Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Saturday, June 11, 2011

Sembelit oh Sembelit

Berpantang hari ke-40

Shu sekarang meghadapi masalah sembelit yang kritikal. Sembelit ni jadi sejak minggu ke-3 lepas bersalin. Masa awal2 berpantang, senang je nak membuang. Pastu susah betul nak membuang. Sekarang ni tiap kali sakit perut nak membuang, rasa macam mimpi ngeri je.  Takut sangat2. Berjam2 kat dalam toilet memerut. Pastu mula la aksi drama, jerit2 dan nangis2.

I tell you, sangat sakit wokey, nak beranak masa tu pun tak nangis2 bagai. Since hari Khamis terasa nak membuang, tapi tak kesampaian hingga la pagi tadi cuba lagi pun tak dapat gak. Tengah hari ni gi jumpa doc Andy, dia pam, immediately terasa nak membuang, gi masuk toilet kat klinik, keluar segala isi perut ni tanpa rasa sakit. Lega rasanya. Doc Andy bagi ubat untuk diminum supaya membuang tanpa rasa sakit. Harap2 masalah ni akan selesai la pasni.

Orang cakap, sembelit ni memang biasa terjadi dalam waktu2 pantang. Mommy2 kat sana, share la ngan Shu macam mana nak atasi masalah ni dalam tempoh berpantang? Apa makanan yang boleh menyebabkan sembelit? Apa makanan yang boleh atasi masalah sembelit ni?


8 comments:

  1. i bkn dlm pantang tp aritu amik ubat stop bleeding n contraction, dia nye side effect susah nk membuang/sembelit.. so my gynae kasik minum forlax..

    ReplyDelete
  2. shu, mmg biasa mslh sembelit dlm pantang tu...me pon sama gak ri tu..biasanya sembelit ni jadi psl kita kurg minum air n mkn mknan berserat..so, sepanjang berpantang tu, sy mmg minum air byk..org tua larang pun x jd mslh psl, doc mmg suh minum air or mkn kuah byk...rajin2 mkn buah2 cam betik, pisang n prunes..InsyaAllah, xde dah sembelit tu..

    ReplyDelete
  3. Salam shu.zura pun face the same problem.tak tau nak buat ape.minum air byk,mkn buah pun still sembelit jugak :(

    ReplyDelete
  4. sembelit tu biasa Shu... 'masalah' tentang pantang ni.. kurg makan/minum... ada certain ppl, dlm pantang jgn minum air byk.. ahemmm.... sungguh salah amalan itu! so bykkan minum air putih byk2... betik/ pisang always works best for me... setiap meal, pastikan at least ada portion buah atau sayur.. meaning 3 times a day... oatmeal pun bagus utk sembelit... makanan pedas, bersambal... tolak terus.. sampai la sembelit hilang...

    bila nak poo-poo... cuba cangkung rather than pakai toilet duduk.... gravity will help and kurang meneran sket...

    selamat mencuba ya... :)

    ReplyDelete
  5. fuhhh cam sama je experience; minggu ke3 berpantang... datang sembelit yg maha dahsyat. dah ler luka baru rasa sembuh, tetiba datang sembelit tu... mula berdenyut2 balik bawah tu. duduk pun dah tak selesa dibuatnya. sampai satu tahap, mmg tak tahan, hubby ajak gi jumpa doc. dapat la ubat sumbat montot utk buang air. mmg sangat membantu. tp tu ler, asek nk membuang ler pulak, sbb dah lama simpan...sembelit nyer pasal, hiks. ubat tu leh dpt kat farmasi kalau nak beli.

    tp doc sarankan; stop jamu, minum air byk2, makan buah2an and sayur2an...

    skrg nih dah ok sikit, cuma nak tunggu keselesaan bawah tu kembali. yelah, lepas kena sembelit tu, kat bawah tu mcm affected sikit. harap2 tak affect jahitan. huhuhuh...

    ReplyDelete
  6. yuyu pun alami masalah tu.pstu g kk, nurse suh mkkn bubur nasi gnti nasi, mkn buah oren..mmg menjadi.setakat ni alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. minggu ni minggu ke 3 bepantang... adoiai... sembelit ni memeng menyakitkan... baru rase nak baik jahitan kat bwh tu... tibe2 sembelit plak... nak dok pon x selesa... btl ke kena stop jamu baru ok???

    ReplyDelete