Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Wednesday, July 28, 2010

HELP ME PLEASE...

I really need a new environment.
What environment?
WORKING environment.
I am totally LOST here.
I even don't know myself.
Mana hilangnya shuhada yang rajin?
Mana hilangnya shuhada yang bercita2 tinggi?
Mana hilangnya shuhada yang fikiran positif?
Mana hilangnya shuhada yang sangat konfiden dengan kebolehannya?
All hasGONE!!!!!!
I want back NOOR SHUHADA.

Maaf, bukan aku tidak bersyukur dengan keadaan aku sekarang. but i feel something wrong on me. Cita2 tak kesampaian dan terhenti di tengah jalan. Aku masih terkapai-kapai mancari hala tuju perjalanan kerjaya aku. Sedangkan aku sudah bekerja lebih 2 tahun dalam industri ini. Seronok melihat rakan2 mengorak langkah, berlaru menuju ke puncak. Sedangkan aku masih ditakuk yang sama. Semakin hari, semangatku makin luntur. Aku dapat rasa tidak ada sebarang kemajuan dalam diri aku which i hate it so much. Aku kini bekerja semata2 untuk duit belanja. Sedikit kepuasan pun aku tidak dapat rasakan. It's damn really not me.

Ya allah, tunjukkan jalan kepada hambamu, jalan yang sepatutnya aku tuju.

Tuesday, July 27, 2010

Teater CUCI the Musical 2


Oh yeah... semalam tengok Teater Cuci the Musikal(CTM) atas tiket free daripada Astro. Actually, my sis yang dapat jemputan 2 orang untuk tayangan hari pertama CTM. Unfortunately dia tak boleh pergi sebab dia tinggal jauh dan tak de sape nak bawak dia dan bertuahnya dia offer the ticket to me and Istana Budaya (IB) is just near by to my house. Cakap tadi jemputan 2 orang kan? tapi lebih bertuah lagi masa collect tiket tu, saya dapat 4 tiket. Oh! great. Thanks to Astro and of course thanks to my sis coz offer the ticket to me.

4 Tiket free daripada Astro

4 tiket tuh... I wanted to watch this show with Mr. Hubby tapi sedih coz Mr. Hubby not interested to join me. Tak paham katenye. Since dia dah bagi green light pergi dengan kawan2 so i ajakla my colleage Linda, Sue and Dina. Hey.. hey.. hey.. Dina is not my colleague but she is Linda's future colleague and she also sue's house mate. I know her at Juliet's wedding.

From left:- Dina, Sue, me and Linda

Ada insiden berlaku 15 min sebelum masuk panggung, OMG tiket tertinggal kat dalam kete. berkejar p balik ke car park ngan sue, hampir2 terjatuh kat kafeteria. Cian Sue. Hmm... nasib baik sedar tiket tak de sebelum masuk panggung. Kalau time nak masuk baru sedar, mau tak haru biru jadinyer.

We are in Panggung Sari

Me dari dulu sampai sekarang memang kagum dengan senibina dalam panggung sari. It's just WOW to me. As usual, sebelum tayangan dimulakan, semua kena berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku. Kat dalam panggung kene mati kan telefon bimbit. Sebarang bentuk recording tak dibenarkan sama ada video mahupun gambar. Kalau nak kene pancaran laser, amik la. Jadi memang tak de la gambar preview semasa show ditayangkan. yang ada pun ni je la, waktu sesi memperkenalkan crew2, lepas show dah habis.

Surprisingly, show kali ini sangat lama. Biasanya pukul 11 dah tamat, tapi kali kul 12.30 baru habis. In between siap ada intermission, macam tayangan filem hindustan plak dah. Masa intermission selama 15 mins, pihak Astro ada menyediakan jamuan ringan untuk para hadirin. Hmm.. Yummy..



Sila cari di mana saya ye?

Ini kali pertama menonton teater yang mementaskan cerita moden. CTM tidak menghampakan, plot cerita simple, ringan dan pastinya sangat2 menghiburkan. Diselitkan lawak-lawak semasa dan sinis yang membuatkan para penonton berasa dekat dengan cerita yang sedang berlangsung. Walaupun watak A.C Mizal telah digantikan dengan Nabil but thumbs up untuk Nabil kerana berjaya membawakan watak itu dengan caranya sendiri. Begitu juga dengan Jaclyn Victor yang menggantikan watak Adibah Nor berjaya menunjukkan bakat lakonannya dipentas teater. Cuma bagi Vanida Imran, i rasa watak ini terlalu ringan buat dia but she is always great for me. Sebetulnya, i sangat suka show malam tadi. Out of 5, i gave 4 stars. Here you go for the synopsis of the story.

SINOPSIS

CUCI THE MUSICAL berkisahkan tentang empat orang beradik, FAIRIL (Afdlin Shauki), KHAI (Hans Isaac), JOJO (Awie) dan C' Tan (Nabil) yang menjalankan sebuah perniagaan 'Cuci-Cuci Services' sebuah syarikat kecil yang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap - dengan harapan agar satu hari syarikat mereka menjadi antara yang terbaik dan diberi peluang untuk memberi perkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Harapan mereka menjadi kenyataan apabila 'Cuci-Cuci Services' telah dijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO - Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang di selenggara oleh Citi Jasmin atau lebih dikenali sebagai CJ (Vanida Imran) - yang akan memberi perjanjian tersebut kepada pemenang.

Kebetulan pula, juara bertahan WWO adalah 'Wira Maju' sebuah syarikat yang dimiliki oleh teman lelaki CJ, iaitu WIRA (Harith Iskandar).

Sementara itu, bapa CJ, iaitu Tan Sri (Ramli Hassan) memerhati tingkah laku CJ dengan teliti kerana khuatir anak perempuannya mungkin tidak membuat pilihan yang tepat dengan mengambil WIRA sebagai pasangan hidupnya.

Hubungan antara Khai dan CJ bertambah mesra apabila mereka mula menyukai antara satu sama lain dan pada masa yang sama pembantu peribadi CJ, Farah (Jaclyn Victor) pula jatuh hati pada JOJO.

Lalui suka duka, tawa dan tangisan, cinta dan kesedihan perjalanan empat beradik ini.untuk mencapai impian mereka.

Diikuti dengan musik dan lagu yang dialun bersama lirik dan melodi yang tidak dapat dilupakan oleh DOUGLAS LIM dan Pacai (@ DR SYED AHMAD FAIZAL AL-ATTAS), CUCI THE MUSICAL mengisahkan tentang empat beradik yang mengharungi segala kesukaran untuk merealisasi impian mereka akan pasti menambat hati dan jiwa para penonton.


Ini cuma pandangan peribadi saya, saya memang tabik dengan pelakon-pelakon teater kerana bagi saya bukan mudah untuk melakonkan watak dalam teater. Dengan nak ingat skrip, menyanyi, menari dalam 1 masa dalam pelbagai babak. Lagi pulak show tu 2 jam berterusan dan ditayangkan secara langsung. Kalau ada kesilapan yang berlaku, sendiri pandai2 la kene cover. Berlakon berpuluh2 filem dan beratus2 drama belum boleh menentukan seorang pelakon itu hebat selagi dia belum berlakon di pentas teater.

End of this year, Teater Natrah akan dipentaskan semula. Macam nak pergi menonton semula teater tu.

Thursday, July 22, 2010

Acara Potong Kek



Acara potong kek ni, selepas makan beradab. Kek ni, order daripada Kedai Kek Mawar, Rantau Panjang Klang. Me yang request nak rupa macam tu. Cuma layer bawah je macam kek biasa, 2nd and 3rd layer nak cup cake. Kek layer bawah tu adalah kek vanila dan blueberry. Cup cakes pulak ada perisa oren, coklat dan strawberry. Sebabkan terlalu sibuk, i serahkan bulat2 kat owner kedai untuk menghias kek kahwin ni. Just inform warna tema dan perisa je.

Thanks to my Along and SIL yang bekerjasama mengalihkan meja kek ni dari tempat makan berdab ke depan pelamin. Layankan gambar2 masa acara potong kek ni ye.





Time ni je la dapat merasa kek vanila dan blueberry ni. Lepas je letak kat meja beradap, terus lesap.


Wednesday, July 21, 2010

Bunting oh Bunting


Bunting ni adalah free gift daripada Butik Cinta2Collection. Dari Butik Cinta2Collection lagi.... a'ah, memang banyak free gift, kalau amik full package, lagi banyak free giftnyer. Dah jimat kat situ. Biasanya bunting sebesar ni dalam range harga RM50-60. Cik Shu diberi pilihan free gift sama ada bunting atau kek? Since, kek i nak customize sendiri, so i go for bunting. Keh kahwin nanti citer kat entry lain yer.
Gambar bunting tu adalah hasil daripada studio photoshoot lepas nikah bulan 6 yang lalu. Kan nikah sebulan awal, so mintak gambar daripada OP untuk buat bunting. Bunting ni digantung kat depan canopy, so tetamu yang tak berkesempatan jumpa dengan pengantin boleh la tengok gambar kami. Masa tergantung kat canopy lupa nak snap gambar. Ape dah jadi dengan bunting ni lepas kenduri? Buang ke?. Ish... sayang beb nak buang. Kenangan tu. Gantung kat dinding ruang tamu kat rumah. Ingat nak potong bahagian atas tu. Yer la, dah bukan pengantin baru lagi kan.

Friday, July 16, 2010

Kad Nikah Pintar Negeri Selangor

My kad nikah pintar dah siap. Mr Hubby g amik semalam. Hohoho... kad ini akan menebalkan lagi my wallet yang dah tersedia tebal dengan pelbagai reward card, membershop card, credit card, atm card dan etc... Untuk tatapan bakal pengantin atau pengantin2 negeri Selangor yang masih belum buat kad perakuan nikah pintar ni, beginilah rupanya kat itu. Saiz yang kecil macam myKad, ada chip macam myKad. Nampak smart kan?

Panduan untuk b2b negeri selangor yang nak buat kad ni, Kad Nikah pintar ini perlulah dibuat di bangunan MAIS, Shah Alam. 1st daftar kat kaunter pertanyaan, tinggalkan myKad anda untuk ambil pas pelawat. No worry, myKad tak diperlukan untuk buat permohonan kad nikah ni. Then, anda akan diarahkan ke menara 1, tingkat 4. Di kaunter tingkat 4, anda dikehendaki mengisi sekeping borang yang sangat simple. Masa nak submit borang tu, Sila sertakan sekeping gambar ukuran passport bagi setiap suami isteri dan salinan sijil nikah. Gambar isteri hendaklah bertudung. Kalau tak bertudung, tak diterima ye. Then buat bayaran sebanyak RM40. Done.
Datang semula untuk collect kad selepas 7 hari bekerja dan anda akan menerima 2 keping kad (1 untuk suami, 1 untuk isteri). Tak susah ye nak apply kad ni.

Thursday, July 15, 2010

Pelamin Anganku

Credit to butik Cinta2Collection for their creativity

Personally, i love my wedding dais for my BIG day. It happen as what i imagine walaupun sebelum ni rasa macam tak nak amik pelamin pun sebab tak nak bersanding. Tapi bila pk balik, kahwin pun bukannya selalu, so amik je la. Masa pasang pelamin ni pun, pengantinnya tak de kat rumah, aku percaya dengan hasil kerja butik Cinta2Collection dan dalam masa yang sama My SIL jugak tolong monitor. Pengantinnya pergi mana? Pengantin yang degil ini keluar rumah pergi KL drive sorang2. Aku kisah ape, orang cakap darah manis ke?. I don't believe it, yang penting hati2. Alhamdulillah, nothing was happen that day.

The King and Queen of the day at the dais

Kombinasi warna merah dan putih serta sedikit hitam sangat menawan hati, menyerlahkan lagi busana pengantin yang berwarna merah jambu. Simple yet elegant. I love the sangkar burung, love the chandelier, I just love it, perfect for my wedding day.

Make Up: Kak Kiah dari Butik Cinta2Collection

Me kira bernasib baik sangat2 sebab tarikh nikah dan sanding ditetapkan dalam tempoh yang tidak diduga. Ting! Tong! Ting! Tong! jom kahwin. Patutnya dari tahun lepas kami disatukan, tapi disebabkan masalah dokumen bagi pihak Mr. Hubby sehingga keadaan tak membenarkan kami set tarikh awal2. So, once the document from both side are ready, barulah kitaorang decide tarikh. Tarikh pulak tak boleh tangguh lama2 sebab nanti visa Mr. Hubby tamat tempoh. Tu yang jadi kes kene nikah dulu. Daripada tempoh penetapan tarikh, me ada 3 minggu je nak buat preparation nikah. Kelam kabut cari Mak Andam. Tapi sebelum tu memang dah ada beberapa Butik yang menjadi target. Ape2pun butik tu mestilah dekat dengan rumah. My SIL yang temankan shu pergi visit butik. Setelah melawat butik ke butik, akhirnya butik yang terakhir yang kami lawati yang tersangkut.

Masuk2 je butik ni, sudah terpesona dengan koleksi baju yang ada. Dan dan my SIL cakap, amik butik ni je la. Memang betulla seperti yang digambarkan dalam blog Butik Pengantin Cinta2Collection. Alhamdulillah, Kak Kiah, owner butik cinta2collection masih boleh menerima tempahan untuk kedua-dua tarikh nikah dan sanding. Helloooo... bukan senang tau nak dapat mak andam last minute. Lebih2 lagi mak andam yang kene dengan citarasa diri ini. Untuk hari nikah memang tak de masalah sebab nikah hari biasa, tapi risau tak dapat mak andam untuk majlis sanding. Maklumlah lagi 2 bulan je. Pengantin lain tempah mak andam 6 bulan awal okay. Walaupun tarikh sanding itu sudah ada 2 job, dengan kebijaksanaan pengurusan kak Kiah, dia menerima permintaan pengantin ini. Thank you kak kiah, you memang best. Dan resultnya, saya sangat puas hati dengan khidmatnya

Untuk kedua-dua majlis nikah dan sanding, saya di hias andam dengan cantiknya oleh kak Kiah dari butik Cinta2Collection. Dan inilah hasilnya....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Make up Nikah (3 Jun 2010)
Untuk make-up nikah ni rasa macam garang sikit, maybe sebab eye liner bawah mata tebal. Lagi pulak mata kita memang dah tersedia besar. So untuk make-up sanding, request kat kiah untuk nipiskan celak bawah mata tu.

Make up Sanding (4 July 2010)
Sukenye bila ada orang puji kita, Alhamdulillah. Mereka suka make-up saya, mereka juga suka baju saya. Ramai yang cakap saya cantik that day. Of course, tengok la sape yang make up kan, tentunya kak kiah dari Butik Cinta2Collection. To b2b kat Klang, i recommend you this butik. Bukan saja make-up yang cantik, koleksi baju kat butik ni pun cantik2. Harga jangala cakap la, memang amat2 berpatutan. Nak tau patut ke tak patut, masuk aje blog Butik Cinta2Collection ni. Dan lagi satu, mak andamnya sangatla friendly. Yeah, it's true.

Tuesday, July 13, 2010

Lolipop untuk Tetamu kecil

Ilham beri lolipop kepada tetamu kecil ni dapat daripada blog LadyNoe. Sweet n simple je gula2 ni dan paling penting colourful. Mestila budak2 suka. Tak payah nak bersarung2, bagi macam tu je dah ok. Tapi kalau nak cantik boleh la letak reben kat batang lolipop tu. Tapi me tak letak pun, sebab rupanya pun dah memang cute. Ada macam2 bentuk, bentuk bulat, bintang, ikan, love dan macam2 la.

Lolipop ni beli kat kedai borong Phong May seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ini. Dalam setiap pek ni ada 40 pcs dengan harga RM 5.80. So, 1pc jatuh dengan harga 0.15sen je. Murahkan. I loike. Belilah 8 paket (320 pcs).

Masih dalam bungkusan lagi

Bakul lolipop
Rasa2nya beli macam banyak tapi me tak sempat nak merasa satu pun :(
Nak kene beli lagi nih.

Monday, July 12, 2010

Pomander Ball

Dalam kesibukan nak prep untuk wedding ceremony, sempat jugak DIY pomander ball sendiri. Cute la pomander ball ni bila tengok ia bergantungan. Sunguh2 ni siapkan beberapa biji pomander ball yang pelbagai saiz. Senang je nak buat pomander ball ni. yang penting dapatkan barang2nye dulu. Foam sphere tu beli kat kedai Sin Yin, Semua House. Last minute nak majlis baru tau pasal kedai ni. Murah gak barang2 kat situ.
Bahan2 untuk buat pomander ball

Ada banyak versi nak buat pomander ball ni depend pada design. Kalau versi i, i guna bunga yang dah siap je sebab kesuntukan masa. Kalau nak jimat, guna la kertas tisu yang berkaler2. Ingat tau, kalau bola foam tu besar, guna la bunga yang besar, kalau tak jenuh nak cucuk bunga bagi penuh kat permukaan bola.

Langkah 1: Tampal atau ikat reben dikeliling bola foam
Langkah 2: Leraikan bunga daripada jambaknya.


Langkah 3: Potong tangkai bunga, agak2 sendiri berdasarkan saiz bola.
Langkah 4: Cucuk bunga pada permukaan bola foam sehingga menutupi keseluruhan foam.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tadaaaa.... dah siap

Saiz kecik macam ni kalau beli ready made, 11 hengget wooo...




Ni saiz paling besar.

Pomander ball ni cik shu guna untuk decorate bilik tidur. Tapi pic kat bilik lupa nak snap plak. Balance tu cik shu guna untuk hias pintu gerbang, tangga kat dalam rumah dan gantung kat bumbung luar rumah. Haaa... biar orang tahu itu rumah pengantin ;)


Bila selesai majlis, anak2 buah aku rebut2 nak pomander ball ni. Kakak aku pun minat tapi diaorang nak yang besar. haruslah aku tak bagi yang besar tu kan, dah la buat dengan penuh kasih sayang dan kosnya pun tak murah okay. Mungkin diaorang minta cara baik tak dapat, cik shu punya pomander ball yang paling besar kaler pink kene curi. Memang hangin dibuatnya. Sanggup gi turut dan amik balik. nasib baik rumah dekat.

Friday, July 9, 2010

8 perkara yang tak disukai on my BIG DAY

Postmortem untuk majlis yan berlangung ahad lepas, adalah beberapa perkara yang tak disukai. Mengeluhlah jugak sebab kahwin ni sekali seumur hidup, lagi pulak belanja kenduri ni guna duit sendiri, tak mintak sape2 pun. Jadi nak lah majlis ni berjalan seperti yang diinginkan. Cik Shu dah listkan beberapa perkara yang tak disukai masa majlis berlangsung, harap2 b2b yang baca boleh buat panduan daripada pengalaman cik shu.

1. Audio System dan DJ tak ikut itenary yang telah ditetapkan
Memang cukup tak berkenan dengan Audio system dan DJ hari tu. Banyak benda yang tak disukai tentang ni. Awal2 lagi dah spoil my day. Kumpulan marhaban tak habis lagi, dia dah pasang muzik. Tak alert langsung dengan perkara yang sedang berlangsung. Dah la tak reti control volume. Sampai tetamu pun tutup telinga sebab terlalu kuat. Then lagu2 yang dimainkan tak ikut ape yang aku sudah arrange kan. padahal CD2 dan itenary dah bagi. Satu lagu zapin pun tak berkumandang pada hari itu. Cik Shu suka sangat2 dengan tarian zapin Johor, tak dapat bawak penari2 zapin Johor menari kat majlis cik shu pun tak pe la, yang penting mainkanlah lagu zapin Johor tu masa majlis Cik Shu. mana lagu Joget? mana lagu melayu klasik yang sudah disusun itu? Harammmm... langsung non ada. Lagi satu, ada pulak mainkan kan ceramah politik ke ceramah ape ntah kat majlis itu. Ape tu bang oi?. Then main kan lagu separuh2 dan ulang semula. Pasal lagu kompang, dah la memang guna recorded kompang, tak payah la nak mainkan lagu kompang sebelum majlis. Akal ada tak boleh pk ke? Ini la namanya DJ diskaun. Tak harapla diskaun tu. Sebab tu la, benda yang berkaitan dengan service ni, cik shu tak suka mintak diskaun, nanti diaorang akan diskaun sekali service diaorang tu. Because of this, spoiled my mood on that day and my day turned to be not so wonderful.

2. Tiada Kompang masa pengantin berarak
Seminggu sebelum majlis baru dapat tahu, kumpulan kompang yang sudah dibooking tu tak boleh perform ikut waktu yang dikehendaki. Actually, kat sini ada salah faham skit sebab my mom yg booking kumpulan kompang tu tapi my mom tak confirmkan waktu untuk kompang dimainkan. Awal2 dulu, my sis dah nak jumpa orang tu tapi my mom plak tak bagi. Sudahnya, tak de la berkompang, guna recorded kompang je. Sangat lah tak best. Memang kesal sangat2 sebab nak sangat2 berarak guna kompang.

3. Rombongan Pengantin Lelaki datang lambat
Sepatutnya rombongan lelaki harus tiba sebelum 1 petang, tapi pukul 1 petang diaorang masih kat DUKE highway lagi. Ade ke patut. Aku pukul 11 makeup dah siap tau. Tetamu dah bising tanya pengantin. Tak pasal2 cik shu pun kene marah. Kesian para tetamu tertunggu2. Sudahnya tak sempat nak jumpa semua tetamu yang hadir. Memang dah budget rombongan hubby akan lambatnyer la. Hari nikah bulan lepas pun dia lambat gak. Ishhhh....

4. Tak guna "DOME" untuk tetamu khas
Cik shu dah request nak guna hidangan dome untuk meja tetamu (meja bulat). Set tu pun dah memang ada kat rumah. tapi on that day, dome set tak guna, yang diaorang guna mangkuk2 yang bersepah kat atas meja. Adalah sangat tak cantik ok. Bila tgk kat pic ni baru aku perasan. nasib baik dome set tu orang sponsor, kalau sewa, mahu cik shu mintak diaorang bayar balik.

5. Papan penunjuk arah tak diletakkan dengan betul.
Inilah masalahnya kalau harapkan orang buat keje. Macam mana lah b2b tak jadi bridezilla. Kita harapkan orang buat keje, tapi buat keje tak betul2. Masa majlis, banyak terima complaint dari tetamu sebab tak jumpa rumah. So the next day after kenduri, jalan2 sekitar rumah, memang tak jumpa banyak pun papan penunjuk arah. Kat turn yang penting tak diletakkan papan tanda. Alahai... kesiannya tetamu2 cik shu. Minta maaf lah sangat2. Andai diberi kesempatan dan masa yang lebih sebelum majlis, memang cik shu sendiri nak pacak atau gantung papan tanda tu.

6. Bride's maid buat keje half way @ runaway bride's maid
Kesian pengantin perempuan that day sebab bride's maid lari masa makan beradab. Nasib baik ada best main a.k.a pengapit pengantin lelaki nun, dialah yang tolong hidangkan makanan untuk pengantin. Tapi masih memerlukan bride's maid gak la masa tu untuk beberapa perkara. Sudahnya pengantin perempuan yang terjenguk2 dan terjerit2 mintak tolong dari orang lain. Tengokla pic kat bawah tu, bride's maidnye non ada.

Ni dia Nurul, anak sedara aku yang lari lepas upacara bersanding, sweet macam maksunye kan? ahaks

7. Official Photographer (OP) datang lewat dan balik awal
Ni tak boleh nak dielakkan la, pagi2 hujan dah tentu OP tak boleh datang awal. Jadi gambar2 orang sedang marhaban tak dapat nak amik. Then OP kene balik awal sebab pukul 5 kene pergi kedah, ada kursus. Aduhai, terkejar2 dibuatnya. Dah la pengantin lelaki datang lambat, lepas sanding semua kene cepat2. Makan beradap kene cepat, potong kek cepat2, amik gambar pun cepat2. Gambar dengan family tak banyak dapat amik. Ingatkan lepas majlis tu boleh la buat outdoor shoot kat Tanjung Harapan. Hmm.. melepas. Nasib baik lepas nikah hari tu dah amik gambar puas2. Kesalnya, tak sempat nak sambut birthday mak masa majlis tu dan amik gambar untuk sambut majlis mak. Mak pun tak bagi tau awal2 nak sambut2 birthday masa majlis, kalau tak boleh rombak semula itenary. Tau2 pagi2 dah ada kek birthday.

8. Kumpulan bertugas buat kerja tak habis dan biarkan tuan rumah selesaikan semuanya.
Pukul 4.30 petang semua orang2 yang bertugas dah berkumpul dan meeting untuk serah tugas pada tuan rumah. Aper case??? Ni la sebab nya awal2 lagi tak nak buat majlis dekat rumah, sebab tau dah orang2 kat situ buat kerja macam mana. Dah rasa penatnya masa majlis anak sedara 2 tahun lepas. Dah la khemah masak bersepah, bawah canopy tak berkemas. Orang rumah dah memang masing2 kepenatan dari sebelum majlis lagi. Alih2 balance2 keje nak diserahkan kat tuan rumah. Kesian dengan family cik shu. Diaorang bersungguh2 menjayakan majlis ni. Tapi tu la, dulu nak buat kat dewan dan guna khidmat catering my family yang tak nak. Dah tu pengantin pulak yang kene kemaskan. Dah la pengantin dah penat cari duit bertahun2, bila jadi raja sehari kene buat keje pulak.

Apa2 pun, cik shu sangat hargai tenaga yang dikeluarkan oleh seisi keluarga. Sayang sangat2 my family, walaupun disebalik majlis ini ada berlaku pelbagai insiden dan timbul macam2 isu, family tetap family. Sayang korang sangat2.

Thursday, July 8, 2010

Perkara yang menakutkan on my BIG DAY

Perkara yang paling menakutkan pada hari itu adalah hujan turun dengan lebatnya. Waktu tu tengah make up, risau sangat hati ni. Takut makanan tak boleh masak dengan sempurna. Maklumlah makanan untuk kenduri masak sendiri. Takut tetamu yang hadir tak selesa duduk dalam canopy sebab terkena tempias hujan. Takut tetamu tak dapat hadir, kalau tetamu tak hadir, sape pulak nak makan juadah yang telah disediakan. Tak nak duit yang dibelanjakan tu bazir bagitu sahaja. Ini lah risiko kalau buat kenduri dekat rumah. Lagi satu, kalau hujan tak berhenti, tiada kesempatan pengantin untuk berarak. Warghhhh... nak nangis rasanya tapi tahankan aje, kesian pulak kat kak kiah nak touch up balik.
yeayyy... dapat berarak

Disebalik peristiwa ini, makcik2 kat dapur sudah mula ikut petua orang dulu2. My SIL cakap mereka baling baju pengantin (baju saya) ke langit, pun hujan tak berhenti. Then buat ape ntah, pun hujan tak berhenti. Last sekali mereka pasang lilin bawah kuali, baru hujan berhenti. Itu usaha mereka, saya amat hargai.

Tapi saya bersyukur, kerana Allah telah makbulkan doa saya iaitu agar diberikan cuaca yang baik pada majlis saya. Sedia maklum, cuaca sekarang ni sangat2 panas. Saya siap amik kipas angin air untuk saya dan tetamu walaupun kat canopy sudah ada kipas. Alhamdulillah, hujan itu kan rahmat. Allah telah berikan udara yang sangat bersih untuk tetamu yang hadir. Cuaca redup2 aje, just nice.

04072010 - Wedding Reception

Alhamdulillah, majlis perkahwinan saya berlangsung dengan baik. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis kami dan mereka yang mengingati kami dalam doa mereka.

Disini saya akan sertakan gambar2 disekitar majlis tapi diingatkan, ini bukan gambar daripada OP.


with My mom at my left, my SIL at my right and my flower girl at the front

Upacara bersanding dan merenjis



Upacara makan beradab