Hi peeps, Shu dah discharge dari hospital last week a day before Raya Haji. Doctor bagi MC 2 minggu. Next week baru kembali bekerja. Bila dok kat rumah, barulah dapat peluang nak update blog.
Now, nak citer pasal furniture yang kitaorang order dari REd Apple untuk unit kami. Rumah masih belum ready lagi, sikit je lagi. 3 minggu lepas kitaorang pergi Red apple untuk redeem voucher yang developer bagi.
Ni la voucher yang kitaorang dapat seperti yang dijanjikan oleh developer semasa pembelian rumah.
|
5k Red Apple voucher gifted by developer |
Nampak je macam banyak je nilainye, tapi barang yang kitaorang boleh amik tak lah banyak mana. Lagi pulak, diaorang charge item yang kami pilih dengan harga jualan. Walaupun during that period, item yang yang dipilih itu ada diskaun, tapi original selling price yang akan diambil kira. Dah la time kitaorg pergi tu tengah ada sales dan harga after discount was much lower. Those yang pernah survey furniture kat Red Apple ni mesti tau range harga produknye. Katenye rekaan dari Europe..... BUT still made in China anyway. Mahal pada design la.
But, memang not bad la design furniture yang ditawarkan kat Red Apple ni. Those yang sukakan modern and stylist concept may opt for this furniture shop. Lebih-lebih buat kami yang bakal menetap di apartment unit dengan keluasan yang tak berapa mengiznkan, pi mai pi mai tang tu gak kan, better we keep our house simple bagi menyedapkan mata kami yang dok memandang rumah itu hari-hari nanti.
|
Display unit in Red Apple outlet which mostly come in white color. Nampak sangatlah bersihnye |
So, what we had choose for our house? Dengan nilai 5k ni, kami hanya dapat pilih 3 items je. Salah satu item yang kami pilih ada dalam gambar bawah ni. Tapi yang pasti BUKAN meja tu la. Meja tu mahal bebenau la untuk kami.
|
Kitaorang pilih Decorative Glass Rack yang terselit di sebelah devider rack. Tapinye.... macam Dining Table yang menjadi tajuk utama gambar ini. hehehehe... |
Cer close up sikit kalau nak tau harga meja ni.
|
Dining table yang mahal (Harga yang dipaparkan pada pink paper adalah harga setelah discount.) |
Haaaa kauuuuu.... Meja je lagi 20 hengget 2k. tu meja aje, kerusi plak charge harga lain-lain. satu bijik dah 4 ratus lebih, dah kalau meja tu untuk 6 seater, tak ke dah 2k lebih. 1 set dining table je dah 5k. Kalau redeem guna voucher tu, hmmm semata-mata 1 dining table set je la yg kitaorang boleh pilih. Tak berbaloi buat kami.
Anyway, awal-awal lagi Shu dah aim set sofa. Nak beli sofa yang berkualiti, memang harganya mahal. Kalau nak keluar duit sendiri, memang fikir 1000 kali la gamaknye. Dah alang- alang dapat voucher, amik je la set sofa.
Lama gak la, kitaorang nak buat pilihan untuk next item. Kalau fikirkan keperluan, memang kitaorang nak TV kabinet. Tapi round punya round, Shu terpandang dan terpesona dengan decorative glass rack kat satu penjuru kedai tu. Bila tunjuk kat Mr. Hubby, dia pun berkenan gak. fikir punya fikir, sebab kalau keluar duit sendiri, memang tak tau bilenye la ada kan. So, kitaorang pun pilih la Decorative Glass Rack tu. Mr. Hubby cakap, TV kabinet leh dapat kat kedai lain dengan harga yang lagi murah.
Then, kitaorang ada balance lagi RM400 dan tak banyak pilihan yang kitaorang ade. Kitaorang nak pilih item yang memang ngam-ngam dengan balance value yang ada, tak mo keluar cash. Finally, kitaorang pilih wall kabinet macam kat pic bawah ni.
|
Wall cabinet ni boleh suruh diaorang pasangkan nanti |
Mission completed, tapi tak complete untuk our living area, kene cari lagi TV kabinet. Dah order barang siap2, bila rumah ready baru bagi instruction untuk delivery. Actually elok gak pilih barang awal-awal sebelum masuk rumah ni. At least kalau barang yang kita nak tu tak de stock, orang kedai boleh tolong orderkan untuk kita. Nak order barang pun amik masa gak. Macam kat Red Apple ni, kalau stock tak de, amik masa sebulan lebih gak untuk order yang dibuat tu siap. Sebab tu la, kaler sofa Shu tak pilih kaler lain, walaupun tak berkenan sangat dengan kaler ready stock. Nak cepat punya pasal, rembat je ape yang ada, tapi tak la buruk sangat kalernye pun.
Settle redeem furniture, singgah sekejap kat unit rumah kitaorang untuk tengok progress rumah.
|
Table top dah naik tapi tiles belum pasang lagi |
|
Rangka plaster siling dah pasang |
|
Tuan kecik pun nak buat inspection jugak |
Ini untuk progress rumah 3 minggu lepas, last week Mr. Hubby received call daripada contractor bagitau rumah dah siap. Tapi that time, Mr. Hubby busy dan tak sempat nak tengok the final outcome. Atas dasar kepercayaan, Mr. Hubby, terus buat remaining payment. Bila dah free, baru Mr. Hubby ada kesempatan tengok rumah dan ada beberapa perkara yang tak puas hati. So sekarang tunggu contractor datang untuk buat adjustment. Planning nak pindah sebelum raya haji pun tak jadi. Kene postpone lagi, hopefully can make it dalam seminggu dua lagi.