yang lalu genap 1 tahun usia perkahwinan kami dan sudah 1 bulan our little prince Mohammad Saqlain. Tak celebrate pun sebab masih dalam tempoh berpantang.

Kami setahun yang lalu

Cinta hati kami sudah berusia 1 bulan
Shu tak de banyak pic bertiga, ni pun amik masa kat hospital lepas bersalin. Inilah kami selepas setahun hidup bersama.
Family kecil kami - three of us
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa." - Amin


Monday, May 16, 2011

Detik kelahiran Mohammad Saqlain

Ini cerita buat Anak Mama, Mohammad Saqlain


The Saffron, Sentul
Lebih kurang 4 pagi, mama terjaga, rasa nak buang air besar. Mama ke bilik air, tengok panty masih bersih. kemudian mama kembali ke tempat tidur tapi tak terasa nak tidur. Mama duduk dan cuba untuk lelapkan mata. Tiba2 mama terasa sakit, tegang perut. Sakit itu datang dan pergi beberapa kali. Mama rasa tak sedap hati, mama pergi ke bilik air, ada kesan darah pada panty mama. Kemudian, mama mencapai handphone untuk buat catatan masa. Baba pula bertanya sama ada mama nak ke hospital atau tidak? Tapi mama cakap sabar dulu, selagi mama boleh tahan, mama akan tahan. Setelah hampir satu jam merekodkan masa, ternyata sakit itu adalah contraction dan ianya datang setiap 5 minit. Kemudian, mama ajak baba untuk ke hospital. Mama suruh baba kejutkan mak mama, mama mandi dahulu. Setelah baba dan mak mama selesai solat subuh, kami bertolak ke PPUM.

Dalam perjalanan ke PPUM
Rasa sakit itu semakin perit. Alhamdulillah, baba pandu kereta dengan tenang sekali. Perjalanan amat lancar walaupun kami melalui lebuhraya Federal yang sentiasa sesak. Dalam kereta, mama sempat minum minyak selusuh. 

Di PPUM
Sesampai di hadapan Klinik Ibu Mengandung, mama dah tak larat nak berjalan, guard di situ membawakan kerusi roda untuk mama dan kami terus ke wad bersalin tingkat 1. Mama diarah untuk menukar baju dan menanggalkan semua barang kemas yang mama pakai. Kemudian terus mama dimasukkan ke labor room. Baba tidak dibenarkan masuk bersama.

Labor Room
Nurse terus pasangkan alat untuk buat CTG pada mama. Lebih kurang 7.30 pagi, doktor datang buat VE, bukaan sudah 4cm. Doktor pecahkan air ketuban dan doktor beritahu mama jangakaan bersalin lagi 6 jam, iaitu mungkin lebih kurang pukul 2 ptg baru ready untuk bersalin. Makin lama makin sakit. mama tak dapat ceritakan sakit tu macam mana, tapi memang sakit. Setiap kali contraction tu datang, mama terasa nak meneran tapi doktor tak benarkan mama meneran. Doktor beritahu, kalau mama meneran, ia akan menjejaskan keadaan kamu dalam perut. Dah la sakit, tak boleh meneran pulak tu, lagi sakit rasanya.


Pukul 8 pagi, doktor datang bertanyakan tentang pengambilan Epidural. Doktor galakkan mama untuk ambil epidural memandangkan keadaan mama yang terlalu lemah. Mama cuba untuk tidak mengambil epidural, tapi mama minta dengan doktor tempoh setengah jam lagi untuk buat keputusan. Mama cuba kuatkan semangat, mama tak nak kalah, bibir mama tak putus2 membaca doa nabi yunus. Tapi sakit mama ini memang tak tertahan lagi. Tenaga makin berkurang, mama takut kalau mama tiada tenaga, mama tak boleh lahirkan kamu secara normal. Akhirnya pada pukul 8.30 pagi, mama buat keputusan untuk ambil epidural dan memberitahu kepada nurse berhampiran.Tunggu punya tunggu, dah dekat satu jam doktor yang sepatutnya masukkan epidural tak datang-datang. Dalam tempoh itu, mama terus berperang dengan kesakitan yang amat sangat. Datang tempoh itu juga, mama didatangi oleh doktor praktikal yang bertanyakan pelbagai soalan. Pada mulanya, mama cuba menjawab soalan2 yang diajukan, tapi lama2 suara mama ditenggelami dek kesakitan. Mama terpaksa menghidu gas ubat tiap kali kesakitan datang. 

Lebih kurang pukul 9.40 pagi, dalam mama keseorangan di labor room, mama dihadiri seorang nurse. Keadaan mama masa tu dah senget ke sana, senget ke sini menahan kesakitan. Sampai pelekap untuk mengesan jantung kamu pun dah lari. Nurse tersebut tengok pada graf CTG, dia cakap bacaan jantung kamu dah tak cantik. Terus nurse tersebut buat VE, dan cakap "Eh, nak bersalin dah ni". Terus nurse tu keluar dan datang semula dengan beberapa orang doktor. Semuanya sedang membuat persiapan untuk mama bersalin. Setelah persediaan dibuat, terus nurse tersebut suruh mama "push". Dalam ketiadaan tenaga, mama kuatkan semangat dan dalam beberapa kali nafas dan tepat jam 10 pagi, akhirnya kamu keluar dari perut mama secara normal tanpa penggunaan Epidural. Mama nampak kamu, tali pusat kamu dipotong, mama mendengar suara tangisan kamu dan nurse tersebut terus menujukkan kamu pada mama. Lalu kamu dibawa keluar untuk dibersihkan. Tak lama kemudian, kamu dibawa kembali kepangkuan mama untuk sesi skin to skin. Sukanya mama melihat kamu, mata kamu terbuka luas melihat keadaan sekeliling. Selepas 5 minit kamu di atas dada mama, kamu diangkat untuk dibawa kepada baba untuk diazankan.

Mama bersyukur sangat kamu dilahirkan dengan selamat. Mengeluarkan kamu dari perut mama adalah perasaan yang terlalu indah. Mama juga berterima kasih dengan kehadiran nurse yang terakhir itu, dia benar2 menyelamatkan keadaan mama pada waktu itu. Syukur kehadrat Illahi atas segalanya.



Wednesday, May 11, 2011

Berpantang di KL atau Port Klang

Berpantang Hari ke-9 

Warghhhh... hati ni dalam dilema. Nak berpantang kat KL atau balik ke Port Klang. Hati ni berat rasanya untuk meninggalkan suami tercinta. Sedangkan Mr. Hubby keluar pergi keje tinggalkan kami berdua di rumah pun Shu boleh menangis rindukan dia. Dalam keadaan Shu yang lemah ini, dengan adanya Mr. Hubby di sisi di setiap malam, boleh membantu Shu menukarkan diaper untuk Saqlain tengah2 malam. How sweet =)
Nanti kalau kat port klang, sape nak tolong shu tukarkan diaper Saqlain tengah2 malam. Nak suruh mak memang tak sampai hati la kan.

Tapi....
Kat KL, susah pulak mak nak cari barang2 keperluan Shu sepanjang berpantang. Kalau pesan kat Mr. Hubby pun, bukannya dia faham.

Oh... tidak.... 
Mohammad Saqlain, Day 3