Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
(Note: Statements in red color font is according to blog owner's opinion)
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! - Setuju, rasa macam nak pregnant lagi, rindu sangat moment tu
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! - Setuju, Saqlain lah jadi jam kitaorang kejutkan solat subuh.
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. - Setuju, Shu ni jenis baran gak, sampai kadang2 tu terlepas dengan mak, tapi bila dah anak sendiri ni shu cuba kawal baran Shu, sebab Shu tak nak anak2 shu buat macam tu. Mak, maafkan anakmak.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit. - Setuju, biarlah kita yang sakit, berat betul mata memandang.
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-) - erk... tak terfikir pun
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. - Setuju,emosi terlebih.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri. - No comment
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! - Setujuuuuuu... uish, sehari tak poo poo pun shu dah risau, takut-takut kalau badan dia sedang menghadapi masalah.
10- Kita akan lebih menghargai diri kita. - Setuju, sebab someone need us.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. - Sangat setuju, sebelum pergi keje, mesti nak cium2 dia, wajib. Sama wajib, kene salam mak sebelum pergi keje.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis. - Betul, lebih2 lagi kalau suakan nenen kat dia. Kuat macam mana pun dia nanges, sure senyap lepas tu.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. - Hihihi... Shu la tu, hari2 dok tengok, ada gigi lagi tak nak tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya. - Ape pulak susah, anak itukan rezeki dan juga amanah Allah. Dia juga lah penawar hati bila penat2 balik dari keje.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka. - Ye, betul ini.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! - Tak kot, biasa je.
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak! - Ini tak betul, sebelum ada pun memang selalu tegur jiran.
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. - No comment
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing. - Ish, tak betul la ni. Saya sayang anak saya sejak hari pertama saya tahu dia di dalam perut saya.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan! - Kejutan gak la, bila tiap kali ade je cerita2 baru tentang dia.
**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama mak dan anak anda!**
Suka baca ni..thnks for sharing shu.
ReplyDeletepaling bersetuju dgn bab kekuatan dalaman tu. permulaan motherhood life sgt mencabar.
ReplyDeleteseronoknya bace entry ni..bersemangat!!..setuju sgt..nak copy eh :)
ReplyDeleteSu: No problem, sharing is caring.
ReplyDeleteciksuen: betul tu, cabaran tu yang berikan kekuatan.
MissRhana: Silakan copy dan share di blog ye :)
suka baca entry ni...mmg bila dh ada anak mcm2 perkara baru kita mula rasa n of course kita hepi dgn perubahan tu wpun penat..
ReplyDeleteshu... mmg betul rindukan saat2 mengandungkan anak pertama... klu boleh nak lagi mengandung.. huuhuhu...
ReplyDelete