Baby biasanya buat majlis cukur jambul masa umur awal2 baby. Tapi Saqlain ni dah 10 bulan baru lah nak ada majlisnye. Dah 3-4 kali kene cukur pun. Ni idea mak Shu la. Shu memang tak de plan nak buat majlis cukur jambul ni. Tak wajib pun kan. Kitaorang cuma bagi sedekah makan selepas cukur rambut saqlain kali pertama tu. Tapi hajat hati si nenek ni, nak sangat tengok cucunya dalam majlis cukur jambul. Kebetulan my 3rd sister, Alang nak buat kenduri kesyukuran. Apa lagi, mak Shu pun ambil kesempatan panggil kumpulan marhabannya dan buatkan upacara cukur jambul untuk cucu keciknya ni.
Tu dia budak yang bakal digonjengkan. Baik dia dok diam-diam dengan neneknya |
Boleh pulak tido, mana taknya, lagu marhaban tu lah mak Shu nyanyikan bila nak tidokan cucunya. |
Buat pusingan dan menyerah diri untuk rambut digonjengkan |
Picture taken by Mr. Baba |
Mama dan baba Saqlain pun nak enter frame gak |
Dah lama rasanya shu tak tepek pic saqlain kat blog. dah besar dh dia. makin hensem pulak tu ;)
ReplyDeleteTu ar, Shu notice tu, lama tak citer pasal saqlain dan mood berblogging pun ke laut sejak we moved to port klang. Tak pe lepas ni shu citer banyak2 pasal Saqlain k ;)
ReplyDeletehuh lama x tgk muka shu suami isteri.. penat ye travel ke port klang.. xpe.. perjuangan ni..
ReplyDeleteshu beli rumah area mana? nnt share ngan ain ye.. sbb ain pon tgh dok ushar2 ni.. hehe