Perkara yang paling menakutkan pada hari itu adalah hujan turun dengan lebatnya. Waktu tu tengah make up, risau sangat hati ni. Takut makanan tak boleh masak dengan sempurna. Maklumlah makanan untuk kenduri masak sendiri. Takut tetamu yang hadir tak selesa duduk dalam canopy sebab terkena tempias hujan. Takut tetamu tak dapat hadir, kalau tetamu tak hadir, sape pulak nak makan juadah yang telah disediakan. Tak nak duit yang dibelanjakan tu bazir bagitu sahaja. Ini lah risiko kalau buat kenduri dekat rumah. Lagi satu, kalau hujan tak berhenti, tiada kesempatan pengantin untuk berarak. Warghhhh... nak nangis rasanya tapi tahankan aje, kesian pulak kat kak kiah nak touch up balik.
yeayyy... dapat berarak
Disebalik peristiwa ini, makcik2 kat dapur sudah mula ikut petua orang dulu2. My SIL cakap mereka baling baju pengantin (baju saya) ke langit, pun hujan tak berhenti. Then buat ape ntah, pun hujan tak berhenti. Last sekali mereka pasang lilin bawah kuali, baru hujan berhenti. Itu usaha mereka, saya amat hargai.
Tapi saya bersyukur, kerana Allah telah makbulkan doa saya iaitu agar diberikan cuaca yang baik pada majlis saya. Sedia maklum, cuaca sekarang ni sangat2 panas. Saya siap amik kipas angin air untuk saya dan tetamu walaupun kat canopy sudah ada kipas. Alhamdulillah, hujan itu kan rahmat. Allah telah berikan udara yang sangat bersih untuk tetamu yang hadir. Cuaca redup2 aje, just nice.
alhamdulillah, akhirnya majlis berjalan seperti diharapkan shue. cerianya tgk...ada sinar bahgia2
ReplyDeleteAlhamdulillah, majlis berjalan dengan baik dan selesai akhirnya.
ReplyDeletesib baik ngam2 ujan benti time kenduri ko ari tu
ReplyDeleteItu la. Alhamdulillah, syukur sangat2.
ReplyDeletehye..thanks for drop by.. ;)
ReplyDeleteanywat..tahniah for ur wedding... sungguh cantik ok... :)
yela...aku pun riso gak pg tu..terpikir canela majlis ko...tp Alhamdulillah...ujan kejap je..ujan rahmat tuuu...
ReplyDelete