Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Monday, May 28, 2012

Langkawi #3: Cable Car

Destinasi sebelum ini : Makam Mahsuri

The next destination in Mr. hubby's must go list is Cable car. Kaunter tiket terletak di dalam Oriental village. Since our purpose went there just for Cable car, makanya kitaorang tak singgah pun mana2 tempat dalam Oriental village ni. Sekilas pandang, tiada apa yang menarik.

Di hadapan kaunter tiket
Sebelum naik cable car kene beli tiket dulu. Kat sini pun ada perbezaan harga tiket. Untuk myKad holder harga tiket adalah semurah RM15, kalau tak de myKad harga tiket adalah semahal RM30. But this time memang tak boleh ngelat. Shu cuba gunakan taktik yang sama masa nak masuk Kota mahsuri, tapi taktik tu tak boleh guna kat cable car as they were asking for myKad. Diaorang akan scan mykad tu bersama tiket yang dibeli. Sorry hubby, you have to pay RM30.

Sebelum masuk ke laluan serahan tiket, ada satu booth kecil berlatar belakangkan hamparan hijau untuk sessi bergambar. Setiap pelawat disuruh untuk berposing. Time ni, Mr. Hubby siap bagi tau staff tu yang kitaorang tak nak beli gambar tu nanti. Bukan kedekut tapi gambar tu tak real pun, super imposed, sendiri pun boleh buat. Tapi that staff cakap tak pe, ambil gambar aje. Diaorang ni pun bijak jugak memasang business strategy, walaupun pelawat sudah berniat tak nak beli but still they want to capture the visitor's picture. Yelah.... fikiran manusia kan berubah2, mana tau, at the end of final result, bertukar fikiran kepada nak beli pulak.

View from cable car, di awal perjalanan
Nasib baik queue tak panjang sangat. Setiap gondola boleh memuatkan 6 orang. Bersama kitaorang masa nak naik ke atas, ada 3 orang pakcik.

View from cable car, boleh nampak Air terjun Telaga Tujuh

Muka Saqlain yang serius inside the cable car

Saqlain with baba inside the cable car

View from cable car, menuju ke 1st pit stop. Agak curam dan sangat tinggi

Pic's 3 of us taken by Uncle's gang

1st pit stop di ketinggian 652.5m

View from 1st pit stop platform

My boyfriends
Berdiri di atas platform ni, mulut tak henti2 memuji kebesaran Illahi. Terasa diri ini sangat kerdil. Bertuahnya dapat menikmati ciptaan Allah yang sangat menakjubkan ini. Gunung ganang diliputi hutan belantara yang tersimpan 1001 rahsia. Langit dan laut terbentang luas. Udara di atas ini sejuk dan menyamankan.

Saqlain and mama had been here on 10th May 2012

Masyaallah, not much can say, it was so beautiful
Nasib baik ada kereta kebal ni, dapatlah merasa sampai ke puncak gunung dan menikmati keindahan muka bumi Langkawi. Kalau daki gunung ni dengan kederat sendiri, memang tak dapat la.

Take a snap for our memory

View from 1st pits top: Sky bridge at the back

Awesome!!!

Heading to the peak of Gunung Machincang - 2nd pit stop
Refer to the above picture, there are 2 platforms, the right side is slightly higher than the left side. Masa menuju ke puncak, angin sangat kuat. Shu dok kat dalam gondola rasa seram sejuk je. Hayunan gondola agak kuat. Memang duduk static je. Saqlain pun Shu bagi Mr. hubby pegang sebab Shu akan bertambah panic bila ada too much movement, tau2 je la my baby ni dah semakin tak leh dok diam.

View from cable car - Sky Bridge
Sky bridge ditutup untuk kerja2 penyelenggaraan pada waktu keberadaan kami disana. Hampanya.... kalau nak naik next time macam tak de lah gayanya.

View from the top of Mount Machinchang at 708m above the sea level

The following picture was the last picture taken. Lepas tu, battery dah weak, malam tadi lupa nak charge. Bengang gak la Mr. Hubby sebab tak leh nak capture view from the other platform. Disebabkan kamera tak de battery la, baru dapat tengok Mr. Hubby main kejar2 dengan Saqlain kat atas tu. Kalau tidak, memanjang je kejenye nak amik gambar. Maklum la, pemandangan dari Gunung Machinchang adalah sangat sangat indah dan mempesonakan.

Precious moment that must be captured. Kat atas ni pun nak jugak la anak mama ni.
View from the other platform pun sangat cantik. Dari platform tu dapat tengok Sky bridge dengan jelas.

Seperti yang dijangkakan, keluar je dari gondola, ada staff tunjukkan gambar kitaorang bersaiz 8R. Since kitaorang memang taknak beli, Shu tengok pun sekali pandang je la dan tak tanya pun berapa harga gambar yang super imposed tu. Dah tentu2 la super imposed, sebab lepas kitaorang berlalu pergi, dengar orang belakang cakap2, bila masa diaorang amik gambir tu? No problem, it's ok for you to decline it if youre not interested to buy. hihihihi...

Selepas tu, Mr. Hubby ajak pergi Tanjung Rhu, but since battery camera dah flat, haruslah tak pergi kan. Rugi oooo pergi sana tak snap2 gambar.
Perut pun dah lapar, Mr. hubby nak makan McD.
I was like... huh???. Coz was thinking to eat local food. Ape barang makan McD kat langkawi, KL pun ada hahahaha.... tapi demi menjaga perut suamiku, si isteri hanya menurut keinginan si suami. Buttttt.. the nearest McD pun ada kat pekan Kuah sahaja. Ishhhh ... jauh la pulak. Kat underwaterworld, pantai cenang ada McD tapi restorannya still in construction. Sudahnya, on the way back kitaorang drop by kat Perdana Quay, makan KFC.

Petang tu, kitaorang tengok sunset dari Pantai Cenang aje. No picture sebab battery tengah charge.

To be countinued...


Friday, May 25, 2012

Langkawi #2: Makam Mahsuri

Hari ke-2 keluar je dari resort, terus cari tempat makan dulu. Konon2 nak makan breakfast citarasa tempatan, tapi keluar pun dah nak tengah hari, mesti kebanyakan kedai melayu dah tukar menu kepada hidangan tengah hari. Lagipun, dinner malam tadi Mr. Hubby makan tak banyak. Jadi kene la cari makanan yang boleh satisfy perut Mr hubby. The best choice kene la cari kedai mamak. Makanya kitaorang terjah Restoran Nasi Kandar Tomato. Tapi tak makan nasi tomato pun but of course kene makan heavy meal, pastu baru boleh concentrate dengan agenda seterusnya.

As Mr. Hubby wish, lepas makan kitaorang menuju ke Makam Mahsuri.Entrance fee RM5 untuk warganegara Malaysia. Untuk foreigner tak check plak berapa, tapi Shu rasa lebih kot. But since Shu yang pergi beli tiket, terus je hulur duit 10 hengget, then the counter girl hulur 2 keping tiket. Ihiks, ngelat...

Di hadapan pintu gerbang Kota Mahsuri. Saqlain's sleeping time
Melangkah masuk je ke perkarangan kota Mahsuri, akan kedengaran muzik tradisional caklempong. Memang diaorang mainkan live. Ada amaran jangan sentuh di situ. So... don't touch... dengar je sudah.

At Caklempong area.

By the way, that was my second visit to Langkawi and first time for Mr. hubby. Dulu pergi time cuti semester 1 dengan kawan2 dan pernah lawat Makam mahsuri ni. But this time visit... "Ek eh, kenapa macam lain je Makam Mahsuri ni?". I still remember that, during my 1st visit in  year 2001, rupa makam mahsuri adalah seperti kat bawah ni.

As what I've seen 11 years ago
Gambar ihsan Google
Ingat lagi, masa tu ada 2 kubur kat situ. 1 kubur yang cantik disimenkan (seperti gambar di atas) dan 1 lagi kubur cuma bertandakan 2 batu nisan (seperti gambar di bawah). Masih ingat lagi, ketika hendak mendoakan Mahsuri, kami yang sedang mengadap makan yang cantik telah telah menegur kami. Menurutnya, kubur yang cantik itu, bukan lah makam Mahsuri, Itu hanyalah replika. Tambah pakcik tu lagi, makam yang cantik itu untuk mengaburi mata2 orang yang berniat songsang dan mengamalkan unsur2 khurafat. Lepas tu, pakcik tu tunjukkan makam sebenar Mahsuri yang terletak di sebelahnya.

Makam Mahsuri
Persoalannya, mana pergi kubur yang cantik tu? Itulah persoalan yang berlegar dalam otak Shu sepanjang keberadaan disitu. Sebelum keluar dari kota Mahsuri, sempat lagi tanya pada staff kat situ, bertanyakan mana hilangnya kubur yang lagi satu?. Diaorang cakap, ada 2 kubur kat situ. Tapi Shu nampak ada satu je. Sejak bila perubahan ni berlaku?????

Lepas sudah hajat Mr. Hubby nak lawat makam Mahsuri.

Kat telaga Mahsuri berlatar belakangkan hamparan sawah padi
Kat dalam kota Mahsuri bukan hanya ada makam Mahsuri semata2, banyak lagi benda yang ada kat situ seperti perkampungan kedah (macam tu kot namanya). Kat situ ada macam2 jenis rumah tradisional melayu. Ada rumah kosong dan ada juga diconvert as muzium. Dipercayai, salah satu rumah disitu merupakan rumah kediaman Mahsuri, but i'm not sure which one. Shu tak explore sangat area situ. Biar Mr. hubby masuk setiap rumah tu while I took care of my baby yang sedang lena tido.

Teratak Seri Tama

Kat bawah rumah ni ada peralatan traditional orang dulu2 memproses padi secara tradisional and I.... buat gaya aje

Di dalam teratak ni pulak ada jual souvenir 

Teratak Indra Mambang Segara (TIMS)
Kat TIMS ni terdapatnya episod2 terpilih daripada kehidupan yang dilalui oleh Mahsuri yang diolah secara diorama. There has a rostrum at in front of each diorama but no explanation was written on it. So, when you look at the diorama, just agak2 je la on what it is presenting of.

Diorama terakhir tapi macam something is missing there... 
Tengok daripada gambarannya scene diatas, itu adalah scene Mahsuri sedang menyerahkan anaknya sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya, tapi bayinya tiada. I guess so...

Lepas keluar dari TIMS, kat sebelahnya ada mini zoo, kitaorang lalu je la. Time Shu baru nak masuk situ, ada seekor merak sedang membuka kepaknya, It was so beautiful. Tapi tak sempat nak snap gambar, burung merak tu dah tutup semula kepaknya. 

Tengok tu, kitaorang dah habis jelajah Kota Mahsuri pun, my baby still sleeping
Sebelum exit Kota Mahsuri terdapatnya galeri kecil yang memaparkan penceritaan sejarah Mahsuri melalui lukisan. Haaa... kat sini ada story details versi bahasa inggeris dan melayu. Huhhhhh...for me penting tau sarikata versi English kalau lawat tempat2 macam ni, nanti berbelit pulak lidah Shu nak explain kat Mr. Hubby. Aduyaiiii

Lebih kurang 1 setengah jam kitaorang menerokai Kota Mahsuri. Selepas melawat dan mengetahui sejarah Mahsuri, Mr.Hubby asyik cakap.... "Hai hai hai... kesiannn Mahsuri". Terkesima sekejap masa mula2 dengar dia cakap macam tu. Aih.. menghayati sungguh suamiku sejarah Bumi langkawi ni. Terharu Shu.

Hamparan sawah padi sebelah Kota Mahsuri
Menyusuri keluar dari Kota Mahsuri, kelihatan sawah padi terbentang luas kehijau2an. Sungguh menyamankan.

To be continued with our next destination --> Langkawi Cable car


Thursday, May 24, 2012

Langkawi #1: Day 1

Hi peeps, Shu excited sangat nak blog on our 1st vacation ever. Maklumlah, tak pernah tau gi bercuti lama2. Lagipun lepas nikah, tak pergi honeymoon pun. Tup tup... lepas sebulan wedding ceremony, Shu dah preggy. Bila dah preggy, tentu2 avoid la perjalanan jauh. 1st pregnancy, kenelah jaga kan. Bila dah bersalin, lain pulak yang dijaga, baby kecik lagi, tak berani nak bawak jalan jauh. Lagi pun Shu tak gemar nak bawak baby kat tempat public. Baby ni kan antibody lemah, tu pun nak kene jaga. Jadi, selama tempoh itu, Shu pendamkan aje niat untuk bercuti2 nih sehingga lah Saqlain sudah berumur 1 tahun. Kerana mu, mama tabahkan hati mama ni tau. 

Elok gak lah pergi bercuti ni sebagai refreshment sebelum join company baru. Kebetulan pulak tarikh percutian ni, sebelum join company baru.

Haihhh laaaaa... panjang benau mukadimah sebelum nak masuk citer bercuti ni kan? tengah ada mood nak bercerita, baik cerita aje. Sebelum cerita Langkawi ni membasi, baik citer je ape saje. Banyak nak citer ni... ntah larat ke idak nak citer percutian 4 hari 3 malam ni.

First time tau I naik flight ni. Umur dah cecah 28 tahun baru nak merasa. Saqlain baru setahun dah pun merasa naik kapal terbang.

Anyway, perjalanan pergi kitaorang ditaja oleh penerbangan tambang murah Air Asia. Gigih tau nak dapatkan tiket zero fare tahun lepas. Tapi tambang pergi jelah. 

Ini budak kan, very the noty... masa dalam kapal terbang. Bukan setakat kitaorang je yang dia kacau, orang depan pun dia kacau gak

Flight kitaorang pukul 5.40 pm. Lewatkan? tapi... dah time tu je yang ada zero fare, grab aje lah. Makanya....., sampai Langkawi pun, hari dah nak gelap. 

Sampai je kat airport, terus serbu kaunter sewa kete. Kitaorang tak tempah awal2, sebab orang advice pergi kat kaunter terus, boleh dapat lagi murah dan senang nak tawar. Pada mulanya, kitaorang bajet nak sewa kete murah2 je, bajet sikit, asal boleh gerak sudah. Ada member baru je pergi boleh dapat sewa Myvi  RM60 sehari. OK la kan tu. Tapi that day, kitaorang mintak myvi, tak dapat, sebab tak de. Then, the brother offer Nissan March, RM80 sehari, according to that brother, Nissan March ni biasanya diaorang sewakan RM240 sehari. Tapi untuk kitaorang, brother tu bagi RM240 untuk 4 hari sepanjang kitaorang berada di Langkawi.  Tapi still kitaorang mintak kete myvi, sebab nak lagi murah la kan. Brother tu cakap lagi, kalau ada myvi pun, diaorang akan charge RM100 sehari. Mak oiiiii.... lagi mahal... Mr. Hubby, seboleh2nya nak sewa kete yang paling murah. Negotiate punya negotiate, dapat la Nissan March RM220 untuk 3 hari. Deal!

Dah dapat kete, terus menuju ke tampat penginapan yang sudah dibooking awal2, Mali Perdana Resort kat Pantai Cenang. Pasal resort ni, Shu citer kemudian ye... Malam tu kitaorang cuma kuar jalan2 cari tempat untuk dinner. Lapar sangat2. Lunch cuma makan bekalan bihun yang digoreng oleh emak tercinta. Tu pun makan lepas check in flight. 

Kitaorang dinner kat D'grill kat Sandy beach resort. Saje nak feeling2 candle light dinner di tepi pantai. Feeling la sangat, dah kalau ada budak kenit sorang ni yang buat ragam malam tu (letih kot....). Kitaorang makan pun laju2. Food rate, Ok la, not bad. Ada local and western food. Shu order burger, for a good presentation and taste, it was cheap, I like it. But Mr. Hubby was not happy with his Nasi goreng Ayam. Ayam goreng ada bau, not fresh anymore. Food delivery was OK, tapi cash balance delivery was very slow. Tunggu punya tunggu, lama tau tunggu waiter nak pulangkan duit baki. Saqlain plak dah meragam dan dah tak makan pujuk, kitaorang blah je, sampai terlupa nak mintak duit baki kat waiter.

Bila letak kat stroller, Ok la pulak. Actually Mali Perdana Resort dan Sandy Beach resort agak jauh dan kitaorang tak drive malam tu. Memang kitaorang nak menapak menyusuri jalan Cenang. Quite happening over here waktu malam2. Banyak kedai jualan cenderahati, baju2. Tapi tak beli pun, tengok2 aje, masih awal lagi untuk memulakan aktiviti bershopping. 

Budak yang kepenatan. 

Sorry, tak de ape2 gambar untuk aktiviti malam tu. Yang ada cuma gambar budak debap kat atas ni yang tertido masa on the way balik resort. Masuk bilik, kitaorang terus pengsan.

Saqlain dan baba main ombak
The next day bangun bagi, Mr. Hubby terus bawak Saqlain pergi pantai.

Saqlain tarik tangan baba pergi ke arah ombak

Saqlain berjalan di pantai for the first time

Mama Saqlain yang tak nak ketinggalan berposing di tepi pantai

I love this picture, the sun was just behind me

Ombak datang memukul Saqlain. Let him experience it.

Misi menyelamatkan sebelum menangis

Bapak mengajar anak main baling batu

Nice one! Saqlain was looking at the camera with a smile

Dah puas bermain ombak ditepi pantai, baru la nak naik kebilik bagi meneruskan agenda hari ke-2 di langkawi. 

To be continued...