Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Tuesday, July 27, 2010

Teater CUCI the Musical 2


Oh yeah... semalam tengok Teater Cuci the Musikal(CTM) atas tiket free daripada Astro. Actually, my sis yang dapat jemputan 2 orang untuk tayangan hari pertama CTM. Unfortunately dia tak boleh pergi sebab dia tinggal jauh dan tak de sape nak bawak dia dan bertuahnya dia offer the ticket to me and Istana Budaya (IB) is just near by to my house. Cakap tadi jemputan 2 orang kan? tapi lebih bertuah lagi masa collect tiket tu, saya dapat 4 tiket. Oh! great. Thanks to Astro and of course thanks to my sis coz offer the ticket to me.

4 Tiket free daripada Astro

4 tiket tuh... I wanted to watch this show with Mr. Hubby tapi sedih coz Mr. Hubby not interested to join me. Tak paham katenye. Since dia dah bagi green light pergi dengan kawan2 so i ajakla my colleage Linda, Sue and Dina. Hey.. hey.. hey.. Dina is not my colleague but she is Linda's future colleague and she also sue's house mate. I know her at Juliet's wedding.

From left:- Dina, Sue, me and Linda

Ada insiden berlaku 15 min sebelum masuk panggung, OMG tiket tertinggal kat dalam kete. berkejar p balik ke car park ngan sue, hampir2 terjatuh kat kafeteria. Cian Sue. Hmm... nasib baik sedar tiket tak de sebelum masuk panggung. Kalau time nak masuk baru sedar, mau tak haru biru jadinyer.

We are in Panggung Sari

Me dari dulu sampai sekarang memang kagum dengan senibina dalam panggung sari. It's just WOW to me. As usual, sebelum tayangan dimulakan, semua kena berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku. Kat dalam panggung kene mati kan telefon bimbit. Sebarang bentuk recording tak dibenarkan sama ada video mahupun gambar. Kalau nak kene pancaran laser, amik la. Jadi memang tak de la gambar preview semasa show ditayangkan. yang ada pun ni je la, waktu sesi memperkenalkan crew2, lepas show dah habis.

Surprisingly, show kali ini sangat lama. Biasanya pukul 11 dah tamat, tapi kali kul 12.30 baru habis. In between siap ada intermission, macam tayangan filem hindustan plak dah. Masa intermission selama 15 mins, pihak Astro ada menyediakan jamuan ringan untuk para hadirin. Hmm.. Yummy..



Sila cari di mana saya ye?

Ini kali pertama menonton teater yang mementaskan cerita moden. CTM tidak menghampakan, plot cerita simple, ringan dan pastinya sangat2 menghiburkan. Diselitkan lawak-lawak semasa dan sinis yang membuatkan para penonton berasa dekat dengan cerita yang sedang berlangsung. Walaupun watak A.C Mizal telah digantikan dengan Nabil but thumbs up untuk Nabil kerana berjaya membawakan watak itu dengan caranya sendiri. Begitu juga dengan Jaclyn Victor yang menggantikan watak Adibah Nor berjaya menunjukkan bakat lakonannya dipentas teater. Cuma bagi Vanida Imran, i rasa watak ini terlalu ringan buat dia but she is always great for me. Sebetulnya, i sangat suka show malam tadi. Out of 5, i gave 4 stars. Here you go for the synopsis of the story.

SINOPSIS

CUCI THE MUSICAL berkisahkan tentang empat orang beradik, FAIRIL (Afdlin Shauki), KHAI (Hans Isaac), JOJO (Awie) dan C' Tan (Nabil) yang menjalankan sebuah perniagaan 'Cuci-Cuci Services' sebuah syarikat kecil yang mengendalikan perkhidmatan mencuci tingkap - dengan harapan agar satu hari syarikat mereka menjadi antara yang terbaik dan diberi peluang untuk memberi perkhidmatan kepada Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Harapan mereka menjadi kenyataan apabila 'Cuci-Cuci Services' telah dijemput untuk memasuki pertandingan mencuci tingkap Olimpik (WWO - Window Washing Olympics), sebuah pertandingan yang di selenggara oleh Citi Jasmin atau lebih dikenali sebagai CJ (Vanida Imran) - yang akan memberi perjanjian tersebut kepada pemenang.

Kebetulan pula, juara bertahan WWO adalah 'Wira Maju' sebuah syarikat yang dimiliki oleh teman lelaki CJ, iaitu WIRA (Harith Iskandar).

Sementara itu, bapa CJ, iaitu Tan Sri (Ramli Hassan) memerhati tingkah laku CJ dengan teliti kerana khuatir anak perempuannya mungkin tidak membuat pilihan yang tepat dengan mengambil WIRA sebagai pasangan hidupnya.

Hubungan antara Khai dan CJ bertambah mesra apabila mereka mula menyukai antara satu sama lain dan pada masa yang sama pembantu peribadi CJ, Farah (Jaclyn Victor) pula jatuh hati pada JOJO.

Lalui suka duka, tawa dan tangisan, cinta dan kesedihan perjalanan empat beradik ini.untuk mencapai impian mereka.

Diikuti dengan musik dan lagu yang dialun bersama lirik dan melodi yang tidak dapat dilupakan oleh DOUGLAS LIM dan Pacai (@ DR SYED AHMAD FAIZAL AL-ATTAS), CUCI THE MUSICAL mengisahkan tentang empat beradik yang mengharungi segala kesukaran untuk merealisasi impian mereka akan pasti menambat hati dan jiwa para penonton.


Ini cuma pandangan peribadi saya, saya memang tabik dengan pelakon-pelakon teater kerana bagi saya bukan mudah untuk melakonkan watak dalam teater. Dengan nak ingat skrip, menyanyi, menari dalam 1 masa dalam pelbagai babak. Lagi pulak show tu 2 jam berterusan dan ditayangkan secara langsung. Kalau ada kesilapan yang berlaku, sendiri pandai2 la kene cover. Berlakon berpuluh2 filem dan beratus2 drama belum boleh menentukan seorang pelakon itu hebat selagi dia belum berlakon di pentas teater.

End of this year, Teater Natrah akan dipentaskan semula. Macam nak pergi menonton semula teater tu.

3 comments:

  1. wow, cm best jek...teringin sgt nak tgk teater tp xpenah berkesempatan...eh ko dok amne skang?

    ReplyDelete
  2. Memang best tgk teater.Lain rasanya daripada tgk wayang. AKu stay kat Sentul.

    ReplyDelete
  3. shuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
    naper tak ajak aku.............
    behnyer behnyer...
    tiket tinggal yang mahal jer..eeeeeee

    ReplyDelete