Hoyeeee.... hari ini merdeka daripada berpantang sudehhhhh
Kalau ditanya pada Shu macam mana rasa berpantang? Tak sukeeeeeeeeee.
Kenapa tak suke? Rimas, leceh, renyah, bla bla bla bla.
Tapi... kalau tak berpantang, badan pula binasa kan.
Memandangkan mak yang menjaga Shu sepanjang tempoh berpantang ni, maka penjagaannya agak rapi. Tapi anaknya ni ada jugak degilnya, ada perkara2 yang tak relavan, Shu tak nak buat. Meh sini Shu nak share antara rutin2 yang Shu lakukan sepanjang berpantang anak pertama ni.
Bertungku - Tujuan bertungku ni untuk mengecutkan peranakan, menghangatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah nifas. Awal2 berpantang Shu guna tungku stim daripada Leesa formula. Wangi memang la wangi, sebab ada bau herba, tapi kureng la bertungku guna tungku stim ni sebab panasnya tak tahan lama. Then guna batu sungai memang best. Setiap pagi, bangun dari tido kene bertungku. Tiap2 hari, kalau ada niat nak skip, sure mak membebel. Tapi ada jugak skip minggu lepas sebab mak tak de 5 hari. Bila mak ada, buat balik rutin bertungku ni.
Mandi Daun - Sejak balik dari hospital hingga hari ke-44 berpantang, hari2 mandi air rebusan daun. Antara daun yang digunakan ialah daun serai wangi, daun pandan, dauin sireh, daun limau purut dan daun mengkudu. Rasa segar sangat wangi badan ni selepas mandi dengan air daun ni, dah la suam2 airnya. Khasiat madi daun ni adalah untuk mengedurkan otot, pulihkan urat saraf, mengeluarkan angin dan toksin dalam badan, melancarkan perjalanan darah dan menghilangkan kepenatan.
Berendam dalam air garam - Ni doc yang suruh. 1 minggu pertama selepas mandi, Shu berendam dalam air garam yang bertujuan untuk menyembuhkan luka2 jahitan. Cepat luka sembuh.
Param dan Pilis - Selepas mandi kene la sapu param kat seluruh badan yang dipercayai bagi menghindarkan badan dimasuki angin. Badan terasa panas setelah param disapu pada badan. Pilis pula di sapu pada dahi untuk mengelakkan sakit kepala atau pening. Berparam dan pilis ni sebulan yang pertama je Shu buat hari2, selepas tu kadang2 je.
Berurut - Shu berurut 3 hari je. As usual Shu berurut dengan Kak Anda (tukang urut dari Indonesia), sebab dah biasa dengan urutannya. Memang best dia urut dari hujung rambut sampai hujung kaki. Selepas berurut baru rasa cergas sikit badan ni. Kalau tak, lemah longlai je. Kat payudara pun diurutnya supaya dapat mencarkan aliran air susu. 1st day urut memang sakit sangat2, next day tu dah ok. Kak Anda pesan, urat2 ibu baru lepas bersalin ni macam urat bayi jugak. Sebab tu kene berpantang. Sepanjang berurut, tak putus2 kak Anda suruh jaga badan, dia nak semua customer dia cantik2 luaran dan dalaman. Insyaallah kak Anda, itu pasti akan diusahakan.
Hari terakhir berpantang pun kene berurut juga. Urut tutup pantang orang cakap, pun diurut oleh kak Anda. Masa urutan naikkan peranakan tu sakit gak, tapi masih boleh ditahan. Kak Anda cakap, hari terakhir kene bersihkan seluruh badan, jadi selepas berurut, berscrub dan diikuti dengan mandi bunga. Mau 4 jam gak la buat semua2 ni. Lepas mandi bunga, badan sangat wangi dan segar sangat.
Bengkung - Memandangkan Shu bersalin secara normal, Shu memulakan pemakaian bengkung seawal hari ke-4 selepas pulang dari hospital. Sebelum pakai bengkung, sapu krim. Shu guna krim dari leesa formula, tak berapa panas la. Bila krim tu dah habis, Shu sapu krim Mustajab halis extra hot, memang hottttt baru syiok. Siang, malam dan sampai la ke tido Shu pakai hingga hari ke-44. Berbengkong ni elok untuk merampingkan badan, menghilangkan sakit belakang, mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin dan mempercepatkan pengeluaran darah kotor.
Pemakaian & Penampilan - Ni yang buat Shu rimas, sepanjang berpantang kene pakai baju lengan panjang, berkain batik dan dan berstokin. Mak cakap, kene pakai stokin dan baju lengan panjang untuk elak badan dimasuki angin. Yang bestnye disebabkan sepanjang berpantang pakai stokin, pecah2 dikaki sudah hilang.
Rambut plak kene ikat sanggul tinggi2 dan ketat2. Ni pun nak elak daripada masuk angin. Mak dan kakak2 ada suruh letak paku panjang kat sanggul. Nak elak daripada dikacau katanya.Tapi Shu tak leh teima la idea tu.
Pemakanan - Biasalah orang berpantang, makanan adalah sangat limited. Makanan sejuk2, berangin, berbisa, gatal2 tak leh makan. Bahan asas dalam lauk adalah bawang putih, halia, lada hitam, kunyit. Shu tak kisah and I enjoyed the food. Sepanjang pantang ni lauk yang shu makan ikan merah, ikan tenggiri dan ayam je. Sumber serat yang shu makan adalah sayur lobak putih, sayur sawi, buah epal dan oren. Tekak ni teringin sangat nak minum air teh o panas, tapi tak boleh minum. Jadi air yang shu minum cuma air horlicks, susu anmum lacta, milo dan kopi. Air panas ye, air sejuk kene pantang lagi sampai 100 hari. Orang2 tua cakap, kalau minum air sejuk dalam waktu pantang nanti badan selalu sakit dan cepat lenguh.
Orang2 tua cakap lagi, tak boleh minum air banyak. Tapi Shu minum je air putih banyak2. Shu menyusukan baby perlukan air yang banyak.
Pergerakan - Pergerakan pun limited gak. Tak boleh jalan laju2 sebab takut tersadung. Orang2 tua cakap kalau jari ibu kaki terlanggar benda keras boleh bentan jadinya. Kalau dah berbengkung, mana dapat jalan laju2, nak nak pulak 2 minggu pertama lepas bersalin, luka tak baik lagi, memang sopan je jalannya.
Bila berbaring, cuma boleh terlentang dan meniarap, mengiring tak boleh, orang2 tua cakap nanti kedudukan rahim lari. Tapi bila nak breastfeed baby, shu mengiring gak.
Bila baring jugak, kaki kene lurus, tak boleh bengkok. Pastu kepala kene tinggikan sikit. Mak cakap nanti angin batu meroyan naik.
Mak tak kasi Shu buat keje, dia suruh rehat. Jangan fikir pasal kerja rumah. Mak suruh jaga badan sebab badan ni nak pakai lama katanya.
Kalau betul2 cara orang melayu lama, banyak lagi pantang larang yang kene ikut sepanjang berpantang ni. Tapi maklumlah, budak2 zaman sekarang tak makan saman. hehehe...
Mommy yang lain macam mana pulak?