Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Monday, July 12, 2010

Pomander Ball

Dalam kesibukan nak prep untuk wedding ceremony, sempat jugak DIY pomander ball sendiri. Cute la pomander ball ni bila tengok ia bergantungan. Sunguh2 ni siapkan beberapa biji pomander ball yang pelbagai saiz. Senang je nak buat pomander ball ni. yang penting dapatkan barang2nye dulu. Foam sphere tu beli kat kedai Sin Yin, Semua House. Last minute nak majlis baru tau pasal kedai ni. Murah gak barang2 kat situ.
Bahan2 untuk buat pomander ball

Ada banyak versi nak buat pomander ball ni depend pada design. Kalau versi i, i guna bunga yang dah siap je sebab kesuntukan masa. Kalau nak jimat, guna la kertas tisu yang berkaler2. Ingat tau, kalau bola foam tu besar, guna la bunga yang besar, kalau tak jenuh nak cucuk bunga bagi penuh kat permukaan bola.

Langkah 1: Tampal atau ikat reben dikeliling bola foam
Langkah 2: Leraikan bunga daripada jambaknya.


Langkah 3: Potong tangkai bunga, agak2 sendiri berdasarkan saiz bola.
Langkah 4: Cucuk bunga pada permukaan bola foam sehingga menutupi keseluruhan foam.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tadaaaa.... dah siap

Saiz kecik macam ni kalau beli ready made, 11 hengget wooo...




Ni saiz paling besar.

Pomander ball ni cik shu guna untuk decorate bilik tidur. Tapi pic kat bilik lupa nak snap plak. Balance tu cik shu guna untuk hias pintu gerbang, tangga kat dalam rumah dan gantung kat bumbung luar rumah. Haaa... biar orang tahu itu rumah pengantin ;)


Bila selesai majlis, anak2 buah aku rebut2 nak pomander ball ni. Kakak aku pun minat tapi diaorang nak yang besar. haruslah aku tak bagi yang besar tu kan, dah la buat dengan penuh kasih sayang dan kosnya pun tak murah okay. Mungkin diaorang minta cara baik tak dapat, cik shu punya pomander ball yang paling besar kaler pink kene curi. Memang hangin dibuatnya. Sanggup gi turut dan amik balik. nasib baik rumah dekat.

2 comments:

  1. haritu juz husha2 je kat nila pemander ball ni. tapi pas tgk cik shu buat cam geram lak.....cumil gak kan lau gantung2.....nak p beli trus la pasni..

    ReplyDelete
  2. |Liyan|, kalau kene gaye hiasnye. memang sangat cute. masa nak buat pomander ni, masa dah suntuk sangat. tp keinginan yang tinggi berjaya gak siapkannye.

    ReplyDelete